Sunday 12 February 2012

Novel :: Chap 3 :: Takdir Yang Mengekori Diri..



………………………………………………………
“Kakak..” suara Sara mematikan lamunannya.

“Sara dah bangun. Jom mandi, kata nak ikut nenek pergi pasar.”

“Pasar??? Nak ikut!!! Jom kakak cepat kita mandi!!” Sara menarik-narik tangan Mia ke bilik air dengan tidak sabar. Mia hanya mengeleng kepala. Sara ni sebut pasar laju aja nak ikut. Apa yang suka dekat pasar pun dia tak tahu.

             Lagi 2 minggu aja aku berkhidmat sebagai pengasuh Sara. Cuti sem dah nak habis. Nampaknya  tak lama lagi memang aku bergelumang la dengan buku-buku balik. Semester terakhir.Universiti Malaysia Perlis. Tunggu ketibaanku.

Selepas pulang dari pasar Mia memandikan Sara sekali lagi. Sudah tiada beza bau Sara dengan ikan-ikan yang terdapat di pasar. Manakan tidak Mia dan Makcik Isabella sibuk memilih ikan Sara sibuk bermain dengan ikan. Habis ikan-ikan di pasar yang mampu dicapainya dibuat main. Siap bagi nama lagi kepada ikan-ikan yang dicapainya. Ali, Abu, Siti, Shila semua diguna untuk menamakan ikan-ikan yang dicapainya. Mia sudah tidak terdaya melarangnya. Pelik jugak Mia memikirkannya. Sara kalau berpeluang ke pasar memang berseri-seri wajahnya. Pelik! Entah perangai siapa yang diikutnya!

Usai memandikan Sara, Mia mengajak Sara ke bilik bacaan Amir. Sudah sampai masa belajar! Semenjak Mia mengasuh Sara dia sudah mula mengenalkan Sara dengan abjad ABC dan nombor dari satu sampai sepuluh. Walaupun pada awalnya memang payah untuk Sara ikut kerana sebelum ini Sara hanya hidup dalam dunianya yang bisu. Tetapi tidak sampai semiggu Sara sudah boleh menangkap apa yang diajarnya. Sebenarnya Mia agak terkejut apabila Pakcik Iskandar memberitahu Mia bahawa Sara tidak bercakap hampir 2 tahun lamanya. Ini kerana pada pertemuannya yang pertama Mia petah berkata-kata walaupun agak payah Sara ingin membuka mulut pada awalnya. Akhirnya Mia membuat kesimpulan mungkin Sara mula bercakap pada umur yang awal. Mungkin pada usia setahun Sara sudah mula bercakap. Siapa tahu? Tetapi Mia malas mengesahkan andaiannya. Mia tidak tergamak hendak meminta Pakcik Isakandar atau Makcik Isabella mengingat kisah lalu. Air muka kedua oarng tua itu selalu mendung apabila kisah lalu di bangkitkan. Kenangan pahit tersebut mungkin masih segar di minda ahli-ahli rumah ini.

“ Kakak betul tak apa yang Sara tulis ni?” pertanyaan Sara mematikan lamunan Mia. Mia tunduk melihat buku di tangan Sara. Tulisan Sara yang masih herot-berot mengikut abjad ABC dibuku kerjanya dipandang.

“ Betul, pandai adik kakak ni.” Mia megusap kepala Sara. Sara yang mendengar pujian Mia melebar senyumannya. Suka dipuji pandai oleh kakaknya.

“Kakak tak nak bagi bintang-bintang ?? Sara nak banyak bintang-bintang. Nanti Sara nak tunjuk dekat ayah. Ayah kata bintang-bintang yang Sara dapat sikit tak macam ayah dulu-dulu.” Polos Sara bertanya. Mia tersenyum  mendengar permintaan Sara.

“Sara kalau nak banyak bintang-bintang Sara kena buat sampai habis dulu . Tengok Sara baru buat separuh kan? Kalau Sara buat muka surat ini sampai habis lepas tu muka surat sebelah ni pun sampai habis nanti kakak bagi sepuluh bintang.”

“Sepuluh??” soal Sara meminta kepastian. Mia hanya mengangguk mengiakan. Laju tangan Sara menyelak muka surat bukunya mengira jumlah bintang yang dia dapat sebelum ini. Perlahan satu persatu Sara mengira bintang-bintang yang tertampal dibukunya. Sampai berkerut-kerut dahinya mengira. Tangannya pulak sibuk menunjuk bintang-bintang yang dikiranya.

