Wednesday 5 September 2012

:. Bunga itu .:

:. Bunga itu .:

Dalam keriangan burung berkicau..
Bunga  mewangi dengan harapan..
Kelopak bertatih mencari jawapan..
Kumbang yang hadir memburu..
Menabur segala harapan...
Suria yang mula menyinar dalam diam..
Tanpa izin hujan...

Kumbang tetap kumbang..
Terbang antara bunga..
Kuntum yang mengharap..
Setia menjaga haruman....
Madu yang dipelihara..
Duri yang menyakitkan..

Alam yang indah..
Kala gerimis yang membasahi bumi..
Melihat kumbang berlalu pergi..
Tanpa pesan untuk diri...
Gugurlah bunga di bahu duniawi...

Wednesday 25 July 2012

Sanah Helwah!

Assalamualaikum anda!!!

Hari ini bersamaan 5 Ramadhan 1433H atau 25 Julai 2012 saya genap berusia 20 tahun. Semakin dekat langkah kaki ini dengan kematian.

     Hari ni saya banyak berfikir. Sepanjang 20 tahun saya hidup di bumi Allah ini apa yang telah saya lakukan sebagai hamba-Nya. Sudah cukupkah amalan saya? Adakah kalau ditakdirkan saya menemui ajal pada hari ini atau esok hari saya sudah bersedia menghadap Pencipta diri ini? Adakah segala amalan yang saya lakukan ikhlas semata-mata kerana Allah? Betul saya betul-betul dah tinggalkan segala perangai zaman jahiliah saya? Adakah saya yakin segala amalan yang saya lakukan sudah cukup sempurna dan diterima Allah? Tarik nafas dalam-dalam. Hembus perlahan.

    Sebenarnya saya pernah terjebak dalam zaman jahiliah. Zaman dimana saya tak kenal dosa pahala. Tak kenal apa itu aurat dan apa itu batasan dalam pergaulan. Zaman  saya mengeluarkan kata-kata tanpa berfikir atas kesannya terhadap orang lain. Zaman saya melawan ibu yang melahirkan saya tanpa secebis rasa bersalah. Zaman saya lebih agungkan kehidupan duniawi dari mencari keredhaan Illahi. Zaman saya rasakan hidup saya sudah cukup sempurna dibumi Allah. Ya saya pernah terjebak dalam zaman jahiliah tersebut. *senyum pahit*


    Tapi Alhamdulillah Allah buka pintu hati saya. Allah sinarkan cahaya hidayah dalam hati saya. Allah memilih saya untuk dilembutkan hati saya yang dah keras macam batu kerikil atas jalan raya tuh. Allah memberi peluang kepada hati saya untuk berubah. Allah memberi peluang untuk saya brtaubat dan hidup untuk memburu keredhaan-Nya. 


   Saya berharap sisa-sisa hidup saya kini dapat saya penuhkan dengan amal ibadah dan semata-mata untuk mendapat rahmat dan keredhaan-Nya. Saya harap saya akan ikhlas dalam segala perkara yang saya lakukan. Saya berharap saya kuat dan istiqamah dalam melawan diri saya sendiri untuk menjadi muslimah yang hebat. Saya harap pembaca blog saya mendoakan untuk saya juga. Saya juga doakan semua pembaca blog saya supaya dirahmati Allah dan mendapat keredhaan-Nya. Amin. =)


Oh ya..sempena hari lahir saya hari ini saya tujukan video dibawah untuk diri sendiri..hehehe..semoga saya tabah mengharungi dunia yang penuh dosa ini. 












p/s : Selamat Berpuasa dan melakukan ibadah! Mari berlumba melakukan ibadah dan mengumpul pahala di bulan yang penuh barakah ini.






Assalamualaikum anda!! =D

Friday 20 July 2012

Sampaikan aku pada Ramadhan!!

Assalamualaiku anda!! =)

InsyaAllah menurut pengumuman dari Pak cik dibawah :



Sabtu ni bersamaan 21st July 2012 kita akan menyambut Ramadhan. Saya harap umur saya panjang untuk sampai pada bulan penuh barakah ini. Sekarang ( waktu entry ini ditulis) baru menginjak ke hari Jumaat (20  July 2012). Kurang dari 24 jam Ramadhan akan tiba dengan sejuta keberkatan. Dalam kurang 24 jam ini macam-macam perkara boleh berlaku. Jadi mari kita doa sama-sama supaya kita sempat sampai kepada Ramadhan.

'Ya Allah sampaikan kami ke bulan Ramadhan'



      Bercakap soal Ramadhan, ramai yg ternanti-nanti bulan rahmat ini bukan. Tapi persoalannya mengapa kita menantikan bulan ini? Adakah kerana fakta selepas Ramadhan, Aidifitri menjelma atau kerana bulan itu sendiri. Bulan itu sendiri bukan bermakna bazaar dan segala jualan murah yg akan berlangsung sepanjang bulan Ramadhan. Tapi keberkatan yg tidak terhingga yang boleh diperolehi dalam bulan ini. So mari pakat-pakat sukat atau catat amalan kita pada bulan Ramadhan. =)



Saya berharap kita semua dapat memanfaatkan bulan ini dengan sebaik-baiknya. Mari mengumpul bekalan unutk akhirat!! Saya bersyukur dan gembira kerana bulan Ramadhan hadir disaat pelajat IPT sedang bercuti. Maka bolehlah pulun beribadat dengan selesa dan tanpa gangguan. Lagi-lagi macam saya yang tak bekerja dan duduk aja dirumah ini. Hehehe..Semoga Ramadhan kita semua pada tahun ini lebih baik dari tahun sudah. InsyaAllah.

Oh sempena menyambut Ramadhan hari ni saya berpenat lelah mengemas bilik bagi cantik-cantik sikit. Bukan nak sambut raya je yg kena excited menghias bilik atau rumah tapi nak sambut Ramadhan pun kena excited jugak menghias bilik. Biar berseri-seri dan selesa melakukan ibadat. Ahah! =D

Sepanjang bulan Ramadhan ni entry novel saya akan stop sementara ye. Lepas raya baru sambung balik.Harap sesiapa yang follow cerita saya yang tak seberapa ni mengerti dan faham ye..=)

Akhir kata dari saya :





Assalamualaikum anda!! =D


Monday 16 July 2012

Hati rasa gembira!!

