Wednesday 15 February 2012

Novel :: Chap 5 :: Takdir Yang Mengekori Diri..


enjoy!! =D

         Amir yang melihat keletah Mia tersenyum. Comel!! Pertama kali berpeluang berbual santai dengan Mia dan peluang itu dihabiskan dengan mengusik Mia. Seronok rasa hatinya. Jika sebelum ini, dia hanya berpeluang untuk bercakap dengan Mia sewaktu menyerahkan gaji kapada anak gadis itu buat pertama kalinya. Selain itu tidak banyak percakapan Mia dengan dirinya. Jika terserempak dengan Mia sama ada Mia jalan terus atau Mia menganggukkan kepala tanda hormat kepadanya. Rasa tercabar pulak! Siapa yang tidak rasa tercabar jika selalu sahaja kehadirannya dijeling oleh gadis-gadis yang dilintasinya. Tetapi dengan Mia dia jadi wallpaper terhormat!!

………………………………………………………..

Positif!! Akan aku usahakan Mia supaya menjadi menantu dalam rumah ni. No matter what!! Makcik Isabella yang sedari tadi mengintip drama sebabak di tepi kolam renang melalui pintu sliding door bermonolog.

…………………………………………………………….

        Hari ini hari Rabu. Lusa hari terakhir dia berkhidmat sebagai pengasuh Sara. Rasa sayu mengigit hati. Mesti Rindu punya dengan Sara. Dia dah layan Sara macam adik sendiri aja. Banyak yang hendak diajarkan kepada Sara. Dua hari terakhir dia dekat sini akan diturunkan segala ilmu yang termampu. 

      Melihat Sara yang sudah menghafal abjad ABC dan boleh mengira dari 1 sampai 30 hatinya senang. Iqra yang diajar kepada Sara baru sahaja bermula. Sara baru mengenal huru-huruf Al-Quran. Itu pun hanya setakat tshod sahaja. Huruf yang lain masih tidak sempat diajarnya. Terlalu banyak yang belum diajarnya kepada Sara. Dia ingin mengajar Sara membaca setelah Sara bisa mngenal huruf. Dia ingin mengajar Sara mengira setelah dia mahir membilang. Dia ingin mengajar Sara mengaji selapas mengenal huruf-huruf Al-Quran. Dia juga ingin mengajar Sara membaca doa-doa harian. Agaknya jika dia listkan apa yang ingin diajarinya kepada Sara mahu berjela-jela list tersebut.

       Betul kata abang Am tempoh hari, dia dah macam ustazah, cikgu tadika, pengasuh dan cikgu sukan roll into one!! Ah!! 12 minggu ni terlalu cepat berlalu!! Sara yang sedang tidur dipandang kasih. Diusap kepala Sara dengan penuh kasih sayang. Besar nanti jadi anak yang cerdik dan soleha ya Sara!! Doa nya di dalam hati.

.....................................................

       Keesokkannya Mia bangun dengan semangat yang waja. Masa-masa terakhir dirinya dengan Sara haruslah diiisi dengan sebaiknya. Usai mandi, solat subuh dan mengaji , Mia berlalu untuk turun ke dapur. Pukul 8.00 pagi. Rumah pasti sudah kosong! Selalunya Pakcik Iskandar dan abang Am memang akan bertolak awal untuk ke pejabat. Kalau dah namanya tinggal dikawasan Kuala Lumpur ni  comfirm jalan jammed pagi-pagi Khamis ni. Makcik Isabella mungkin di taman Orkid yamg berada dibelakang rumah. Menyiram dan membelai pokok-pokok Orkid kesayangannya. Mia berlenggang kangkung menurun tangga sambil berfikir aktiviti apa yang akan dibuat bersama Sara pada hari ini.