“Satu,dua,tiga,empat..” Sara berjeda. Mungkin memikir angka apa yang datang selepas nombor empat.

“..lima,enam.” Sambung Sara lagi. Dia memandang Mia sambil tersenyum teruja.

“Kakak janji bagi Sara sepuluh bintang??” Sara mengangkat kesepuluh jarinya menunjuk kepada Mia. Jelas Sara teruja dengan jumlah bintang yang ingin diberi oleh Mia.

“ Ya kakak janji bagi Sara sepuluh bintang tapi dengan syarat Sara kena buat muka surat ni dengan muka surat sebelah sampai habis.” Balas Mia sambil mengangkat sepuluh jarinya untuk meyakinkan Sara.
Setelah mendengar janji Mia, berkobar-kobar Sara tunduk menyiapkan kerjanya. Sesekali Sara mengomel jika dia terbuat kesalahan dan memadamkannya. Jelas riak wajah Sara yang bersungguh-sungguh. Mia tersenyum. Sara anak yang baik!

………………………………………………………………..

“Abang saya senang dengan Mia tu bang. Sejuk hati saya tengok Sara dah mula riang kembali. Padahal baru sebulan dia hadir dalam keluarga kita. Si Amir pun dah pandai nak pandai nak melekat dekat rumah. Klau tidak 24 jam dengan kerjanya aja.” Luah Makcik Isabella semasa minum petang bersama Pakcik Isakandar.

“Abang pun senang dengan Mia tu yang. Baik budaknya. Agama pun okay. Bertuah siapa yang memperisterikannya nanti.” Makcik Iskandar yang mendengar kata-kata suaminya mengangguk. 

Tiba-tiba idea terlintas di fikirannya. Mungkin...

“Bang apa kata kita pinang Mia untuk Amir bang?? Saya tengok Amir tu macam berminat aja dekat Mia. Saya selalu Nampak dia curi-curi pandang dekat Mia waktu makan malam.” Usul Makcik Isabella.

“Ish kamu ni yang mulalah keluar idea kamu yang bukan-bukan tu! Entah-entah hati si Mia tu dah berpunya. Budak baik macam tu tak kan lah masih kosong lagi. Anak teruna awak tu pun entah-entah tak setuju. Awak bukan tak tahu yang Amir tu tak suka dipaksa. “ sanggah Pakcik Iskandar. Makcik Isabella yang mendengar memuncung. Geram usulnya ditolak mentah-mentah oleh suaminya.

“Saya yakin bang Mia tu masih kosong lagi. Nanti saya risik-risik dahulu dengan Salmah. Tak akan Mia tak bercerita dekat mak dia kalau dia dah berpunya.” Balas Makcik Isabella tidak mahu mengalah. 
      Pakcik Iskandar yang  mendengar hanya menjungkitkan bahu. Malas untuk masuk campur. Baginya kalau ada jodoh adalah. Kalau tidak ada dia tidak kisah. Dia malas untuk mencampuri urusan hati anak-anak remaja masa kini. Biarlah mereka menentukan hala tuju masing-masing. Secara tidak langsung ia dapat mengajar mereka bertanggungjwab terhadap masa depan mereka. Tetapi jika benar anaknya berjodoh dengan Mia dialah yang paling gembira sekali.

……………………………………………

           Bunyi ketukan dipintu memeranjatkan Mia dan Sara yang sedang rancak berbual di atas katil. Mia mencerita kisah para Rasul kepada Sara. Daripada manusia pertama, Nabi Adam A.S sehinggalah kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Mia ingin mendedahkan Sara dengan cerita-cerita para Rasul supaya kelak besar nanti Mia mencintai para Rasul dan agama Islam. Memang itu cita-cita Mia sekiranya dia mempunyai anak sendiri nanti. Mia tidak mahu anak-anaknya nanti dimomokkan dengan kisah-kisah dongeng seperti Snow White, Repunzel dan sebagainya. Walaupun kisah-kisah dongeng tersebut masih mempunyai nilai-nilai moral tetapi baginya alangkah lebih baik nilai-nilai murni yang cuba diterapkan kepada anak-anaknya nanti datang dari kisah-kisah para Rasul yang memang kaya dengan pangajaran.