Assalamualaikum anda!!!!!!!! =D

Hah nampak tak banyak exclamation mark  kat situ?? Hehehe..itu menunjukkan saya rasa gembira..
hari ni result exam keluar..Yeay!!


Sebenarnya rasa ironi sebab time saya exam, kawan-kawan saya di uitm masih seronok berjimba..bila saya dah habis exam dan bercuti dorang baru nak berhempas pulas jawab final..Now dorang baru habis exam saya dah tau result exam..
Hah nampak tak kat situ corak permainannya?? HeHe..
Since last sem hanya mampu dapat anugerah bestari je...=/
But this sem Alhamdulillah saya dapat tergolong dalam golongan di bawah..=D


YEAY!!! syukur Alhamdulillah sangat-sangat.. Rasa happy sebab penat lelah saya sepanjang sem 2 ni berbaloi..   



Assalamualaikuma anda!!





Saturday 14 July 2012

Novel :: Chap 11 :: Takdir Yang Mengekori Diri..




Keesokan paginya selepas bersarapan dan membasuh baju kotor yang berlonggok di bilik Mia menelefon Mak Cik Isabella. Tubuhnya disandarkan selesa di kepala katil bujangnya. Sementara menunggu panggilan berjawab Mia menyelak langsir tingkap yang bersebelahan dengan kedudukan katil. Cahaya pagi berlumba-lumba menrobos masuk menyinari bilik sekangkang kera yang dihuni Mia di Kolej kediaman Wang Ulu ini. Bilik yang sepatutnya dihuni oleh dua orang pelajar ini dihuni oleh dirinya seorang apabila junior yang menghinap di katil atas pindah ke blok lain.  
Setelah beberapa saat menunggu akhirnya panggilan bersambut.

“Assalamualaikum Mia. “ suara garau memulakan perbualan.

Dahi Mia berkerut. Nombor dan nama pemanggil di skrin telefonnya dipandang. Betul nombor Makcik Isabella. Dah suara siapa ni? Pak cik Iskandar?? Macam lain je. Abang Am?

“Err..waalaikumsalam. Ini.. abang Am ye?” tanya Mia teragak-agak.

Selalunya kalau tidak Makcik Isabella, Sara sahaja yang pandai mengangkat panggilannya. Kadang-kadang ada juga Pak cik Iskandar. Abang Am memang tak pernah dan tidak terlintas langsung dalam kepala dia yang akan menjawab panggilannya. Nasib baik dia tidak terover excited seperti selalu tadi.

“ Eh..bukan. Ni Adrian. Mia nak cakap dengan Mak su ye? Kejap ye abang panggilkan. Mak Su tengah bancuhkan susu Sara dekat dapur. Mia tunggu sekejap ye.” Balas pemuda yang menggelarkan dirinya Adrian tersebut.

Mia di Perlis semakin berlapis dahinya berfikir siapa pulak Adrian ini. Macam tak pernah dengar je name Adrian dalam keluarga Pak cik Iskandar. Dalam menunggu Mia terdengar si penjawab panggilannya menegur seseorang dengan panggilan sayang. Sayup-sayup terdenga pebualan si penjawab panggilannya dengan seorang wanita yang dipanggil sayang tersebut. Suara wanita tersebut macam familiar.

“Assalamualaikum Miaaaaaaaaa.” Suara wanita tadi mengganti suara garau yang menjawab panggilannya sebentar tadi. Ceria. Mia tersenyum. Kak Mina!

“Waalaikumsalam kak Mina. Excited nya suara pagi-pagi ni.” Kak Mina dihujung talian tergelak.

“Yela mane tak excited ‘kakak kesayangan’ dalam keluarga ni telefon. Dah lame dah tak borak dengan Mia.” Usik Mina sambil menjeling ke arah Amir yang mendekatinya. Amir yang mendengar Mina menyebut kakak kesayangan tersenyum.

“Mia?” menggerakkan mulutnya tanpa suara. Memastikan telahannya. Melihat Mia mengangguk senyuman lebar diukirkan. Tidak tahu mengapa tapi hati tiba-tiba rasa bahagia walaupun dia tahu panggilan tersebut pastilah untuk Sara.

Adrian yang memerhatikan gelagat sahabat baiknya senyum sinis bila pandangan Amir berlaga dengan pandangannya.  Kali pertama melihat Amir tersengih kambing semata-mata kerana seorang gadis. Dapat tahu si pujaan hati menelefon pun dah senyum sampai ke telinga. Itu pun bukan panggilan untuk dirinya. Agaknya kalau Mia menelefon sememangnya bertujuan untuk bercakap dengan Amir mahu naik sawan kawannya ini kerana terlalu gembira.

Adrian mangajak Amir beredar ke pangkin kayu yang terletak di sebelah kolam renang berbentuk lapan di bangle mewah itu. Amir mengikut tanpa kata. Mina sudah menghilang ke dapur. Mencari  mummy dan anak daranya yang baru bangun tido. Hari ini Sara bangun lewat dari biasa. Menginjak sepuluh pagi baru anak daranya itu terkebil-kebil terjaga di atas katilnya dan menegurnya yang khusyuk membuat kerja. Menyambung  kerja yang tergendala malam semalam. Dengan tidak mandi terkedek-kedek turun mencari neneknya meminta susu.

“ Kau ni Mir, macam dah parah betul aku tengok. Susah-susah pinang jelah Mia tu buat isteri. Sara dapat ibu baru nanti. Aku tengok Sara tu macam dah tak boleh hidup kalau tak ada Mia.” Amir tersenyum kelat mendengar usulan Adrian. Mummy pun dah banyak kali bertanyakan hal itu padanya. Perasaan dia yang memang menaruh hati kepada Mia bukan lagi satu rahsia.

Sehari selapas Mia meninggalkan rumah ini dia telah diserbu oleh mummy bertanyakan perasaan terhadap Mia. Puas dia dalih dan nafikan tapi mata seorang ibu manalah boleh dia sebagai anak nak sembunyikan. Akhirnya dia mangaku. Punyalah excited mummy sampai terus berbincang dengan daddy tarikh nak pergi manghantar rombongan meminang ke rumah Mia. Nasib baik dia menghalang. Kalau tak entah-entah Mia dah selamat jadi tunangan dia agaknya. Dia pun tak payah nak pening-pening lagi dah. Eh!