        Setibanya Mia di ruang makan Mia terkejut. Pakcik Iskandar masih selesa duduk membaca surat khabar Berita Harian. Abang Am pulak yang duduk berhadapan dengan Pakcik Iskandar lagi kelihatan selesa membaca New Strait Times sambil menyisip fresh orange. Pelik.  Abang Am dan Pakcik Iskandar tak keje ke hari ni. Masing-masing kelihatan santai tidak seperti pagi-pagi lalu dengan kemeja, kot dan tie yang siap diikat kemas. Pakcik Iskandar  santai dengan tshirt berleher bulat dan seluar track manakala abang Am dengan tshirt berkolar dan….errr..kain pelekat??

       Mia memberi salam kepada mereka yang berada diruang makan. Makcik Isabella tidak kelihatan. Kehadiran Mia disambut dengan senyuman yang menyenangkan oleh Pakcik iskandar. Sementara Amir hanya menjeling Mia  setelah menjawab salam perlahan. 

       Hatinya semenjak dua tiga hari ini mungkin bermasalah. Tidak tahu kenapa kerap benar jantungnya berdegup pantas. Tak akan muda-muda lagi sudah ada sakit jantung? Dan yang bertambah peliknya degupan jantungnya akan bertambah pantas pabila berhadapan dengan Mia. Memandang wajah Mia membuat ada perasaan pelik yang menjalar di hatinya. Puas ditepis perasaan tersebut namun makin kuat perasaan itu bertapak di dalam hatinya. Dia keliru! Malam-malamnya juga kini tidak senyenyak dahulu. Kerap bayangan wajah Mia yang menjelingnya dan memandangnya berlegar-legar di minda. Akhirnya semalam, sewaktu dia berjaga  kerana tidak dapat tidur, dia membuat keputusan untuk menjauhkan diri dari Mia. Keputusannya bulat. Dia perlu waras menimbang kembali perasaannya. Mengenal pasti perasaan aneh yang menguasai dirinya akhir-akhir ini. Mia harus dijauhi demi menstabilkan emosinya!

     Tapi betullah kita manusia hanya merancang, dan Allah yang menentukan segala-galanya. Sudah beriya-iya dia berkobar dengan keputusan yang dibuat malangnya keputusan nekad  itu  sia-sia dan punah sekelip mata. Menjauhkan diri apakebendanya?!

        Pagi-pagi lagi daddy mengkhabarkan bahawa dirinya dan daddy telah diberi cuti  pada hari ini dan esok oleh bos besar. Gaya daddynya bercakap macamlah diri daddy tu bukan CEO syarikatnya sendiri. Diberi cuti la sangat. Memberi cuti kepada diri sendiri lebih tepat rasanya!

       Urusan pejabat akan diserahkan sementara waktu kepada pembantu daddy dan pembantu dirinya. Daddy mahu dia meluangkan masa dirumah kerana Mia akan berhenti pada hari esok. Daddy mahu memastikan pemergian Mia dari rumah ini nanti dengan tanggapan yang baik-baik dari Mia. Daddy tidak mahu Mia terasa hati sekiranya warga rumah ini tidak peduli pemergiannya sedangkan Mia sudah banyak mengubah suasana keluarga ini. Mia telak membawa keceriaan dalam rumah ini. Amir yang mahu membantah dan berkeras mahu ke pejabat tidak diperdulikan daddy. Mahu tidak mahu memang dia akan berhadapan dengan Mia sepanjang dua hari ni. Daddylah ini terlalu risau hati Mia terasa. Sudahnya hatinya yang sudah macam-macam rasa siapa pula yang mahu kisahkan??! Arghhh!!

      Mia yang sempat melihat abang Am menjelingnya sekilas membuat tidak tahu. Kepalanya sibuk menjengah dapur mencari kelibat Makcik Isabella. Pakcik Iskandar yang menangkap perilaku Mia tersenyum.

“ Tak payah terjengah-jengah mencari makcik kamu di dapur tu Mia. Makcik kamu tu ada di atas. Anak sedara makcik kamu tu datang subuh tadi. Baru balik dari luar negeri. Tu tengah menunjukkan bilik kepada Mina lah tu.” Terang  Pakcik Iskandar.

     Mia mengangguk tanda faham. Mina?? Ada tetamu rupanya! Dia melihat jam ditangan sudah 8.15 pagi. Sebentar lagi dia harus mengejut Sara. Memang lazimnya Mia akan mengejut Sara pada pukul 8.30 pagi melainkan Sara sudah terbangun sendiri pabila dia solat subuh.

