enjoy!!
Amir mengikut
langkah Mia dengan pandangannya. Setelah Mia turun tangga dia mendukung Sara ke
biliknya. Nasib baik dia sudah khatam membaca buku sirah berkaitan kehidupan
Rasulullah dan orang-oarang yang dikasihi baginda. Buku tersebut dibelinya
ketika dia singgah ke Kinokuniya selepas bertemu dengan client pada minggu
lepas. Dia tertarik untuk membeli buku tersebut pabila mendengar Mia rajin
menceritakan kisah para Rasul kepada Sara. Lantaran itu dia membeli buku
tersebut kerana dia tidak mahu jika Sara bertanya sesuatu mengenai junjungan
besar umat Islam itu dia terkial-kial dan tidak mempunyai idea untuk
menjawabnya. Sara adalah amanah Amira kepadanya. Dia ingin menjadi contoh yang
baik kepada Sara walaupun sebelum ini dia alpa dengan tanggungjawabnya yang
satu itu. Mengenalkan Sara kepada Si Pencipta. Allah yang Maha Esa. Syukur
Allah menganugerahkan Mia kepada keluarga mereka. Kesesatan Sara di Midvalley
pada hari itu memberi hikmah yang besar kepada mereka sekeluarga. Menyedarkan
mereka yang alpa dengan kesibukan dunia dan musibah yang melanda tanpa
mengambil sebarang iktibar dari apa yang berlaku. Mati itu pasti. Dan apa
sahaja yang berlaku di dunia ini adalah aturan Allah Yang Maha Mengetahui.
Seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 216. Allah SWT ada berfirman:
‘boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal
itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak megetahui.’
{2,216}
Mungkin ada
hikmah peristiwa hitam itu terjadi.
……………………………………………………………………………..
Minggu ini
merupakan minggu terakhir Mia menjadi pengasuh kepada Sara. Cutinya 3 bulannya
terpaksa dipendekkan kerana dia perlu balik ke universiti 2 minggu awal sebelum
semester baru bermula. Mia yang merupakan Exco Agama dan Rohaniah ditugaskan
untuk membantu junior dan mengajar serba sedikit tugas sebagai Exco Agama dan Rohaniah kepada exco-exco baru. Bermula semester baru depan, jawatannya akan
diserahkan kepada adik-adiknya. Para junior pula yang akan mengambil pujuk
pimpinan pelajar di universiti ini.
Mia melihat Sara
bergurau dengan Makcik Isabella dan Pakcik Iskandar. Tersenyum. Selama 11
minggu dia menjadi pengasuh Sara macam-macam yang telah ditempuhinya. Sara kini
semakin riang dan tidak terlalu bergantung pada dirinya. Tidak seperti mula-mula di menjejakkan kaki
di rumah agam ini. Seboleh-bolehnya serba serbi Sara ingin lakukan dengannya.
Berkepit 24 jam. Sehingga datuk dan neneknya tidak dihiraukan. Walaupun Makcik
Isabella dan Pakcik Iskandar tidak meluahkannya, dia tahu sedikit sebanyak
mereka pasti berasa terkilan kerana satu-satunya cucu mereka tidak rapat dengan
mereka. Malah lebih mementingkan dirinya dalam segala hal.
Puas sudah dia
berfikir apa sebab yang membolehkan Sara menyukainya tapi tetap gagal menemui
jawapannya. Mungkin satu hari nanti dia akan tahu juga atau mungkin juga dia
tidak akan tahu sebabnya sampai bila-bila. Tiada siapa yang dapat meramal masa
depan.
Bunyi kereta
yang kedengaran memasuki porch menandakan Amir sudah balik. Mia mengerling jam
di tangan. Baru 3.30 petang. Awal pulak si ayah ni balik. Selalu kalau jam itu
tak menginjak angka 7 memang tidak akan kedengaran deruan enjin Toyota Harrier
milik Amir. Mendengar bunyi deruan enjin
diluar yang baru dimatikan Sara berlari mendapatkan Amir yang baru sahaja
membuka pintu. Terus diterpanya Amir yang baru hendak melangkah masuk. Riuh
mulut Sara bercerita aktivinya pada hari ini.
“Ayah!!! Hari ni
Sara belajar buat kek comel dari nenek. Kakak pun belajar sama. Sara ada buat
untuk ayah. Sedappp.. ayah nak makan???” teruja Mia bertanya.