Amir tersenyum dengan apa yang difikirkan. Nafas ditarik dalam sebelum dilepas perlahan-lahan. Adrian yang duduk dihadapannya dipangkin kayu ini dipandangnya.

“Aku bukan tak nak pergi pinang dia. Aku nak sangat bro. Tapi aku sekarang macam sibuk dengan projek resort dekat Karambunai tu. Aku kalau boleh nak tunang sekejap je terus kahwin. Lagi bagus kalau tunang petang, malam nikah. Tak payah lama-lama. Lagi pun Mia tinggal 2 sem lagi nak habis belajar. Aku tak nak lah rushing. Nak plan betul-betul. Tapi mummy tu tahu lah kalau sehari tak bising pasal hal ni tak sah.” Amir melepaskan pandangan ke arah air kolam renang yang beralun mengikut arah angin yang agak kuat pada pagi ini.

“Kau macam yakin je kan. Buatnya dalam tempoh yang konon-konon kau nak bersedia ni ada orang lain masuk meminang Mia macam mana? Lepas tu parent Mia terima pulak. Melepaslah kau.”  Sengaja menduga Amir .Pandangan turut ditala kearah kolam.

“Eh, kau jangan lah nak takut-takutkan aku. Cuba berfikiran positif. Aku yakin Mia jodoh aku. Dah bermalam-malam aku buat solat istikharah. Dan bayang yang aku nampak dalam mimpi tu memang iras Mia. Tunggu projek ni selesai lagi 3 minggu aku suruhlah mummy pergi meminang Mia.”

“Kau ni yakin sangat pulak aku tengok. Ikut suka kaulah. Nanti terlepas Mia tu jangan nak meraung dengan aku.” Adrian mengalah.
 Amir ni sejak dulu yakin je dalam semua perkara. Positif sangat sampai dia tak boleh nak ikut dengan pemikiran Amir yang positif tu.

“Kau dengan conference kau hari tu apa cerita? Aku dah lama nak tanya kau. Tapi asal kita jumpa je bincang benda lain. Lama betul kau dekat sana sampai nak dekat sebulan kau dekat sana. ” Sengaja Amir menukar topik.

Malas berbalah perihal Mia. Dia sudah mempunyai rancangan tersendiri dan buat masa ini biarlah dia seorang sahaja yang tahu segala rancangannya secara perperinci. Sampai masa nanti dia akan ceritakan rancangannya kepada ahli keluarganya. Dan bila sebut ahli keluarga tentulah Mina dan Si Adrian ni termasuk sekali.  

 “ Hoi brader dah dekat 2 bulan lebih aku balik Malaysia baru nak tanya?! Saje nak tukar topic lah tuh!” Tempelak Adrian. Amir sengih tak bersalah.

“ Jawab jelah soalan yang aku tanya tuh.” Adrian menjulingkan mata. Hambar betul cara sahabatnya ni nak menukar topik. Malas berbalah Adrian menjawab juga pertanyaan Amir tadi.

“Biasa je. Yang lama tu sebab conference tu banyak gap. Selang 3 hari, selang 5 hari mana tak sampai dekat sebulan. Padahal conference tu sebenarnya 6 hari je. Aku malas nak ulang alik aku stay je dekat sana ingat boleh bercuti-cuti dengan Mina. Sekali aku sampai sana sepupu kesayangan kau tu balik Malaysia. Aku nak surprise kan dia aku pulak yang surprise bila call dia. Elok aku jejak je UK call dia, dia cakap dia dah dekat Dubai. Transit dekat sana. Bengang jugak aku.” 

Amir tergelak. Macam-macam pasangan sahabat baik dia ni. Pelik-pelik je hubungan dia orang. Adrian sejak sampai ke tanah air hari itu terus menghilangkan diri. Lepas dua tiga hari  baru nampak muka. Tanya kepada Mina dia sendiri tak tahu dimana tunang kesayangannya ini. Bila bertegur pula Adrian gigih gelarkan Mina sayang dan gelarkan dirinya Ian. Mina pulak main selumber je ber I-You dengan Adrian. Kalau orang luar tengok macam tak sebulu je pasangan tunang ni tapi dia tahu Adrian cintakan Mina dan Mina pun cintakan Adrian. Walaupun dia orang macam selumber je kalau lepak dengan dia tapi pandangan mata mereka berdua tergambar rasa kasih yang mereka kongsikan.

“ Hahaha..padan muka kau! Nak buat surprise konon.” Sinis.

“Oh by the way, lagi 2 minggu aku outstation pergi sabah. Nak finalize kan projek resort kat sana tu. Aku stay sana seminggu.” Amir mengeluarkan ayat penyata. Adrian mengangguk. 
Belum sempat dia mahu membuka mulut membalas bicara,suara riang seorang budak kedengaran.

“Ayahhhhhh…..” Sara berlari mendapatkannya sebelum melonjat ke riba Amir. 
Adrian dan Amir tergelak melihat perilaku Sara. Nampak gembira benar setelah berbual dengan Mia. Tidak macam semalam. Sayu je air muka anak daranya ini.

“Puas dah cakap dengan kakak?” Amir bertanya.  Kepala Sara diusap. Sara mengangguk teruja.

“ Dah, kakak kata sorry kakak tak perasaan mesej ayah semalam. Ayahhhh kakak kata tak lama lagi kakak cuti. Lagi…err.. 2 minggu.” Dua jari dinaikkan selepas teragak-agak.

             Muka Sara jelas teruja dan ceria. Amir senyum. Lagi 2 minggu kakak balik bercuti, lagi 2 minggu lah dia kan out station ke Sabah. Alahai. Lama ke tak Mia cuti?

“ Iye..patut anak ayah ni happy je. Kakak cakap tak kakak cuti berapa lama?” Pipi montel Sara dicubit mesra.
Amir cuba mengorek maklumat. Mungkin Mia ada memberitahu Sara. Sara terdiam memikir.

“Kakak kata lama. Boleh jalan-jalan dengan Sara, aunty Mina, Nenek,Atuk..” balas Sara polos.

