Saturday 25 February 2012

Novel :: Chap 7 :: Takdir Yang Mengekori Diri..



“ Well then, tahniah Amir, you dah jatuh cinta,” lebar senyuman Mina menuturkannya.
      Dalam tidak percaya yang Amir kini sudah jatuh cinta, perasaan gembira bergempita di hatinya. Gembira bagi pihak sepupunya itu. Amir diam mencerna kata-kata Mina sebentar tadi. Dirinya sudah jatuh cinta?? Dan dia jatuh cinta pada Mia?? Pengasuh anaknya?? Mina dihadapannya dipandang lama.

“Like seriously??” bertanya untuk meyakinkan diri sendiri.

“ Seriously dude! No jokes.” Bibir Amir tersungil senyuman kecil. Ya Allah,betul ke aku dah jatuh cinta????

...................................

          Malam itu Amir tidak dapat tidur lagi seperti malam-malam yang sudah. Mungkin malam-malam yang sudah dia sibuk memikirkan perasaan aneh yang menguasai dirinya. Bimbang dan membuat pelbagai andaian. Risau memikirkan gelodak dihatinya yang luar biasa dan tidak tahu hujung pangkalnya. Namun tidak satu pun andaian yang mengena. Bila hati sudah tidak tenteram perkara yang mudah pun payah untuk akal mencerna. Tersenyum. Memikirkan kata-kata Mina petang tadi. Dia sudah jatuh cinta. Ya dia sudah jatuh cinta. Jatuh cinta kepada Mia, pengasuh anaknya.Tersenyum lagi.

        Dalam masih tidak percaya, perasaan bahagia menjalar di hati. Puas Mina meyakinkan dirinya petang tadi bahawa gelodak rasa dijiwanya sejak akhir-akhir ini adalah berpunca daripada perasaan cinta yang hadir kepada Mia. Lama dia termenung memikirkan kata-kata Mina. Mina pula seakan mengerti yang dia perlu diberi ruang untuk menganalisis dan mentafsir rasa hatinya hanya mendiamkan diri menemaninya sehinggalah Mia dan Sara menegur dirinya.

      Melihat sahaja Mia di depan mata semakin tidak tentu arah jadi dirinya. Sudah seperti cacing kepanasan lagaknya. Sekejap-sekejap dia membetulkan posisi duduknya. Tidak betah berada disamping Mia. Rasa dihatinya bagai memalu-malu dadanya. Jantungnya berdegup pantas semacam nak dikhabarkan kepada Mia apa yang tersembunyi dihatinya. Beberapa kali juga dia tertangkap oleh Mina ketika mencuri-curi memandang Mia. Senyuman sinis dan mengejek tidak padam dari bibir sepupunya itu. Tetapi yang anehnya dia tidak berasa geram malah tersipu malu setiap kali Mina melemparkan senyuman mengejek kepadanya. Terasa seperti budak sekolah yang baru belajar hendak bercinta pula. Menyukai seseorang dalam diam dan curi-curi memandang si dia pabila si dia alpa. Sungguh perasaan ini amat asing dan baru baginya. Berbunga-bunga rasa hatinya. Rasa seperti hendak terbang bebas untuk melampiaskan rasa cinta dan bahagia yang sudah pandai bertapak dihatinya yang selama ini dingin dan beku kepada wanita.

    Jam sudah menjangkau 4 pagi dan Amir masih terjaga. Sukar untuk dia melelapkan mata. Rasa di hati yang membuak-buak rasa seperti tidak tertanggung. Sekejap dia bergolek ke kiri, sekejap ke kanan. Habis bersepah bantal-bantal dan comforter di atas katilnya. Sesekali bila terbayangkan wajah Mia tersenyum manis Amir jadi malu sendiri. Menyorok muka dibawah comforter yang hampir melurut ke lantai. Persis budak remaja belasan tahun yang baru hendak belajar bercinta. 

