Thursday 23 February 2012

Novel :: Chap 6 :: Takdir Yang Mengekori Diri..


Enjoy!! =D
………………………………………..

      Selepas makan tengahari dan bersolat zuhur, Mia meyiapkan Sara. Mia memakaikan Sara dengan tshirt berlengan panjang bercorak kartun dan seluar jeans. Manakala Mia pula hanya memakai pakaian kebangsaan dia, baju panjang muslimah dah seluar slack berjalur hitam putih. Setelah melilit kemas tudung warna kelabu di kepalanya dia memimpin Sara turun.

     Kelihatan Kak Mina sudah terjegat menanti dirinya dan Sara di bawah. Kak Mina kelihatan cantik walaupun simple dengan blause berlengan panjang berwarna biru cair dipadankan dengan seluar jeans berwarna putih. Tidak lupa juga selendang ala Hana Tajima yang melilit kemas kepala kak Mina. Labuh menutup dada.

        Mia senang melihat penampilan kak Mina. Meskipun menetap di UK nampaknya kak Mina masih tidak lupa asal-usulnya. Melupakan agamanya. Tanpa sedar ucapan Alhamdulillah meluncur perlahan dari bibirnya. Mia menghampiri kak Mina. Sara yang dipimpinnya berdiam diri. Mungkin dia tidak biasa lagi dengan kak Mina. Tapi Mia yakin tidak lama lagi pasti Sara juga akan rapat dengan kak Mina. Manakan tidak kak Mina sedari di meja makan tadi tidak habis-habis mengusik Sara. Mengajak Sara berlawan bicara bila kak Mina tahu yang Sara sudah bercakap semula. Pandangan kagum yang dilemparkan kak Mina kepadanya di buat tidak endah. Sudah biasa pandangan sebegitu dihadiahkan kepadanya jika saudara-mara Makcik Isabella datang bertandang ke rumah. Kagum benar mereka pabila tau Mia berjaya membuat Sara bercakap semula selapas peristiwa hitam itu. Mia pula tak merasa apa-apa. Jauh sekali merasa hebat dan bangga diri. Dia yakin semua yang berlaku adalah takdir Allah. Kerana izin-Nya juga Sara bercakap kembali. Bukan kerana dirinya semata. Dirinya mungkin hanyalah pengantara sahaja. Melihat abang Am yamg masih tidak kelihatan di ruang tamu itu Mia menututkan soalan kepada Kak Mina.

“Mana abang Am kak Mina?”

“Entah, akak pun tak tahu . Tak akan tak siap lagi?? Am ni ngalahkan perempuan nak bersiap. Sudahnya selekeh jugak. Ingat dah tua-tua ni berubah macam tuh jugak perangainya, memang nak kene basuh lagi dia ni. Suka sangat buat orang tertunggu-tunggu. Dulu sekejap jelah berubahnya ye? Siap dia ni kalau turun nanti.” Berjela bebelan Mina menjawab soalan  Mia.
    Mia terkebil-kebil mendengar jawapan pertanyaannya. Berpatah-patah perkataan yang keluar dari bibir Mina. 

        Mendengar derapan kaki menurun tangga Mia berpaling dari melihat Mina. Amir dengan langkah yang malas turun dari tangga. Muka Amir yang kelat membuatkan Mia tertanya-tanya. Abang Am ni macam tak ikhlas je nak ikut sekali. Langkah malas Amir membuktikan telahan Mia. Perasaan serba-salah mulalah nak menjalar dalam hati ni. Entah-entah abang Am penat dan nak berehat dan dia yang sibuk nak mengajak Sara keluar ni dah menyebabkan abang Am tak dapat nak bersenang-senang di hari cutinya. Mia memandang Amir dengan mindanya yang ligat berfikir macam-macam andaian.