            Sara yang mendengar ketukan di pintu yang berulang berlari turun untuk melihat siapa yang menganggu sesi bedtime story dirinya. Pintu bilik hanya dikuak sedikit sahaja agar Sara dapat mengintai siapa. Memang Mia yang mengajar Sara perilaku begitu. Dia tidak mahu Sara membuka pintu sesuka hati. Mia juga berpesan kepada Sara jika orang yang tidak dikenali yang mengetuk pintu Sara haruslah menutup kembali pintu dengan cepat dan menguncinya. Waima Mia yakin dengan keselamatan rumah agam ini dia tetap mendidik Sara sebegitu untuk membiasakan diri Sara semanjak kecik. Malang tidak berbau kan??

     Melihat ayahnya yang tercegat di muka pintu Sara meyuruh kakaknya memakai tudung. Semenjak kejadian dirinya terkurung di dalam bilik air semasa hari pertama pertemuan  Mia dan Amir, Mia mencerita mengenai aurat wanita kepada Sara. Memang pada mulanya Sara agak bingung dengan penjelasan Mia. Apalah yang kanak-kanak berusia 4 tahun ini faham pasal batas-batas aurat. Orang yang dewasa pun kadang-kadang ramai yang memandang mudah perihal aurat walaupun mereka sudah cukup pandai menilai dan memahami hukum-hakam yang ditetapkan Allah SWT. Akhirnya Mia hanya menerangkan bahawa orang lelaki yang dewasa selain ayah Mia tidak boleh melihat rambut Mia. Nanti berdosa dan masuk neraka. Mulai saat itu Sara mulai peka terhadap aurat Mia. Kadang-kadang pabila terdengar ayahnya balik kelam kabut Sara menyuruhnya memakai tudung padahal Mia berada didalam bilik ketika Sara melihat kereta ayahnya masuk dari beranda bilik Sara. Lurus nak kecil itu mendengar kata-katanya.

“ Ayah nak jumpa kakak sekejap boleh??” pinta Amir. Mia yang mendengar kata-kata Amir menghampiri Sara di balik pintu setelah menyarung tudung di kepala. Tidak lupa juga sarung kaki yang sempat dicapainya
.
“Boleh.” Melihat Mia sudah lengkap bertudung Sara melebarkan pintu biliknya yang dikongsi bersama Mia. Mia memandang wajah Amir sekilas.

“Ada apa abang Am??” soal Mia tanpa memandang wajah Amir. Pandangannya dijatuhkan kepada Sara yang memandangnya.

“Err..abang Am nak cakap sikit dekat Mia. Boleh tak kita berbual sekejap dekat ruang rehat??” Amir mempelawa Mia.
      Raut wajah gadis yang tidak pernah dilihatnya bermekap dipandang. Wajah yang sentiasa tenang itu sentiasa mendamaikan perasaannya. Walaupun sepanjang Mia tinggal di rumah ini hanya sekali dua dia dapat berbual dengan Mia, dia berasa senang dengan Mia. Tingkah laku Mia yang kadang-kadang selamba selalu menarik perhatiannya. Tidak pernah dia melihat Mia cuba tergedik-gedik mencuri perhatiannya. Selalunya kehadirannya dianggap sepi oleh Mia. Kadang-kadang dia berasa pelik jugak. Selalunya gadis-gadis yang memandang pasti tertoleh-toleh kembali tetapi berhadapan dengan Mia dia terasa dirinya tidak ubah seperti wallpaper. Wujud tapi tidak diendahkan!

“Abang Am nak cakap apa??” tanya Mia direct tanpa mukadimah. Amir sedikit tersentak. 
       Hilang semua yang bermain difikirannya sebentar tadi. Dia menghulur sekeping sampul surat kepada Mia dan menyuruh Mia mengambilnya. Mia mengambil sampul surat yang dihulur walaupun berasa pelik. Erk?! Surat cinta ke ni?? Desis hati Mia. Tapi kenapa macam tebal je ni. Panjang sangat ke surat cintanya??

“Apa ni abang Am??”

“Duit gaji Mia. Mia tengoklah cukup tak,kalau tak cukup bagitau abang Am nanti abang Am tambah.” Balas Amir.
        Sara yang berada dipangkuannya di geletek. Sengaja ingin bergurau dengan anaknya sementara Mia leka mengira not-not RM50 yang terdapat didalm sampul tersebut. Terkekek-kekek Sara gelak dalam pangkuan Amir. Tidak mahu mengalah pinggang Amir juga digeletek tangan comel Sara. Amir mengelak dan menangkap tangan Sara dari terus menggeleteknya. Tangan nak gelak terbahak-bahak depan si kakak ni kot. Mesti control macho!!