         Wajah Amir berubah kelat.Terasa payau pulak air liurnya. Jalan-jalan dengan Sara, aunty Mina, Nenek dan Atuk?  Mananya nama dia? Rasanya telinga dia masih okay dan dia yakin nama dia macam tak kedengaran dalam bicara Sara sebentar tadi. Kenapa nama dia tak terselit dalam nama-nama yang tersenarai?  Amir tak puas hati. Sara kanapa tak ada nama ayah?? Hatinya menyoal geram.

Adrian tergelak melihat wajah kelat Amir. Bengang lah tu nama dia tak tersenarai. Mendengar ketawa Adrian Sara yang masih dipangku Amir memandang Adrian. Wajah anak kecil itu bertukar reaksi melihat Adrian. Mungkin pelik melihat Adrian. Sejak Sara mula bercakap kembali Adrian sudah terbang ke UK. Kemudian balik ke Malaysia tak pernah nak lawat atau datang melepak di rumah ini. Manalah Sara  hendak cam. Sudah mengjangkau tiga bulan lebih Sara tidak melihat Adrian. Melihat riak pelik yang terpapar di wajah Sara Adrin senyum dan menegur Sara.

“ Hai princess, lamanya uncle tak jumpa Sara. Kenal Uncle lagi tak?” Sara menggelengkan kepala.
 Memeluk Amir. Mungkin takut dengan kehadiran orang asing.

“Sedihnya uncle Sara tak kenal dah. Ingat tak Uncle pernah bagi hadiah Barbie Doll dengan rumah Barbie Doll yang besar dekat Sara?” Adrian memimikan wajah sedih sambil memancing ingatan Sara.
                   Dahi Sara berkerut cuba mengingat. Sejak akhir-akhir ini kalau Sara berfikir pasti dahinya kan berkerut. Saling tak tumpah seperti Amira, mamanya.

“ Tulah kau bro. Lama sangat tak datang sini. Anak aku pun dah ingat-ingat lupa dekat kau. “ Wajah Sara dipandang penuh kasih.

“Sara ingat tak uncle Ian? Uncle Ian kan selalu datang rumah kita bagi Sara hadiah. Ingat?” Amir cuba membantu Sara mengingat.

 Sara ni sewaktu zaman bisu dia dahulu memang jarang nak berjumpa dengan orang yang dia tak kenal. Dengan Adrian yang selalu datang tiap hujung minggu pun dia buat acuh tak acuh. Tapi bila Adrian beri hadiah terima pula. Sara diam. Dahi masih berkerut. Kemudian kerutan didahi makin hilang. Wajah comelnya yang  serius tadi diganti dengan senyuman yang manja. Makin melebar.

“Sara rasa sara ingat lah. Uncle bagi banyak patung Barbie dekat Sara. Rumah besar Barbie pun uncle hadiahkan.” Petah Sara berbicara.

“Pandai pun anak sedara uncle ni. Harini pun uncle ada bawak hadiah untuk Sara. Tapi dekat dalam lah. Nanti uncle ambil bagi Sara ye.” Muka teruja Sara dipandang kasih.

“Buku ke uncle??” soal Sara teruja.

“Eh tak..Uncle beli Barbie yag baru untuk Sara. Lagi cantik dari yang dulu-dulu tu.” Muka Sara bertukar muram.

“ Alaa..kenapa bukan buku..Sara suka buku..Sara dah tak suka Barbie dah.” Omel Sara.

“Sayang kenapa cakap macam tu? Kalau orang bagi hadiah kita kena terima dengan ikhlas. Kita mana boleh pilih-pilih hadiah yang kita nak faham? Kita patut terima hadiah orang nak bagi tu dan ucapkan terima kasih.”  Amir menegur.
        Sara mendengar patuh. Kepalanya diangguk perlahan. Wajah Adrian didepannya dipandang. Senyuman diukirkan.

“ Terima kasih Uncle bagi Sara Barbie.”

Adrian terpaku melihat perubahan Sara. Sudah pandai membaca buku. Sungguhlah Mia dah mengubah anak sedaranya. Mengubah menjadi anak yang bijak. Adrian mengukirkan senyuman. Tangan didepa mengisyarat supaya Sara ke pangkuannya. Teragak-agak Sara turun. Memandang wajah ayahnya dan uncle Adrian bersilih ganti. Namun akhirnya kakinya melangkah juga ke arah Adrian. Larut dalam pelukan Adrian.

Amir senyum senang hati dengan tingkah Sara. Sara yang petah. Sara yang manja. Sara yang bijak dan mendengar kata. Semuanya hasil asuhan Mia yang . Tidak tergambar betapa bersyukurnya dirinya dengan kehadiran Mia. Eh teringat Mia perasaan tidak puas hati sebentar tadi kembali bertapak. Kenapa nama dia tak ada dalam senarai yang Sara sebutkan tadi??? Kenapa?!!

...............................................................
bersambung..

p/s : ok..another entry..sorry kalau hambar..=) 
        dah bace sudi-sudikan lah komen ye..

Assalamualaikum anda!! =D

Thursday 12 July 2012

Novel :: Chap 10 :: Takdir Yang Mengekori Diri..




Tuk..tuk..ketukan di pintu biliknya membuatkan Amir yang sedang sibuk meneliti plan bangunan berkerut. Jam diatas meja dikerling. 1.00 pagi. Amir bingkas bangun untuk membuka pintu biliknya yang berkunci. Pintu dibuka. Susuk kecil yang memakai pakaian tidur bercorak kartun Dora terhidang di depan mata.

“Ayah..” si kecil bersuara dengan muka yang kelat.

“Sara kenapa tak tidur lagi ni?? Sara mimpi buruk ye?” anak kecil itu didukung dan pintu biliknya ditutup kembali. Kunci diselak. Amir membawa Sara ke katil.

“Ayah Sara tak boleh tidur.” Adu Sara manja lantas melentokkan kepala di bahu Amir. Amir tersenyum. Sejak akhir-akhir ini Sara begitu manja dengan dirinya.

“Tadikan Sara dah tidur. Macam mana boleh terbangun ni? Mimpi buruk ye?” mengulang soalan yang sama.

“Tak Sara terbangun. Lepas tu Sara tak boleh tidur.” Tangan kecil itu sibuk bermain dengan butang baju tidur Amir. 
Amir meletakkan Sara di atas tilam. Sara bersila sambil mendongak memandang Amir yang berdiri. Terkebil-kebil mata bulatnya memandang Amir.