      Puas bergolek diatas katil dia mundar mandir di dalam bilik. Sekejap berkerut-kerut dahinya memikirkan sesuatu, sekejap pula dia tersengih-sengih malu. Wajah Mia seakan-akan mengisi setiap ruang bilik tidurnya itu. Sah. Dirinya sudah angau.

        Penat mundar-mandir Amir melabuhkan punggung ke sofa berbentuk L dihadapan televisyen plasma 32 inci di dalam biliknya itu. Televisyen dihidupkan. Siaran televisyen ditukar-tukar tanpa tujuan. Sengaja ingin menghabiskan masa. Ingin melelapkan mata tidak boleh. Wajah Mia sering sahaja muncul di mindanya sebaik sahaja dia memejam mata. Siaran televisyen berhenti pada siaran MTV. Lagu Crush dari David Archuleta berkumandang. Mendengar lagu tersebut Amir tersenyum. Crush. Perasan yang sedang dialaminya ketika ini adakah boleh dikira sebagai crush?? Having a crush with his daughter’s babysitter. Mata dipejam menghayati bait lirik lagu finalis American Idol musim ketujuh itu.

Why di I keep running from the truth?
All I ever think about is you
You got me hypnotized, so mesmerized
And I just got to know
Do you ever think when you’re all alone
All that we can be, where this thing can go?
Am I crazy or falling in love?
Is it really just another crush?
Do you catch a breath when I look at you?
Are you holding back like the way I do?
Cause I’ve tried and tried to walk away
But I know this crush ain’t going away-ay-ay
Going away-ay-ay…

      Mata dibuka. Tersenyum memikirkan bait lirik tersebut. Terfikir adakah Mia juga memikirkan perasaan yang sama atau hanya dia yang hanyut dalam perasaan sendiri. Memikirkan kemungkinan Mia hanya menganggap dia sebagai majikan dan hanya ayah kepada Sara hatinya dipagut risau. Rasa cemas bertapak didalam hatinya. Macam mana kalau betul-betul Mia tidak mempunyai apa-apa perasaan kepadanya??? Bukankah Mia sering menganggap dirinya wallpaper sahaja?? Dari elok duduk menyandar di sofa Amir bangun kembali bermundar-mandir. Kalau tadi dahinya berkerut berangan memikirkan perasaannya terhadap Mia kini dahinya berkerut memikirkan kemungkinan perasaan Mia kepadanya. Sebahagian hatinya ingin meyakinkan perasaan dan akalnya yang mungkin Mia berperasaan sama dengannya tetapi akalnya pula terlampau bijak menakut-nakutkan separuh hatinya yang sudah yakin itu. Ah sudah! Bingung pula dia memikirkannya. 

      Terpandangkan reflection dirinya di cermin besar yang melekap kemas di pintu bilik air dibiliknya Amir terdiam. Ketawa kecil meletus perlahan dari bibirnya. Semakin lama semakin kuat pula ketawanya. Bila terfikir perilakunya yang sedari tadi yang seperti kebudak-budakan Amir tidak dapat menahan diri daripada menggelakkan diri sendiri. Wake up Amir kau dah 27 tahun! Tangani perasaan sebagai orang dewasa bukan seperti remaja yang baru nak belajar bercinta. Okay part belajar nak bercinta tu mungkin betul tapi sila bertenang Amir. Jangan kalut tak tentu pasal. Sekarang masa memikirkan macam mana nak menambat hati Mia bukan memikirkan kemungkinan yang negative. Stay positive. Strive for her heart! Dia patut merancang strategi bukan membuang masa sebegini. Ah kalaulah Amira masih ada mungkin dialah orang pertama yang bersemangat waja ingin membantunya di saat ini. 