“Eh banyak sangat ni abang Am. Tak kan Mia jadi pengasuh sampai banyak macam ni gajinya?? Kalau macam tu semua orang tak nak masuk university nanti. Semua pakat jadi pengasuh aja nanti.” Mia cuba bergurau. 
       Serius wang gaji yang diberi  abang Am terlalu banyak. Pengasuh gaji RM2500??? Memang tak masuk akal! Rasanya selepas dia grad nanti pun tidak dapat gaji sebegini.Berapa sangat lah engineer yang fresh graduate boleh dapat. Kalau dah banyak pengalaman lain cerita lah. Siap boleh demand gaji lagi. Ini dia yang jadi pengasuh dapat RM2500??Boleh masuk Malaysia Book of Record ni. Gaji pengasuh yang paling mahal!! Famous pulak Mia nanti kena temuramah. Eh!?

“Tak ada lah Mia. Abang Am rasa itu pun tak cukup nak membalas jasa Mia. Disebabkan Mia,Sara bercakap semula. Lagi pun Mia bukan setakat asuh aja kan?? Abang rasa Mia dah macam cikgu tadika, ustazah, cikgu sukan roll into one. Macam-macam Mia didik Sara kan?? So kiranya RM2000 tu gaji Mia untuk semua jawatan yang abang Am cakap tadilah.” Jelas Amir panjang lebar. 
        Mungkin dia jarang dirumah semasa Mia ada tetapi itu tidak bererti dia tidak tahu apa yang telah Mia lakukan kepada Sara. Mummy sentiasa meng-update-kan perkembangan Sara ketika dia berehat di rumah semasa cuti hujung minggu. Baru-baru ni mummynya bercerita Mia mengajar Sara mengaji pula. Walaupun baru daripada suku huruf-huruf Al-Quran yang diajarkan kepada Sara tetapi dia mengagumi niat Mia yang ingin mendedahkan Sara dengan agama Islam semenjak kecil. Mummy juga sering bercerita kepadanya yang Sara sudah tahu nama-nama para Rasul. Siapa lagi yang mengajar Sara kalau bukan Mia?? Sebelum ini pun mummynya sibuk bercerita yang Mia ajak mummynya dan Sara bersenam petang-petang. Jaga kesihatan katanya. Nak harapkan dirinya memang dia tidak ada masa. Kerja menimbun tak pernah nak habis. Meskipun Sara sudah rapat dengan mummy dan daddy dan boleh diajak bergurau senda pengaruh Mia dalam hati Sara masih amat kuat. Kadang-kadang terfikir jugak apakah kelebihan Mia yang Sara nampak dimatanya. Bila ditanya kepada Sara dia hanya mengatakan yang dia sayang ‘kakak’!

“Err kalau macam tuh terima kasih ya abang Am. Itu aja yang abang Am nk cakap??” soal Mia ingin segera kembali masuk ke bilik. 
      Sara harus ditidurkan dengan segera. Mia mengerling jam di tangan. Sudah pukul 9.30 malam. Pukul 10 malam nanti ayahnya akan datang menjemput dirinya. Memang Mia hanya menjadi pengasuh Sara dari hari Isnin hingga hari Jumaat sahaja. Hari Sabtu dan Ahad dia diberi cuti. Lagi pun itu syarat  yang dikemukan oleh ayah Mia sebelum Pakcik Razak member kebenaran untuk Mia menjadi pengasuh.

“Eh tak!! Sebenarnya abang Am nak ajak Mia ikut abang Am nak Sara pergi berkelah Ahad ni. Mia free tak??”

“Ahad ni? Mia rasa tak boleh lah abang Am. Ahad ni Mia dah janji dengan mak dan abah nak ikut pergi ke majlis perkahwinan kawan abah. Kalau  minggu depan Mia tak ada hal.” Balas Mia dengan riak serba salah. Amir yang mendengar jawapan Mia berasa kecewa. Tidak tahu mengapa perasaan sedemikian menjalar di dalam hatinya. Perasaan kecewa tersebut cepat-cepat diusir dari hatinya.

