Thursday 12 July 2012

Novel :: Chap 10 :: Takdir Yang Mengekori Diri..




Tuk..tuk..ketukan di pintu biliknya membuatkan Amir yang sedang sibuk meneliti plan bangunan berkerut. Jam diatas meja dikerling. 1.00 pagi. Amir bingkas bangun untuk membuka pintu biliknya yang berkunci. Pintu dibuka. Susuk kecil yang memakai pakaian tidur bercorak kartun Dora terhidang di depan mata.

“Ayah..” si kecil bersuara dengan muka yang kelat.

“Sara kenapa tak tidur lagi ni?? Sara mimpi buruk ye?” anak kecil itu didukung dan pintu biliknya ditutup kembali. Kunci diselak. Amir membawa Sara ke katil.

“Ayah Sara tak boleh tidur.” Adu Sara manja lantas melentokkan kepala di bahu Amir. Amir tersenyum. Sejak akhir-akhir ini Sara begitu manja dengan dirinya.

“Tadikan Sara dah tidur. Macam mana boleh terbangun ni? Mimpi buruk ye?” mengulang soalan yang sama.

“Tak Sara terbangun. Lepas tu Sara tak boleh tidur.” Tangan kecil itu sibuk bermain dengan butang baju tidur Amir. 
Amir meletakkan Sara di atas tilam. Sara bersila sambil mendongak memandang Amir yang berdiri. Terkebil-kebil mata bulatnya memandang Amir.

Amir memandang Sara dengan pandangan kasih. Dia melabuhkan duduk disebelah Sara. Rambut Sara yang keperang-perangan yang mengikut rambut Akmal adik iparnya diusap perlahan. Sara bangun dan duduk diatas riba Amir. Kepalanya dilentokkan di dada Amir yang bidang.

“ Tak apa malam ni Sara tidur dengan ayah ye sayang? Dah lama anak ayah ni tak tidur dengan ayah.” Terasa Sara mengangguk.

 Senyuman kecil menghias wajah tampan Amir. Dia sudah tahu. Kalau moody semacam je anaknya ini tidak lain tidak bukan mesti rindukan kakak Mianya. Dia sudah faham benar dengan perangai Sara. Dalam sibuk Sara bergelak ketawa moodnya boleh bertukar menjadi moody bila teringat atau rindukan Mia.

“Ayah Sara rindukan kakak.” Kecil suara Sara menuturkan. Amir mengeratkan pelukan ke tubuh Sara.
‘Ayah pun rindukan kakak Sara.’ Bisik hati Amir perlahan. Benar. Dia rindukan gadis itu. Sudah 3 bulan dia tidak bertemu atau bersua muka dengan gadis itu.  Sara yang hampir setiap hari menelefon atau bervideo call dengan Mia pun rindu apatah lagi dirinya yang kali terakhir bersua muka dengan Mia sewaktu hari terakhir Mia di rumah ini. Setiap kali Sara bervideo call dengan Mia hati dia meronta-ronta ingin tumpang sekaki. Selalunya kalau Sara bervideo call menggunakan Ipadnya Amir pasti akan berlegar-legar di belakang Sara. Macam-macam yang dibuatnya. Kadang-kadang sampai sepuluh kali dia ulang alik di belakang Sara supaya dia dapat mencuri-curi pandang wajah Mia yang rancak berborak dengan Sara. 

Pernah juga dia ingin beranikan diri dan bertegur sapa dengan Mia tapi saat dia dah nekad dan ingin manyapa Mia di talian jantungnya pula derhaka kepada tuannya. Berdetak pantas macam baru dipaksa menamatkan larian 5 kilometer je lagaknya. Akhirnya keberanian dia hilang dan hanya mampu melihat Sara ketawa riang dengan Mia. Tapi dia bersyukur jugak sekurang-kurangnya dia dapat mendengar suara Mia. Ah, parah dah dirinya ini sebenarnya!

“Ayah, kalau Mia nak call kakak pakai telefon ayah boleh?? nenek dah tidur, Sara tak boleh guna telefon nenek.” Soalan Sara menghalau lamuan Amir. 
Dahinya berkerut dengan pertanyaan Sara. Jam di atas meja dikilas. 1.15 pagi!

“Sara, sekarang dah pukul berapa ni. Dah tengah malam kan? Kakak mesti dah tidur. Esok ye Sara call kakak. Nanti kalau Sara call, kakak dah tidur kesian kakak.” Amir menerangkan. 

Wajah Sara berubah masam. Sedih apabila ayahnya tidak membenarkan. Wajah Sara yang kelat tadi semakin keruh.  Ada butir-butir air mata yang mulai bergenang.

“Tapi…Sara rindu kakak. Rindu sangat.” Lirih suara Sara. Amir terdiam. 

Melihat butir air mata yang ini mula jatuh membasahi pipi anak gadisnya dia mengeluh. Hati mula berbelah bahagi sama ada mahu telefon Mia atau tidak. Sungguhlah dia kalah dengan air mata anaknya itu. Baru 3 hari tidak berhubung dengan Mia sudah sampai begini terjejas anaknya. Sememangnya dia tahu sudah 3 hari Sara tidak menghubungi Mia kerana Mia ada lawatan luar di Tasik Banding. Kawasan yang terpencil begiu jangan katakan 3G line telefon biasa pun susah nak dapat. Bebelan mummy sewaktu dia pulang dari kerja  tadi terngiang kembali.

“ Baru balik Am? ” sapa makcik Isabella kala melihat anak bujangnya itu melangkah masuk ke rumah. 
Jam sudah mengjangkau 9 malam baru ingat nak balik anak rumah anak bujangnya ini. Sibuk memanjang. Macam mana lah dia nak jaga anak dara orang bila dah kahwin nanti. Silap-silap isteri pun ditinggalkan di rumah .