    Terkenang kembali kerenah adik kembarnya itu sewaktu bercinta. Mungkin perasaan sebegini juga yang dirasakan Amira lima tahun dahulu. Angau dan lemas sendiri dalam perasaan cinta yang datang tak berundang sehinggakan nekad untuk berkahwin pada usia muda. Mengingatkan Amira senyumannya termati. Perasaannya yang bercampur-baur dengan perasaan bahagia, cemas dan lucu sebentar tadi diganti dengan rasa sayu yang mengigit tangkai hati. Peristiwa hitam itu kembali terlayar di minda. Sepanjang hidupnya tidak mungkin dia kan melupakan wajah ketakutan Sara ketika itu. Wajah anak saudaranya yang memanggilnya ayah sebelum menangis teresak-esak didalam pelukannya amat meruntun jiwa apabila dikenang kembali. Masih segar peristiwa tersebut dalam mindanya.

………………………………………..

::2 tahun lepas::

      Amir yang menjejakkan kaki masuk ke bilik pejabat Akmal, si jurutera di anak syarikat ayahnya berasa pelik. Jam ditangan dikerling. Sudah pukul 9.30 pagi. Pelik! Jarang Akmal yang juga merupakan satu-satunya adik iparnya itu datang lewat ke pejabat. Dia kembali keluar dari bilik yang kosong itu. Setiausaha Akmal yang baru melabuhkan duduk bersama mug berwarna putih yang masih berasap nipis dihampirinya.

“Kak Sal Akmal tak datang lagi ke?? Dah pukul berapa dah ni?” soal Amir ingin tahu.
     Memang satu yang luar alam lah kalau si Akmal yang rajin tu datang lambat ke pejabat. Setahu dirinya adik iparnya itu memang seorang yang menepati masa.

“Belum lagi Encik Amir. Saya dah try call handset Encik Akmal tapi tidak berangkat. Handset Puan Amira pun tidak berangkat.” Terang Kak Sal yang  merupakan salah satu setiausaha senior yang masih bekerja di syarikat ayahnya.

Amir yang mendengar jawapan Kak Sal berkerut dahi. Mana pulak pasangan sejoli ni pergi?? Tak kan tak bangun tidur lagi. Matahari dah meninggi ni.

“ Tak apa lah Kak Sal. Nanti saya try call dorang. Kalau Akmal dah sampai suruh dia jumpa saya dekat bilik saya.” Amir berlalu setelah berpesan.
      Handset di poket kanan seluar slack berwarna hitam yang dipakainya dikeluarkan. Mencari nombor rumah adiknya. Adik kembarnya Amira baru sahaja berpindah keluar dari rumah agam keluarga mereka. Katanya ingin belajar hidup berdikari dengan Akmal. Baru seminggu mereka berpindah ke rumah banglo dua tingkat di taman perumahan yang baru dibuka di hujung bandar. Kononnya jauh dari pencemaran kota kata adik kesayangannya itu. Ingin memberi persekitaran yang bersih kepada Sara dan bakal-bakal adik Sara nanti. Puas jugak lah Amira berdebat dengan mummy yang berkeras mahu Amira terus  tinggal di rumah agam empat tingkat itu. Akmal  si suami hanya mampu terdiam. Adiknya itu memang seorang yang tegas dan keras kepala. Kalau sudah diputusnya satu keputusan memang susah hendak membuat dia mengubah keputusan yang diambilnya. Bagaimana mummy mengalah ketika Amira mengambil keputusan untuk berkahwin ketika dia masih belajar begitu jugalah mummy mengalah apabila Amira masih berkeras untuk berpindah rumah. Adiknya itu memang pandai memujuk mummy. Mummy pulak kalau dengan Amira memang senang sahaja berlembut. Kalah dengan kehendak satu-satunya anak perempuannya.