“ Ya sayang??
Betul ke Sara buat?? Entah-entah nenek dengan kakak yang buat Sara tukang
tengok ja..Kan??” usik Amir.
Sara yang mendengar usikan Amir memuncungkan
mulut. Tidak puas hati pabila si Ayah tidak percaya kata-katanya.
“Betul lah.Sara
buat sendiri tau. Kakak yang tengok je. Sara hias kek Sara. Nenek hias nenek
punya. Kakak tak hias pun. Dia tengok je. Kan nenek??” Sara memandang Mak cik
Isabella.
Meminta dirinya disokong melalui pandangannya. Makcik Isabella
mengiakan sahaja pertanyaan Sara. Tahu Sara sengaja ingin mendapatkan perhatian
si Ayah.
Hubungan Sara dan Amir kini sudah kembali kepada asal. Mesra. Seperti
sedia kala. Mak cik Iskandar memandang Mia yang hanya tersenyum memandang Sara
yang sibuk menyuruh Amir merasa muffin atau kek comel seperti yang Sara
gelarkan. Hati tuanya begitu menginginkan Mia menjadi menantu dlam rumah ini.
Sinar kebahagian yang menyinari keluarga mereka semula semuanya hasil usaha
Mia. Tiada lagi suasana mendung yang menyelubungi rumah agam ini. Kini rumah
ini telah dipenuhi dengan gelak ketawa Sara. Hatinya berasa sayu mengenangkan
ini minggu terakhir Mia di rumah ini. Selepas ini dia akan kembali ke Perlis
untuk meneruskan pelajaran.
Mia yang
merasakan diperhatikan seseorang menoleh. Terlihat Makcik Isabella yang
memandangnya dengan sayu. Mia melemparkan senyuman manis kepada Makcik
Isabella. Mengerti apa yang difikirkan oleh Makcik Isabella ketika itu. Sudah
acap kali Makcik Isabella meluahkan rasa sedihnya kerana dia terpaksa berhenti
pada minggu ini. Mulut makcik Isabella juga tidak putus-putus mengucapkan
terima kasih kepadanya. Kata Mak cik Isabella dia telah menyinari rumah agam
ini dengan kasih sayang. Masa mula-mula mendengar kata-kata Makcik Isabella
hampir tergelak dia. Menyinari rumah ini dengan kasih sayang??? Corny giler
statement!! Tapi melihatkan Makcik Isabella yang ikhlas menuturkan ayat
tersebut terpaksa ditahannya ketawa yang hampir terburai.
Mia bangun dan
melabuhkan duduknya di sebelah Makcik Isabella. Berhasrat untuk memujuk hati
tua itu. Makcik Isabella yang peka dengan kehadiran Mia tersenyum. Dia
betul-betul menyayangi anak gadis ini. Terasa seperti Amira telah kembali dalam
keluarga ini. Petang tersebut Mia berbual panjang dengan Makcik Isabella. Sara
dibiarkan bermain dengan Amir . Gembira benar lagaknya dapat bermain air di
kolam renang yang terdapat di sisi rumah agam itu.
Dalam leka
berborak dengan Makcik Isabella Mia tidak sedar jam sudah menginjak ke angka
6.30 petang dan dirinya masih belum solat Asar lagi. Mia meminta diri untuk solat
Asar. Usai solat Asar,
Mia menghampiri kolam renang untuk memanggil Sara naik. Sudah lama benar Sara
berendam di dalam kolam bersama Amir.
“Sara sayang,
mari naik. Dah lama kan Sara berenang. Nanti selsema pulak.” Panggil Mia.
Sara yang
mendengar suara Mia menayang muka tidak puas hati. Masih tidak puas berenang
dan berendam.
“Alaaaa…Sara nak
main air lagi. Kejap je lagi. Boleh lah kakak. Boleh, kan ayah??” Sara
memandang Amir. Meminta kebenaran dan sokongan. Amir hanya mengangkat bahu.
“Kalau kakak kasi
ayah pun kasi. Tanya kakak.” Eh..eh..tolak
kat aku pulak?? Sara yang memandang Mia membuat puppy face. Berharap.
“Okay, lima
minit lagi aja lepas tu naik tau!” Mia mengalah. Pandai betul budak ni buat
muka kesian dia!!
