Monday, 13 February 2012

Apa perlu buat kalau result exam teruk??Semua yg berlaku pasti ada hikmah kan??? sedey nya Ya Allah!

Assalamualaikum..

Tadi baru check..result sem 1 dah keluar.. Ya Allah menguji kesabaran betul result yang saya dapat..saya dah berusaha sungguh-sungguh but still.....*lap air mata*
memang la lepas three pointer but still..huuuuuu...*lap lagi*
Mak..Abah maafkan zany ya!!

Saya amik 7 subjek for first semester.. result yang 6 subjek tu ok lah..even ada satu dua yang tak capai target but still ok for me.. tapi satu subject yang related to physics core memang meranapkan pointer..menjunam terus pointer...  Ya Allah..rasa macam tak nak percaya je ni result sem 1!!!

Dalam rasa sedih dengan result yang tak mencapai target ni tiba-tiba rasa macam down sangat..
Dah usaha sungguh2 ni kenapa tak dapat jugak result yang best..saya nak grad dengan 1st honour degree ok !!

Then suddenly realise..MasyaAllah..saya ni tak bersyukur ke?? Tak redha ke dengan ketentuan Allah??
Astagfirullah..bila sedar hati nak mula nak terpesong dan lalai cepat-cepat capai tafsir..baca balik all those ayat yang saya dah mark to remind myself kalau lalai..Alhamdulillah..feel much better after that..=)

Maka saya nak share apa yang saya baca untuk tenangkan hati yang kacau bilau dan kecewa ni..

Since sem 2 akan bermula so result exam pasti akan keluar dlm masa terdekat ni kan???
Sesiapa yang cemerlang tahniah!! Siapa yang tak berapa nak cemerlang macam saya ni..jgn sedey tau..Mari kita muhasabah diri..


:: Kalaulah anda terfikir nape result teruk sangat ni??? Sedey giler..tak adil!! blajar sungguh2 tapi result teruk..member blajar main2 result gempak ape kes??? Unfair..
ingat ayat ini :


 Allah berfirman:
  ‘ boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu     tidak megetahui.’ {2,216}-Al Baqarah.

::Kalau rasa kenapa jadi dekat aku?? orang len ok je..Aku x mampu nak terima result aku macam ni!!!"
ingat ayat ni :

Allah berfirman:


'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.' {2, 286 } Al Baqarah.


:: Dan kalau rasa sedih giler yang memang tak tau nak cakap apa..sedey sebab sungguh2 doa..solat sunat siang malam but still result mengecewakan.
ingat ayat ni :

Allah berfirman:

  ' Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman.' {3,139} Ali Imran.


:: So even result tak best jgn mengalah dan tak berdoa untuk yang lebih baik tau. Sebab dalam ayat di bawah ni:

Allah berfirman:
     ' Dan mohonlah pertolongan ( kepada Allah) dengan sabar dan solat ' {2,45} Al Baqarah.


Semoga kita2 yang dapar result yang xbape nak cemerlang ni tabah dan redha dengan ketentuan Allah ni..Jangan mengalah sebab Allah tak suka kepada orang yang berputus asa. Usaha, doa..lepas tuh tawakkal jela.. selamat berjuang!! Kita usaha sama-sama ya!

~`kalau ada salah silap itu semua datang dari saya.   Kalau ada kebaikan itu semua atas hendak-Nya.`~

Assalamualaikum anda.





Novel :: Chap 4 :: Takdir Yang Mengekori Diri..


 enjoy!!

        Amir mengikut langkah Mia dengan pandangannya. Setelah Mia turun tangga dia mendukung Sara ke biliknya. Nasib baik dia sudah khatam membaca buku sirah berkaitan kehidupan Rasulullah dan orang-oarang yang dikasihi baginda. Buku tersebut dibelinya ketika dia singgah ke Kinokuniya selepas bertemu dengan client pada minggu lepas. Dia tertarik untuk membeli buku tersebut pabila mendengar Mia rajin menceritakan kisah para Rasul kepada Sara. Lantaran itu dia membeli buku tersebut kerana dia tidak mahu jika Sara bertanya sesuatu mengenai junjungan besar umat Islam itu dia terkial-kial dan tidak mempunyai idea untuk menjawabnya. Sara adalah amanah Amira kepadanya. Dia ingin menjadi contoh yang baik kepada Sara walaupun sebelum ini dia alpa dengan tanggungjawabnya yang satu itu. Mengenalkan Sara kepada Si Pencipta. Allah yang Maha Esa. Syukur Allah menganugerahkan Mia kepada keluarga mereka. Kesesatan Sara di Midvalley pada hari itu memberi hikmah yang besar kepada mereka sekeluarga. Menyedarkan mereka yang alpa dengan kesibukan dunia dan musibah yang melanda tanpa mengambil sebarang iktibar dari apa yang berlaku. Mati itu pasti. Dan apa sahaja yang berlaku di dunia ini adalah aturan Allah Yang Maha Mengetahui. Seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 216. Allah SWT ada berfirman:

  ‘boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak megetahui.’ {2,216}

Mungkin ada hikmah peristiwa hitam itu terjadi.

……………………………………………………………………………..

               Minggu ini merupakan minggu terakhir Mia menjadi pengasuh kepada Sara. Cutinya 3 bulannya terpaksa dipendekkan kerana dia perlu balik ke universiti 2 minggu awal sebelum semester baru bermula. Mia yang merupakan Exco Agama dan Rohaniah ditugaskan untuk membantu junior dan mengajar serba sedikit tugas sebagai Exco Agama dan Rohaniah kepada exco-exco baru. Bermula semester baru depan, jawatannya akan diserahkan kepada adik-adiknya. Para junior pula yang akan mengambil pujuk pimpinan pelajar di universiti ini.

        Mia melihat Sara bergurau dengan Makcik Isabella dan Pakcik Iskandar. Tersenyum. Selama 11 minggu dia menjadi pengasuh Sara macam-macam yang telah ditempuhinya. Sara kini semakin riang dan tidak terlalu bergantung pada dirinya.  Tidak seperti mula-mula di menjejakkan kaki di rumah agam ini. Seboleh-bolehnya serba serbi Sara ingin lakukan dengannya. Berkepit 24 jam. Sehingga datuk dan neneknya tidak dihiraukan. Walaupun Makcik Isabella dan Pakcik Iskandar tidak meluahkannya, dia tahu sedikit sebanyak mereka pasti berasa terkilan kerana satu-satunya cucu mereka tidak rapat dengan mereka. Malah lebih mementingkan dirinya dalam segala hal. 

       Puas sudah dia berfikir apa sebab yang membolehkan Sara menyukainya tapi tetap gagal menemui jawapannya. Mungkin satu hari nanti dia akan tahu juga atau mungkin juga dia tidak akan tahu sebabnya sampai bila-bila. Tiada siapa yang dapat meramal masa depan.

           Bunyi kereta yang kedengaran memasuki porch menandakan Amir sudah balik. Mia mengerling jam di tangan. Baru 3.30 petang. Awal pulak si ayah ni balik. Selalu kalau jam itu tak menginjak angka 7 memang tidak akan kedengaran deruan enjin Toyota Harrier milik  Amir. Mendengar bunyi deruan enjin diluar yang baru dimatikan Sara berlari mendapatkan Amir yang baru sahaja membuka pintu. Terus diterpanya Amir yang baru hendak melangkah masuk. Riuh mulut Sara bercerita aktivinya pada hari ini.

“Ayah!!! Hari ni Sara belajar buat kek comel dari nenek. Kakak pun belajar sama. Sara ada buat untuk ayah. Sedappp.. ayah nak makan???” teruja Mia bertanya.

“ Ya sayang?? Betul ke Sara buat?? Entah-entah nenek dengan kakak yang buat Sara tukang tengok ja..Kan??” usik Amir. 
      Sara yang mendengar usikan Amir memuncungkan mulut. Tidak puas hati pabila si Ayah tidak percaya kata-katanya.

“Betul lah.Sara buat sendiri tau. Kakak yang tengok je. Sara hias kek Sara. Nenek hias nenek punya. Kakak tak hias pun. Dia tengok je. Kan nenek??” Sara memandang Mak cik Isabella. 
      Meminta dirinya disokong melalui pandangannya. Makcik Isabella mengiakan sahaja pertanyaan Sara. Tahu Sara sengaja ingin mendapatkan perhatian si Ayah. 

         Hubungan Sara dan Amir kini sudah kembali kepada asal. Mesra. Seperti sedia kala. Mak cik Iskandar memandang Mia yang hanya tersenyum memandang Sara yang sibuk menyuruh Amir merasa muffin atau kek comel seperti yang Sara gelarkan. Hati tuanya begitu menginginkan Mia menjadi menantu dlam rumah ini. Sinar kebahagian yang menyinari keluarga mereka semula semuanya hasil usaha Mia. Tiada lagi suasana mendung yang menyelubungi rumah agam ini. Kini rumah ini telah dipenuhi dengan gelak ketawa Sara. Hatinya berasa sayu mengenangkan ini minggu terakhir Mia di rumah ini. Selepas ini dia akan kembali ke Perlis untuk meneruskan pelajaran.