          Teringat masa mula-mula Amira mengusulkan yang dia ingin berkahwin dengan pilihan hatinya, seluruh penghuni rumah agam itu termasuk dirinya seolah-olah hendak terputus nafas. Walaupun dia sememangnya tahu Amira bercinta dengan si Akmal budak engineering yang setahun lagi tua dari dirinya dan Amira tetapi Amira tidak pernah berbincang dengannya terlebih dahulu sebelum meminta izin mummy dan daddy untuk berkahwin. Seminggu jugak lah dia tarik muka dengan Amira. Sampai hati dia melupakan abangnya sendiri dalam membuat keputusan. Bukan ke selama ini mereka tiada rahsia? Tiba-tiba Amira bukak cerita nak kahwin. Siapa tak sentap? Tahu adiknya itu menggelabah memujuknya.

      Pada mulanya memang daddy dan mummy membantah keras. Sudahlah tidak habis belajar lagi mahu berkahwin, si lelaki yang hendak dikahwini adiknya itu tidak pernah dibawa berjumpa dengan mummy dan daddy. Mahu daddy tak naik angin. Akhirnya dia terpaksa masuk campur memujuk mummy dan daddy. Meyakinkan si Akmal pilihan adiknya itu memang baik dan layak untuk adiknya.

       Sebenarnya dia memang senang dengan Akmal yang dipanggilnya abang Al ketika di universiti. Senior engineering itu memang baik dan bertanggungjawab. Kemana sahaja dia mengusung Amira untuk berdating pasti diajaknya dirinya sekali. Dan dia sebagai abang yang bertanggungjawab memang tak akan menolak. Diikutnya Amira dan Akmal berdating kehulu kehilir tanpa rasa bersalah dan malu. Amira dan Akmal juga tidak kisah malah lebih suka jika dia ikut bersama. Kesimpulannya dia memang approve kalau Akmal jadi adik iparnya. Walaupun jejaka berdarah campuran Belanda-Melayu itu nak yatim-piatu tetapi akhlaknya baik. Tidak pernah dia melihat Akmal cuba mengambil kesempatan kepada adiknya.

     Setelah proses pujuk memujuk mummy dan daddy yang tak berapa nak mencabar berjaya juga Amira mendapat restu untuk berkahwin dengan Akmal. Kenapa sesi pujuk-memujuk mummy dan daddy jadi sesi memujuk yang tak berapa nak mencabar?? Sebab sebaik sahaja melihat dan berkenalan dengan Akmal daddy dan mummy masing-masing jatuh suka dengan pemuda tinggi  berkulit cerah itu. Sopan santun dan sikap Akmal yang sememangnya berwibawa itu memikat hati daddy dan mummy. Itu yang dia puji-puji sikit sahaja Akmal mummy dan daddy terus dah bersetuju. 

      Selepas 3 bulan mengikat tali pertunangan adik kesayangannya itu sah menjadi milik mutlak Akmal. Dan setahun selapas itu lahirlah anak saudaranya yang comel, Sara. Petah berkata-kata persis mama dan papanya walaupun hanya berumur dua tahun. Mengingat Sara dia tersenyum. Anak saudaranya itu gemar memanggil dirinya ayah sehinggakan ramai yang menyangka Sara itu anak kandungnya kerana Sara gemar mengikutnya ke kedai runcit untuk membeli barang yang dipesan mummy.

       Bunyi suara Amira ditalian mematikan lamunan Amir. Suara adiknya yang meminta meninggalkan pesanan kerana mereka sibuk dan tidak dapat menjawab panggilan telefon. Amir memandang handsetnya pelik. Nombor handset Akmal dicari dan didail. Tidak berangkat. Makin berlapis dahinya berkerut pelik. Kali ini nombor Amira pula didail. Juga tidak berangkat. Dah kemana pulak menghilang dorang ni??
Nombor rumah agam familynya ditelefon. Ingin betanya kepada mummynya sama ada Sara telah dihantar ke rumah itu atau belum. Biasanya Sara memang akan dihantar ke rumah agam itu sebelum Amira dan Akmal pergi pejabat. Dia yang keluar awal pagi tadi tidak sempat nak menunggu ketibaan Amira dan Akmal. Sebaik sahaja talian dihujung sana berangkat dirinya terus ditembak soalan oleh mummynya.

