Saturday, 14 July 2012

Novel :: Chap 11 :: Takdir Yang Mengekori Diri..




Keesokan paginya selepas bersarapan dan membasuh baju kotor yang berlonggok di bilik Mia menelefon Mak Cik Isabella. Tubuhnya disandarkan selesa di kepala katil bujangnya. Sementara menunggu panggilan berjawab Mia menyelak langsir tingkap yang bersebelahan dengan kedudukan katil. Cahaya pagi berlumba-lumba menrobos masuk menyinari bilik sekangkang kera yang dihuni Mia di Kolej kediaman Wang Ulu ini. Bilik yang sepatutnya dihuni oleh dua orang pelajar ini dihuni oleh dirinya seorang apabila junior yang menghinap di katil atas pindah ke blok lain.  
Setelah beberapa saat menunggu akhirnya panggilan bersambut.

“Assalamualaikum Mia. “ suara garau memulakan perbualan.

Dahi Mia berkerut. Nombor dan nama pemanggil di skrin telefonnya dipandang. Betul nombor Makcik Isabella. Dah suara siapa ni? Pak cik Iskandar?? Macam lain je. Abang Am?

“Err..waalaikumsalam. Ini.. abang Am ye?” tanya Mia teragak-agak.

Selalunya kalau tidak Makcik Isabella, Sara sahaja yang pandai mengangkat panggilannya. Kadang-kadang ada juga Pak cik Iskandar. Abang Am memang tak pernah dan tidak terlintas langsung dalam kepala dia yang akan menjawab panggilannya. Nasib baik dia tidak terover excited seperti selalu tadi.

“ Eh..bukan. Ni Adrian. Mia nak cakap dengan Mak su ye? Kejap ye abang panggilkan. Mak Su tengah bancuhkan susu Sara dekat dapur. Mia tunggu sekejap ye.” Balas pemuda yang menggelarkan dirinya Adrian tersebut.

Mia di Perlis semakin berlapis dahinya berfikir siapa pulak Adrian ini. Macam tak pernah dengar je name Adrian dalam keluarga Pak cik Iskandar. Dalam menunggu Mia terdengar si penjawab panggilannya menegur seseorang dengan panggilan sayang. Sayup-sayup terdenga pebualan si penjawab panggilannya dengan seorang wanita yang dipanggil sayang tersebut. Suara wanita tersebut macam familiar.

“Assalamualaikum Miaaaaaaaaa.” Suara wanita tadi mengganti suara garau yang menjawab panggilannya sebentar tadi. Ceria. Mia tersenyum. Kak Mina!

“Waalaikumsalam kak Mina. Excited nya suara pagi-pagi ni.” Kak Mina dihujung talian tergelak.

“Yela mane tak excited ‘kakak kesayangan’ dalam keluarga ni telefon. Dah lame dah tak borak dengan Mia.” Usik Mina sambil menjeling ke arah Amir yang mendekatinya. Amir yang mendengar Mina menyebut kakak kesayangan tersenyum.

“Mia?” menggerakkan mulutnya tanpa suara. Memastikan telahannya. Melihat Mia mengangguk senyuman lebar diukirkan. Tidak tahu mengapa tapi hati tiba-tiba rasa bahagia walaupun dia tahu panggilan tersebut pastilah untuk Sara.

Adrian yang memerhatikan gelagat sahabat baiknya senyum sinis bila pandangan Amir berlaga dengan pandangannya.  Kali pertama melihat Amir tersengih kambing semata-mata kerana seorang gadis. Dapat tahu si pujaan hati menelefon pun dah senyum sampai ke telinga. Itu pun bukan panggilan untuk dirinya. Agaknya kalau Mia menelefon sememangnya bertujuan untuk bercakap dengan Amir mahu naik sawan kawannya ini kerana terlalu gembira.

Adrian mangajak Amir beredar ke pangkin kayu yang terletak di sebelah kolam renang berbentuk lapan di bangle mewah itu. Amir mengikut tanpa kata. Mina sudah menghilang ke dapur. Mencari  mummy dan anak daranya yang baru bangun tido. Hari ini Sara bangun lewat dari biasa. Menginjak sepuluh pagi baru anak daranya itu terkebil-kebil terjaga di atas katilnya dan menegurnya yang khusyuk membuat kerja. Menyambung  kerja yang tergendala malam semalam. Dengan tidak mandi terkedek-kedek turun mencari neneknya meminta susu.