         Mia yang merasakan diperhatikan seseorang menoleh. Terlihat Makcik Isabella yang memandangnya dengan sayu. Mia melemparkan senyuman manis kepada Makcik Isabella. Mengerti apa yang difikirkan oleh Makcik Isabella ketika itu. Sudah acap kali Makcik Isabella meluahkan rasa sedihnya kerana dia terpaksa berhenti pada minggu ini. Mulut makcik Isabella juga tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepadanya. Kata Mak cik Isabella dia telah menyinari rumah agam ini dengan kasih sayang. Masa mula-mula mendengar kata-kata Makcik Isabella hampir tergelak dia. Menyinari rumah ini dengan kasih sayang??? Corny giler statement!! Tapi melihatkan Makcik Isabella yang ikhlas menuturkan ayat tersebut terpaksa ditahannya ketawa yang hampir terburai.

             Mia bangun dan melabuhkan duduknya di sebelah Makcik Isabella. Berhasrat untuk memujuk hati tua itu. Makcik Isabella yang peka dengan kehadiran Mia tersenyum. Dia betul-betul menyayangi anak gadis ini. Terasa seperti Amira telah kembali dalam keluarga ini. Petang tersebut Mia berbual panjang dengan Makcik Isabella. Sara dibiarkan bermain dengan Amir . Gembira benar lagaknya dapat bermain air di kolam renang yang terdapat di sisi rumah agam itu.

               Dalam leka berborak dengan Makcik Isabella Mia tidak sedar jam sudah menginjak ke angka 6.30 petang dan dirinya masih belum solat Asar lagi. Mia meminta diri untuk solat Asar. Usai solat Asar, Mia menghampiri kolam renang untuk memanggil Sara naik. Sudah lama benar Sara berendam di dalam kolam bersama Amir.

“Sara sayang, mari naik. Dah lama kan Sara berenang. Nanti selsema pulak.” Panggil Mia.
      Sara yang mendengar suara Mia menayang muka tidak puas hati. Masih tidak puas berenang dan berendam.

“Alaaaa…Sara nak main air lagi. Kejap je lagi. Boleh lah kakak. Boleh, kan ayah??” Sara memandang Amir. Meminta kebenaran dan sokongan. Amir hanya mengangkat bahu.

“Kalau kakak kasi ayah pun kasi. Tanya kakak.” Eh..eh..tolak kat aku pulak?? Sara yang memandang Mia membuat puppy face. Berharap.

“Okay, lima minit lagi aja lepas tu naik tau!” Mia mengalah. Pandai betul budak ni buat muka kesian dia!!

       Amir yang mendengar kata-kata Mia tergelak kecil. Kakak ni mesti mengalah kalau Si Sara buat muka seposen dia tuh. Dia menhampiri tepi kolam dan melompat keluar. Dibiarkan Sara bermain air sendirian. Dia tidak perlu risau walaupun kedalaman kolam renang itu agak dalam kerana Sara memakai jaket keselamatan dan pelampung. Sejak Sara mula aktif dan bercakap kembali dia sering mengajar Sara berenang. Dia mahu Sara mahir dengan kemahiran yang satu itu semenjak kecil supaya  senang pabila dewasa nanti. Mia yang duduk ditepi kolam 2 meter darinya dijeling. Berhasrat ingin menegur tetapi tiada idea yang datang. Melihat Mia yang ralit memandang Sara bermain air dia terfikirkan sesuatu.

“ Mia pandai berenang?? Sara cakap Mia tak pernah nak ajak Sara mandi dekat kolam ni.” Mia tersentak. Eh..abang Am ada tanya aku apa-apa ke tadi?? Tu lah berangan lagi. Apa aku nak jawab ni. Tak kan nak cakap. ‘Ulang balik abang Am saya tak dengar sebab berangan tadi.’ Memang menjatuhkan air muka aku la nanti kan. Belasah jelah.

“ Errr..Haah..” jawab Mia teragak-agak.

Melihat Mia yang terkial-kial hendak menjawab Amir tersenyum. Pasti si ‘kakak’ ni berangan tadi. Tak dengar lah tu soalan dia tadi. Satu idea nakal melintas dibenaknya. Bibirnya tersenyum nakal. Tetiba rasa  ingin mengusik gadis yang selalu menganggapnya sebagai wallpaper ni.

“Betul??!! Tak sangka betul!!.” tersengih-sengih Amir dengan riak muka yang sengaja dibuat-buat terkejut.

Okay apa yang betulnya ni?? Apa yang abang Am tanya sebenarnya ni?? Mia blur. Berfikir.
Amir yang melihat dahi Mia berlapis-lapis berfikir menghamburkan ketawa. Lucu melihat telatah Mia. Hatinya disapa bahagia tanpa disedarinya. Mia yang mendengar Amir tiba-tiba tergelak bertambah pelik. Apa yang abang Am ni tanya tadi. Maunya dia tanya aku ni gila ker, tak betul ker. Aku pun iyakan aja.

“ Err..apa yang abang Am tanya tadi?? Sebenarnya Mia tak berapa dengar tadi. Sibuk awasi Sara main air tu.” Tanya Mia akhirnya. 
     Kulit muka rasa tebal seinci. Baik punya alasan! Awasi Sara ya?? Padahal fikiran kau laut kan Mia?? Eheh.Diam-diam sudah. Dan lagi satu perasaan aku ni. Dah kenapa nak memalu kucing ni?? Sejak bila pandai memalu ni?? Aku tak pernah didik pun kau malu tetiba pasal hal-hal macam ni.
  Amir yang mendengar soalan Mia makin kuat ketawanya. Melihat Mia yang langsung tiada idea apa yang ditanya sebentar tadi lagi membuatkan Amir lagi galak untuk mengusik Mia. Tidak pernah dia berkesempatan untuk berbual santai apatah lagi mengusik Mia. Dah alang-alang da peluang ni mesti mau rebut maa!!

“Abang tanya tadi, selain sayangkan Sara, Mia pun sayangkan abang sangat-sangat kan??” soal Amir nakal. 
     Mia yang mendengar soalan Amir hampir sesak nafas. MasyaAllah soalan itu ke yang aku dok iyakan tadi??? Okay makkkk!!! Memang wajib aku malu tak hengat sekarang ni. Terasa berbahang muka.
Amir yang melihat muka Mia berubah merah lagi la bertambah kuat dia gelak. Kelakar melihat muka Mia yang terkulat-kulat menahan rasa.

“Tak adalah Mia, abang Am gurau jelah. Tak kan abang Am nak tanya soalan macam tu kot. Actually sebenarnya tadi abang tanya Mia pandai berenang tak??” Amir menuturkan soalan sebenar. Kesian pulak melihat diri Mia yang terkulat-kulat.
   Mia yang mendengar soalan Amir tercengang. Hamapagas betul lah!! Dia main-main kan aku!! Mandate dah besar sangat ker ni?? Selalu buat derk je dengan aku. Amir dijeling tajam. Bengang! Rasanya dah lama kaki dan tangan dia tidak melayang. Karang tetibe ada jugak kenduri pelempang kat tepi kolam nak-nak dekat Maghrib ni. Eh?! Maghrib? MasyaAllah!! Dah dekat maghrib dan Sara masih riang ria bermain air. Sara digamit supaya menghampirinya. Panjang muncung Sara. Masih tidak puas lagi bermain air. 

     Mia yang menunggu Sara ditepi kolam masih tidak berpuas hati dengan Amir yang tersengih-sengih memandangnya. Mia bolayan kan soalan  Amir sebentar tadi. Tunjuk perasaan! So tak nak jawab. Sara yang sudah di kaki kolam diangkatnya. Di selebungkan Sara dengan kain tuala. Sara dipimpinnya masuk ke dalam rumah. Badan Sara harus dibilas dengan air panas. Amir yang masih tersengih dibiarkan. Tanpa pamitan Mia pergi begitu sahaja. Pandai dah sekarang nak usik anak dara orang ek?? Nasin baik ini minggu terakhir aku kat sini! Kalau tak....kalau tak..errr.. apanya?? huuuu..no idea. Sekian.

     Amir yang melihat keletah Mia tersenyum. Comel!! Pertama kali berpeluang berbual santai dengan Mia dan peluang itu dihabiskan dengan mengusik Mia. Seronok rasa hatinya. Jika sebelum ini, dia hanya bercakap dengan Mia sewaktu menyerahkan gaji kapada anak gadis itu buat pertama kalinya. Selain itu tidak banyak percakapan Mia dengan dirinya. Jika terserempak dengan Mia sama ada Mia jalan terus atau Mia menganggukkan kepala tanda hormat kepadanya. Rasa tercabar pulak! Siapa yang tidak rasa tercabar jika selalu sahaja kehadirannya dijeling oleh gadis-gadis yang dilintasinya. Tetapi dengan Mia dia selalu jadi wallpaper terhormat!!
………………………………………………………..

Positif!! Akan aku usahakan Mia supaya menjadi menantu dalam rumah ni. No matter what!! Makcik Isabella yang sedari tadi mengintip drama sebabak di tepi kolam renang melalui pintu sliding door bermonolog. Mindanya sudah ligat merancang.


bersambung...


p/s : okay..hari ni macam pendek kan?? tapi ok la dari tader entry ye tak??? semuga terhibur!! kalau ada silap dan kekurangan jgn malu-malu untuk tegur tau. Sila lah komen jugak ye..anda mmg awesome kalau komen..heee..( yang xkomen but still bace pun awesome jugak sebenarnya..hehehe )

Assalamualaikum anda!! =D

Sunday, 12 February 2012

Novel :: Chap 3 :: Takdir Yang Mengekori Diri..



………………………………………………………
“Kakak..” suara Sara mematikan lamunannya.

“Sara dah bangun. Jom mandi, kata nak ikut nenek pergi pasar.”