“ Am dah pergi?”

“ Pergi mana mummy?? Ni Am call ni nak tanya Amira dan Akmal ada hantar Sara tak hari ini?? Akmal tak datang lagi office ini. Call tak berangkat pulak.” Laju Amir menuturkan.

“ Daddy tak datang jumpa Am ke?”

“Daddy??” serentak itu pintu bilik pejabatnya dipulas. Daddynya menapak masuk biliknya.

“ Daddy baru masuk bilik Am ni.” Sambung Amir lagi.

“ Okay kalau macam tu nanti kalau Am dah pergi telefon mummy. Risau mummy kat rumah ni. Assalamuaalikum.” Talian diputuskan. Amir terpinga-pinga. Tidak tahu hujung pangkal kata-kata mummynya.

“ Mummy kamu??” Tan Sri Iskandar bertanya pendek. Sudah menjangka. Amir hanya mengangguk. Menanti kata-kata daddynya yang seterusnya.

“ Mummy kamu suruh kamu pergi check rumah adik kamu tu. Risau benar mummy kamu bila call Amira dan Akmal tidak berangkat. Sibuk telefon daddy tanya ada tak mereka dekat pejabat ni. Bila daddy cakap mereka tak sampai lagi mulalah kalut mummy kamu tu.” Jelas tan Sri Iskandar.

“Am call rumah diaorang pun tak berangkat daddy.” Amir memberitahu. 
     Tan sri Iskandar berkerut dahi. Pelik pulak rasanya. Kalau tadi semasa isterinya melahirkan kebimbangan dia masih tenang kini ketenangan hatinya tergugat. Seingatnya tengahari semalam kali terakhir dia berjumpa dan mendengar khabar berita dari anak menantunya itu. Itu pun anak gadisnya yang satu punya lah manja semalam. enantunya yang tidak kuarang banyak mulut itu pun kurag bercakap. Bila ditanya kenapa. Letih dijawabnya. Mungkin ada banyak projek yang hendak di handle oleh Akmal kol. Tebak hatinya.

“ Pelik. Mana anak menantu dan cucu ayah tu pergi. Diaorang lari bercuti ke luar Negara ke?” Tan Sri Iskandar cuba melawak. Sebenarnya lebih menenangkan hatinya yang semakin gusar.

“ Tak tahu lah daddy. Amira dan Akmal tak cakap apa pun. Macam ni lah Am pergi jenguk kejap rumah dorang.” Putus Amir yang juga mula merasa risau. Adiknya itu pun bukan main pelik semalam. Manja semacam. Macam-macam yang dipesan kepadanya semalam. Seolah-olah macam hendak pergi jauh aja. Entah-entah betul Amira dan Akmal buat kerja gila bercuti ke luar negara tanpa inform dia, daddy dan mummy terlebih dahulu. Tapi tak kan lah. Sejak dia menyentap dengan Amira sebab tak beritahu pasal niat dia nak berkahwin dengan Akmal memang Amira sudah serik hendak melakukan sesuatu tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu. Walaupun sudah berkahwin adiknya masih meminta pandangannya dalam segala hal. Dalam sehari pasti dua tiga kali dia bersembang atau berbalas mesej dengan Amira. Nasib baiklah  Akmal tidak cemburu buta. Kalau tidak habis.

    Tidak pernah adiknya itu terputus khabar darinya. Selalunya selang beberapa jam pasti ada sahaja mesej dari adiknya tu yang masuk ke peti inbox mesej handsetnya. Kadang-kadang entah mesej-mesej yang merapu mana yang adiknya hantar kepadanya. Bila ditanya kenapa dia menghantar mesej-mesej tersebut jawapan Amira mudah sahaja bosan dan hendak menghabiskan kredit yang banyak. Tergeleng kepala mendengar alasan Amira itu. Sudah jadi isteri dan emak orang pun perangai masih macam budak-budak lagi. Amira tu memang terlampau manja dengannya!