    Amir melangkah perlahan turun tangga perlahan. Berat sungguh langkahnya. Semalam bukan main beriya-iya dia semangat nak mengelakkan diri dari bertembung dari Mia. Konon nak mengenal pasti perasaan aneh yang berkampung dihatinya. Alih-alih hari ini makin banyak pulak masa yang harus diluangkan bersama Mia. Sebelum ni bila tak rasa pun nak mengelak dari Mia memang tak jumpa langsung. Kadang-kadang berhari-hari dia tidak melihat kelibat Mia. Dia dah bergerak ke pejabat baru Mia turun ke meja makan dengan Sara untuk bersarapan. Bila dia balik kerja dan berbual dengan Sara di biliknya, Mia duduk berkurung di bilik Sara. Namun kini bila dia telah nekad nak mengelak Mia makin kerap pulak dia bertembung dengan Mia. Betullah kata orang, kita selalu tak dapat apa yamg kita inginkan. Yang kita tak nak tu lah yang kita selalu dapat. Allah saja nak uji kesabaran hamba-Nya. Ya Allah berilah aku kekuatan. Amir berdoa di dalam hati.

      Matanya yang tadi sibuk memandang anak tangga beralih arah. Melihat Mia berdiri disebelah Mina hatinya berdetak kencang. Setiap langkah kakinya menurun anak tangga makin deras degupan jantungnya. Sesak nafas dibuatnya! Pandangan Mia yang beralih dari Mina ke arahnya membuatnya tersentak. Menahan getaran yang menyelusup masuk ke jiwanya. Langkahnya terasa sumbang. Pandangan Mia yang tunak memandangnya memang buat dia rasa nak tumbang sesak nafas. Ya Allah! Perasaan apa yang menguasai aku ni. Rintih Amir. Kelat wajahnya menahan perasaan. Langkahnya yang sedari tadi memang perlahan semakin perlahan. Takut sumbang langkahnya dimata Mia. Karang terpelecok dia dekat tangga ni memang buat rabak ego dia je nanti. Pandangan matanya di alih memandang Sara yng tersenyum manja memandangnya. Mencari alternatif untuk mengurangkan debaran dihatinya. Terlalu kuat rasanya dadanya dipalu. Rasanya kalau ada orang berdiri sebelahnya diwaktu ini pasti debaran didadanya dapat didengar. Pandangannya tepat dilabuhkan kepada Sara sementara kakinya menghabiskan langkah menuruni anak tangga.

     Mina yang dapat menangkap tingkah-laku Amir yang tak tentu arah berasa pelik. Dia melabuhkan pandangan ke arah Mia disebelahnya. Tersenyum. Ada benda yang perlu dia ambik tahu ni nampak gayanya.

      Perjalanan ke Midvalley hanya ditemani perbualan diantara Mina dan Mia. Sesekali Amir menyampuk pabila Mina tidak putus-putus menarik sekali dirinya supaya turut serta dalam perbualan mereka. Sara pula hanya mendiamkn diri. Sesekali riuh juga mulut comel itu bercerita bila Mina berjaya memancing minat anak kecil itu berbicara. Sampainya di Midvalley Amir meminta diri ke tandas. Hendak melarikan diri sebenarnya. Sesak jiwanya berada di samping Mia. Sudah parah benar dirinya ini. Setelah menimbang Amir memutuskan untuk meluahkan apa yang dirasanya kepada Mina. Biarlah sekiranya Mina nak gelakkannya sekalipun asalkan perasaan yang ditanggungnya sejak akhir-akhir ini dapat diluahkan. Lagipun hanya Mina sahajalah kawan baik dia selain  Adrian. Adrian masih di UK. Pelik betul pasangan ini yang juga merangkap sahabat baik dirinya. Selalu bukan pasangan yang bertunang memang sepakat membawa berkat ke?? Ini tidak, bila Mina menetap di UK Adrian masih setia menetap di tanah melayu ini. Menjalin hubungan jarak jauh dengan si tunang yang telah dia tunangi semenjak kecil lagi. Pilhan keluarga lah katakan. Sekarang pabila Mina dah balik ke Malaysia Adrian pulak terbang ke UK. Ada conference katanya. Sebulan pulak tu. Apa yang conference sampai lama-lama macam tu pun dia tak tahu. Itu dah macam pergi berkursus pulak gayanya.

     Setelah menyorok di tandas hampir satu jam lamanya Amir menapak keluar untuk mencari kelibat Mina, Sara dan Mia. Huh, teringatkan Mia pun hatinya mula berlagu sumbang! Parah. Tersangat parah! Jarinya laju menaip mesej kepada Mina bertanya lokasi mereka. Sementara menunggu balasan mesej Mina kakinya melilau tanpa arah.melihat gelagat orang yang lalu-lalang.  Mesej yang masuk menyedarkan Amir yang terleka. Membaca mesej yang diterima. Jusco!