“Pasar??? Nak ikut!!! Jom kakak cepat kita mandi!!” Sara menarik-narik tangan Mia ke bilik air dengan tidak sabar. Mia hanya mengeleng kepala. Sara ni sebut pasar laju aja nak ikut. Apa yang suka dekat pasar pun dia tak tahu.

             Lagi 2 minggu aja aku berkhidmat sebagai pengasuh Sara. Cuti sem dah nak habis. Nampaknya  tak lama lagi memang aku bergelumang la dengan buku-buku balik. Semester terakhir.Universiti Malaysia Perlis. Tunggu ketibaanku.

Selepas pulang dari pasar Mia memandikan Sara sekali lagi. Sudah tiada beza bau Sara dengan ikan-ikan yang terdapat di pasar. Manakan tidak Mia dan Makcik Isabella sibuk memilih ikan Sara sibuk bermain dengan ikan. Habis ikan-ikan di pasar yang mampu dicapainya dibuat main. Siap bagi nama lagi kepada ikan-ikan yang dicapainya. Ali, Abu, Siti, Shila semua diguna untuk menamakan ikan-ikan yang dicapainya. Mia sudah tidak terdaya melarangnya. Pelik jugak Mia memikirkannya. Sara kalau berpeluang ke pasar memang berseri-seri wajahnya. Pelik! Entah perangai siapa yang diikutnya!

Usai memandikan Sara, Mia mengajak Sara ke bilik bacaan Amir. Sudah sampai masa belajar! Semenjak Mia mengasuh Sara dia sudah mula mengenalkan Sara dengan abjad ABC dan nombor dari satu sampai sepuluh. Walaupun pada awalnya memang payah untuk Sara ikut kerana sebelum ini Sara hanya hidup dalam dunianya yang bisu. Tetapi tidak sampai semiggu Sara sudah boleh menangkap apa yang diajarnya. Sebenarnya Mia agak terkejut apabila Pakcik Iskandar memberitahu Mia bahawa Sara tidak bercakap hampir 2 tahun lamanya. Ini kerana pada pertemuannya yang pertama Mia petah berkata-kata walaupun agak payah Sara ingin membuka mulut pada awalnya. Akhirnya Mia membuat kesimpulan mungkin Sara mula bercakap pada umur yang awal. Mungkin pada usia setahun Sara sudah mula bercakap. Siapa tahu? Tetapi Mia malas mengesahkan andaiannya. Mia tidak tergamak hendak meminta Pakcik Isakandar atau Makcik Isabella mengingat kisah lalu. Air muka kedua oarng tua itu selalu mendung apabila kisah lalu di bangkitkan. Kenangan pahit tersebut mungkin masih segar di minda ahli-ahli rumah ini.

“ Kakak betul tak apa yang Sara tulis ni?” pertanyaan Sara mematikan lamunan Mia. Mia tunduk melihat buku di tangan Sara. Tulisan Sara yang masih herot-berot mengikut abjad ABC dibuku kerjanya dipandang.

“ Betul, pandai adik kakak ni.” Mia megusap kepala Sara. Sara yang mendengar pujian Mia melebar senyumannya. Suka dipuji pandai oleh kakaknya.

“Kakak tak nak bagi bintang-bintang ?? Sara nak banyak bintang-bintang. Nanti Sara nak tunjuk dekat ayah. Ayah kata bintang-bintang yang Sara dapat sikit tak macam ayah dulu-dulu.” Polos Sara bertanya. Mia tersenyum  mendengar permintaan Sara.

“Sara kalau nak banyak bintang-bintang Sara kena buat sampai habis dulu . Tengok Sara baru buat separuh kan? Kalau Sara buat muka surat ini sampai habis lepas tu muka surat sebelah ni pun sampai habis nanti kakak bagi sepuluh bintang.”

“Sepuluh??” soal Sara meminta kepastian. Mia hanya mengangguk mengiakan. Laju tangan Sara menyelak muka surat bukunya mengira jumlah bintang yang dia dapat sebelum ini. Perlahan satu persatu Sara mengira bintang-bintang yang tertampal dibukunya. Sampai berkerut-kerut dahinya mengira. Tangannya pulak sibuk menunjuk bintang-bintang yang dikiranya.

“Satu,dua,tiga,empat..” Sara berjeda. Mungkin memikir angka apa yang datang selepas nombor empat.

“..lima,enam.” Sambung Sara lagi. Dia memandang Mia sambil tersenyum teruja.

“Kakak janji bagi Sara sepuluh bintang??” Sara mengangkat kesepuluh jarinya menunjuk kepada Mia. Jelas Sara teruja dengan jumlah bintang yang ingin diberi oleh Mia.

“ Ya kakak janji bagi Sara sepuluh bintang tapi dengan syarat Sara kena buat muka surat ni dengan muka surat sebelah sampai habis.” Balas Mia sambil mengangkat sepuluh jarinya untuk meyakinkan Sara.
Setelah mendengar janji Mia, berkobar-kobar Sara tunduk menyiapkan kerjanya. Sesekali Sara mengomel jika dia terbuat kesalahan dan memadamkannya. Jelas riak wajah Sara yang bersungguh-sungguh. Mia tersenyum. Sara anak yang baik!

………………………………………………………………..

“Abang saya senang dengan Mia tu bang. Sejuk hati saya tengok Sara dah mula riang kembali. Padahal baru sebulan dia hadir dalam keluarga kita. Si Amir pun dah pandai nak pandai nak melekat dekat rumah. Klau tidak 24 jam dengan kerjanya aja.” Luah Makcik Isabella semasa minum petang bersama Pakcik Isakandar.

“Abang pun senang dengan Mia tu yang. Baik budaknya. Agama pun okay. Bertuah siapa yang memperisterikannya nanti.” Makcik Iskandar yang mendengar kata-kata suaminya mengangguk. 

Tiba-tiba idea terlintas di fikirannya. Mungkin...

“Bang apa kata kita pinang Mia untuk Amir bang?? Saya tengok Amir tu macam berminat aja dekat Mia. Saya selalu Nampak dia curi-curi pandang dekat Mia waktu makan malam.” Usul Makcik Isabella.

“Ish kamu ni yang mulalah keluar idea kamu yang bukan-bukan tu! Entah-entah hati si Mia tu dah berpunya. Budak baik macam tu tak kan lah masih kosong lagi. Anak teruna awak tu pun entah-entah tak setuju. Awak bukan tak tahu yang Amir tu tak suka dipaksa. “ sanggah Pakcik Iskandar. Makcik Isabella yang mendengar memuncung. Geram usulnya ditolak mentah-mentah oleh suaminya.

“Saya yakin bang Mia tu masih kosong lagi. Nanti saya risik-risik dahulu dengan Salmah. Tak akan Mia tak bercerita dekat mak dia kalau dia dah berpunya.” Balas Makcik Isabella tidak mahu mengalah. 
      Pakcik Iskandar yang  mendengar hanya menjungkitkan bahu. Malas untuk masuk campur. Baginya kalau ada jodoh adalah. Kalau tidak ada dia tidak kisah. Dia malas untuk mencampuri urusan hati anak-anak remaja masa kini. Biarlah mereka menentukan hala tuju masing-masing. Secara tidak langsung ia dapat mengajar mereka bertanggungjwab terhadap masa depan mereka. Tetapi jika benar anaknya berjodoh dengan Mia dialah yang paling gembira sekali.

……………………………………………

           Bunyi ketukan dipintu memeranjatkan Mia dan Sara yang sedang rancak berbual di atas katil. Mia mencerita kisah para Rasul kepada Sara. Daripada manusia pertama, Nabi Adam A.S sehinggalah kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Mia ingin mendedahkan Sara dengan cerita-cerita para Rasul supaya kelak besar nanti Mia mencintai para Rasul dan agama Islam. Memang itu cita-cita Mia sekiranya dia mempunyai anak sendiri nanti. Mia tidak mahu anak-anaknya nanti dimomokkan dengan kisah-kisah dongeng seperti Snow White, Repunzel dan sebagainya. Walaupun kisah-kisah dongeng tersebut masih mempunyai nilai-nilai moral tetapi baginya alangkah lebih baik nilai-nilai murni yang cuba diterapkan kepada anak-anaknya nanti datang dari kisah-kisah para Rasul yang memang kaya dengan pangajaran.

            Sara yang mendengar ketukan di pintu yang berulang berlari turun untuk melihat siapa yang menganggu sesi bedtime story dirinya. Pintu bilik hanya dikuak sedikit sahaja agar Sara dapat mengintai siapa. Memang Mia yang mengajar Sara perilaku begitu. Dia tidak mahu Sara membuka pintu sesuka hati. Mia juga berpesan kepada Sara jika orang yang tidak dikenali yang mengetuk pintu Sara haruslah menutup kembali pintu dengan cepat dan menguncinya. Waima Mia yakin dengan keselamatan rumah agam ini dia tetap mendidik Sara sebegitu untuk membiasakan diri Sara semanjak kecik. Malang tidak berbau kan??