 Tetapi sejak Amira pulang ke rumah tengahari semalam memang dia tidak berhubung dengan adiknya lagi. Sibuk menyiapkan lakaran projek di Kuantan sampai terlupa menghubungi adiknya. Bila dia tersedar sudah lewat malam, pasti Amira sudah tidur.

 ……………………….

    Sampai di perkarangan rumah Amir dia merasa bertambah pelik. Kereta Akmal dan Amira masih di kawasan porch. Maknanya mereka ada dirumahlah. Keretanya di parking dibelakang Toyoto Camry Akmal. Kaki Amir laju melangkah ke pintu utama. Pintu diketuk perlahan. Makin lama makin kuat dan tidak sabar. Tidak puas sekadar mengetuk sahaja nama Amira dan Akmal dilaung sekali. Sepuluh minit berlalu dan masih tiada respon daripada orang-orang didalam rumah. Hati Amir mula digigit rasa risau. Mata meliar melihat kawasan perumahan elit itu. Disebabkan taman perumahan ini masih baru tidak banyak rumah bangle yang telah diduduki. Setahunya kedua-dua rumah banglo yang bersebelahan dengan rumah banglo Akmal ini masih tidak berpenghuni. Hanya rumah banglo yang berselang dua buah rumah yang berpenghuni.

        Setelah lima minit buntu diluar Amir mengetuk lagi pintu rumah. Kali ini makin kuat. Laungan nama Akmal dan Amira juga makin kuat. Makin lama bukan diketuknya pintu rumah itu tetapi dihentak-hentak dengan telapak tangannya. Sakit. Tapi dia tidak endahkan. Rasa risau yang bertapak dihatinya lagi penting. Teringat. MasyaAllah. Bukan dia ada kunci pendua rumah Amira ke? Rasanya Amira ada memberi kunci pendua kepadanya sebelum Amira dan Akmal berpindah masuk ke rumah tersebut. Akalnya dikerah mengingati dimana dia meletakkan kunci tersebut. Minta-minta lah dia tidak tinggalkan kunci tersebut dirumah. Jenuh pulak nak patah balik ke rumah dan mengambil kunci tersebut. Dalam kereta ke?

     Kaki melangkah ke kereta kembali. Masuk kembali ke dalam kereta untuk mencari kunci pendua tersebut. Rasanya dia meletakkan kunci tersebut didalam kereta. Dashboard kereta dibuka dan dipunggah. Banyak sangat barang yang dicampak masuk ke dalam dashboard keretanya. Peluh mulai membasah kemeja yang dipakainya. Tie awal-awal lagi dia sudah tanggalkan. Masih mencari. Habis berselerak barang-barang di dalam dashboard dihumbannya di seat sebelah pemandu. Sampai kosong dashboard tersebut dipunggahnya tetapi kunci masih tidak jumpa. Dia mencari pula dicelah-celah seat kereta. Mana tau terjatuh dan terselit dicelah-celah seat. Dah selalu sangat wallet dia tercicir dan terselit dicelah-celah seat kereta. Lepas itu mengagau mencari wallet yang hilang. Tangan diraba-raba di celah seat. Terasa  tersentuh kunci. Bibir mula tersenyum. Dia mengambil kunci yang disentuhnya. Alhamdulillah ada. Nafas lega dilepaskan.

     Sebaik mendapat kunci, tak cukup tanah dia melangkah ke pintu utama. Kelam kabut untuk membuka pintu yang berkunci. Rasa risau dalam hatinya ini dah meluap-luap. Pintu dibuka dan ditolak seluas-luasnya. Melangkah ke ruang tamu. Terkesima.