Amir yang
mendengar kata-kata Mia tergelak kecil. Kakak ni mesti mengalah kalau Si Sara
buat muka seposen dia tuh. Dia menhampiri tepi kolam dan melompat keluar.
Dibiarkan Sara bermain air sendirian. Dia tidak perlu risau walaupun kedalaman
kolam renang itu agak dalam kerana Sara memakai jaket keselamatan dan
pelampung. Sejak Sara mula aktif dan bercakap kembali dia sering mengajar Sara berenang. Dia
mahu Sara mahir dengan kemahiran yang satu itu semenjak kecil supaya senang pabila dewasa nanti. Mia yang duduk
ditepi kolam 2 meter darinya dijeling. Berhasrat ingin menegur tetapi tiada
idea yang datang. Melihat Mia yang ralit memandang Sara bermain air dia
terfikirkan sesuatu.
“ Mia pandai
berenang?? Sara cakap Mia tak pernah nak ajak Sara mandi dekat kolam ni.” Mia
tersentak. Eh..abang Am ada tanya aku apa-apa ke tadi?? Tu lah berangan lagi.
Apa aku nak jawab ni. Tak kan nak cakap. ‘Ulang balik abang Am saya tak dengar
sebab berangan tadi.’ Memang menjatuhkan air muka aku la nanti kan. Belasah
jelah.
“ Errr..Haah..”
jawab Mia teragak-agak.
Melihat Mia yang
terkial-kial hendak menjawab Amir tersenyum. Pasti si ‘kakak’ ni berangan tadi.
Tak dengar lah tu soalan dia tadi. Satu idea nakal melintas dibenaknya.
Bibirnya tersenyum nakal. Tetiba rasa ingin mengusik gadis yang selalu
menganggapnya sebagai wallpaper ni.
“Betul??!! Tak
sangka betul!!.” tersengih-sengih Amir dengan riak muka yang sengaja dibuat-buat terkejut.
Okay apa yang
betulnya ni?? Apa yang abang Am tanya sebenarnya ni?? Mia blur. Berfikir.
Amir yang
melihat dahi Mia berlapis-lapis berfikir menghamburkan ketawa. Lucu melihat
telatah Mia. Hatinya disapa bahagia tanpa disedarinya. Mia yang mendengar Amir
tiba-tiba tergelak bertambah pelik. Apa yang abang Am ni tanya tadi. Maunya dia
tanya aku ni gila ker, tak betul ker. Aku pun iyakan aja.
“ Err..apa yang
abang Am tanya tadi?? Sebenarnya Mia tak berapa dengar tadi. Sibuk awasi Sara
main air tu.” Tanya Mia akhirnya.
Kulit muka rasa tebal seinci. Baik punya
alasan! Awasi Sara ya?? Padahal fikiran kau laut kan Mia?? Eheh.Diam-diam
sudah. Dan lagi satu perasaan aku ni. Dah kenapa nak memalu kucing ni?? Sejak
bila pandai memalu ni?? Aku tak pernah didik pun kau malu tetiba pasal hal-hal
macam ni.
Amir yang
mendengar soalan Mia makin kuat ketawanya. Melihat Mia yang langsung tiada idea
apa yang ditanya sebentar tadi lagi membuatkan Amir lagi galak untuk mengusik
Mia. Tidak pernah dia berkesempatan untuk berbual santai apatah lagi mengusik
Mia. Dah alang-alang da peluang ni mesti mau rebut maa!!
“Abang tanya
tadi, selain sayangkan Sara, Mia pun sayangkan abang sangat-sangat kan??” soal
Amir nakal.
Mia yang mendengar soalan Amir hampir sesak nafas. MasyaAllah
soalan itu ke yang aku dok iyakan tadi??? Okay makkkk!!! Memang wajib aku malu
tak hengat sekarang ni. Terasa berbahang muka.
Amir yang
melihat muka Mia berubah merah lagi la bertambah kuat dia gelak. Kelakar
melihat muka Mia yang terkulat-kulat menahan rasa.
“Tak adalah Mia,
abang Am gurau jelah. Tak kan abang Am nak tanya soalan macam tu kot. Actually
sebenarnya tadi abang tanya Mia pandai berenang tak??” Amir menuturkan soalan
sebenar. Kesian pulak melihat diri Mia yang terkulat-kulat.
Mia yang
mendengar soalan Amir tercengang. Hamapagas betul lah!! Dia main-main kan aku!!