     Melihat ayahnya yang tercegat di muka pintu Sara meyuruh kakaknya memakai tudung. Semenjak kejadian dirinya terkurung di dalam bilik air semasa hari pertama pertemuan  Mia dan Amir, Mia mencerita mengenai aurat wanita kepada Sara. Memang pada mulanya Sara agak bingung dengan penjelasan Mia. Apalah yang kanak-kanak berusia 4 tahun ini faham pasal batas-batas aurat. Orang yang dewasa pun kadang-kadang ramai yang memandang mudah perihal aurat walaupun mereka sudah cukup pandai menilai dan memahami hukum-hakam yang ditetapkan Allah SWT. Akhirnya Mia hanya menerangkan bahawa orang lelaki yang dewasa selain ayah Mia tidak boleh melihat rambut Mia. Nanti berdosa dan masuk neraka. Mulai saat itu Sara mulai peka terhadap aurat Mia. Kadang-kadang pabila terdengar ayahnya balik kelam kabut Sara menyuruhnya memakai tudung padahal Mia berada didalam bilik ketika Sara melihat kereta ayahnya masuk dari beranda bilik Sara. Lurus nak kecil itu mendengar kata-katanya.

“ Ayah nak jumpa kakak sekejap boleh??” pinta Amir. Mia yang mendengar kata-kata Amir menghampiri Sara di balik pintu setelah menyarung tudung di kepala. Tidak lupa juga sarung kaki yang sempat dicapainya
.
“Boleh.” Melihat Mia sudah lengkap bertudung Sara melebarkan pintu biliknya yang dikongsi bersama Mia. Mia memandang wajah Amir sekilas.

“Ada apa abang Am??” soal Mia tanpa memandang wajah Amir. Pandangannya dijatuhkan kepada Sara yang memandangnya.

“Err..abang Am nak cakap sikit dekat Mia. Boleh tak kita berbual sekejap dekat ruang rehat??” Amir mempelawa Mia.
      Raut wajah gadis yang tidak pernah dilihatnya bermekap dipandang. Wajah yang sentiasa tenang itu sentiasa mendamaikan perasaannya. Walaupun sepanjang Mia tinggal di rumah ini hanya sekali dua dia dapat berbual dengan Mia, dia berasa senang dengan Mia. Tingkah laku Mia yang kadang-kadang selamba selalu menarik perhatiannya. Tidak pernah dia melihat Mia cuba tergedik-gedik mencuri perhatiannya. Selalunya kehadirannya dianggap sepi oleh Mia. Kadang-kadang dia berasa pelik jugak. Selalunya gadis-gadis yang memandang pasti tertoleh-toleh kembali tetapi berhadapan dengan Mia dia terasa dirinya tidak ubah seperti wallpaper. Wujud tapi tidak diendahkan!

“Abang Am nak cakap apa??” tanya Mia direct tanpa mukadimah. Amir sedikit tersentak. 
       Hilang semua yang bermain difikirannya sebentar tadi. Dia menghulur sekeping sampul surat kepada Mia dan menyuruh Mia mengambilnya. Mia mengambil sampul surat yang dihulur walaupun berasa pelik. Erk?! Surat cinta ke ni?? Desis hati Mia. Tapi kenapa macam tebal je ni. Panjang sangat ke surat cintanya??

“Apa ni abang Am??”

“Duit gaji Mia. Mia tengoklah cukup tak,kalau tak cukup bagitau abang Am nanti abang Am tambah.” Balas Amir.
        Sara yang berada dipangkuannya di geletek. Sengaja ingin bergurau dengan anaknya sementara Mia leka mengira not-not RM50 yang terdapat didalm sampul tersebut. Terkekek-kekek Sara gelak dalam pangkuan Amir. Tidak mahu mengalah pinggang Amir juga digeletek tangan comel Sara. Amir mengelak dan menangkap tangan Sara dari terus menggeleteknya. Tangan nak gelak terbahak-bahak depan si kakak ni kot. Mesti control macho!!

“Eh banyak sangat ni abang Am. Tak kan Mia jadi pengasuh sampai banyak macam ni gajinya?? Kalau macam tu semua orang tak nak masuk university nanti. Semua pakat jadi pengasuh aja nanti.” Mia cuba bergurau. 
       Serius wang gaji yang diberi  abang Am terlalu banyak. Pengasuh gaji RM2500??? Memang tak masuk akal! Rasanya selepas dia grad nanti pun tidak dapat gaji sebegini.Berapa sangat lah engineer yang fresh graduate boleh dapat. Kalau dah banyak pengalaman lain cerita lah. Siap boleh demand gaji lagi. Ini dia yang jadi pengasuh dapat RM2500??Boleh masuk Malaysia Book of Record ni. Gaji pengasuh yang paling mahal!! Famous pulak Mia nanti kena temuramah. Eh!?

“Tak ada lah Mia. Abang Am rasa itu pun tak cukup nak membalas jasa Mia. Disebabkan Mia,Sara bercakap semula. Lagi pun Mia bukan setakat asuh aja kan?? Abang rasa Mia dah macam cikgu tadika, ustazah, cikgu sukan roll into one. Macam-macam Mia didik Sara kan?? So kiranya RM2000 tu gaji Mia untuk semua jawatan yang abang Am cakap tadilah.” Jelas Amir panjang lebar. 
        Mungkin dia jarang dirumah semasa Mia ada tetapi itu tidak bererti dia tidak tahu apa yang telah Mia lakukan kepada Sara. Mummy sentiasa meng-update-kan perkembangan Sara ketika dia berehat di rumah semasa cuti hujung minggu. Baru-baru ni mummynya bercerita Mia mengajar Sara mengaji pula. Walaupun baru daripada suku huruf-huruf Al-Quran yang diajarkan kepada Sara tetapi dia mengagumi niat Mia yang ingin mendedahkan Sara dengan agama Islam semenjak kecil. Mummy juga sering bercerita kepadanya yang Sara sudah tahu nama-nama para Rasul. Siapa lagi yang mengajar Sara kalau bukan Mia?? Sebelum ini pun mummynya sibuk bercerita yang Mia ajak mummynya dan Sara bersenam petang-petang. Jaga kesihatan katanya. Nak harapkan dirinya memang dia tidak ada masa. Kerja menimbun tak pernah nak habis. Meskipun Sara sudah rapat dengan mummy dan daddy dan boleh diajak bergurau senda pengaruh Mia dalam hati Sara masih amat kuat. Kadang-kadang terfikir jugak apakah kelebihan Mia yang Sara nampak dimatanya. Bila ditanya kepada Sara dia hanya mengatakan yang dia sayang ‘kakak’!

“Err kalau macam tuh terima kasih ya abang Am. Itu aja yang abang Am nk cakap??” soal Mia ingin segera kembali masuk ke bilik. 
      Sara harus ditidurkan dengan segera. Mia mengerling jam di tangan. Sudah pukul 9.30 malam. Pukul 10 malam nanti ayahnya akan datang menjemput dirinya. Memang Mia hanya menjadi pengasuh Sara dari hari Isnin hingga hari Jumaat sahaja. Hari Sabtu dan Ahad dia diberi cuti. Lagi pun itu syarat  yang dikemukan oleh ayah Mia sebelum Pakcik Razak member kebenaran untuk Mia menjadi pengasuh.

“Eh tak!! Sebenarnya abang Am nak ajak Mia ikut abang Am nak Sara pergi berkelah Ahad ni. Mia free tak??”

“Ahad ni? Mia rasa tak boleh lah abang Am. Ahad ni Mia dah janji dengan mak dan abah nak ikut pergi ke majlis perkahwinan kawan abah. Kalau  minggu depan Mia tak ada hal.” Balas Mia dengan riak serba salah. Amir yang mendengar jawapan Mia berasa kecewa. Tidak tahu mengapa perasaan sedemikian menjalar di dalam hatinya. Perasaan kecewa tersebut cepat-cepat diusir dari hatinya.

“Kalau macam tu tak apalah. Mungkin lain kali Mia boleh ikut. Sara dengar kan apa kakak cakap tadi. Kakak tak boleh ikut. Kakak ada hal. Nanti kita pergi berkelah dengan atuk dan nenek ya.” Amir memujuk Sara dipangkuannya.
      Sara menayangkan riak sedih. Sedih kerana tidak dapat berkelah dengan kakak kesayangannya. Mia yang mengesan perubahan riak muka Sara mengeraskan hatinya. Sudah tiba masanya dia mengajar Sara hidup tanpa dirinya disisi. Nanti jika dia sudah berhenti menjadi pengasuh Sara tidaklah dia terlalu terjejas. Mulai minggu ni dia telah mengajar Sara supaya dimandikan oleh Makcik Isabella. Makan juga dilayan Makcik Isabella. Dia hanya menemani sahaja. Sewaktu masa belajar Sara juga Makcik Isabella turut serta. Mia ingin membiasakan Sara rapat dengan seluruh ahli keluarganya dan bukan sahaja dengan dirinya yang sememangnya orang luar. Dan Alhamdulillah kini Sara sudah bisa berjauhan dengan dirinya. Kalau tidak 24 jam mengekor sahaja Mia.

“Erm tak apa lah. Mia sekejap lagi nak balik kan? Mia bersiap lah dulu. Tak apa malam ni biar abang Am yang tidurkan Sara.” Ujar Amir mematikan suasana hening di ruang rehat tersebut.

“Sara hari ni tidur dengan ayah ya. Nanti ayah ceritakan kisah puteri Rasulullah SAW kepada Sara ya. Kakak tak pernah lagikan cerita kisah Fatimah Az-zahra kepada Sara?” Sara menggelengkan kepala. 
      Riak sedih dimukanya tadi hilang serta merta. Digantikan pila dengan riak teruja. Sara memang gemar mendengar kisah-kisah berkaitan Rasulullah SAW. Mia yang mendengar usulan Amir tersenyum senang. Senang apabila Amir pun mahu bercerita perihal Rasulullah kepada Sara.