“Mia tak sarapan?” tanya Pakcik Iskandar pabila dia melihat Mia hanya berdiri sahaja dihujung meja.

“Err..kejap lagi lah Pakcik. Mia sarapan dengan Sara nanti. “ balas Mia.

      Pakcik Isakandar hanya mengangguk. Pasti Mia sudah biasa bersarapan dengan Sara anggapnya. Maklumlah hanya sesekali dia memonteng kerja untuk berehat-rehat dirumah. Itu pun jika tidak  banyak kerja dipejabat. Amir selalu jugak merungut yang dirinya tidak adil. Mentang-mentang CEO suka-suka nak bagi diri sendiri cuti. Pakcik Iskandar hanya tersengih mendengar rungutan Amir. Dia selalu membalas rungutan Amir tu dengan menawarkan posisinya sebagai CEO kepada Amir. Tetapi Amir sering kali menolak. Dia kata dia masih tidak cukup pengalaman lagi. Mengenangkan tolakan Amir dirinya selalu mengeluh. Hanya Amir satu-satu anaknya yang masih ada. Nak diserahkan pada siapa lagi syarikatnya yang dah berangkai-rangkain itu?? Sudah puas dipujuk tetapi Amir masih tegas untuk terus menjalankan tugas sebagai arkitek di anak syarikatnya. Anak seorang anak pun memeningkan kepala sahaja!

“Daddy Amir naik dulu. Nak tukar pakaian.” Kata-kata Amir menghentikan lamunan Pakcik Iskandar. 

Melihat langkah anak terunanya yang seorang itu berlalu meninggalkan ruang makan. Bilalah mahu berkahwin si Amir ni. Agaknya dia patut bersetuju dengan usulan isterinya yang merancang untuk meminang Mia untuk Amir.

……………………………………………………..

       Selepas mengejutkan Sara dan memandikannya, Mia ajak Sara turun untuk bersarapan. Hari ini di merancang untuk mengajak Sara keluar. Dia mahu membelikan sesuatu kepada Sara sebagai hadiah. Dia juga menimbangkan untuk memberi hadiah kepada warga rumah ini yang telah melayannya dengan baik. Mungkin dia tidak mampu memberi hadiah yang mahal-mahal tetapi dia tetap berhasrat untuk mengahadiahi sesuatu kepada mereka. Ikhlas dari hati.

     Semasa dia menghadiri majlis perkahwinan anak kawan ayahnya di Kelantan tempoh hari, dia sempat membeli beberapa kain pasang bercorak batik untuk Makcik Isabella dan Pakcik Iskandar. Kain itu boleh dibuat baju kurung oleh Makcik Isabella manakala bagi Pakcik Iskandar pula mungkin kain bercorak batik tersebut boleh dibuat baju kemeja batik. Hanya hadiah untuk Sara dan abang Am sahaja yang belum dibelinya. Untuk Sara memang dia telah tahu apa yang hendak dibelinya tetapi untuk abang Am dia masih buntu. Apa sajalah yang boleh dihadiahkan kepada si ayah itu.

      Tapi sebelum itu dia harus meminta izin dahulu kepada Makcik Isabella untuk membawa Sara keluar. Selepas bersarapan dengan Sara, Mia mengemas sedikit meja makan. Tina yang merupakan pembantu rumah warganegara Indonesia yang melihat  dia mengemas meja makan meluru mendapatkannya dan melarang Mia membuat kerja-kerja tersebut. Takut benar kalau Makcik Isabella ternampak dan memarahinya. Mia berkeras untuk mengemas meja makan tersebut. Tina juga berkeras melarangnya.

“Jangan begitu non Mia, nanti ketahuan dek Puan Sri saya dimarahinnya non.” Tina meminta sambil membuat mimik muka yang takut benar lagaknya.