“ Kau ni Mir, macam dah parah betul aku tengok. Susah-susah pinang jelah Mia tu buat isteri. Sara dapat ibu baru nanti. Aku tengok Sara tu macam dah tak boleh hidup kalau tak ada Mia.” Amir tersenyum kelat mendengar usulan Adrian. Mummy pun dah banyak kali bertanyakan hal itu padanya. Perasaan dia yang memang menaruh hati kepada Mia bukan lagi satu rahsia.

Sehari selapas Mia meninggalkan rumah ini dia telah diserbu oleh mummy bertanyakan perasaan terhadap Mia. Puas dia dalih dan nafikan tapi mata seorang ibu manalah boleh dia sebagai anak nak sembunyikan. Akhirnya dia mangaku. Punyalah excited mummy sampai terus berbincang dengan daddy tarikh nak pergi manghantar rombongan meminang ke rumah Mia. Nasib baik dia menghalang. Kalau tak entah-entah Mia dah selamat jadi tunangan dia agaknya. Dia pun tak payah nak pening-pening lagi dah. Eh!

Amir tersenyum dengan apa yang difikirkan. Nafas ditarik dalam sebelum dilepas perlahan-lahan. Adrian yang duduk dihadapannya dipangkin kayu ini dipandangnya.

“Aku bukan tak nak pergi pinang dia. Aku nak sangat bro. Tapi aku sekarang macam sibuk dengan projek resort dekat Karambunai tu. Aku kalau boleh nak tunang sekejap je terus kahwin. Lagi bagus kalau tunang petang, malam nikah. Tak payah lama-lama. Lagi pun Mia tinggal 2 sem lagi nak habis belajar. Aku tak nak lah rushing. Nak plan betul-betul. Tapi mummy tu tahu lah kalau sehari tak bising pasal hal ni tak sah.” Amir melepaskan pandangan ke arah air kolam renang yang beralun mengikut arah angin yang agak kuat pada pagi ini.

“Kau macam yakin je kan. Buatnya dalam tempoh yang konon-konon kau nak bersedia ni ada orang lain masuk meminang Mia macam mana? Lepas tu parent Mia terima pulak. Melepaslah kau.”  Sengaja menduga Amir .Pandangan turut ditala kearah kolam.

“Eh, kau jangan lah nak takut-takutkan aku. Cuba berfikiran positif. Aku yakin Mia jodoh aku. Dah bermalam-malam aku buat solat istikharah. Dan bayang yang aku nampak dalam mimpi tu memang iras Mia. Tunggu projek ni selesai lagi 3 minggu aku suruhlah mummy pergi meminang Mia.”

“Kau ni yakin sangat pulak aku tengok. Ikut suka kaulah. Nanti terlepas Mia tu jangan nak meraung dengan aku.” Adrian mengalah.
 Amir ni sejak dulu yakin je dalam semua perkara. Positif sangat sampai dia tak boleh nak ikut dengan pemikiran Amir yang positif tu.

“Kau dengan conference kau hari tu apa cerita? Aku dah lama nak tanya kau. Tapi asal kita jumpa je bincang benda lain. Lama betul kau dekat sana sampai nak dekat sebulan kau dekat sana. ” Sengaja Amir menukar topik.

Malas berbalah perihal Mia. Dia sudah mempunyai rancangan tersendiri dan buat masa ini biarlah dia seorang sahaja yang tahu segala rancangannya secara perperinci. Sampai masa nanti dia akan ceritakan rancangannya kepada ahli keluarganya. Dan bila sebut ahli keluarga tentulah Mina dan Si Adrian ni termasuk sekali.  

 “ Hoi brader dah dekat 2 bulan lebih aku balik Malaysia baru nak tanya?! Saje nak tukar topic lah tuh!” Tempelak Adrian. Amir sengih tak bersalah.

“ Jawab jelah soalan yang aku tanya tuh.” Adrian menjulingkan mata. Hambar betul cara sahabatnya ni nak menukar topik. Malas berbalah Adrian menjawab juga pertanyaan Amir tadi.