“Sekarang Sara salam kakak. Kejap lagi kakak nak balik.” Arah Amir. Sara menyalam Mia dan mencium kedua-dua belah pipi Mia. Mia membalas ciuman Sara.

“Saya balik dulu abang Am. Assalamualaikum.” Ucap Mia sebelum berlalu ke bilik Sara untuk mendapatkan beg bajunya yang sudah dikemas awal-awal lagi.

Amir mengikut langkah Mia dengan pandangannya. Setelah Mia turun tangga dia mendukung Sara ke biliknya. Bedstory time untuk permata hatinya ini. Nasib baik dia sudah khatam membaca buku sirah berkaitan kehidupan Rasulullah dan orang-oarang yang dikasihi baginda. Buku tersebut dibelinya ketika dia singgah ke Kinokuniya selepas bertemu dengan client pada minggu lepas. Dia tertarik untuk membeli buku tersebut pabila mendengar Mia rajin menceritakan kisah para Rasul kepada Sara. Lantaran itu dia membeli buku tersebut kerana dia tidak mahu jika Sara bertanya sesuatu mengenai junjungan besar umat Islam itu dia terkial-kial dan tidak mempunyai idea untuk menjawabnya. Sara adalah amanah Amira kepadanya. Dia ingin menjadi contoh yang baik kepada Sara walaupun sebelum ini dia alpa dengan tanggungjawabnya yang satu itu. Mengenalkan Sara kepada Si Pencipta. Allah yang Maha Esa. Syukur Allah menganugerahkan Mia kepada keluarga mereka. Kesesatan Sara di Midvalley pada hari itu memberi hikmah yang besar kepada mereka sekeluarga. Menyedarkan mereka yang alpa dengan kesibukan dunia dan musibah yang melanda tanpa mengambil sebarang iktibar dari apa yang berlaku. Mati itu pasti. Dan apa sahaja yang berlaku di dunia ini adalah aturan Allah Yang Maha Mengetahui. Seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 216. Allah SWT ada berfirman:

  ‘boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak megetahui.’ {2,216}
Mungkin ada hikmah peristiwa hitam itu terjadi.

……………………………………………………………………………..


p/s : ok enjoy uoll's..btw since cite ni dah tukar jadi novel..so tajuk pun say tukar tau...tapi kalau sesape rase tajuk ni macam hampagas je boleh la bg cadangan tajuk baru..bila-bila pun boleh..kalo tajuk yang korang bagi cambest je dari tajuk ni  saya tukar tajuk nya..

Assalamualaikum anda!! =D

Saturday, 11 February 2012

Okay maafkan daku yang berubah fikiran!! Sekian.


Assalamualaikum anda!!!

Saya dengan ini setelah berfikir masak-semasaknya sewaktu kopek bawang putih semalam...dan...

juga sewaktu masak nasi pagi tadi dengan ini ingin meyampaikan khabaran yang bakal mengecewakan

sesiapa yang tersinggah blog saya yang ntah pape ini....Mungkin ada yang tak rasa pape dengan khabaran ini

atau mungkin ada yang gumbira?? Eh?!!!

Setelah puas berfikir dan menimbang fikiran saya dengan dancing saya berkeputusan untuk menukar cerpen

saya meleret-leret tuh kepada novel..hehehehe...

Ya..ya saya tau anda-anda yang baik hati mesti cakap mcm ni :

::  " hish!!! zany ni xreti-reti nak tetap fikiran ker??? berubah semedang!!! benci la dia ni..tak nak dak masuk blog kau yang ntah pape ni!! k bye "

or maybe..

::   " si zany ni.. *speechless sebab da xtau nak cakap apa*

Saya terima dengan hati yang terbuka sebanyak 5cm..saya faham..saya pun tak puas hati dengan perangai saya ni.. Puas dah saya 'basuh' otak saya ni petang tadi.

So I came up with this decision..

Harap awak yang tengah online dekat ipad...

 Awak yang guna iphone...

Awak yang guna Android..

 or..

 Awak yang guna laptop tu...

 dan sedang membaca entry saya ini tak marah la ek..

Saya budak baru yang banyak melakukan kesalahan... kalau ada yang xberapa berkenan dengan saya sila-

sila lah tegur ya... maybe anda-anda yang comel buleh beri buah fikiran kepada saya...



p/s : sila lah komen cerita saya ya..baru saya boleh tau cerita saya ni boring or best ke or bole-bole jela isi masa terluang...
dann..kepada q.min.z i came up with this decision seriously because of ur comment..thanks for support me btw..
dann lagi kepada suraya yang rajin say hai dekat chat box tu..time kasih bebanyak ye!!!!

Assalamualaikum anda!! =D

Thursday, 9 February 2012

Saya mintak maaf tau pasal cerpen saya !!

Assalamualaikum anda!!

Saya rasakan saya memang xde bakat nak menulis cerpen ni..dulu-dulu time sekolah kalau kene tulis karangan saya tak pernah pilih cerita. Selalunya saya akan pilih karangan jenis fakta. Since saya suka membaca so mcm-mcm facts yang ada dalam kepala otak saya..baik dari segi ekonomi, politik, hiburan and even facts about gadjet semasa pun saya amik tau...huhu

So kiranya otak saya ni tidak di-train untuk menulis apa yang saya angankan...Maka cerpen saya yang pertama Kakak Sayang Kakak, Kakak Sayang Ayah tidak lah sehebat mana. Draf sebenarnya pendek je tapi since saya ni tak reti nak take down apa yang saya angankan dalam bentuk penulisan so meleret-leret je cerpen saya padahal main point pun tak masuk lagi...

Mungkin saya patut duduk diam-diam dan baca aja karya orang lain sebab saya rasa saya memang lagi sesuai membaca dari menulis. Kan?? Kan???

Oleh itu saya nak mintak maaf kepada sesiapa yang dah terbaca cerpen saya yang ntahpape ni.. Mungkin hari ini atau esok tak akan ada entry baru untuk sambungan cerpen tersebut...

Tapi saya janji saya tetap akan habiskan jugak cerpen  meleret saya tuh...InsyaAllah before cuti sem habis saya selesaikan cerpen tersebut...

Sebenarnya saya create blog ni hanyalah sebagai personal blog saya..saya nak tulis-tulis random thought saya..
Tetiba je saya menggedik nak tulis cerpen..Dah tulis baru saya realize saya memamg tak pandai nak menulis cerpen ni..Hehehehe...

Kepada q.min.z saya hargai komen-komen awak semua..terima kasih tau!!!
Saya tak mengalah tapi mungkin saya patut tulis cerpen sampai habis, edit it..fikir 100x and baru decide to post it or not...ni tak baru buat draf dah memandai post cerpen ...sudahnya meleret cerpen tuh..huhu

Saya mintak maaf kalau mengecewakan  anda semua tau...

Assalamualaikum anda! =D

Novel:: Chap 2 :: Takdir Yang Mengekorii Diri..




Part ii ::

“Kakak nak air.” Sara mencelah tiba-tiba. Mia menghulurkan straw ke mulut Sara.
“MasyaAllah!! Sara…” suara si datuk kedengaran. Mia tersentak. Kenapa ni?? Sara tak boleh minim Ice Tea Lemon ke?? Sara ada alergik ke?? Eh aku bersalah ke ni?? Mia panik.
“Kenapa pakcik?? Sara tak boleh minum Ice Tea Lemon ke?? Saya mintak maaf pakcik saya tak tahu!!” cemas Sara menuturkan lebih-lebih lagi melihat muka si nenek dan si datuk kelihatan terkejut benar. Matilah aku. Kalau Sara sakit macam mana??? Mata si nenek berkaca-kaca.
“Sa..Sara..Mi..Mia?” kata si nenek tergagap-gagap. Air mata mengalir di pipi si nenek. Mia dah macam cacing kepanasan. Cemas, cuak, takut, panik semua ada dalam dirinya sekarang ni. Tetiba dia pulak yang  rasa nak nangis. Eh kenapa ni?? Kenapa nenek Sara tergagap ni. Teruk sangat ker?? Mia memandang Sara dengan riak muka yang penuh persoalan. Sara pulak terkebil-kebil memandang dirinya sambil dipeluk erat olah si nenek. Apa ni?? Aku confius!!!!!

...................................................

“Kenapa ni makcik?? Pakcik?? Sara alergik dengan Teh Lemon ke?? Tak pun Sara tak boleh minum ais ye?? Mia ada lelah ke makcik?? Pakcik?? Tak pun Sara…”

“Eh, Mia, tak usah kalut nak! Sara tak alergik dan tak ada lelah. Makcik dan pakcik cuma terkejut aja bila dengar Sara bercakap.” terang si datuk pabila melihat Mia dah kalut meneka perangai isterinya yang tiba-tiba menangis sambil memeluk Sara.

“Terkejut??!” Ntah-ntah memang betul Sara ni bisu sebelum ni kot duga Mia sambil memandang si datuk dengan muka mintak penjelasan.

“Sebenarnya Sara ni…”
Si datuk mula membuka hikayat perihal Sara. Mia yang mendengar hanya terdiam dan mengangguk sahaja. Tak sangka budak perempuan comel yang secara tak sengaja dia jumpa ni ada sejarah hidup yang pahit. Kesian Sara!

……………………………………………….