          Mia tersenyum. Pandai betul ‘bibik’ seorang ni berlakon. Bukan dia tidak tahu yang Makcik Isabella itu lembut orangya. Tak pernah dia melihat Makcik Isabella memarahi pembantu-pembantu yang terdapat dirumah. Sekiranya mereka membuat kesalahan makcik Isabella pasti akan menegur dengan lembut tanpa marah-marah. Agaknya sebab layanan yang baik dari makcik Isabella itu yang membuatkan pembantu-pembantu rumah tersebut begitu menghormati Makcik Isabella.

“ Ala Tina saya angkat pinggan saya dan Sara aja pun. Puan Sri tak marah punya.” Saja Mia mahu berkeras dan mengusik Tina.

       Pinggan kaca ditangannya sengaja tidak dilepaskan walaupun Tina berusaha mengambil pinggan tersebut dari tangannya. Sudah faham benar perangai Tina. Kalut dan cepat menggelabah jika diusik.  Selalu sahaja memanggilnya dengan gelaran non Mia. Non dalam bahasa Indonesia bukak cik ker? Sudah banyak kali dia melarang Tina memanggilnya gelaran begitu. Menyuruhnya memanggil nama sahaja. Namun Tina tetap berkeras memanggilnya non Mia. Ingat dirinya tetamu atau saudara keluarga ini agaknya si Tina ni. Padahal dia hanya pengasuh sahaja. Kira pembantu jugaklah macam mereka semua ni. Bukannya menantu yang nak dipanggil non bagai.

        Makcik Isabella yang baru turun dari bilik tetamu dan hendak melewati ruang makan brkerut dahi. Apa sahajalah calon menantu dan pembantu rumahnya buat itu. Main tarik-tarik pinggan pula di pagi hari ini. Makcik Isabella menggeleng kepala. Mia ini suka benar mengusik pembantu-pembantunya. Bila disoal kenapa dia menjawab yang dia tidak puas hati kerana dipanggil non oleh pembantu-pembantu di dalam rumah ini padahal dia pun bekerja di rumah ini. Mak cik Isabella yang mendengar alasan Mia selalu tersenyum. Tak apa lah Mia lepas ni jadi mem besar dalam rumah ni ya!!

         Mak cik Isabella menghampiri Tina dan Mia. Mia yang menyedari kehadiran Makcik Isabella akhirnya mengalah dari pertarungan merebut pinggan kotor dengan Tina. Tidak mahu sekiranya perebutan mereka diakhiri dengan bunyi pinggan itu berkecai di lantai. Pinggan itu tidak berdosa sama sekali. Dan yang paling penting Mia berani jamin yang set pinggan-mangkuk yang diguna semasa sarapan sebantar tadi pasti mahal dan diimport dari luar Negara. Makcik Isabella kan gemar mengumpul pinggan-pinggan antik dari luar negara selain pokok-pokok Orkid dibelakang rumah itu. Kadang-kadang dia yang ingin memakai pinggan-pinggan tersebut pun mengigil tangan. Mahunya terpecah pinggan tersebut mau diganti dengan apa??  Air liur??

      Mak cik Isabella yang menghampirinya disapa dengan senyuman. Teringat yang dia perlu meminta kebenaran untuk membawa Sara keluar sebentar lagi. Mindanya sibuk menyusun ayat sementara menanti kehadiran Makcik Isabella.

“Makcik dah sarapan?” Mia berbasa-basi terlebih dahulu.

“Sudah, dengan pakcik dan Amir tadi. Pakcik, Amir dan Mia mana. Sunyi aja bawah ni.” Makcik Isabella menuang air ke dalam cawan yang terdapat di atas meja itu. Haus pulak rasa tekaknya.

“Oh pakcik dekat luar rasanya, Sara lepas sarapan tadi pergi ke bilik abang Am bila tahu abang Am tak keje  hari ini.” Balas Mia.Otaknya masih merangka-rangka ayat untuk meminta kebenaran Makcik Isabella.

“Err hari ni kenapa pakcik dan abang Am tak bekerja makcik?? Sambut anak sedara makcik ya?” soal Mia. Lain yang difikir lain yang ditanya. Alahai Mia.