Amir memandang Sara dengan pandangan kasih. Dia melabuhkan duduk disebelah Sara. Rambut Sara yang keperang-perangan yang mengikut rambut Akmal adik iparnya diusap perlahan. Sara bangun dan duduk diatas riba Amir. Kepalanya dilentokkan di dada Amir yang bidang.

“ Tak apa malam ni Sara tidur dengan ayah ye sayang? Dah lama anak ayah ni tak tidur dengan ayah.” Terasa Sara mengangguk.

 Senyuman kecil menghias wajah tampan Amir. Dia sudah tahu. Kalau moody semacam je anaknya ini tidak lain tidak bukan mesti rindukan kakak Mianya. Dia sudah faham benar dengan perangai Sara. Dalam sibuk Sara bergelak ketawa moodnya boleh bertukar menjadi moody bila teringat atau rindukan Mia.

“Ayah Sara rindukan kakak.” Kecil suara Sara menuturkan. Amir mengeratkan pelukan ke tubuh Sara.
‘Ayah pun rindukan kakak Sara.’ Bisik hati Amir perlahan. Benar. Dia rindukan gadis itu. Sudah 3 bulan dia tidak bertemu atau bersua muka dengan gadis itu.  Sara yang hampir setiap hari menelefon atau bervideo call dengan Mia pun rindu apatah lagi dirinya yang kali terakhir bersua muka dengan Mia sewaktu hari terakhir Mia di rumah ini. Setiap kali Sara bervideo call dengan Mia hati dia meronta-ronta ingin tumpang sekaki. Selalunya kalau Sara bervideo call menggunakan Ipadnya Amir pasti akan berlegar-legar di belakang Sara. Macam-macam yang dibuatnya. Kadang-kadang sampai sepuluh kali dia ulang alik di belakang Sara supaya dia dapat mencuri-curi pandang wajah Mia yang rancak berborak dengan Sara. 

Pernah juga dia ingin beranikan diri dan bertegur sapa dengan Mia tapi saat dia dah nekad dan ingin manyapa Mia di talian jantungnya pula derhaka kepada tuannya. Berdetak pantas macam baru dipaksa menamatkan larian 5 kilometer je lagaknya. Akhirnya keberanian dia hilang dan hanya mampu melihat Sara ketawa riang dengan Mia. Tapi dia bersyukur jugak sekurang-kurangnya dia dapat mendengar suara Mia. Ah, parah dah dirinya ini sebenarnya!

“Ayah, kalau Mia nak call kakak pakai telefon ayah boleh?? nenek dah tidur, Sara tak boleh guna telefon nenek.” Soalan Sara menghalau lamuan Amir. 
Dahinya berkerut dengan pertanyaan Sara. Jam di atas meja dikilas. 1.15 pagi!

“Sara, sekarang dah pukul berapa ni. Dah tengah malam kan? Kakak mesti dah tidur. Esok ye Sara call kakak. Nanti kalau Sara call, kakak dah tidur kesian kakak.” Amir menerangkan. 

Wajah Sara berubah masam. Sedih apabila ayahnya tidak membenarkan. Wajah Sara yang kelat tadi semakin keruh.  Ada butir-butir air mata yang mulai bergenang.

“Tapi…Sara rindu kakak. Rindu sangat.” Lirih suara Sara. Amir terdiam. 

Melihat butir air mata yang ini mula jatuh membasahi pipi anak gadisnya dia mengeluh. Hati mula berbelah bahagi sama ada mahu telefon Mia atau tidak. Sungguhlah dia kalah dengan air mata anaknya itu. Baru 3 hari tidak berhubung dengan Mia sudah sampai begini terjejas anaknya. Sememangnya dia tahu sudah 3 hari Sara tidak menghubungi Mia kerana Mia ada lawatan luar di Tasik Banding. Kawasan yang terpencil begiu jangan katakan 3G line telefon biasa pun susah nak dapat. Bebelan mummy sewaktu dia pulang dari kerja  tadi terngiang kembali.

“ Baru balik Am? ” sapa makcik Isabella kala melihat anak bujangnya itu melangkah masuk ke rumah. 
Jam sudah mengjangkau 9 malam baru ingat nak balik anak rumah anak bujangnya ini. Sibuk memanjang. Macam mana lah dia nak jaga anak dara orang bila dah kahwin nanti. Silap-silap isteri pun ditinggalkan di rumah .

“Ya mummy. Banyak kerja dipejabat. Sara mana mummy? Dah tidur?”

“Sudah, monyok aja anak dara kamu tu hari ini. Sudah 3 hari tidak bercakap dengan Mia. Tadi pun sibuk nak menunggu sehingga ke tengah malam bila tau Mia balik dari Tasik Banding tu hari ni. Pandai pulak dia mengingat bila Mia bali dari lawatan dia.” Bebel Makcik Isabella.

Amir hanya tersenyum. Sara kalau perihal Mia pasti dia akan ingat. Kadang-kadang kalau Sara degil tidak mahu makan sebut sahaja akan adu perangai degilnya itu kepada Mia terus berlari ke ruang makan . Besar pengaruh Mia dalam diri Sara.

“Yang kamu tersenyum-senyum tuh kenapa? Dah pergi naik mandi. Mandi lewat-lewat tak elok.Lepas tu turun makan. Mummy nak pergi panaskan lauk ni.”

“Baik mummy ku sayang. Makin cantik Am tengok mummy ni bila mummy membebel ni.” Usik Amir. 
Makcik Isabella menjegilkan matanya mendengar usikan Amir itu. Amir tergelak dan membalas dengan  kenyitan mata sebelum berlalu ke biliknya.

“Ayah..” badan Amir digoyang-goyangkan bila terasa Amir ayahnya tidak memberi respon terhadap dirinya. 
Amir tersedar sekali lagi dari lamunannya. Wajah Sara yang memandangnya sayu dipandang. Cair hatinya.

“ Okay tapi ayah mesej kakak dulu tanya kakak dah tidur atau belum. Kalau kakak balas ayah call kalau kakak tak balas esok aja ayah call kakak ye?” memohon pengertian Sara. 
Sara mengangguk. Riak teruja mula menghiasi wajahnya. Air mata yang meleleh lesu dipipinya tadi dikesat dengan tangannya yang comel. Namun bekas-bekas air mata jelas masih kelihatan dipipi montel Sara.