Seusai makan si datuk dan si nenek yang baru sahaja Mia tahu nama mereka sebagai Iskandar dan Isabella meminta diri untuk pulang. Tak sangka nama nenek dan datuk Sara ni komersial sungguh. Selalu kan nama makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang dah berumur kan kolot-kolot sikit. Tahar lah, Sameon lah. Kalau yang golongan makcik-makcik pulak Kiah lah, Milah lah, sekali nama nenek dan datuk Sara ni punya la moden. Iskandar dan Isabella. Terbaik!!

Mia mengerling jam sepuluh ringgitnya di pergelangan tangan. Dah pukul 3.30 petang. Mia pun harus pulang sekarang kalau tak memang berhimpit la dia dalam KTM kalau balik lambat. Waktu puncak dimana waktu manusia-manusia pulang dari kerja haruslah dielakkan walau apa cara sekalipun.

Tapi Sara ni dari tadi mengendeng dekat Mia. Budak ni macam tak nak lepaskan Mia aja. Puas si nenek memujuk pun dia buat bodoh je. Dah tu dengan Mia aja dia nak bercakap. Kalau dengan si datuk dan si nenek dia main angguk-angguk geleng-geleng aja.

“Sara sayang jom balik. Dah lewat ni. Hari ini ayah balik. Nanti ayah balik tengok Sara tak ada. Sara tak rindu ayah?? Dah lama kan Sara tak jumpa ayah.” Si nenek memujuk dengan lembut. Si Sara hanya memandang si nenek tanpa balasan. Tangan kecilnya sibuk bermain dengan jari jemari Mia.

Si datuk yang melihat menggelengkan kepala denga keletah satu-satunya cucunya. Manja betul dengan Mia. Tak pernah dia melihat Sara begitu manja dan rapat dengan orang luar. Dengan ayahnya pun tak semanja macam ni. Dengan dirinya dan isterinya apatah lagi. Hanya gelengan dan anggukkan sahaja yang menjadi balasan Sara pada setiap kata-kata mereka. Pak cik Iskandar memandang kagum kepada Mia. Tak sangka Mia mampu membuat Sara berkata-kata semula selepas peristiwa hitam tersebut. Dia menyangka Sara tidak akan bercakap semula selama-lamanya kerana puas sudah dia membawa Sara berjumpa doctor-doktor pakar untuk mengubatinya. Tetapi semua hasilnya sia-sia. Tanpa disangka Mia yang tanpa tahu apa-apa tu yang berjaya mengembalikan suara cucunya itu. Di berasa sungguh berterima kasih terhadap Mia. Jasa anak gadis yang simple dan manis ni tak akan dia lupakan seumur hidupnya.

“Sara sayang, kita balik dulu ya? Nanti kita jumpa kakak lagi ya. Dah lewat kakak kene balik nanti ibu dengan ayah kakak marah. Sara sayang kakak kan?? Sara nak kakak kena marah? Hrmmm..” si datuk bersuara memujuk Sara.

Mendengar yang Mia kan dimarah kalau balik lambat, Sara menggelengkan kepala laju menandakan dia tidak mahu Mia dimarah. Mia tersenyum melihat keletah Sara. Terbit rasa bangga dalam dirinya kerana di sayangi oleh Sara yang comel. Mia duduk mencangkung menyamakan kedudukannya dengan Sara.

“Sara balik dulu ya. Dah petang. Tadi nenek cakap ayah Sara balik hari ini kan? Sara taknak jumpa ayah?”

“Sara nak ikut kakak balik. Sara nak dengan kakak.” Muka Sara mula berubah seolah-olah ingin menangis kerana takut ditinggalkan Mia.

“Sara balik dulu nanti kita jumpa lagi ya. Nanti malam nanti kakak telefon Sara. Kita boleh cakap-cakap.” Pujuk Mia lagi.

“ Kakak janji? ”

“ Kakak janji. Nanti kita jumpa lagi. Sekarang Sara ikut atuk dengan nenek ya?” Sara mengangguk dengan pemintaan Mia dengan muka yang sedih.

“ Sara sayang kakak. ” ucap Sara lirih sambil mencium pipi Mia.

“ Kakak pun sayang Sara. Tapi Sara kene dengar cakap atuk dengan nenek tau. Kalau Sara degil kakak tak nak kawan dan sayang Sara lagi. Janji dengan kakak boleh? “ kata Mia sambil membalas ciuman Sara di pipinya.

“Sara janji. Kakak kene kawan Sara tau.”  Sara  memandang wajah Mia dengan penuh harapan. Seolah-olah berharap sangat Mia sentiasa berkawan dan menyayanginya. Mia yang melihat wajah polos Sara tersentuh. Sara anak kecil yang masih mentah. Tidak sewajarnya dirinya dicalit kenangan hitam tersebut!

“Kakak janji sayang.” Mia mengusap kepala Sara sambil tersenyum. Sara membalas  senyuman Mia. Mak cik Isabella dan Pak cik Iskandar yang memerhatikan pelakuan Sara dan Mia sebak. Anak gadis dihadapan mereka ini benar-benar anugerah Allah kepada mereka. Mungkin dengan kehadiran Mia keceriaan keluarga mereka akan kembali semula setelah ia diragut sejak peristiwa hitam tersebut.

Setelah bertukar nombor telefon dengan Mak cik Isabella. Mia meminta diri untuk pulang. Biarpun Pakcik Iskandar ada menawarkan untuk menghantar dia pulang Mia menolak dengan baik. Dia tidak mahu menyusahkan mereka. Walaupun dia yakin terpaksa berhimpit dengan orang ramai dalam KTM nanti Mia rela. Sebelum berpisah Mak cik Isabella memeluk Mia erat sambil membisikkan kata-kata terima kasih. Jasa Mia dalam keluarga mereka akan mereka kenang sampai bila-bila.

…………………………………………………………………….

Mia terbaring lesu di atas katil. Badan yang melekit tidak dihiraukan. Seusai memasak, membasuh baju, menyidai dan kemas rumah dia berlari di atas treadmil yang terdapat di bilik belakang. Sedar tak sedar sudah 3 kilometer dia berlari tanpa henti. Patutlah kaki ni rasa sakit semacam. Sudahnya dia memperlahankan kelajuan treadmill dan hanya berjalan untuk menyejukkan badan.

Teringat perbualannya dengan Sara semalam. Tepat pukul 9 malam handset Mia berbunyi. Nama Mak cik Isabella terpapar di skrin handset kesayangan dia. Macam-macam yang dibualkan dengan Sara. Sesekali dia mengusik gadis comel itu. Terkekek-kekek Sara ketawa semalam. Entah kenapa hatinya senang dan tenang berbual dengan Sara. Walaupun topik perbulan mereka tiada apa yang penting tapi dia bahagia mendengar suara manja Sara. Mia akui dia sudah jatuh sayang dengan Sara.

Sara begitu petah berbicara dengannya. Macam-macam perkara yang ditanya oleh anak gadis kecil itu. Mia suka warna apa. Makan apa. Minum apa. Semua ditanyanya. Ayahnya yang tidak jadi balik dari outstation pun di adu kepadanya.  Perbualan mereka semalam kebanyakkannya di-conquered oleh Sara. Hanya sesakali dia dapat menyampuk dan mengusik Sara. Mulut petah Sara tak habis-habis bertanya bila mereka dapat bertemu kembali. Mia mengeluh.

Perbualan Mia dengan Mak cik Isabella selepas dia berbual dengan Sara membuatkan hatinya berbelah-bahagi. Bukan dia tidak sudi tapi mengenangkan ayahnya yang tegas memustahilkan dirinya bersetuju dengan usulan Mak cik Isabella.

Aku nak diupah menjadi pengasuh Sara? Alahai..kalau ikut kan hati memang nak. Tapi kesian mak tinggal sorang-sorang dirumah nanti. Memang lah mak ada jaga anak orang. Menjadi pengasuh kepada anak-anak jiran tetangga yang sibuk bekerja dan tidak tinggal berseorangan tapi mak mesti sedih jugak nanti.
Mia termenung memikirkan perkara tersebut.

…………………………………..

“Sara bangun! Dah pukul 8 pagi dah ni. Sara sayang kata nak ikut kakak dengan nenek pergi pasar. Sara..bangun! “ Sara yang sedang lena hanya bergerak-gerak kecil. Penat agaknya keluar berjalan-jalan dengan si ayah semalam. Mengenang si ayah hatinya rasa malu dan sebal! Pertemuan dirinya dengan si ayah memang meyakitkan hati. Kenangan 3 minggu lepas kembali terimbau di minda.

…………………………………..

“Sara ayah balik sayang. Sara!!!” kuat Amir melaung nama si anak. Rindu benar dirinya kepada anaknya itu. Sudah hampir 3 minggu dia tidak berjumpa dengan Sara. Menurut mummy Sara sudah bercakap semula. Ada seorang pengasuh yang mummy upah yang berjaya membuat Sara kembali ceria selapas peristiwa hitam itu. Teringat peristiwa hitam tersebut. Hatinya sayu. Entah bila baru hatinya dapat menerima kenyataan itu. Tanpa diduga insan yang paling dia rapat dan sayang di dunia pergi meniggalkan dirinya dengan anaknya, Sara sebagai pengubat rindu. Hampir sebulan dia menjeruk rasa. Sama teruk kesannya dengan Sara.

       Akhirnya dia sedar yang apa yang berlaku ada hikmahnya dan dia perlu kuat demi Sara. Walaubagaimana pun hidupnya kini bertukar 180 darjah. Daripada seoarang yang periang dan banyak cakap dia berubah menjadi pendiam dan hanya bercakap dengan ahli keluarganya sahaja. Hanya office dan rumah sahaja dunianya. Amira, abang rindukan Amira. Desis hati kecilnya.