“Biasa je. Yang lama tu sebab conference tu banyak gap. Selang 3 hari, selang 5 hari mana tak sampai dekat sebulan. Padahal conference tu sebenarnya 6 hari je. Aku malas nak ulang alik aku stay je dekat sana ingat boleh bercuti-cuti dengan Mina. Sekali aku sampai sana sepupu kesayangan kau tu balik Malaysia. Aku nak surprise kan dia aku pulak yang surprise bila call dia. Elok aku jejak je UK call dia, dia cakap dia dah dekat Dubai. Transit dekat sana. Bengang jugak aku.” 

Amir tergelak. Macam-macam pasangan sahabat baik dia ni. Pelik-pelik je hubungan dia orang. Adrian sejak sampai ke tanah air hari itu terus menghilangkan diri. Lepas dua tiga hari  baru nampak muka. Tanya kepada Mina dia sendiri tak tahu dimana tunang kesayangannya ini. Bila bertegur pula Adrian gigih gelarkan Mina sayang dan gelarkan dirinya Ian. Mina pulak main selumber je ber I-You dengan Adrian. Kalau orang luar tengok macam tak sebulu je pasangan tunang ni tapi dia tahu Adrian cintakan Mina dan Mina pun cintakan Adrian. Walaupun dia orang macam selumber je kalau lepak dengan dia tapi pandangan mata mereka berdua tergambar rasa kasih yang mereka kongsikan.

“ Hahaha..padan muka kau! Nak buat surprise konon.” Sinis.

“Oh by the way, lagi 2 minggu aku outstation pergi sabah. Nak finalize kan projek resort kat sana tu. Aku stay sana seminggu.” Amir mengeluarkan ayat penyata. Adrian mengangguk. 
Belum sempat dia mahu membuka mulut membalas bicara,suara riang seorang budak kedengaran.

“Ayahhhhhh…..” Sara berlari mendapatkannya sebelum melonjat ke riba Amir. 
Adrian dan Amir tergelak melihat perilaku Sara. Nampak gembira benar setelah berbual dengan Mia. Tidak macam semalam. Sayu je air muka anak daranya ini.

“Puas dah cakap dengan kakak?” Amir bertanya.  Kepala Sara diusap. Sara mengangguk teruja.

“ Dah, kakak kata sorry kakak tak perasaan mesej ayah semalam. Ayahhhh kakak kata tak lama lagi kakak cuti. Lagi…err.. 2 minggu.” Dua jari dinaikkan selepas teragak-agak.

             Muka Sara jelas teruja dan ceria. Amir senyum. Lagi 2 minggu kakak balik bercuti, lagi 2 minggu lah dia kan out station ke Sabah. Alahai. Lama ke tak Mia cuti?

“ Iye..patut anak ayah ni happy je. Kakak cakap tak kakak cuti berapa lama?” Pipi montel Sara dicubit mesra.
Amir cuba mengorek maklumat. Mungkin Mia ada memberitahu Sara. Sara terdiam memikir.

“Kakak kata lama. Boleh jalan-jalan dengan Sara, aunty Mina, Nenek,Atuk..” balas Sara polos.

         Wajah Amir berubah kelat.Terasa payau pulak air liurnya. Jalan-jalan dengan Sara, aunty Mina, Nenek dan Atuk?  Mananya nama dia? Rasanya telinga dia masih okay dan dia yakin nama dia macam tak kedengaran dalam bicara Sara sebentar tadi. Kenapa nama dia tak terselit dalam nama-nama yang tersenarai?  Amir tak puas hati. Sara kanapa tak ada nama ayah?? Hatinya menyoal geram.

Adrian tergelak melihat wajah kelat Amir. Bengang lah tu nama dia tak tersenarai. Mendengar ketawa Adrian Sara yang masih dipangku Amir memandang Adrian. Wajah anak kecil itu bertukar reaksi melihat Adrian. Mungkin pelik melihat Adrian. Sejak Sara mula bercakap kembali Adrian sudah terbang ke UK. Kemudian balik ke Malaysia tak pernah nak lawat atau datang melepak di rumah ini. Manalah Sara  hendak cam. Sudah mengjangkau tiga bulan lebih Sara tidak melihat Adrian. Melihat riak pelik yang terpapar di wajah Sara Adrin senyum dan menegur Sara.