     Ruang tamu berselerakan. Laci-laci yang terdapat di almari perhiasan antik habis tunggang langgang. Bekas serpihan pasu bunga berselerakan di lantai. Amir cemas. Nama Akmal dan Amira dilaungnya berkali-kali. Hatinya sudah memikirkan perkara-perkara buruk. Laju langkahnya ke dapur. Juga berselerak. Pantas Amir berlari naik ketingkat atas. Tombol pintu  bilik pertama yang merupakan bilik Amira dan Akmal dipulas kasar dan tidak sabar. Matanya laju mencari kelibat Amira dan Akmal. Tiada. Yang ada hanyalah barang-barang di dalam bilik itu yang bersepah dan tunggang langgang. Sudah tidak serupa bilik lagi lagaknya. Bilik Sara ditujunya. Juga kosong dan berselerakan. Perasaannya ketika ini tidak dapat digambarkan. Cemas,panik,risau,takut,kalut semua bercampur jadi satu. Sesak nafasnya memikirkan segala kemugkinan dikepalanya. Tiba-tiba dia teringat ruang rehat.

     Seperti lipas kudung dia berlari ke ruang rehat tersebut padahal dari bilik Sara ke ruang tersebut bukanlah jauh mana tetapi dia tidak sabar kalau hendak berjalan. Sampai di ruang rehat hampir terberhenti nafasnya. Nafasnya yang sememangnya sedari tadi tidak sekata rasa seolah terberhenti.Menggeletar tubuhnya melihat panorama di depan mata. Hati menidakkan apa yang dilihat. Kakinya lemah tiba-tiba. Hilang kekuatannya untuk berdiri. Terjelepuk Amir.

    Di ruang rehat itu, terdampar dua badan manusia yang amat dikenalinya. Bergelumangan dengan darah. Amira dan Akmal. Sesak nafasnya mencuri oksigen dari udara. Air mata sudah bercucuran melihat pemandangan di depan mata.

      Ya Allah!! Amira dan Akmal. Bergelumangan dengan darah. Tidak bernyawa. Fikirannya terasa kosong. Dunia seakan gelap melihat kembarnya terbaring kaku di lantai. Air mata mengalir deras tanpa dipinta. Mengumpul kekuatan untuk menghampiri tubuh kedua-dua manusia yang telah kaku tidak bernyawa. Fikiran masih degil menidakkan apa yang dilihat. Dia betul-betul berhrap ini semua hanya mimpi ngeri. Apabila dia bangun nanti semua Amira dan Akmal akan bergelak ketawa denganya. Sara akan memeluknya manja. Tersentak. Sara?!

     Mata meliar melihat ruang rehat itu. Sara tidak kelihatan. Melihat jasad kaku Amira dan Akmal di depan mata di terlupa kepada Sara. Kuat dia melaung nama Sara. Mengharap Sara kan menyahut panggilannya seperti biasa. Tidak tentu arah dia. . Dalam keadaan terkejut dan tidak berdaya Amir gagahkan juga mencari Sara di setiap pelosok rumah itu. Tiada. Tangannya  mengagau mencari handset. Daddynya ditelefon. Dalam keadaan teresak menangis dia mengkhabarkan berita tersebut. Sudah tidak peduli. Sedihnya hatinya memang tidak tergambar dengan kata-kata. Lama daddy terdiam sebelum tergagap-gagap bertanya tentang Sara. Amir tidak mampu menjawab. Hanya tangisan yang keluar dari mulutnya. Seketika kemudian talian terputus. Amir sudah tidak mampu berfikir mengapa talian terputus. Dalam kepalanya hanya nama Sara yang berlegar-legar. Sudah puas dicari disetiap pelosok rumah. Masih tidak jumpa. Tubuh kaku Amira dan Akmal ditutup dengan kain. Tidak sanggup dia melihat tubuh kaku itu. Melihat kembarnya yang berkongsi rahim dengannya selama sembilan bulan sepuluh hari yang terbaring kaku terasa seperti nyawanya direntap sama. Amir meraup muka. Dia terpandangkan bakul permainan Sara dihadapannya. Teringat yang Sara suka menyorok di dalam bakul tersebut. Kelam kabut dia mendapatkan bakul bersegi empat yang berlubang-lubang kecil itu. Terketar-ketar tangan membuka penutup bakul tersebut. Hati Amir tersayat. Sara memandangnya dengan ketakutan. Air mata meleleh laju dari mata bulatnya yang kini sudah sembab. Tiada bunyi atau suara yang keluar. Hanya air mata sahaja yang lebat menuruni pipi montel Sara itu.