      Tersedar dirinya telah hanyut dalam peristiwa lama Amir kembali melajukan langkah ke bilik Sara. Pintu bilik Sara diketuk perlahan sebelum dia memulas tombol pintu perlahan. Sara yang sedang asyik bermain games di Ipad miliknya dipeluk sayang. Terkejut Sara dibuatnya. Menyedari orang yang memeluknya adalah ayahnya. Sara berorak riang!!

“Ayah!!!!! Sara rindu ayah!!” dikucup muka Amir bertalu-talu. Amir pula bagaikan terpaku melihat Sara tersenyum gembira dan bersorak riang menyambut kepulangannya.

“Ya Allah!! Anakku sudah kembali. Terima kasih Ya Allah” doa Amir perlahan. Tak disangka yang perubahan Sara begitu drastik. Walaupun mummy nya berkali bercerita dan menegaskan Sara sudah berubah tetapi dia tidak meletak harapan yang terlalu tinggi. Dia sedar apa yang di lalui Sara terlalu pahit. Dia yang sudah besar panjang ini pun terjejas teruk apatah lagi Sara yang baru mengenal dunia dan dihidangkan dengan peristiwa sebegitu rupa.

                Amir mengucup dahi Sara. Hatinya lapang dan senang melihat anaknya itu berceloteh tentang kehidupannya sepanjang ketiadaannya. Tidak lupa juga Sara sibuk bercerita perihal kakaknya. Macam-macam yang diceritakan.amir hanya mendengar dan melayan kerenah Sara. Sudah lama dia tidak mendengar Sara berceloteh sebegini rupa. Hampir 2 tahun anaknya ini berdiam diri. Dengan hanya kehadiran seorang gadis yang dia masih tidak tahu siapa gerangannya anaknya berubah menjadi Sara Qaulah Alia yang dia kenal dahulu. Sara anaknya. Amira, Sara dah kembali!

Mia yang batu selesai mandi tersentak apabila mendengar jeritan Sara. Dia mendekatkan telinga ke pintu bilik air. Kedengaran Sara berbual dengan seorang lelaki. Suara itu tidak dikenalinya. Tak mungkin Pak cik Iskandar. Pak cik Iskandar tidak pernah masuk ke bilik Sara sekiranya dia ada di rumah agam ini. Puas Mia memikirkan siapa gerangan lelaki yang rancak berbual dengan Sara. Mia tersentak apabila tersedar. Ya Allah!! AYAH MIA???!!

        Mia mundar-mandir didalam bilik air. Hampir 15 minit dia berkurung didalam bilik air tersebut. Hadoi..aku tak Maghrib lagi ni. Ayah si Sara ni tak reti nak keluar ke?? Aku dah la tak bawa seluar pulak tadi. Kalau dah tuala pakai tutup kaki habis kepala aku nak ditutup dengan apa?? Si Sara pun dah jumpa ayah dah tak ingat lagi ya kakak dia ni. Riuh ja aku dengar anak-beranak tu berbual. Tak nak berhenti ke?? Patut ke aku.... Malu lah pulak. Tapi karang terbabas Maghrib aku macam mana?? Qadho je tak boleh ke ek? Hishh mana boleh la Mia. Bukan darurat pun. Eh ni bukan kira darurat ke?!
        Mia menimbang-nimbang jalan terbaik yang harus diambilnya. Akhirnya dia cekalkan hati. Lantak lah. Malu pun malu lah. Mia berdehem membetulkan suara.

“Sara!!! Sara!!! Mari sini kejap sayang!!” laung Mia dari dalam bilik air.

Sara dan Amir yang sedang rancak berbual terkejut dengan laungan yang datang dari bilik air yang terdapat dalam bilik Sara. Amir pelik. Suara siapa pulak ni?? Maghrib-maghrib pulak tu. Sara yang menyedari si kakak-yang-dilupakan memanggil dirinya berlari turun dari katil dan berdiri di hadapan pintu bilik air.

“Kakak!! Sara dekat depan pintu ni. Bukak la kakak. Jom jumpa ayah. Ayah Sara dah balik” Sara yang mendengar kata-kata Sara dari muka pintu rasa hendak hantukkan kepala di pintu. Hadoi Sara sayang.. Tak kan kakak nak keluar macam ni?? Terjojol mata ayah Sara karang. Dia membuka sedikit pintu bilik air dan menyuruh Sara masuk. Amir yang memerhati berasa pelik. Dah kenapa ni??

Sebaik sahaja Sara masuk ke bilik air Mia cepat-cepat menutup pintu dan mendapatkan Sara. Sara kelihatan terpinga-pinga dengan kelakuan Mia.

“Sara, ayah Sara dekat luar lagi ker??”soal Mia sambil berbisik. Sara yang pelik dengan kakaknya itu pun membalas pertanyaan Mia dengan berbisik.
“ Ada kenapa kakak??”

“Sara boleh suruh ayah Sara keluar tak?? Kakak tak pakai tudung macam mana nak keluar?? Nanti ayah Sara nampak rambut kakak.”

“ Kenapa ayah tak bolah nampak rambut kakak??”

“Sebab rambut kakak ni aurat la Sara.”

“Aurat?? Apa tu kakak?? Kenapa ayah tak bolah nampak aurat??”

“Errrr…nanti Kakak cerita kat Sara ya aurat tu apa. Kakak janji. Sekarang Sara suruh ayah sarah keluar...eh tak sara ajak ayah Sara keluar dari bilik ni. Kakak tak solat lagi ni. Kalau ayah Sara ada macam mana kakak nak keluar. Nak solat. Faham??” Sara terkebil-kebil memandang Mia. Tak paham sebenarnya. Mia yang memandang riak muka Sara yang blur mengeluh.

“Tak  apa lah Sara keluar lepas tu kata kat ayah  kakak suruh keluar bilik. Kakak nak solat. Boleh??? Sara mengangguk faham.

“Cuba Sara ulang balik apa kakak suruh cakap kat ayah tadi??”

“Kakak suruh ayah keluar bilik. Kakak nak solat.” Ulang Sara lurus. Mia menganggukkan kepala. Pintu bilik air dibuka. Mia menyuruh Sara keluar. Amir yang masih menanti di luar tertanya-tanya. Apa yang Sara buat dengan kakak nya dalam bilik air tu. Senyap aja. Sara yang baru keluar mendapatkannya.

“Ayah kakak suruh ayah keluar. Kakak nak solat.” Arah Sara kepada Amir.

       Amir yang mula-mulanya tak faham kerana tiba-tiba sahaja anaknya menghalau keluar dari bilik tiba-tiba tersentak. Amir tersenyum. Lambat la kau ni Amir. Kau ada dekat dalam bilik ni macam mana ‘kakak’ tu nak keluar. Tak kan ‘kakak’ tu nak selamba badak je keluar dari bilik air bertuala depan kau?? Tulah excited dengar Sara berceloteh sampai otak pun dah tak dapat nak berfikir dengan rasioanal. Amir mengerling jam ditangan. Dah pukul 8 malam. Mesti lama ‘kakak’ tu melepak dalam bilik air ni tunggu aku keluar. Sorry la ‘kakak’ ayah Sara ni dah solat awal-awal so dia tak kisah lepak bilik si anak ni lama-lama. Lupa pulak ‘kakak’ pun duduk bilik Sara. Amir mengajak Sara keluar berjumpa mummy dan daddy. Tak sabar pulak nak jumpa ‘kakak’ ni. Bisik hati Amir nakal.

        Seusai solat dan mengaji Mia memakai tudung dan sarung kaki untuk turun ke bawah. Kerja-kerja jugak. Rapat-rapat jugak tapi keluarga Pak cik Iskandar a.k.a Tan Sri Iskandar ni tetap ajnabi bagi dirinya. Aurat mesti mau jaga tau!
           
           Baru-baru menjejak di rumah banglo 4 tingkap ni rasa nak terjatuh rahang mulut. Kaya rupanya family Sara ni!! Bila dah masuk baru tau yang datuk Sara ni Datuk Seri sebab semua orang gaji kat dalam rumah ni memanggil pakcik Iskandar ni dengan panggilan Tuan Sri. Mak cik Isabella pulak dorang panggil Puan Sri. Setelah aku korek-korek rahsia panggilan mereka dari salah seorang orang gaji yang ada dalam rumah ini time aku ke tandas baru aku tahu.Tan Sri rupanya Pak cik Iskandar ni. Aku pulak boleh selamba ja panggil diaorang Pakcik dan Makcik. Hadoi!! Lepas tuh terus aku bahasakan diri mereka Tuan Sri dan Puan Sri jugak. Dan free-free je aku kene tegur dengan diaorang. Diaorang cakap kenapa ubah panggilan tu. Panggil aja mereka Pakcik dan Makcik. Diaorang tak kisah malah lebih selesa. Bagus betul!! Humble! Aku suka! Kiranya tak macam dalam drama-drama melayu la kan. Bukan semua orang kaya especially Tan Sri dan Puan Sri tu semua sombong-sombong ke kalau dalam drama melayu?? Kan?? Eh..betul ke?? Aku pun tak sure memandai je aku ni.

         Dalam aku dok berangan tuh sampai jugak aku kat tingkat bawah. Bilik Sara tingkat 3.  Punya lelah kalau nak menapak. Kenapa la tak buat lift je dalam rumah ni.