“ Hai princess, lamanya uncle tak jumpa Sara. Kenal Uncle lagi tak?” Sara menggelengkan kepala.
 Memeluk Amir. Mungkin takut dengan kehadiran orang asing.

“Sedihnya uncle Sara tak kenal dah. Ingat tak Uncle pernah bagi hadiah Barbie Doll dengan rumah Barbie Doll yang besar dekat Sara?” Adrian memimikan wajah sedih sambil memancing ingatan Sara.
                   Dahi Sara berkerut cuba mengingat. Sejak akhir-akhir ini kalau Sara berfikir pasti dahinya kan berkerut. Saling tak tumpah seperti Amira, mamanya.

“ Tulah kau bro. Lama sangat tak datang sini. Anak aku pun dah ingat-ingat lupa dekat kau. “ Wajah Sara dipandang penuh kasih.

“Sara ingat tak uncle Ian? Uncle Ian kan selalu datang rumah kita bagi Sara hadiah. Ingat?” Amir cuba membantu Sara mengingat.

 Sara ni sewaktu zaman bisu dia dahulu memang jarang nak berjumpa dengan orang yang dia tak kenal. Dengan Adrian yang selalu datang tiap hujung minggu pun dia buat acuh tak acuh. Tapi bila Adrian beri hadiah terima pula. Sara diam. Dahi masih berkerut. Kemudian kerutan didahi makin hilang. Wajah comelnya yang  serius tadi diganti dengan senyuman yang manja. Makin melebar.

“Sara rasa sara ingat lah. Uncle bagi banyak patung Barbie dekat Sara. Rumah besar Barbie pun uncle hadiahkan.” Petah Sara berbicara.

“Pandai pun anak sedara uncle ni. Harini pun uncle ada bawak hadiah untuk Sara. Tapi dekat dalam lah. Nanti uncle ambil bagi Sara ye.” Muka teruja Sara dipandang kasih.

“Buku ke uncle??” soal Sara teruja.

“Eh tak..Uncle beli Barbie yag baru untuk Sara. Lagi cantik dari yang dulu-dulu tu.” Muka Sara bertukar muram.

“ Alaa..kenapa bukan buku..Sara suka buku..Sara dah tak suka Barbie dah.” Omel Sara.

“Sayang kenapa cakap macam tu? Kalau orang bagi hadiah kita kena terima dengan ikhlas. Kita mana boleh pilih-pilih hadiah yang kita nak faham? Kita patut terima hadiah orang nak bagi tu dan ucapkan terima kasih.”  Amir menegur.
        Sara mendengar patuh. Kepalanya diangguk perlahan. Wajah Adrian didepannya dipandang. Senyuman diukirkan.

“ Terima kasih Uncle bagi Sara Barbie.”

Adrian terpaku melihat perubahan Sara. Sudah pandai membaca buku. Sungguhlah Mia dah mengubah anak sedaranya. Mengubah menjadi anak yang bijak. Adrian mengukirkan senyuman. Tangan didepa mengisyarat supaya Sara ke pangkuannya. Teragak-agak Sara turun. Memandang wajah ayahnya dan uncle Adrian bersilih ganti. Namun akhirnya kakinya melangkah juga ke arah Adrian. Larut dalam pelukan Adrian.

Amir senyum senang hati dengan tingkah Sara. Sara yang petah. Sara yang manja. Sara yang bijak dan mendengar kata. Semuanya hasil asuhan Mia yang . Tidak tergambar betapa bersyukurnya dirinya dengan kehadiran Mia. Eh teringat Mia perasaan tidak puas hati sebentar tadi kembali bertapak. Kenapa nama dia tak ada dalam senarai yang Sara sebutkan tadi??? Kenapa?!!

...............................................................
bersambung..

p/s : ok..another entry..sorry kalau hambar..=) 
        dah bace sudi-sudikan lah komen ye..

Assalamualaikum anda!! =D

1 comment:

  1. aduh amir......jeles ke..hehe....

    ReplyDelete

Kata-kata anda adalah ;;