    Mina melihat Mia yang leka melayan Sara untuk memilih tudung sarung untuk Sara. Teruja benar muka Sara sebentar tadi bila Mia kata dia ingin membelikan tudung buat dirinya. Sudah  5 helai tudung yang sudah berada si tangan Mia. Sara pula masih cergas mengayakan tudung sarung berwarna biru dengan corak bunga-bunga kecil di hadapan Mia. Dah macam model tudung untuk kanak-kanak je gayanya. Dengan wajah Sara yag comel itu memang sesuai sangat kalau jadi model tudung untuk kanak-kanak. Pandangan mata Mina labuh ke arah tudung-tudung pelbagai warna di tangan Mia. Warna dan design yang dipilih Mia memang sesuai untuk kanak-kanak seperti Sara. Material kain tudungnya yang tidak terlalu tebal juga sesuai untuk kanak-kanak seusia Sara. Kalau tebal-tebal sangat nanti Sara mengadu panas pulak kalau memakainya nanti. Mina tersenyum. Senang dengan niat Mia yang mahu mengajar Sara menutup aurat semenjak kecil.

      Mina mengerling jam di pergelangan tangannya. Manalah Amir ni. Rasanya dah lama dia membalas mesej Amir tadi. Tak sampai-sampai lagi ke bahagian baju kanak-kanak di Jusco ni. Padahal sudah dijelaskan dengan jelas dimana mereka bertiga berada di dalam mesej yang dihantar kepada Amir sebentar tadi. Hish Amir ni sentiasa lambat!

       Pandangan matanya ditebarkan ke sekeliling ruang pakain kanak-kanak tersebut. Mencari kelibat Amir. Tidak jauh dari pandangannya kelihatan Amir melangkah perlahan menghampiri arah mereka. Melihat riak wajah Amir yang kusut dia mencari akal untuk mengorek apa yang dipendam Amir. Walaupun dia dan Amir berkawan rapat Amir jarang benar meluahkan masalahnya kepadanya secara direct. Selalunya masalah-masalah Amir diketahuinya melalui Adrian tunangnya. Amir lebih selesa bercerita dengan tunangnya itu. Tetapi kadang-kadang Amir bercerita jugak masalahnya kepada dirinya secara berdepan itu pun Adrian ada sekali jika mereka bertiga melepak bersama. Masalah Amir pun bukannya apa. Balik-balik masalah di officenya. Kalau tidak pun perihal Sara yang tidak mahu bercakap semenjak peristiwa hitam itu. Tetapi kali ini dia yakin masalah yang membelenggu Amir tidak berkaitan lansung dengan dua perkara tersebut. Ada benda lain yang bermain di hati sepupunya itu. Dan dia yakin apa sahaja masalah Amir tika ini pasti ada kena mengena dengan gadis manis bertudung labuh dihadapannya ini. Dia berani jamin itu. Pandangan Amir kepada Mia lain benar pada pandangan matanya ini. Jangan-jangan…
Mina menoleh ke arah Mia. Senyuman kecil terukir dibibirnya. Alahai Amir. Akhirnya!!

     Amir menghampiri Mina yang sedari tadi memerhatikan langkahnya. Senyuman kecil yang terukir dibibir Mina seakan sinis di pandangan matanya. Matanya mengerling sekilas ke arah Mia yang leka melayan Sara mencuba tudung. Puas sudah dilarang matanya memandang wajah tersebut tetapi matanya seolah-olah mempunyai fikiran sendiri. Tetap hendak mengerling wajah tenang yang merampas ketenangan dihatinya. Sudah derhaka kepada tuannya matanya ini!

“ Lamanya you pergi tandas Am?? You sembelit ke apa ni?” soal Mina selamba. Sengaja.

“ Amboi mulut! I dah lama okay balik dari tandas. Cari you all tak jumpa-jumpa.” Alasan semata!

“Ayah, cantik tak tudung Sara?! Kakak beli untuk Sara!!” Sara menunjuk-nunjuk tudung yang berada ditanganya dan yang sedang dipakainya. Gembira benar lagaknya.