“Eh tak la, pakcik kamu dan abang Am Mia tu bercuti hari ini dan esok sebab nak luangkan masa dekat rumah ni. Mia kan esok dah berhenti. Mesti sunyi rumah ini.” Sayu nada makcik Isabella. 
      Sengaja dia menekankan ayat ‘abang Am Mia tu’ sebentar tadi. Mahu melihat reaksi Mia bila dia berkata begitu. Tetapi reaksi yang diharapkan tidak kelihatan. Wajah Mia masih selamba bagai kan ayat tersebut langsung tidak mengusik hatinya.

       Mia terdiam bila Makcik Isabella habis berkata. Abang Am Mia tu?? Amboi, tersentap hati dengar! Zaman bila pulak abang Am tu Mia yang punya?? Namun riak mukanya dikawal agar tidak berubah. Menganggap bahawa Makcik Isabella tidak sedar dan tidak sengaja menuturkan kata-kata sedemikian.

“Apa pulak sunyi makcik, anak sedara makcik kan ada?” soal Mia lagi. Melupakan kata-kata Makcik Isabella tadi yang seperti memprovok hatinya.

“Mina tu entah berapa lama la nak duduk dekat sini. Sengaja aja dia tu melepak di rumah makcik ni. Padahal rumah ayahnya hanya selang 4 buah rumah sahaja dari rumah ni. Alasan tak mahu bersendirian kerana papa dan mamanya tengah bercuti di luar Negara. Padahal duduk di UK tu sorang-sorang jugak. Apatah yang dinampak di UK tu. Puas sudah mama dia dan makcik berceramah suruh balik menetap di Malaysia. Dia buat tak endah aja. Harapnya dia balik kali ni, memang balik terus lah.” Bebel Makcik Isabella panjang lebar. Mia hanya diam mendengar bebelan Makcik Iskandar.

“Mina tu umur berapa makcik?” tiba-tiba terlintas soalan itu dibenaknya sebentar tadi. Hadoi macam-macam soalan yang dah ditanya Mia tapi soalan yang memang dia berhasrat unruk bertanya dari tadi tidak terluah pula.

“Mina tu sama baya dengan Amir. Mereka bertiga memang rapat semenjak kecil.”

“Bertiga??”soalan lain keluar lagi dari mulut Mia .

“ Hrmm bertiga, Amir,Mina , Amira.” Balas Makcik Isabella perlahan.

Alamak. Wrong channel!! Nada sayu Makcik Isabella tadi mesti disebabkan nama Amira yang diguman perlahan sebentar tadi.

“Oh. Errrr..makcik hari ini saya nak bawa Mia keluar jalan-jalan boleh?” kalut Mia bertanya untuk mengubah suasana suram yang mula menyelubungi Makcik Isabella. Makcik Isabella yang  baru sahaja masuk dalam mode ‘Kenangan manis di masa dahulu’ tersedar mendengar soalan Mia.

“Mia nak ajak  Sara keluar?? Kemana?” soalan Mia dibalas soalan oleh Makcik Isabella.

“ Saja jalan-jalan. Cadangnya hendak ke Midalley. Boleh tak makcik?? Saya janji akan jaga Sara.” Jawab Mia bersungguh-sungguh.

“ Makcik bukan risau kamu tidak menjaga Sara, makcik berfikir kamu hendak ke Midvalley itu dengan apa??” balas Makcik Isabella yang menyedari Mia beranggapan diriya tidak mempercayai Mia untuk membawa Sara keluar. 
     Mustahil dia boleh menganggap Mia tidak bolah menjaga dan mengawal Sara. Bukankah Mia yang berjaya membuat cucu kesayangannya itu bercakap semula.

Mia yang mendengar soalan Makcik Isabella itu terdiam. Aduh,tak terfikir pula perkara itu! Tak kan dia nak heret Sara naik KTM macam yang dia selalu buat?? Berkerut dahinya memikirkan.

“ Tak apalah. Nanti makcik suruh Amir temankan Mia dan Sara keluar. Amir kan cuti hari ini. Lepas makan tengahari nanti Mia keluar ya.” Makcik Isabella memutuskan. Mia hanya mengangguk faham.

