Wednesday 8 February 2012

Novel :: Chap 1 :: Takdir Yang Mengekori Diri..



Part i ::

“Kakak,kakak sayang kakak!!” kata anak kecil yang bertudung sarung pink itu.

“Kakak pun sayang kakak jugak.” Balas Mia.

“Abang pun sayang kakak.” Tetiba ada suara garau yang mencelah perbualan Mia dan si anak kecil.

        Abang pun sayang kakak jugak?? Kakak yang mana?? Kakak kecil ke kakak besar ni?? Statement yang memeningkan la mamat ni cakap.

“Ayah sayang kakak?? Yeay!!!” sorak si anak kecil. Gembira benar dia dengan statement mamat sebelah aku ni. Aku pulak yang sibuk dok pikir kakak mana yang mamat ni sayang. 

      Tetiba pipiku terasa hangat. Sibuk sangat berangan samapi tak sedar si anak kecil mengucup pipi. Aku membalas dengan mengucup pipi si anak kecil. Selepas itu pipi mamat sebelah pulak dikucup si anak kecil. Pipi si anak kecil juga dikucup balik oleh mamat sebelah ni. 

     Tanpa aku duga iba-tiba pipi aku juga menjadi mangsa bibir nipis milik mamat sebelah ni. Tergamam aku. Malu. Mukaku terasa membahang.

………………………………………………….


Arghhhh. Stress betullah belajar ni. Okay Mia tarik nafas hembus,tarik hembus,tarik….tahan kejap..ok hembus..Huh!! okay dah tenang sikit. Civilization theory here we go!
Ya Allah permudahkan lah diriku untuk menimba ilmu. Amin.

“Ayu best tak semalam date dengan Amar???”

“Ayu korang pegi mana semalam??”

“Ayu romantick tak Amar?”

Bertalu-talu soalan yang ditanya kepada Ayu merangkap coursmate aku yang paling rapat. Ayu pun bila dah dihujani soalan mulalah tergedik-gedik cerita date nya lengkap dari A sampai Z. Miza, Aina, Syira dan Farah pulak kelihatan khusyuk mendengar cerita Ayu. Sesekali terdengar mereka menjerit.

“Awwwww!!!”

“Sweetnya!!!”

“Jealous-nya aku….”

Aku yang sedang membaca tidak diendahkan mereka. Mereka sememangnya tahu yang aku semestinya tak berminat langsung nak mendengar cerita-cerita date mereka yang kononnya sweet tu. Di awal perkenalan dengan mereka aku terasa tersisih bila mereka start berkongsi cerita berkaitan pakwe mereka masing-masing.

                Kadang-kadang aku terfikir kenapa la aku pun tak cari pakwe macam mereka? Nak kata aku tak lawa aku rasa muka aku ni okay je. Sedap juga lah mata memandang. Tak cantik dan tak juga buruk. Tapi 5 minit selepas aku terfikir hal tersebut aku rasa nak gelakkan diri sendiri je. Aku nk bercinta??? Mungkin lelaki yang bakal jadi pakwe aku tuh malang sebab dapat awek yang tak berape nak ada perasaan. Hahaha

Aku akui sesekali terasa juga nak ada pakwe macam kawan-kawan aku yang lain. Normal la tu kan aku pun remaja tapi aku tak dapat nak membayangkan aku ada pakwe. Statement bahawa aku ada pakwe pun dah buat aku rase nak gelak guling-guling je dalam makmal proses ni.

“ Mia ko baca buku ker berangan ni?? Dari tadi pages yang sama je? “soal Mikail.

“Aku berfikir lah. Sibuk je ko ni. Pergilah join Ayu dengan yang lain” halau aku.

“Sampai hati. Aku tegur sikit dah nak halau. Cuba kau lemah lembut sikit. Ni tak keras dan kasar je semedang. Lelaki nak dekat pun takut” balas mikail lagi.

Aku mencebik. “Suka hati aku lah mikail. Aku tak susahkan kau kan.”

“ Eh, sapa kata aku tak susah?! Aku susah tau sebab takut nanti aku dengan Anuar pulak yang bakal jadi pakwe kau. Kau dah la kenal aku dengan Anuar je kat sini. Lelaki lain ko mane kenal. Senior pun tak ada satu pun yang ko kenal kan??"