“Kalau macam tu tak apalah. Mungkin lain kali Mia boleh ikut. Sara dengar kan apa kakak cakap tadi. Kakak tak boleh ikut. Kakak ada hal. Nanti kita pergi berkelah dengan atuk dan nenek ya.” Amir memujuk Sara dipangkuannya.
      Sara menayangkan riak sedih. Sedih kerana tidak dapat berkelah dengan kakak kesayangannya. Mia yang mengesan perubahan riak muka Sara mengeraskan hatinya. Sudah tiba masanya dia mengajar Sara hidup tanpa dirinya disisi. Nanti jika dia sudah berhenti menjadi pengasuh Sara tidaklah dia terlalu terjejas. Mulai minggu ni dia telah mengajar Sara supaya dimandikan oleh Makcik Isabella. Makan juga dilayan Makcik Isabella. Dia hanya menemani sahaja. Sewaktu masa belajar Sara juga Makcik Isabella turut serta. Mia ingin membiasakan Sara rapat dengan seluruh ahli keluarganya dan bukan sahaja dengan dirinya yang sememangnya orang luar. Dan Alhamdulillah kini Sara sudah bisa berjauhan dengan dirinya. Kalau tidak 24 jam mengekor sahaja Mia.

“Erm tak apa lah. Mia sekejap lagi nak balik kan? Mia bersiap lah dulu. Tak apa malam ni biar abang Am yang tidurkan Sara.” Ujar Amir mematikan suasana hening di ruang rehat tersebut.

“Sara hari ni tidur dengan ayah ya. Nanti ayah ceritakan kisah puteri Rasulullah SAW kepada Sara ya. Kakak tak pernah lagikan cerita kisah Fatimah Az-zahra kepada Sara?” Sara menggelengkan kepala. 
      Riak sedih dimukanya tadi hilang serta merta. Digantikan pila dengan riak teruja. Sara memang gemar mendengar kisah-kisah berkaitan Rasulullah SAW. Mia yang mendengar usulan Amir tersenyum senang. Senang apabila Amir pun mahu bercerita perihal Rasulullah kepada Sara.

“Sekarang Sara salam kakak. Kejap lagi kakak nak balik.” Arah Amir. Sara menyalam Mia dan mencium kedua-dua belah pipi Mia. Mia membalas ciuman Sara.

“Saya balik dulu abang Am. Assalamualaikum.” Ucap Mia sebelum berlalu ke bilik Sara untuk mendapatkan beg bajunya yang sudah dikemas awal-awal lagi.

Amir mengikut langkah Mia dengan pandangannya. Setelah Mia turun tangga dia mendukung Sara ke biliknya. Bedstory time untuk permata hatinya ini. Nasib baik dia sudah khatam membaca buku sirah berkaitan kehidupan Rasulullah dan orang-oarang yang dikasihi baginda. Buku tersebut dibelinya ketika dia singgah ke Kinokuniya selepas bertemu dengan client pada minggu lepas. Dia tertarik untuk membeli buku tersebut pabila mendengar Mia rajin menceritakan kisah para Rasul kepada Sara. Lantaran itu dia membeli buku tersebut kerana dia tidak mahu jika Sara bertanya sesuatu mengenai junjungan besar umat Islam itu dia terkial-kial dan tidak mempunyai idea untuk menjawabnya. Sara adalah amanah Amira kepadanya. Dia ingin menjadi contoh yang baik kepada Sara walaupun sebelum ini dia alpa dengan tanggungjawabnya yang satu itu. Mengenalkan Sara kepada Si Pencipta. Allah yang Maha Esa. Syukur Allah menganugerahkan Mia kepada keluarga mereka. Kesesatan Sara di Midvalley pada hari itu memberi hikmah yang besar kepada mereka sekeluarga. Menyedarkan mereka yang alpa dengan kesibukan dunia dan musibah yang melanda tanpa mengambil sebarang iktibar dari apa yang berlaku. Mati itu pasti. Dan apa sahaja yang berlaku di dunia ini adalah aturan Allah Yang Maha Mengetahui. Seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 216. Allah SWT ada berfirman:

  ‘boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak megetahui.’ {2,216}
Mungkin ada hikmah peristiwa hitam itu terjadi.

……………………………………………………………………………..


p/s : ok enjoy uoll's..btw since cite ni dah tukar jadi novel..so tajuk pun say tukar tau...tapi kalau sesape rase tajuk ni macam hampagas je boleh la bg cadangan tajuk baru..bila-bila pun boleh..kalo tajuk yang korang bagi cambest je dari tajuk ni  saya tukar tajuk nya..

Assalamualaikum anda!! =D

1 comment:

  1. wah...cite ni dh berkembang...hehehe...
    ap lah agaknya jadi lepas ni eh...? hurm...

    gaji die best lah...hoho

    ReplyDelete

Kata-kata anda adalah ;;