“ Cantik sayang. Anak ayah ni cantik pakai apa pun cantik.” Sara tergelak manja mendengar pujian Amir. Tersipu-sipu Sara. 
     Mia tersenyum melihat kelakuan Sara. Tersipu-sipu macamlah kena puji dengan pakwe padahal pujian dari ayahnya saja. Amir yang melihat senyuman Mia terkaku. MasyaAllah! Dadanya makin laju berdetak. Amir kalut dan cemas sendiri dengan perasaan yang melanda dirinya. Pandangannya segera dialih memandang Mina. Pandangan meminta pertolongan dilemparkan kepada Mina  macamlah Mina mengerti gelodak jiwanya ketika ini. Mina terasa nak tergelak melihat bahasa tubuh badan Amir yang jelas sekali kalut dan cemas. Sudah faham benar. Semenjak kecil mereka membesar bersama kan.

“ Eh, Mia lepas ni nak pergi mana lagi?” Mina menyoal Mia. Mencipta ruang untuk mengheret Amir dari ruang ini. Akan dipaksanya Amir bercerita kepadanya nanti.

“Mia nak bawak Sara pergi bahagian jual telekung. Nak belikan Sara telekung. Kenapa kak Mina tanya.”  Memandang Mina denga dahi berkerut. Berfikir.

“Oh baguslah macam tu! So Mia memang akan stay dalam Jusco aja kan?” Mia mengangguk.

“ Okay kalau macam tu akak nak ajak abang Am keluar minum dekat Secret Recipe. Dahaga pulak tekak akak ni.” Sambung Mina lagi.

“ Oh okay. Akak dengan abang Am pergilah. Nanti kalau Mia dah sudah Mia pergi jumpa kak Mina dengan abang Am dekat sana.” Mia memberi usul.
      Serba salah pulak rasanya. Pasti abang Am dan kak Mina bosan menunggunya dan Sara membeli-belah. Abang Am pun hari ni nampak macam diam aja. Tak macam beberapa hari lepas. Rancak mulut lelaki itu mengusiknya di tepi kolam renang petang itu. Pasti sudah bosan benar menunggunya walaupun baru sejam mereka sampai di Midvalley ini.
Setelah mendapat kata putus. Amir dan Mina berjalan meninggalkan Mia dan Sara. Menghala ke arah Secret Recipe yang terletak berhadapan pintu masuk Jusco.

……………………….

“ Okay, now spill. “ ringkas arahan Mina setelah waiter berlalu bersama pesanan mereka. Wajah kelat Amir dipandangnya dengan riak ingin tahu. Amir terdiam. Mina ni tahu-tahu aja. Belum sempat dia nak buat mukadimah nak bercerita dah dicantas. Terus Mina nak tau isi penting masalahnya. Itu yang dia malas nak cerita masalahnya dengan Mina. Lainlah dengan Adrian. Jejaka kacak berkulit sawo matang itu akan memberi ruang kepada dirinya untuk menyusun kata terlebih dahulu. Mencari kekuatan untuk meluahkan masalahnya. Tidak pernah memaksa. Tidak macam gadis di hadapannya ini. Terus diterjah ke point utama. Tapi dia tidak ambil hati. Dah memang macam tu perangai Mina  ni, serba serbi nak cepat. Kelibut semedang. Nasib baik Adrian tu jenis lelaki yang tenang. Kalau Adrian pun memang jenis yang kelam-kabut entah apalah yang jadi dengan pasangan ini. Amir menarik nafas. Dalam. Mencari ayat dan kekuatan untuk bercerita.

“Sebenarnya lately ni I rasa…”terhambur segala rasa yang dipendamnya selama ini kepada Mina. Tidak berhenti dia bercerita. Tidak mahu member peluag Mina menyampuk. Rasa yang berkepuk didadanya harus diluahkan sehabis-habisnya. Penat menanggung seorang diri. Mina hanya mendiam mendengar luahan Amir. Ketawanya yang hendak terburai ditahan. Senyuman nakal terukir dibibrnya setelah tidak mampu lagi menahan geli hati. Habis sahaja Amir bercerita berderai ketawanya. Beberapa pengunjung di Secret Recipe menoleh kearah meja yang diduduki Mina dan Amir. Mungkin pelik melihat Mina ketawa sampai berair mata padahal Amir dihadapannya sudah tarik muka kelat.