“Lalalalala..off " aku menutup buku dan segera keluar dari makmal tersebut meninggalkan mikail yag masih tak puas hati.

        Sibuk aja mamat seorang ni. Dari sem 1 sampai lah sem 4 ni tak habis-habis tanya aku dah ada pakwe ke belum. Dah tuh tak habis-habis dengan ayat terlebih gula dia. Maybe budak-budak perempuan lain suka la digulakan tapi kalau dengan aku mintak maaf zahir ye. Aku tak terjejas. Sekian.

         Aku berjalan menuju ke pusat pelajar. Misi aku adalah membeli lollipop. Itu sememagnya sumber untuk aku stay up malam-malam dan penggerak minda aku time belajar tak kira waktu dan keadaan. Kadang-kadang dalam kuliah pun aku boleh selamba menyoyot benda tersebut. Pesyarah-pesyarahku yang sememangnya sedia maklum dengan tabiat pelik aku aku lansung tidak mengendahkan. Asalkan aku tidak menganggu kelancaran kuliah mereka.

        Dalam asyik memilih perisa lollipop telefon ku berbunyi. Dengan bangganya aku angkat handset nokia 3 sekupang aku. Buat apa nak malu kan? Lebih baik ada hanset tak canggih tapi banyak kredit dari handset canggih-canggih tapi semedang tak ada kredit.

“Hello? Assalamualaikum mak. Kenapa call kakak tetiba ni?? Selalu mak telefon memalam. Ni siang lagi mak”

“ Waalaikumsalam. Amboi malam aje mak boleh telefon kakak?? Siang tak boleh??  Okay la. Assalamualaikum”

Tuut..tuut..tuut..

Eh?!  Dah letak?? Mak aku ni majuk la pulak. Hadoi mak aku ni cepat sangat nak sentap. Aku gurau-gurau manja aja pun. Tangan aku sibuk  mendail semula nombor telefon ibu terchenta. Karang jadi anak durhaka pulak aku membiarkan ibu merajuk. Mana tau mak sumpah aku jadi batu macam si tanggang tuh naya aku.

“Assalamualaikum mak. Ala tak payah la merajuk mak. Mia main-main aja tadi. Hehe .” pujuk aku sambil mencomelkan tone suara aku.

“ Waalaikumsalam. Siapa merajuk?? Mak tak ada kredit la. Saja pancing kakak call mak balik. Ni mak nak tanya ni. Kakak balik bila?? Exam habis bila?” soal mak.

“Eh..eh..boleh pulak main pancing-pancing ingat kakak ni ikan ke. Kakak balik lagi 3 minggu mak. Minggu depan start exam. Kakak habis  exam 20 haribulan. 21 haribualn kakak balik la. Nanti dah nak sampai hentian duta kakak kol mak tau.” Terang aku panjang lebar.

“Okay la. Mak nak sambung tengok sinetron ni. Kakak buat exam elok-elok tau. Solat jangan tinggal. Makan pun jangan tinggal. Nak exam ni karang gastriks susah.”

“ Ya mak.  Kakak ingat. Nanti mak kirim salam dekat abah dan semua yang ada tau. Okay. Assalamualaikum” aku menghentikan perbualan sambil membayar harga lollipop yang telah aku ambil. 

Kali ni aku amik perisa apple dan nenas. Esok lusa kita amik perisa lain pulak tau!
……………………………………..
Okay tangan aku dah menggeletar ni. Sakit woo menulis tanpa henti nak dekat 3 jam ni. Tulisan aku pun da macam tulisan tuan doctor dah ni. Mintak-mintak la lecturer faham la apa yang aku cuba sampaikan.

Mia kerling jam dinding yang terletak di hadapan. Ya Allah ada setengah jam aja lagi ni. Berapa soalan aku tak jawab lagi ni. Mia membelek kertas soalan. Okay ad satu esei je lagi. Nasib baik aku dah buat rangka. So tinggal nak tulis dalam proper sentence je ni. Sabar Mia. Setengah jam je lagi lepas tuh kau merdeka 3 bulan. Sabar.

Beauty. Soalan terakhir. Tangan aku pun dh sakit giler ni. Speed menulis pun dah makin lambat. Sabar-sabar. Mia mengerling jam di hadapan sambil tu tangannya masih terketar-ketar menulis jawapan bagi esei tersebut.