Mandate dah besar sangat ker ni?? Selalu buat derk je dengan aku. Amir dijeling tajam.
Bengang! Rasanya dah lama kaki dan tangan dia tidak melayang. Karang tetibe ada
jugak kenduri pelempang kat tepi kolam nak-nak dekat Maghrib ni. Eh?! Maghrib?
MasyaAllah!! Dah dekat maghrib dan Sara masih riang ria bermain air. Sara
digamit supaya menghampirinya. Panjang muncung Sara. Masih tidak puas lagi bermain air.
Mia yang menunggu Sara ditepi kolam masih tidak berpuas hati dengan Amir yang
tersengih-sengih memandangnya. Mia bolayan kan
soalan Amir sebentar tadi. Tunjuk
perasaan! So tak nak jawab. Sara yang sudah di kaki kolam diangkatnya. Di
selebungkan Sara dengan kain tuala. Sara dipimpinnya masuk ke dalam rumah.
Badan Sara harus dibilas dengan air panas. Amir yang masih tersengih dibiarkan.
Tanpa pamitan Mia pergi begitu sahaja. Pandai dah sekarang nak usik anak dara
orang ek?? Nasin baik ini minggu terakhir aku kat sini! Kalau tak....kalau tak..errr.. apanya?? huuuu..no idea. Sekian.
Amir yang
melihat keletah Mia tersenyum. Comel!! Pertama kali berpeluang berbual santai
dengan Mia dan peluang itu dihabiskan dengan mengusik Mia. Seronok rasa
hatinya. Jika sebelum ini, dia hanya bercakap dengan Mia sewaktu menyerahkan
gaji kapada anak gadis itu buat pertama kalinya. Selain itu tidak banyak
percakapan Mia dengan dirinya. Jika terserempak dengan Mia sama ada Mia jalan
terus atau Mia menganggukkan kepala tanda hormat kepadanya. Rasa tercabar
pulak! Siapa yang tidak rasa tercabar jika selalu sahaja kehadirannya dijeling
oleh gadis-gadis yang dilintasinya. Tetapi dengan Mia dia selalu jadi wallpaper
terhormat!!
………………………………………………………..
Positif!! Akan aku
usahakan Mia supaya menjadi menantu dalam rumah ni. No matter what!! Makcik Isabella
yang sedari tadi mengintip drama sebabak di tepi kolam renang melalui pintu
sliding door bermonolog. Mindanya sudah ligat merancang.
bersambung...
p/s : okay..hari ni macam pendek kan?? tapi ok la dari tader entry ye tak??? semuga terhibur!! kalau ada silap dan kekurangan jgn malu-malu untuk tegur tau. Sila lah komen jugak ye..anda mmg awesome kalau komen..heee..( yang xkomen but still bace pun awesome jugak sebenarnya..hehehe )
Assalamualaikum anda!! =D
saya rasa awak pandai tulis 3rd POV, bhasa lagi best compared to the previous chapter yg guna 1st POV. tp bergantung jg pada cita rasa masing2, saya mmg lebih suka 3rd POV (sy xpernah tulis 1st POV lg..prefer 3rd POV) mungkin ramai yg lgi suka 1st POV^^ anyway, goodjob.
ReplyDeletehurm...amir ni umur brape ek?
ohooo..saya belasah je tulis sebenarnya..hehehe..btw amir 27 umur dia..
ReplyDeletesalam....best cite ni...baru jumpa blog ni....suke jln citenya...zany tahniah...sambung lg ye....
ReplyDeletezany ...nak lg....wallpaper ye amir......kelakar....x sabar ni nk tau apa yg mak cik isabella nk buat....sambung lg ye...x kisah pendek pun janji ada n3 je.....
ReplyDeletekomen saya yg tidak seberapa ini...
ReplyDeletebab pertama kelang kabut sikit sekejab " AKU" sekejab MIA.
Lebih baik fokus untuk satu aja.......
Saya suka awak gunakan "MIA" dari "AKU"......
ibtisam : time kasih sbb suka cite sy ni..*terharu* =,)
ReplyDeletealong : ye amir si wallpaper terhormat!! hehehe..
Aonymous : time kasih atas comment anda..really2 appreciates it..saya baru je blajar menulis..tu yang kelam kabur sikit..kalau ada slah silap lagi tegur lah ya... =D