Amir menurunkan Sara dari riba dan berjalan ke meja kerjanya untuk mengambil telefon pintarnya. Telefon dicapai dan kaki melangkah kembali ke arah katil. Sara setia menanti dengan mata yang terkebil-kebil memandangnya. Jari mula menaip.

‘Salam, Mia ni abg Am, Mia dh tido ke? abg Am call Mia skrg bole?’

Amir berfikir sejenak. Eh rasa macam pelik pulak isi kandungan mesej dia. Nanti Mia fikir bukan-bukan pulak. Dah kenapa dirinya nak telefon Mia malam-malam buta. Selama ni pun tak pernah Mia nak bercakap dengan dirinya kalau Sara berbual dengan Mia. Mummy dan Mina pernahlah. Daddy? Tak pernah jugak kot. Dirinya? Lagi lah jangan harap.

Mesej yang ditaip dipadam semula. Jari lincah menaip kembali isi mesej yang ingin dihantar. Dari duduk bersila Amir sudah berbaring meniarap. Sara juga mengikut rentaknya. Mata Sara bersungguh fokus didada telefon Amir. Cuba membaca apa yang ditaip oleh Amir barangkali. Berkerut dahi anak kecil tersebut. Mana hendak difaham apa yang ditaipkan oleh ayahnya kalau Amir menggunakan short form untuk menaip mesej. Tergelit lidah Sara yang merangkak-rangkak unutk mengeja!

‘Salam, Mia ni abg Am, sory kalau gnggu Mia mlm2 ni. Mia dh tido ke? Sara ni tak boleh tido merengek nak kol Mia..rindu sngt kat Mia katanya.. abg Am call Mia skrg bole?’

Mesej yang ditaip lebih panjang. Menyatakan segala sebab mengapa dia ingin menelefon Mia dikala malam-malam buta begini. Setelah berpuas hati butang send disentuh. Pesanan dihantar. 

Sepuluh  minit telah berlalu namun tiada tanda yang Mia membalas mesejnya sebntar tadi. Keluhan kecil dilepaskan. Pandangan ditala kepada Sara yang sedari tadi bergolek-golek di atas katilnya yang bersize king  itu. Sambil bergolek bola mata Sara setia memandang telefon pintar Amir. Sabar menunggu.

“Sayang, kakak tak balas pun mesej ayah. Kakak dah tidur agaknya. Esok ye Sara call kakak?” memujuk hati puterinya. Riak teruja yang tadi menghiasi raut wajahnya anaknya tadi menghilang.

Sara menggangguk kecil mendengar pujukan si ayah. Mengerti apa yang dikatakan si ayah. Dari bergolek-golek tak tentu arah Sara bangun dan membetulkan posisi dirinya. Meletakkan kepalanya di atas bantal dengan selesa.

Amir memandang perilaku Sara dengan redup. Dia bangun untuk mengemas fail-fail dan sketching  banggunan yang berselerak di atas meja kerjanya. Esok sahaja dia akan menyambung kerja-kerja yang belum selesai. Selepas menutup lampu bilik dia mendapatkan Sara yang kini sudah hilang dibawah comforter tebal berwarna putih yang lembut. Hanya kepalanya sahaja yang kelihatan disebalik suasana malap hasil dari lampu kecil dimeja kerjanya yang dibiarkan terbuka. Comforter diselak dan tubuhnya dibaringkan rapat disebelah Sara. Tubuh kecil itu ditarik ke dalam pelukannya. Tangan Sara yang comel membalas pelukan Amir.

“Selamat malam sayang. Sara dah baca doa tidur?” Amir bertanya perlahan. Sara menggeleng.

“Okay Sara tadah tangan ayah baca ya. Bismillahirrahmanirrahim. Bismika Allaahumma ahyaa wa amuut. Amin.”

“Amin.” Sara mengaminkan doa.

“Selamat malam ayah. Sara sayang ayah.” Pipi Amir dikucup perlahan. Amir membalas dengan mengucup dahi Sara lama.

“Selamat malam sayang. Ayah pun sayang dekat Sara.” Pelukan terhadap Sara dieratkan. Mata dipejam. Tidak lama selepas itu si anak dan si ayah hanyut dalam mimpi masing-masing.


………………………………………


Jam loceng diatas meja dikerling sekilas. 2.05 minit pagi. Telekung yang masih bersarung semejak dari bilik Fatimah tadi dibuka dan dilipat kemas sebelum disangkutkan ke panyidai baju. Botol air mineral jenama Cactus yang elok terletak di tepi katil dicapai. Diteguknya perlahan menghilangkan dahaga yang mula terasa. Setibanya dia di kolej kediaman lewat petang tadi terus mengemas beg yang dibawa ke tasik banding. Baju kotor diasingkan ke dalam bakul manakala baju bersih yang masih tidak dipakai lagi disimpan kembali ke dalam locker baju.

 Usai solat magrib Fatimah pula datang menjenguk biliknya. Menjemput dirinya datang ke ‘party makan-makan’ yang dianjurkan oleh dia. Dari selepas magrib tadi dia ber-’party’ di bilik Fatimah. Sudah awal pagi baru reti nak balik ke bilik sendiri.

Teringat ’party makan-makan’ yang dihadirinya sebentar tadi Mia tersenyum. Semenjak membajak ilmu dibumi Perlis ini dia mula kenak  istilah ‘party makan-makan’. Mula-mula Mia ingat party makan-makan ni sungguh-sungguhlah party untuk makan sahaja. Sewaktu pertama kali dijemput oleh kakak senior memang dia teruja nak ikut serta. Siapa tak nak makan free. Sekali bila sudah join baru dia tahu apa sebenarnya agenda utama disebalik party makan-makan ni.