Tepat  sahaja lecturer mengumumkan mas adah tamat time tu jugak lah Mia habis menulis ayat terakhir. Alhamdulillah. Semua dapat jawab. Lepas ni redha dan pasrah jela. Teringat quotes Lisa Surihani  dalam Ombak Rindu ‘rehda itu ikhlas. Pasrah tu menyerah.’ Hehe..

Okay exam dah habis!!! MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!! Hiphip Hooray. Gumbira nya hati. Rasa macam nak lompat bintang aja ni. Now balik bilik pack esok pagi selamat tinggal Perlis. Selangor! Here I come. Weee!!!!

……………………………………………………

Sudah 3 minggu cuti sem berlalu. Dan aku amat lah bahagia kerana boleh bangun lambat. Online sampai pagi. Tengok movie hari-hari. Hahaha..tapi tak lupa jugak kerja-kerja rumah yang telah di take over oleh aku. Mak pun da bahagia aja bersidai depan televisyen sepanjang hari tengok sinetron la, telenovel la. Tak ape Mia bukan susah pun.

Time cuti ni jadual hidup aku sama aja. Pagi bangun tido. Sarapan. Lepas tuh masak, basuh baju,sidai baju, kemas ruang tamu sikit-sikit habis. Then aku mandi layan Running Man sampai ke petang. Bila rasa lapar turun makan. Oh heavennya! Eh solat aku tak tinggal tau!! Siap ngaji lagi lepas solat!

Esok nak berfoya-foya dekat midvalley. Mula-mula time  rancang ramai aja nak ikut. Maklum la time-time cuti sem ni lah nak jumpa balik semua kawan-kawan aku yang dah  bersepah belajar satu Malaysia. Tapi dah last-last minit ramai pulak yang cancel. Alih-alih aku sorang aja yang jadi pergi. Hampagas punya member.  Sorang pun sorang la. Apa aku peduli janji aku dapat lepak MPH. Oh rindunya aku dengan MPH. Dah berzaman tak jejak tempat feveret aku ni. Duduk Perlis jangan kata MPH, POPULAR pun tak ada.

Dah dekat 3 jam aku bertapa dalam MPH ni. Khatam dah satu novel. Dah pukul 1.30 petang. Perut pun dah berdondang sayang. Mana aku nak lunch ni?? MacDonald dan KFC confirm sesak ni. Lagi-lagi tima lunch hour ni. Setelah menimbang-nimbang tempat mane yang hendak dituju untuk mengisi perut yang da start buat konsert gigs instead of dondang sayang Mia memutuskan untuk solat zuhur telebih dahulu. Buat masa sekarang duduk dulu layan Roti Boy yang beli pagi tadi. Boleh la nak dibuat alas perut.

Mana aku nak bertapa ni?? Oh sana ada tempat kosong. Mia melabuhkan duduk di tempat duduk yang terdapat di midvalley ini. Ala yang kerusi hijau dekat tiang tu. Selepas membaca bismillah Mia mula makan Roti Boy yang sudah sejuk tu.

Tiba-tiba seorang budak perempuan kecil yang berdiri di depan Mia. Budak itu tersangatlah comel dengan  dress separas lutut dari jenis kain jeans. Rambut budak tersebut di biar lepas dan dahi budak tersebut dilitupi bang nya. Comel desis hati Mia. Tapi dah kenapa pulak budak ni berdiri depan aku?? Pandang aku tak lepas pulak tuh. Dia tersalah anggap aku mak dia ke ni??

“Adik kenapa pandang kakak macam tu?? Mak dengan Ayah adik mana??” soal Mia.

Budak perempuan tersebut tidak membalas pertanyaan Mia tetapi terus memandang Mia tak berkelip dengan mata bulat dia.

“Adik dengar tak kakak tanya?? Kenapa tak jawab??”soal Mia lagi.

 Budak tersebut masih lagi tidak bersuara. Hanya memandang Mia penuh minat. Mia buntu. Apasal budak ni tak cakap. Ntah-ntah bisu kot. Tak pun pekak. Sayangnya. Budak ni dah la comel. Lagi comel dari Mia Sara dalam cerita yang Lisa berlakon tuh. Eh kejap apa nama tajuk cerita tuh?? Hadoi kenapa lupa pulak ni. Apa ek name cerita tuh? Sedang sibuk Mia berfikir nama tajuk drama tersebut tiba-tiba terasa dirinya dipeluk. Hampir nak terkeluar buah silat Mia kerana terkejut punya pasal. Nasib baik tak keluar kalau tak free-free je budak ni masuk hospital.