“ Temankan ke mana Mak Su?? Mina nak ikut? “ sampuk Mina tiba-tiba. Dia yang baru sahaja turun dan terdengar akhir perbualan Mak su nya dengan seorang gadis bertudung labuh.

“MasyaAllah kamu ni Mina. Duduk UK tu dah lupa bagi salam ke? Main disampuk sahaja perbualan orang.” bebel Makcik Isabella. Mina hanya tersenyum.
      Telinganya sudah biasa benar mendengar bebelan mak su nya itu. Cawan yang berisi air teh dihadapan Mk]akcik Isabella diminum selamba.

“ Tengok tu perangai! Main disebat sahaja air mak su tu. Bukan reti nak mintak izin.” Tegur makcik Isabella.          Pening dengan perangai anak sedara dia yang seorang ini. Nakal bukan main. Entah bila hendak berkahwin. Nak dijodohkan dengan Amir memang tak mungkin. Adik beradik susuan kan haram bernikah.

“Ala mak su ni tak sporting lah. Kan awak?” dia menyoal gadis di hadapan mak su yang sedari tadi diam mendengar tingkahan dirinya dan maksu.
    Mia hanya tersenyum mendengar soalan Mina. Mengiya tidak, membantah pun tidak. Melihat gadis yang masih tidak diketahui identitinya tidak menjawab soalannya Mina beralih memandang mak sunya tersengih-sengih.

“Ala..maksu buat muka macam ni tak hot la. Nanti paksu lari kang. Cuba senyum sikit baru hot dan mengancam.” Usik Mina lagi.

“Pandailah kamu Mina. Dah tua-tua ni nak hot apanya? Ni lupa mak su nak kenalkan. Ini Mia pengasuh Sara. Dan Mia ini Mina anak sedara makcik. Umur Mina ni sebaya Amir.” Terang Makcik Isabella.
      Mina menghulur tangan salam perkenalan. Mia menyambut salam Mina dengan senyuman. Senang dengan perilaku Mina yang selamba dan suka mengusik itu. Wajah Mina yang putih kemerahan dengan rambut hitam kecoklatan memang cantik. Mia mengagumi kecantikkan Mina dalam diam.

     Sementara itu di dalam hati Mina memuji wajah Mia yang comel walaupun memakai cermin mata berbingkai tebal. Mia kalau buka cermin mata dan memakai contact lens ni mau lelaki tertoleh-toleh melihat Mia. Mukanya yang cerah dan bertahi lalat di pipi kirinya memang manis dan comel bila senyum. Adakah ini gadis yng sibuk diceritakan Amir? Hatinya tertanya.
 Teringat perbualan mak su nya tadi dengan Mia yang menyuruh Amir menemankan Mia dan Sara.

“Oh ya tadi mak su suruh Amir temankan Mia dan Sara pergi mana?” soal Mina ingin tahu.

“ Mia nak ajak Sara jalan-jalan dekat Mid, tu yang mak su suruh Amir temankan. Amir pun tak keje hari ini. Kenapa? Mina nak ikut sekali ke? Kalau nak ikut tanya Mia ni.” Balas Makcik Isabella.

“Eh kalau kak Mina nak ikut marilah. Lagi ramai lagi meriah.” Sampuk Mia.

“ Kalau Mia tak ajak pun akak nak ikut jugak.” Balas Mina dalam gurauan. Mia yang mendengar balasan Mina tergelak kecil. Dia betul-betul senang dengan kehadiran Mina.


bersambung....

p/s : layan lah ya..this entry kita berkenal-kenaln dengan Mina sahabat baik Amir si Wallpaper. hehehe..silalah komen banyak2 ya!! komen2 anda amat saya hargai..

Assalamualaikum anda!! =D


2 comments:

  1. owh...sahabat.. ingtkan saper lah yg interframe nih.. hihii...

    ReplyDelete
  2. hehehe..jgn risau..adik beradik susuan..xleh kcau lelebih..=D

    ReplyDelete

Kata-kata anda adalah ;;