Tujuannya adalah untuk merapatkan ukhuwah dan berkongsi ilmu agama yang dimiliki. Sebelum solat Isyak tazkirah ringkas akan diberikan oleh si pengajur party atau sesiapa sahaja yang ingin berkongsi ilmu baru yang diperoleh. Kemudian solat isyak berjemaah. Selesai solat berjemaah acara makan-makan dimulakan. Makan secara santai sambil membincangkan isu-isu semasa dalam dunia Islam. Akhir sekali barulah mereka bertalaqi membaca Al-quran bersama dan bertaddabur ayat-ayat yang dibaca. Sebelum party tamat mereka akan bersolat sunat terlebih dahulu secara sendirian mahupun berjemaah. Dari kata lain party makan-makan ini boleh dikira sebagai majlis usrah atau bulatan gembira lah. Tapi saja ditukarkan istilah menjadi party makan-makan unutk menarik minat junior-junior baru atau kawan-kawan menyertainya. Sambil makan mengisi perut dapat juga mengisi minda dan hati dengan ilmu-ilmu agama. Party ini selalunya dianjurkan pada malam-malam minggu atau pada hari cuti am. Senang boleh tidur lambat. Kadang-kadang Mia juga menganjurkan party makan-makan ini. Selama dirinya mengikuti party ini banyak ilmu yag dipelajarinya.

Telefon bimbit nokia 3310 nya sengaja ditinggalkan di atas katil sewaktu hendak pergi ke bilik Fatimah diambil. Ada mesej dari nombor yang tidak dikenali. Mesej dibuka dan dibaca. Mia tersenyum. Dari abang Am rupanya. Waktu mesej tersebut dihantar diperiksa, 1.20 pagi. Teringat Sara. Ah dirinya pun sudah rindu hendak mendengar celoteh Sara. 

Jam di telefon bimbit menunjukkan 2.15 pagi. Hendak membalas mesej tersebut pun dirasakan tak berguna. Pasti Sara sudah tidur. Abang Am? Dia tidak pasti. Esok hari Ahad. Hari tidak bekerja. Ada kemungkinan besar abang Am masih berjaga. Tapi kalau dia membalas mesej tersebut pun apa gunanya kalau Sara sudah tidur. Tak kan dia hendak berbual dengan abang Am pulak. Tak manis dan tidak elok. Akhirnya Mia memutuskan untuk tidur sahaja. Esok sahaja dia akan menelefon Mak cik Isabella. Badan direbahkan di atas katil mencari posisi yang selesa. Doa dibaca sebelum bibir mengalunkan tasbih. Akhirnya Mia tertidur dikala bibir bertasbih memuji Allah yang satu. Terbuai ke dalam kehidupan mati yang sementara.

...................................................................................................................
bersambung...

p/s : yeay post entry baru lagi...=DDD  semuga terhibur... dah baca jangan lupa komen ya..komen mana2 yang patut..nak kritik2 pun boleh...baru saya tahu kat mana kelemahan saya sibudak-baru-belajar-mengarang ni..=)


Assalamualaikum anda!! =D

Tuesday 10 July 2012

Novel :: Chap 9 :: Takdir Yang Mengekori Diri..




“Ka…ka..kakak jangan lupa Mia tau. Kakak kena ka..kawan Sara sampai bila-bila. Nan…nanti Mia suruh nenek call kakak.” Tesedu-sedan Mia .

 Air mata laju membasahi pipi montelnya itu. Sedih kerana selepas ini tidak akan ada kakak yang akan sabar mengikut kerenahnya.  Mia yang sedari tadi cuba menahan tangisan yang menelan air liur. Terasa berat hati mahu mengucapkan selamat tinggal kepada Sara. Selama 12 minggu dia mengasuh Sara banyak kenangan yang telah dicipta bersama. Mia sehabis boleh tidak mahu menitiskan air mata. Dia tidak mahu membuatkan suasana yang sedih ini bertambah hiba. Air mata di tubir mata dikesat sebelum sempat mencemar pipinya. Mia senyum dalam  kepahitan. Merendahkan dirinya separas dengan Sara yang memeluk kakinya.

“Sara sayang, tak mahulah nangis macam ni. Dah tak comel dah adik kakak ni. Sara jagan risau nanti kakak call Sara ya? Hari-hari kakak call Sara. Okay?”

“Kakak  janji?” Sara menghulurkan jari kelingkingnya. Kononnya ingin membuat pinky promise.

Mia yang melihat huluran jari Sara tersenyum. Mana lah Sara belajar berjanji menggunakan pinky promise ini. Namun melihat Sara kelihatan serius menantikan dia mengikat janji dengan pinky promise Mia mengikutkan sahaja karenah Sara. Jari kelingkingnya ditautkan dengan jari kelingking Sara yang comel.

“ Kakak janji. Tapi Sara pun kena janji dengan kakak. Sara kena jadi budak baik, dengar cakap ayah,cakap nenek, cakap atuk. Okay?”

“Sara janji.”

“Sara pun kena janji dengan kakak yang Sara akan rajin belajar. Tak mahu malas-malas. Kalau Sara malas nanti kakak tak mahu kawan Sara dah. Boleh?”

Sara menganggukkan kepala. Tanda berjanji. Tautan jari kelingking dileraikan. Mia membawa Sara dalam pelukannya. Dia pasti akan merindui Sara!

Makcik Isabella yang melihat adegan antara Mia dan Sara mengesat air mata. Sebak hatinya melihat air muka Sara yng ketara menunjukkan rasa sedihnya yang terpaksa berpisah dengan Mia. Dalam hati dia semakin nekad untuk menjodohkan Mia dengan Amir. Dia pasti dengan kehadiran Mia dalam keluarga ini pasti suasana keluarga mereka akan bertambah meriah. Sara juga pasti berasa gembira. Segala rancangannya untuk menyatukan anak bujangnya itu dengan Mia harus dilaksanakan segera. Dia tidak mahu Mia terlepas dari menjadi menantu di rumah ini. Esok dia akan bertanya kepada Amir benar atau tidak anak bujangnya itu menyimpan perasaan terhadap Mia. Kalau benar senanglah kerjanya untuk menyatukan Mia dan Amir. Tapi sebenarnya dia pasti yang Amir memang menaruh perasaan terhadap Mia. Mata tuanya tidak bodoh unutk melihat bagaimana Amir selalu mencuri-curi pandang Mia. Sinar di mata anak bujangnya apabila melihat Mia ketara lain dari melihat orang lain. Dia hanya mahu memastikan sahaja.

Di satu sudut Amir mengesat air mata yang terbit. Tidak mahu orang lain mengesannya. Lebih-lebih lagi Mina yang berdiri disebelahnya. Kalau si sepupu seorang ini ampak air mata lelakinya jatuh pasti tujuh keturunan dia disakat oleh Mina. Mahu kepada semua kawan-kawan dia dicanang nanti. Buat jatuh air muka sahaja. Lagi-lagi kalau si kawan baik, Adrian bergabung tenaga dengan Mina. Memang haru hidupnya nanti.