Okay budak ni dah kenapa peluk aku tetiba ni. Pelukan budak tersebut terasa sungguh erat. Hati Mia tersentuh. Dia juga membalas pelukan budak perempuan tersebut. Dia membelai lembut rambut budak perempuan yang keperangan dan lurus. Mesti anak mix ni. Rambut perang muka comel ni. Budak tersebut meleraikan pelukan. Dia senyum memandang Mia.

Subhanallah! Comelnya budak ni senyum. Cair hati aku. Budak tersebut menggenggan jemari Mia dengan erat. Mulutnya bergerak. Seperti hendak berkata sesuatu tapi tak terluah. Mia senyum memandang budak perempuan tersebut.

“Nama adik apa?Kenapa kakak tanya tadi adik tak jawab?” soal Mia dengan lembut. Senyuman manis dihadiahkan untuk budak perempuan tersebut. Mulut budak perempuan tersebut bergerak-gerak lagi tapi masih tiada suara yang terluah. Mia terasa pelik. Ntah budak ni memang betul-betul bisu kot.

“Adik boleh cakap?? Dengar takapa kakak tanya?” soal Mia lagi dengan sabar. Budak perempuan tersebut menganggukkan kan kepala. Okay budak ni tak bisu dan pekak. Kau ni pandai-pandai aja Mia fikir yang budak ni bisu dan pekak.

“Kakak.” Terluah juga akhirnya suara budak perempuan ni. Macam ada emas je dalam mulut dia. Tetapi sepatah aja. Kakak?? Kakak ape?? Kakak cantik? Kakak baik? Kakak comel? Kakak jahat?? Apa yang kakak nya. Blur sekejap Mia. Budak perempuan tu senyum lagi.

“Kakak.”kata budak perempuan tu sambil tersenyum manja.

“Kakak.”

“Kakak.”

“Kakak.” 

Sebut budak perempuan tu berkali-kali. Dah macam berzikir pulak aku dengar. kakak,kakak,kakak,kakak,kakak. Pelik pulak bunyi nya.

“Adik nama apa?” tanya Mia sekali lagi.

“Nama saya Sara. Umur 4 tahun” balas budak perempuan tersebut sambil menaikan 4 jari nya.

“Sara kenapa jalan sorang-sorang ni?? Mak dan ayah mana?” Mia menarik Sara duduk di pangkuannya. Muka Sara berubah bila disoal perihal mak dan ayahnya.

“Sara tak ada mak. Ayah Sara kerja. Sara dengan atuk dengan nenek.” Balas Sara lurus. Erk tak ada mak? Dah meninggal ker??

“ Atuk dengan nenek Sara  mana??”

“Tak tahu” balas Sara sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

“Sara lapar.” Tambah Sara lagi dengan suara manja.

“Sara lapar ya? Kakak pun lapar ni. Sara makan roti tak?? Sara makan roti kakak ni ya?” pujuk Mia sambil menyuapkan Roti Boy nya kepada  Sara. Sara hanya mengangguk dan membuka mulutnya yang comel.

Sementara menanti Sara makan Mia memanjangkan leher melihat sekelilingnya. Mana tahu ada tanda-tanda datuk dan nenek yang mencari cucunya ke. Hampa. Semua orang kelihatan sibuk dengan aktiviti dan rakan masing-masing. Akhirnya Mia memutuskan untuk pergi ke pusat pertanyaan pelanggan. Mungkin diaorang boleh announce kehilangan Sara. So datuk dengan nenek Sara boleh jumpa balik cucu mereka yang comel ni. Tapi sebelum tuh baik aku pergi solat Zuhur dahulu. Dah pukul 2.15 petang dah ni.

“Sara ikut kakak pergi surau kejap ya. Kakak nak solat. Nanti kita cari atuk dan nenek Sara sama-sama tau!” beritahu Mia. Sara hanya mengangguk dan tersenyum membalas kata-kata Mia. Comel betul budak ni.

