Tuesday 10 July 2012

Novel :: Chap 9 :: Takdir Yang Mengekori Diri..




“Ka…ka..kakak jangan lupa Mia tau. Kakak kena ka..kawan Sara sampai bila-bila. Nan…nanti Mia suruh nenek call kakak.” Tesedu-sedan Mia .

 Air mata laju membasahi pipi montelnya itu. Sedih kerana selepas ini tidak akan ada kakak yang akan sabar mengikut kerenahnya.  Mia yang sedari tadi cuba menahan tangisan yang menelan air liur. Terasa berat hati mahu mengucapkan selamat tinggal kepada Sara. Selama 12 minggu dia mengasuh Sara banyak kenangan yang telah dicipta bersama. Mia sehabis boleh tidak mahu menitiskan air mata. Dia tidak mahu membuatkan suasana yang sedih ini bertambah hiba. Air mata di tubir mata dikesat sebelum sempat mencemar pipinya. Mia senyum dalam  kepahitan. Merendahkan dirinya separas dengan Sara yang memeluk kakinya.

“Sara sayang, tak mahulah nangis macam ni. Dah tak comel dah adik kakak ni. Sara jagan risau nanti kakak call Sara ya? Hari-hari kakak call Sara. Okay?”

“Kakak  janji?” Sara menghulurkan jari kelingkingnya. Kononnya ingin membuat pinky promise.

Mia yang melihat huluran jari Sara tersenyum. Mana lah Sara belajar berjanji menggunakan pinky promise ini. Namun melihat Sara kelihatan serius menantikan dia mengikat janji dengan pinky promise Mia mengikutkan sahaja karenah Sara. Jari kelingkingnya ditautkan dengan jari kelingking Sara yang comel.

“ Kakak janji. Tapi Sara pun kena janji dengan kakak. Sara kena jadi budak baik, dengar cakap ayah,cakap nenek, cakap atuk. Okay?”

“Sara janji.”

“Sara pun kena janji dengan kakak yang Sara akan rajin belajar. Tak mahu malas-malas. Kalau Sara malas nanti kakak tak mahu kawan Sara dah. Boleh?”

Sara menganggukkan kepala. Tanda berjanji. Tautan jari kelingking dileraikan. Mia membawa Sara dalam pelukannya. Dia pasti akan merindui Sara!

Makcik Isabella yang melihat adegan antara Mia dan Sara mengesat air mata. Sebak hatinya melihat air muka Sara yng ketara menunjukkan rasa sedihnya yang terpaksa berpisah dengan Mia. Dalam hati dia semakin nekad untuk menjodohkan Mia dengan Amir. Dia pasti dengan kehadiran Mia dalam keluarga ini pasti suasana keluarga mereka akan bertambah meriah. Sara juga pasti berasa gembira. Segala rancangannya untuk menyatukan anak bujangnya itu dengan Mia harus dilaksanakan segera. Dia tidak mahu Mia terlepas dari menjadi menantu di rumah ini. Esok dia akan bertanya kepada Amir benar atau tidak anak bujangnya itu menyimpan perasaan terhadap Mia. Kalau benar senanglah kerjanya untuk menyatukan Mia dan Amir. Tapi sebenarnya dia pasti yang Amir memang menaruh perasaan terhadap Mia. Mata tuanya tidak bodoh unutk melihat bagaimana Amir selalu mencuri-curi pandang Mia. Sinar di mata anak bujangnya apabila melihat Mia ketara lain dari melihat orang lain. Dia hanya mahu memastikan sahaja.

Di satu sudut Amir mengesat air mata yang terbit. Tidak mahu orang lain mengesannya. Lebih-lebih lagi Mina yang berdiri disebelahnya. Kalau si sepupu seorang ini ampak air mata lelakinya jatuh pasti tujuh keturunan dia disakat oleh Mina. Mahu kepada semua kawan-kawan dia dicanang nanti. Buat jatuh air muka sahaja. Lagi-lagi kalau si kawan baik, Adrian bergabung tenaga dengan Mina. Memang haru hidupnya nanti.

Mata dikelip-kelipkan. Menghalang air mata daripada terbit. Melihat Sedih tangisan Sara hatinya sedih. Sedih tengok tangisan Sara atau sedih sebab lepas ni kau dah tak berpeluang jumpa Mia? Hati kecilnya menyoal. Amir menggelengkan kepala. Menghalau bisikan nakal yang berlegar di mindanya. Dia sedih sebab melihat Sara sungguh-sungguh menangis bukan sebab lain. Matanya dilarikan daripada Sara kepada Mia yang kini memeluk Sara. Satu perasaan kelat muncul dalam hatinya. Okay dia mengaku. Dia pun sedih sebab selepas ni dia tidak boleh berjumpa Mia lagi. Baru rasa hatinya terhadap Mia berputik Mia pula berhenti kerja. Kemana nak disalurkan rasa indah yang membuak-buak dihatinya ini? Gusar bila memikirkan mungkin sahaja di universiti nanti Mia akan berjumpa dengan lelaki lain dan akhirnya jatuh cinta. Tapi rasanya tidak logik pula Mia akan bercinta dengan lelaki lain melihatkan penampilan Mia yang menjaga batas-batas aurat itu. Tapi mana tau ada lelaki yang terpikat dengan Mia dan menghantar rombongan meminang untuk Mia. Haa..kala itu memang makan hati lah Amir dibuatnya.