        Mia menapak ke ruang makan. Seminggu duduk di rumah ini dia sudah faham dengan peraturan-peraturan di dalam rumah agam yang serba mewah ini. Sarapan, makan tengahari dan makan malam wajib bersama-sama kecuali ada hal yang tak dapat dielakkan. Waktu makan hal yang boleh dibincangkan hanyalah hal kekeluargaan. Hal-hal berkaitan kerja dan related to office memang Mak cik Isabella nak letak dan tanamkan  sign a big NO dalam jati diri warga rumah ini. Mak cik Isabella cakap tima makan kalau cakap fasal kerja memang akan membunuh selera dia makan. Makanya isu-isu kerja diharamkan sama sekali!! Tiada kompromi!!

        Meja makan yang selama ini hanya dipenuhi oleh Mia, Sara, Pakcik Iskandar dan Mak cik Isabella kini telah bertambah anggota. Ayah Sara! Amir duduk membelakangkan Mia. Mia duduk berhadapan dengan Sara kerana tempat yang biasa diduduki nya telah diisi oleh Amir. Mia masih menundukkan pandangan. Tiba-tiba terasa malu pulak sebab menghalau Amir keluar dari bilik tadi. Tapi kalau dia tak menghalau memang terbabas la Maghrib dia. Tadi pun sipi-sipi je nak terbabas.

         Amir memandang gadis yang duduk dihadapan Sara. Manis walaupun dengan cermin mata skema berbingkai tebal. Tudung bidang 60 yang dipakainya menunjukkan gadis dihadapannya memegang teguh kepada agama Islam. Tambah lagi sewaktu ‘kakak’ ni berjalan untuk ke meja makan dia seperti terperasan yang ‘kakak’ ni memakai sarung kaki. Bagus. Jarang dia melihat gadis remaja yang masih setia memakai sarung kaki. Kebanyakan gadis yang ditemuinya memandang enteng pemakaian sarung kaki kerana menganggap kaki bukan lah aurat bagi wanita. Padahal jika hendak solat pandai pulak memakai telekung sampai menutup kaki!

          Amir membaca doa makan. Memang ini tugasnya sedari dia sudah pandai menghafal doa ini semenjak kecil lagi. Usai berdoa, masing-masing mula mecedok lauk yang dingini ke dalam pinggan yang sememangnya sudah terisi nasi. Sara disebelahnya riuh menunjuk makan yang diingininya kepada ‘kakak’ nya. ‘Kakak’ pulak sabar melayan kerenah Sara yang manja. Dia agak terkejut jugak sebenarnya apabila mummy mengatakan Sara sudak pandai makan sendiri dan tidak mahu disuap lagi. Hanya sesekali sahaja dia mahu disuapkan. Itu pun mahu ‘kakak’ yang meyuapkan. Setelah melayan kerenah Sara baru ‘kakak mencedok makanan yang diingininya.

        Eh, banyak betul ‘kakak’ ni ambil sambal belacan! Tak pedas ke nanti? Aku yang ambil setengah sudu ni pun dah terasa bahangnya. ‘Kakak’  ambil hampir tiga sudu sambal belacan. Amir mengerling ‘kakak’. Selamba aja dia makan, tak pedas ke??

“Errr..sape name ni?? Errr..‘kakak’ tak pedas ke makan sambal belacan banyak-banyak tu???!” soal Amir spontan. Riak risau terpamer diwajahnya. Budak ni biar betul. Mia yang tersentak ditanya tiba-tiba tersedak. Kelam-kabut tangannya menggagau mencari air. Mak cik Isabella yang dari tadi memerhati perilaku anak lelakinya yang kejap-kejap mengerling ke arah Mia segera menghulurkan air.

        Mia rakus minum air yang dihulurkan. Merah padam mukanya. Sara yang melihat kakaknya sudah merah padam mukanya turun dari kerusi dan berlari kearah Mia. Sara sibuk bertanya sama ada Mia okay atau tidak. Melihat Mia tidak menjawab soalannya Sara mula menuduh Amir jahat kerana sakitkan kakak. Muka Sara sudah cembeng mahu menangis. Matanya sudah berkaca-kaca memandang Mia.

       Mia yang sudah berasa lebih baik dan okay segera memujuk Mia. Mengatakan dia okay. Mia juga menegur perilaku Mia yang menuduh ayahnya jahat.

“Sara kenapa cakap dekat ayah macam tu sayang?? Tak baik tau. Kan Sara dah janji nak jadi budak baik. Kalau Sara nakal nanti kakak tak nak kawan Sara. Sekarang Sara pergi salam ayah,minta maaf dekat ayah.” Mia menepuk perlahan punggung Sara menyuruhnya meminta maaf.

Sara yang takut Mia tak nak kawan dengannya segera menghampiri Amir. Sara ingin meminta maaf. Oleh kerana tangan Amir disaluti nasi Sara memanjat kerusi yang didudukinya tadi dan memeluk leher Amir.

“Ayah, Sara minta maaf. Sara janji tak buat lagi.” Sara mencium kedua-dua belah pipi Amir.
Amir terkesima. Tak sangka begitu besar pengaruh ‘kakak’ dalam hidup Sara. Jauh disudut hatinya tiba-tiba dia berasa tergugat dengan kehadiran ‘kakak’. Kehadiran 'kakak'  seolah-olah telah merampas kedudukan istimewa dirinya dalam hati Sara!

“Am ni pun satu, yang tiba-tiba disergah Mia yang tengah makan tu kenapa??” soal Mak cik Isabella.

“ Mana ada sergah mummy, Am tanya la tapi terkuat pulak intonasi Am. Err..siapa tadi nama..hrmm Mia, abang,eh.. Am, eh.., errr mummy Mia ni umur berapa..muda ke lagi tua dari Am??” terkial-kial Amir hendak menyusun ayat maaf.

“Mia 23 tahun kan??” Mia hanya menganggukkan kepala menjawab pertanyaan Mak cik Isabella.

“ Am 27 tahun so Am abang la Mia ni adik.” Sampuk Pak cik Iskandar yang sedari diam.

“Oh..err..Mia abang Am minta maaf tegur Mia sampai Mia tersedak. Tak sengaja.” Pohon Amir sambil tersenyum memandang Mia. Senyuman minta maaf.

“Eh tak apa abang Am Mia pun tadi makan khusyuk sangat sampai tak peka keadaan sekeliling. Err..Mia memang suka makan pedas.” Balas Mia malu-malu. Eh Mia yang kau nak malu-malu ni kenapa?? Before ni kalau kau terpelecok depan senior lelaki pun kau boleh buat derk je. Tayang muka tapai. Jalan. Bukan kau kisah pun kan?? So sekarang dah kenapa  tetiba nak malu-malu ni? Perubahan hormone?? Okay close the case please! Makan!
……………………………………………………………………………

“Kakak..” suara Sara mematikan lamunannya. jauh pulak dia mengelamun perihal ayah Sara.
“Sara dah bangun. Jom mandi, kata nak ikut nenek pergi pasar.”
“Pasar??? Nak ikut!!! Jom kakak cepat kita mandi!!” Sara menarik-narik tangan Mia ke bilik air dengan tidak sabar. Mia hanya mengeleng kepala. Sara ni sebut pasar laju aja nak ikut. Apa yang suka dekat pasar pun dia tak tahu.

    Lagi 3 minggu aja aku berkhidmat sebagai pengasuh Sara. Dia pasti akan merindui kehadiran Sara.Cuti semester sudah nak habis. Nampaknya  tak lama lagi memang aku bergelumang la dengan buku-buku balik. Semester terakhir! Universiti Malaysia Perlis. Tunggu ketibaanku.

bersambung............


p/s : again bersambung..huhu..saya mintak maaf la ye kepada sesape yang baca cerpen ni..actually saya nak buat cerpen pendek je tetiba dah berjela-jela pulak jadinya..InsyaAllah esok saya sambung lagi n saya akan cuba habiskan cerpen ni tapi saya xjanji tau.Mana la tau tetiba esok pun tak abis jugak..hadoi..mintak sorry sesangat...
Sila la komen ya..jgn memalu..kalau saya buat silap silalah tegur..saya main hentam je tulis ni..draf cerpen punya pendek sekali taip TERpnjang pulak jadinya..hehehe..
jangan marah tau!! nanti tak comel!! 
Assalamualaikum anda! =D

Wednesday, 8 February 2012

Akhirnya masuk jugak !!!! weee~~~~``

Assalamualaikum anda!!

 Yeah!!! Hari saya rasa teramat lah gembira kerana..jeng..jeng..jeng...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ada org masuk meminang!!!! hahahaha *blushing*

okay tipu jee...heeee..jgn mara~~~

Actually hari ni duit biasiswa jpa masuk..fuhhh...tengok akaun tadi mata saya mmg jadi mcm ni terus ->  $_$


Gumbira x terkata..sempat la lompat bintang 5 kali tadi..hehehe..excited punya pasal...
 Now saya nak merancang penggunaan duit yg saya dapat ni dgn cemerlang dan terbilang..Since duit ni duit rakyat xkan nak sia-siakan kan?? heeee...

Maybe saya akan guna half dari duit ni untuk mendaftar ke Tabung Haji..ok ker??? tapi saya tak sure lagi..still dalam pertimbangan...
Apa pun saya happy bila tengok akaun saya banyak duit...
Hahahaha...



p/s : malam ni saya sambung cerpen yang tergendala semalam tu tau...sesape yg da baca time kasih sesangat...sesape yang da comment pulak anda mmg la awesome!!!! heeee...till then..
Assalamualaikum anda!! =D