Seusai solat Mia menuju ke pusat pertanyaan pelanggan. Sara pula tak sudak-sudah merengek lapar. Tapi merengek yang tak meyakitkan hati. Merengek cara manja! Tak sampai hati pulak Mia mendengar rengekkan Sara. Sudahnya Mia memberitahu pekerja di pusat pertanyaan pelanggan supaya membuat pengumuman perihal kehilangan Sara dan meminta penjaga  Sara datang menemuinya di The Spagetti Farm.

Mia memesan Set spaghetti meatball dengan sup ayam dan air Ice Tea Lemon. Sara yang sememangnya lapar terkinja-kinja teruja nak makan. Macam tak percaya pulak Sara ni budak perempuan yang tadi tiba-tiba berdiri dihadapannya. Tadi diam kemain. Mia tanya pun dia bolayan aja. Sekarang punyalah manja. Mia sudah jatuh sayang dengan Sara. Lepas ni dapat tak atau tak Mia jumpa Sara lagi.

 Mia berkongsi makan dengan Sara. Mia menyuap spaghetti ke mulut Sara yang comel. Macam anak burung Sara ni. Tak menyempat aku nak suap mulut dia dah ternganga. Sedang khusyuk menyuap Sara makan tiba-tiba datang sepasang suami isteri meluru mendapatkan Sara disebelahnya. Terkejut Mia dibuatnya. Wanita berusia yang masih kelihatan cantik itu memeluk Sara sambil mengucup seluruh muka Sara. Mesti nenek Sara ni.

“Sara sayang, mana Sara pergi?? Kenapa tak ikut nenek dengan atuk hrmm?? Sara okay??” soal si nenek bertubi-tubi. 

Sara hanya mengangguk membalas pertanyaan si nenek. Lelaki berusia yang sedari tadi berdiri di sebelah si nenek memerhatikan pertemuan si nenek dan si cucu  memandang Mia. Senyuman ikhlas dilemparkan. Sara membalas senyuman si datuk. Handsome lagi si datuk even dah tua. Anak-anak lelaki si datuk menti hensem jugak ni. Hehehe. Apa aja lah yang ko fikir ni Mia.

“Mesti anak yang jumpa dan tolong jagakan Sara kan?? Pak cik nak ucapkan banyak-banyak terima kasih ya nak. Hampir gila pakcik dengan makcik cari Sara. Baru sahaja pakcik nak ke pusat pertanyyan pelanggan apkcik terdengar announcement kehilangan Sara. Terima kasih ya nak.” Kata si datuk.

“Eh tak apa pakcik. Saya pun kebetulan terjumpa Sara masa tengah duduk-duduk. Saya kesiankan dia lapar tu yang saya bawa dia makan. Sebelum tu saya bawa pulak Sara pergi surau sebab saya tak solat lagi. Sebab tu saya lambat sikit nak pergi ke pusat pertanyaan pelanggan. Minta maaf la buat pak dengan makcik susah hati.” Balas Mia.

“ Tak apa nak. Anak dah buat pengumuman pun kami dah bersyukur sangat-sangat. Salah kami sebab alpa berbual denga kawan sampai terlupa dengan cucu sendiri. Dengan keadaan Sara yang masih macam ni, mesti menyusahkan anak kan? Oh lupa makcik nak tanya. Anak nama apa?”

“Mia makcik. Sara anak yang baik makcik. Tak menyusahkan pun. Saya gembira sebenarnya dapat melayan keletah Sara. Saya anak tunggal tak ada adik itu yang seronok melayan Sara tuh.” Balas Mia sambil tangannya masih menyuap spaghetti ke mulut Sara. Sesekali mulut Sara yang comot di lap dengan tisu.

“Mak cik dengan pakcik tak makan??” tanya Mia sopan.

“Taka pa lah Mia. Mak cik dengan pakcik dah kenyang tengok Sara berselera makan.” Balas si nenek.
“Kakak nak air.” Sara mencelah tiba-tiba. Mia menghulurkan straw ke mulut Sara.

“MasyaAllah!! Sara…” suara si datuk kedengaran. Mia tersentak. Kenapa ni?? Sara tak boleh minim Ice Tea Lemon ke?? Sara ada alergik ke?? Eh aku bersalah ke ni?? Mia panik.

“Kenapa pakcik?? Sara tak boleh minum Ice Tea Lemon ke?? Saya mintak maaf pakcik saya tak tahu!!” cemas Sara menuturkan lebih-lebih lagi melihat muka si nenek dan si datuk kelihatan terkejut benar. Matilah aku. Kalau Sara sakit macam mana??? Mata si nenek berkaca-kaca.