Mata dikelip-kelipkan. Menghalang air mata daripada terbit. Melihat Sedih tangisan Sara hatinya sedih. Sedih tengok tangisan Sara atau sedih sebab lepas ni kau dah tak berpeluang jumpa Mia? Hati kecilnya menyoal. Amir menggelengkan kepala. Menghalau bisikan nakal yang berlegar di mindanya. Dia sedih sebab melihat Sara sungguh-sungguh menangis bukan sebab lain. Matanya dilarikan daripada Sara kepada Mia yang kini memeluk Sara. Satu perasaan kelat muncul dalam hatinya. Okay dia mengaku. Dia pun sedih sebab selepas ni dia tidak boleh berjumpa Mia lagi. Baru rasa hatinya terhadap Mia berputik Mia pula berhenti kerja. Kemana nak disalurkan rasa indah yang membuak-buak dihatinya ini? Gusar bila memikirkan mungkin sahaja di universiti nanti Mia akan berjumpa dengan lelaki lain dan akhirnya jatuh cinta. Tapi rasanya tidak logik pula Mia akan bercinta dengan lelaki lain melihatkan penampilan Mia yang menjaga batas-batas aurat itu. Tapi mana tau ada lelaki yang terpikat dengan Mia dan menghantar rombongan meminang untuk Mia. Haa..kala itu memang makan hati lah Amir dibuatnya.

Ibu bapa Mia yang berdiri sebelah ayahnya dipandang. Dia tidak begitu mengenali dan rapat ayah Mia. Hanya pernah beberapa kali bertegur sapa. Tidak seperti daddy yang kelihatan rapat benar dengan ayah Mia. Manakan tidak daddy sudah bertemu dengan orang yang sekepala denganya. Kaki pancing. Pernah juga mummy beritahunya yang daddy mengikut ayah Mia memancing tetapi dia hanya memandang ringan perihal itu. Tetapi demi menawan hati Mia dia haruslah menawan hati ibu bapa Mia terlebih dahulu. Ibu Mia dipandang. Masih cantik Mak cik Salmah dalam pandangannya. Makcik Salmah 9 tahun lebih muda dari mummy. Wajah Makcik Salmah yang tulus itu diwarisi oleh Mia. Sedang ralit dia membandingkan wajah Mak cik Salmah dengan Mia tiba-tiba terasa dirinya disiku.

“You ni pandang Makcik Salmah tu lama-lama kenapa? I taulah makcik Salmah tu masih muda cantik tapi isteri orang tu. Mia you nak campak mana?” bisik Mina perlahan.

“Huish..you ingat I gila ke Mina, I taulah. I cuma bandingkan muka Mia dengan mak dia lah.” sangkal Amir  juga berbisik.

“Mana lah tahu.” Mina senyum sinis.

“Diamlah. Bising je mulut you ni.”

“ You kata I bising?? Okay I nak jadi bising. I report you suka anak dara dorang dekat Makcik Salmah baru you tau.” Ugut Mina seraya melangkah konon-kononya hendak pergi kearah Makcik Salmah.

“Eh..eh..you jangan lah, I main-main je tadi..i’m sorry okay. You mana ada bising. You lah sepupu yang paling I sayang.” Kalut Amir Amir menahan Mina. 
Mina tergelak kecil. Tahu takut si Amir ini. Tak sabar pulak nak tahu macam mana Amir nak memikat hati Mia. Amir ni dah lah kayu je kalau dengan perempuan.

“Okay lah makcik pakcik, saya balik dulu. Nanti apa-apa saya call makcik dan pakcik. Terima kasih kerana bagi saya tinggal kat rumah pak cik dan makcik. Halalkan makan minum saya sepanjang saya jadi pengasuh Sara.” Mia menyalam Makcik Isabella. Kemudian kedua pipi wanita itu dikucup. Selepas itu dia pergi kearah Mina dan menyalami Mina.

“Ada rezeki panjang umur kita jumpa lagi kak Mina.” Mina tersenyum dan mengangguk.
Mata Mia beralih daripada Mina kepada Amir. Kepala ditundukkan sedikit tanda hormat.

“ Terima kasih Abang Am. Halalkan gaji saya yang abang Am bagi ye.” Kata Mia perlahan.
Amir seperti Mina hanya menganggukkan kepala.

“Nanti kalau senang-senang datang melawat kami semua. Mesti Sara nak jumpa lagi kakak kessayangan dia ni.” Amir mendukung Sara yang tersedu sedan.

“InsyaAllah saya akan datang. “ balas Mia.

“Oh ya terima kasih  hadiahkan Sara tudung dan telekung. Sepatutnya abang Am sebagai ayah yang beli semua tu ini Mia pulak yang susah-susah beli.”

“Eh takde lah susah abang Am. Saja nak bagi hadiah dekat Sara ni. Oh hadiah untuk abang Am pun ada, Mia pass dekat Makcik Isabella tadi.” Balas Mia.

Amir kaget bila mengetahui Mia juga menyediakan hadiah unyuk dirinya. Sebenarnya dia agak terkilan dan kecil hari bila tahu yang Sara,mummy,daddy dan Mina mendapat hadiah dari Mia. Penat  dia makan hati tadi bila Mina dengan riaknya menayang selendang yang dihadiahi oleh Mia tadi. Senyum lebar menghiasi bibir Amir. Tiba-tiba rasa teruja ingin mengetahui apa yang dihadiahkan kepadanya.

Kereta ayah Mia menyusur meninggalkan perkarangan bangle milik Tan Sri Iskandar. Semua penghuni bangle mewah tersebut melambai Mia sehingga kereta Honda Vios milik ayah Mia hilang dari pandangan mata. Amir merenung kepekatan malam sambil memujuk Sara yang masih teresak mengagis dalam pelukannya. Keluhan berat dilepaskan sebelum dia menyusul Mina dan Tan Sri Iskandar masuk ke dalam rumah.Mak cik Isabella yang mendengar keluhan Amir tersenyum. Jangan risau Amir, Mia pasti akan kembali ke rumah ini. Bukan sebagai pengasuh Sara tetapi sebangai menantu.
……………………………………………………………………………………………………………………………
p/s: sory kalau boring dan hambar..huhu

Assalamualaikum anda!