Ibu bapa Mia yang berdiri sebelah ayahnya dipandang. Dia tidak begitu mengenali dan rapat ayah Mia. Hanya pernah beberapa kali bertegur sapa. Tidak seperti daddy yang kelihatan rapat benar dengan ayah Mia. Manakan tidak daddy sudah bertemu dengan orang yang sekepala denganya. Kaki pancing. Pernah juga mummy beritahunya yang daddy mengikut ayah Mia memancing tetapi dia hanya memandang ringan perihal itu. Tetapi demi menawan hati Mia dia haruslah menawan hati ibu bapa Mia terlebih dahulu. Ibu Mia dipandang. Masih cantik Mak cik Salmah dalam pandangannya. Makcik Salmah 9 tahun lebih muda dari mummy. Wajah Makcik Salmah yang tulus itu diwarisi oleh Mia. Sedang ralit dia membandingkan wajah Mak cik Salmah dengan Mia tiba-tiba terasa dirinya disiku.

“You ni pandang Makcik Salmah tu lama-lama kenapa? I taulah makcik Salmah tu masih muda cantik tapi isteri orang tu. Mia you nak campak mana?” bisik Mina perlahan.

“Huish..you ingat I gila ke Mina, I taulah. I cuma bandingkan muka Mia dengan mak dia lah.” sangkal Amir  juga berbisik.

“Mana lah tahu.” Mina senyum sinis.

“Diamlah. Bising je mulut you ni.”

“ You kata I bising?? Okay I nak jadi bising. I report you suka anak dara dorang dekat Makcik Salmah baru you tau.” Ugut Mina seraya melangkah konon-kononya hendak pergi kearah Makcik Salmah.

“Eh..eh..you jangan lah, I main-main je tadi..i’m sorry okay. You mana ada bising. You lah sepupu yang paling I sayang.” Kalut Amir Amir menahan Mina. 
Mina tergelak kecil. Tahu takut si Amir ini. Tak sabar pulak nak tahu macam mana Amir nak memikat hati Mia. Amir ni dah lah kayu je kalau dengan perempuan.

“Okay lah makcik pakcik, saya balik dulu. Nanti apa-apa saya call makcik dan pakcik. Terima kasih kerana bagi saya tinggal kat rumah pak cik dan makcik. Halalkan makan minum saya sepanjang saya jadi pengasuh Sara.” Mia menyalam Makcik Isabella. Kemudian kedua pipi wanita itu dikucup. Selepas itu dia pergi kearah Mina dan menyalami Mina.

“Ada rezeki panjang umur kita jumpa lagi kak Mina.” Mina tersenyum dan mengangguk.
Mata Mia beralih daripada Mina kepada Amir. Kepala ditundukkan sedikit tanda hormat.

“ Terima kasih Abang Am. Halalkan gaji saya yang abang Am bagi ye.” Kata Mia perlahan.
Amir seperti Mina hanya menganggukkan kepala.

“Nanti kalau senang-senang datang melawat kami semua. Mesti Sara nak jumpa lagi kakak kessayangan dia ni.” Amir mendukung Sara yang tersedu sedan.

“InsyaAllah saya akan datang. “ balas Mia.

“Oh ya terima kasih  hadiahkan Sara tudung dan telekung. Sepatutnya abang Am sebagai ayah yang beli semua tu ini Mia pulak yang susah-susah beli.”

“Eh takde lah susah abang Am. Saja nak bagi hadiah dekat Sara ni. Oh hadiah untuk abang Am pun ada, Mia pass dekat Makcik Isabella tadi.” Balas Mia.

Amir kaget bila mengetahui Mia juga menyediakan hadiah unyuk dirinya. Sebenarnya dia agak terkilan dan kecil hari bila tahu yang Sara,mummy,daddy dan Mina mendapat hadiah dari Mia. Penat  dia makan hati tadi bila Mina dengan riaknya menayang selendang yang dihadiahi oleh Mia tadi. Senyum lebar menghiasi bibir Amir. Tiba-tiba rasa teruja ingin mengetahui apa yang dihadiahkan kepadanya.

Kereta ayah Mia menyusur meninggalkan perkarangan bangle milik Tan Sri Iskandar. Semua penghuni bangle mewah tersebut melambai Mia sehingga kereta Honda Vios milik ayah Mia hilang dari pandangan mata. Amir merenung kepekatan malam sambil memujuk Sara yang masih teresak mengagis dalam pelukannya. Keluhan berat dilepaskan sebelum dia menyusul Mina dan Tan Sri Iskandar masuk ke dalam rumah.Mak cik Isabella yang mendengar keluhan Amir tersenyum. Jangan risau Amir, Mia pasti akan kembali ke rumah ini. Bukan sebagai pengasuh Sara tetapi sebangai menantu.
……………………………………………………………………………………………………………………………
p/s: sory kalau boring dan hambar..huhu

Assalamualaikum anda!

5 comments:

  1. sekian lama tunggu ...akhirnya ada entry....thanks.......sambung2..

    ReplyDelete
  2. Best... Sambung ar lagi... n3 baru please...

    ReplyDelete
  3. alia - terharunya tak sangka ada org tunggu entry novel saya..terima kasih awak...=DDD

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suke novel ni...watak mia..yg menjaga batas2 auratnya....novel yg berundur islamik..bg saya le......trskn berkarya....sambung lg ye...zany...

      Delete
  4. anoymous- time kasih sebab suka cerita saya ni..insyaAllah entry terbaru kalau saya tak post mlm saya post esok..=)

    ReplyDelete

Kata-kata anda adalah ;;