“Sa..Sara..Mi..Mia?” kata si nenek tergagap-gagap. Air mata mengalir di pipi si nenek. Mia dah macam cacing kepanasan. Cemas, cuak, takut, panik semua ada dalam dirinya sekarang ni. Tetiba dia pulak yang  rasa nak nangis. Eh kenapa ni?? Kenapa nenek Sara tergagap ni. Teruk sangat ker?? Mia memandang Sara dengan riak muka yang penuh persoalan. Sara pulak terkebil-kebil memandang dirinya sambil dipeluk erat olah si nenek. Apa ni?? Apa yang terjadi???Aku confius!!!!!!!!!


Bersambung...........



p/s: err..saya sesaje gedik try nak menulis ni..sorry kalau mengecewakan..ni cerpen tapi xlarat nak type dah mlm ni..esok saya sambung lagi ya..sila lah komen tau!! Kalo nak kritik2 pun boleh..saya tak kisah. =D
feel free to read it ya..my first 'baby' ni..tajuk pun men letak je..nanti kalau oatak saya dah waras sikit say fikir tajuk yang best2 tau!! Assalamualaikum anda!!


5 comments:

  1. 1st commenter... ni yang nak bagi komen yang sentap2 nih... ahahha... xdelah gurau jer..

    OK, saya mula yer..
    intro citer mmg membuatkan saya tertanya2lah sbb langsung xda sebut nama, hehe... saya pun selalu guna trick tu dlm fanfics dan salah satu enovel sya yg belum di postkan kat blog sya.. hehe

    Then.. bile kat part yg dh cite kat kolej die. erm...sya rasa mcm bhs dia cam campur aduk, ad mcm formal skit then tetibe terkeluar perkataan yg terlalu santai. Tapi tak pe, still boleh faham lagi.

    Erm...Mia ni study kat UUM ker? sbb dia tak nyatakan dia blaja kat mana, cuma ada sebut duduk di perlis (sorry lah kalau sya terlepas pndg sbb skrg dh pkul 4, dun blame me...huhu)

    then bila jumpa sara..alahai..mst cute giler kan? Mia ni baiklah. kalau saya..erm...saya terus hntr pergi kaunter pertanyaan tu..xde nye nak bwk dia g mkn etc.. hahah.. (sya x pndi lyan budak)

    then penutup part..arg...ni mmg part jeng jeng jeng betul...apa yang jadi sebenarnya.. sya pun confuse mcam MIa jugak. hope dpt di terangkan dalam part yang seterusnye..

    LINE PALING SAYA SUKA DALAM PART NI:

    Maybe budak-budak perempuan lain suka la digulakan tapi kalau dengan aku mintak maaf zahir ye. Aku tak terjejas. Sekian.

    AKU TIDAK TERJEJAS. SEKIAN.

    gelak guling2 baca.. hahaha terbaik
    nanti sambung lagi yer^^

    *~*~*

    itu jer komen sya.. erm.. sya hrap komen sya ni tergolong dlm komen yng membina.

    teruskan berkarya~!! fighting!!

    - q.min.z

    ReplyDelete
    Replies
    1. first baca ....suke ngan watak mia...kelakar pun ia.....anak tunggal tp x manja kn....good....jln cite simple je tp santai...chapter pertama x fhm ..sbb tiba2 masuk cite mia kt kolej...mb sbb intro kot yg atas tu...prolog ke...hehe..srry memandai je .....anyway saya suke cite ni....

      Delete
  2. q.min.z : time kasih ye bagi comment..really appreciate it..saya sbenarnya saja2 je menggedik nak menulis..xda bakat pun sebenarnya..tu yg men henram je tu..yg pasal Mia study kat mana tu mmg saya tak mention pun..nanti next part saya nyatakan ek..time kasih tau sebab comment..heeee =D

    ReplyDelete
  3. bakat tu ada, kalau takda tak mungkin awak boleh tulis pnjg mcm ni. kalau awak betul-betul tak da bakat baru tulis satu paragraph dah give up.

    awak ada bakat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2 ...mcm saya minat utk menulis tp bakat x de....bakat tu ada tp mb zany x tahu ...so trskn asah bakat ye.....anugerah Allah ...x semua org ada mcm ni.....

      Delete

Kata-kata anda adalah ;;