“A…a..yah..” keluar suara kecil Sara sebelum tangisan Sara bertambah kuat. Amir membawa Sara dalam pelukannya. Ya Allah kalau dia yang sudah besar tagun ni teresak menangis apatah lagi Sara. Berilah kekuatan kepada anak saudaraku ini Ya Allah. Janganlah Engkau uji anak yang barummngenal dunia ini Ya Allah. Amir tefikirkan sesuatu.

Amir melihat kedudukan bakul tersebut. Betul-betul berhadapan dengan mayat Amira dan Akmal. Terkaku Amir buat sekian kalinya.
Ya Allah!Sara nampak…. Sara nampak..Sara nampak kesemuanya. Sara nampak tubuh kaku mama dan papanya yang bergelumang darah.

‘Ya Allah aku memohon kepadamu Ya Allah. Aku memohon sesungguh hatiku Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim aku memohon kepadamu Ya Allah janganlah Sara menyaksikan saat nyawa papa dan mamanya ditarik dari jasad mereka.’ Rintih Amir perlahan.

         Teresak-esak dia menangis sambil memeluk Sara. Dia tahu dia tidak patut menangis dan sewajarnya dia menenangkan Sara tetapi dia sendiri tidak kuat. Semakin tersayat hatinya mendengarkan tangisan Sara yang makin kuat  di dalam pelukannya. Bunyi siren polis dan ambulans yang kedengaran tidak diendahkan Amir. Dia tenggelam dalam perasaan sedihnya bersama Sara. Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah. Tidak putus-putus mulut dia mengucapkan kalimah Allah itu. Memohon sedikit kekuatan. Pelukan semakin dieratkan. Hancur luluh hatinya mendengar tangisan Sara.

……….

Azan subuh yang kedengaran dari masjid menyedarkan Amir dari lamunan panjang. Air mata yang mengalir disekanya. Sudah dua tahun kejadian itu berlaku dan dia masih tidak dapat melupakan kejadian tersebut. Saat dia melihat tubuh kaku Amira dan Akmal dan seperti orang gila mencari Sara . Perasaan ketika itu tidak mungkin dia lupakan seumur hidupnya. Melihat Sara bergelak ketawa sekarang memang merupakan satu keajaiban. Kalau lah dia ditempat Sara rasanya dia tidak mampu bercakap kembali seumur hidupnya. Sara memang anak yang kuat dan tabah dan kehadiran Mia dalam keluarga mereka memang merupakan suatu rahmat dari Allah SWT.


bersambung..

p/s : since esok cuti adelah entry...huhu..myb lepas ni entry akan masuk lambat cikit..maklumlah sem baru da mula..so entry kali ni kita tau ape lah peristiwa hitam yg berlaku dalam hidup Sara sampai dia 'bisu' kejap..enjoy..silalah komen ye..

Assalamualaikum anda!! =D



2 comments:

  1. terjawab sudah...aingatkn amira tu wife amir...twin rupanya......sedihnya...mesti kes rompak ni.....patut le amir mcm tu...rupa2nya baru nk bercinta...thanks zanny...sambung lg ye..lambat sikit x pe jgn x de entry je...

    ReplyDelete
  2. heeheh..kan..saya pun ngat amira tuh isteri amir.. Eh?! hahaha...nak tau ape yg sebenarnye berlaku time rompakan tuh kene lah tunggu next2 entry ye..

    ReplyDelete

Kata-kata anda adalah ;;