“Puas gelak?? Or nak sambung lagi? I boleh tunggu.” Sarkastik Amir bertanya. Bengang digelakkan. 
   Mina yang masih dengan sisa-sisa ketawa tersenyum nakal. Geli hati. Akhirnya Amir ni jatuh cinta jugak akhirnya. Ingatkan memang tak berperasaan. Yang membuat dia geli hati benar dengan luahan Amir bila Amir bertanya kenapa dia rasa berdebar semua macam tuh?? Dia dah ada symptom sakit jantung ke? Ada ke itu yang ditanyanya. Alahai sepupu dia yamg seorang ini. Dah jatuh cinta pun tak sedar.

“ Dah sudah ke belum ni gelakkan I?” sinis Amir bertanya. Mina serta-merta diam mendengar soalan sinis dari Amir itu. Tidak mahu berlebih-lebih mengetawakan sepupunya itu. Karang  Amir terasa hati payah. Merajuk tak mahu cerita pulak.

“ You know what dude, you’re falling in love. Congratulation! Finally you fall in love jugak akhirnya.” Ceria Mina menuturkan.

“ Okay hold on, what do you mean Mina??  I’m falling in love?? With who?? “  Pelik betul Si Mina ni. Orang duk sibuk cerita perihal jantungnya yang berdetak pelik akhir-akhir ni dia boleh cakap aku dah jatuh cinta. Aku jatuh cinta dengan siapa?? Naif. Otaknya tak dapat berfikir dan  mencerna dengan betul sejak akhir-akhir ini.

“Dude, of course lah dengan Mia. Dengan siapa lagi? Tak akan dengan I dan Sara pulak?”

“ I jatuh cinta dengan Mia?? Takkan lah “ dalih Amir. Separuh hatinya menidakkan kata-kata Mina manakala separuh lagi setuju dengan tuduhan gadis tersebut.

“ Dah lah Am you tak payah nak dalih-dalih. You my dear cousin listen here. Everytime you berhadapan dengan Mia you rasa sesak nafas tak?” Amir mengangguk.

“Everytime you see she smile you rasa macam nak luruh jantung you kan?” Angguk lagi.

“ Sekarang mana-mana pun you berada mesti you teringatkan Mia kan?? Even sebelum tidur pun muka Mia jugak yang you duk nampak kan?” sekali lagi mengangguk.

“ You rasa something weird kan dalam hati you everytime you sebut or dengar nama Mia??”  Amir angguk lagi.

“Dalam hati you sekarang ni ada perasaan aneh yang you tak dapat nak describe kan into words kan sekarang ni? Especially when Mia is around. Kan?” soal Mina lagi. Dan Amir masih setia mengangguk.

“ Well then, tahniah Am, you dah jatuh cinta,” lebar senyuman Mina menuturkannya. 
    Dalam tidak percaya yang Amir kini sudah jatuh cinta, perasaan gembira bergempita di hatinya. Gembira bagi pihak sepupunya itu. Amir diam mencerna kata-kata Mina sebentar tadi. Dirinya sudah jatuh cinta?? Dan dia jatuh cinta pada Mia?? Pengasuh anaknya?? Mina dihadapannya dipandang lama.

“Like seriously??” bertanya untuk meyakinkan diri sendiri.

“ Seriously dude! No jokes.” Bibir Amir tersungil senyuman kecil. Ya Allah,betul ke aku dah jatuh cinta????


bersambung...

p/s : sory lambat ek...masuk sem baru so sibuk urus banyak mende..baru 1st day class dah ada assgment bagai..xmenyempat lecturer2 ni..huhu..silalah baca dan komen ya..tegur2 mana yang patut...
sesape yang mmg tertunggu2 cite saye ni (ntah ada ntah tidak.eh!) say minta maaf sekali lagi coz lambat update..huhu..

Assalamualaikum anda!! =D



3 comments:

  1. am dah fall in love....x sabar nk baca seterusnya.......sambung2..best cite ni..tima kasih zanny utk n3...dah lama tunggu..

    ReplyDelete
  2. time kasih ana coz tertunggu ntry tok cite tak seberape ni.. =D

    ReplyDelete
  3. wah..............................................
    excited^^

    btw, brape beza umor diorg? sje tnye^^

    ReplyDelete

Kata-kata anda adalah ;;