“Ya mummy. Banyak kerja dipejabat. Sara mana mummy? Dah tidur?”

“Sudah, monyok aja anak dara kamu tu hari ini. Sudah 3 hari tidak bercakap dengan Mia. Tadi pun sibuk nak menunggu sehingga ke tengah malam bila tau Mia balik dari Tasik Banding tu hari ni. Pandai pulak dia mengingat bila Mia bali dari lawatan dia.” Bebel Makcik Isabella.

Amir hanya tersenyum. Sara kalau perihal Mia pasti dia akan ingat. Kadang-kadang kalau Sara degil tidak mahu makan sebut sahaja akan adu perangai degilnya itu kepada Mia terus berlari ke ruang makan . Besar pengaruh Mia dalam diri Sara.

“Yang kamu tersenyum-senyum tuh kenapa? Dah pergi naik mandi. Mandi lewat-lewat tak elok.Lepas tu turun makan. Mummy nak pergi panaskan lauk ni.”

“Baik mummy ku sayang. Makin cantik Am tengok mummy ni bila mummy membebel ni.” Usik Amir. 
Makcik Isabella menjegilkan matanya mendengar usikan Amir itu. Amir tergelak dan membalas dengan  kenyitan mata sebelum berlalu ke biliknya.

“Ayah..” badan Amir digoyang-goyangkan bila terasa Amir ayahnya tidak memberi respon terhadap dirinya. 
Amir tersedar sekali lagi dari lamunannya. Wajah Sara yang memandangnya sayu dipandang. Cair hatinya.

“ Okay tapi ayah mesej kakak dulu tanya kakak dah tidur atau belum. Kalau kakak balas ayah call kalau kakak tak balas esok aja ayah call kakak ye?” memohon pengertian Sara. 
Sara mengangguk. Riak teruja mula menghiasi wajahnya. Air mata yang meleleh lesu dipipinya tadi dikesat dengan tangannya yang comel. Namun bekas-bekas air mata jelas masih kelihatan dipipi montel Sara.

Amir menurunkan Sara dari riba dan berjalan ke meja kerjanya untuk mengambil telefon pintarnya. Telefon dicapai dan kaki melangkah kembali ke arah katil. Sara setia menanti dengan mata yang terkebil-kebil memandangnya. Jari mula menaip.

‘Salam, Mia ni abg Am, Mia dh tido ke? abg Am call Mia skrg bole?’

Amir berfikir sejenak. Eh rasa macam pelik pulak isi kandungan mesej dia. Nanti Mia fikir bukan-bukan pulak. Dah kenapa dirinya nak telefon Mia malam-malam buta. Selama ni pun tak pernah Mia nak bercakap dengan dirinya kalau Sara berbual dengan Mia. Mummy dan Mina pernahlah. Daddy? Tak pernah jugak kot. Dirinya? Lagi lah jangan harap.

Mesej yang ditaip dipadam semula. Jari lincah menaip kembali isi mesej yang ingin dihantar. Dari duduk bersila Amir sudah berbaring meniarap. Sara juga mengikut rentaknya. Mata Sara bersungguh fokus didada telefon Amir. Cuba membaca apa yang ditaip oleh Amir barangkali. Berkerut dahi anak kecil tersebut. Mana hendak difaham apa yang ditaipkan oleh ayahnya kalau Amir menggunakan short form untuk menaip mesej. Tergelit lidah Sara yang merangkak-rangkak unutk mengeja!

‘Salam, Mia ni abg Am, sory kalau gnggu Mia mlm2 ni. Mia dh tido ke? Sara ni tak boleh tido merengek nak kol Mia..rindu sngt kat Mia katanya.. abg Am call Mia skrg bole?’

Mesej yang ditaip lebih panjang. Menyatakan segala sebab mengapa dia ingin menelefon Mia dikala malam-malam buta begini. Setelah berpuas hati butang send disentuh. Pesanan dihantar. 

Sepuluh  minit telah berlalu namun tiada tanda yang Mia membalas mesejnya sebntar tadi. Keluhan kecil dilepaskan. Pandangan ditala kepada Sara yang sedari tadi bergolek-golek di atas katilnya yang bersize king  itu. Sambil bergolek bola mata Sara setia memandang telefon pintar Amir. Sabar menunggu.

“Sayang, kakak tak balas pun mesej ayah. Kakak dah tidur agaknya. Esok ye Sara call kakak?” memujuk hati puterinya. Riak teruja yang tadi menghiasi raut wajahnya anaknya tadi menghilang.

Sara menggangguk kecil mendengar pujukan si ayah. Mengerti apa yang dikatakan si ayah. Dari bergolek-golek tak tentu arah Sara bangun dan membetulkan posisi dirinya. Meletakkan kepalanya di atas bantal dengan selesa.

Amir memandang perilaku Sara dengan redup. Dia bangun untuk mengemas fail-fail dan sketching  banggunan yang berselerak di atas meja kerjanya. Esok sahaja dia akan menyambung kerja-kerja yang belum selesai. Selepas menutup lampu bilik dia mendapatkan Sara yang kini sudah hilang dibawah comforter tebal berwarna putih yang lembut. Hanya kepalanya sahaja yang kelihatan disebalik suasana malap hasil dari lampu kecil dimeja kerjanya yang dibiarkan terbuka. Comforter diselak dan tubuhnya dibaringkan rapat disebelah Sara. Tubuh kecil itu ditarik ke dalam pelukannya. Tangan Sara yang comel membalas pelukan Amir.

“Selamat malam sayang. Sara dah baca doa tidur?” Amir bertanya perlahan. Sara menggeleng.

“Okay Sara tadah tangan ayah baca ya. Bismillahirrahmanirrahim. Bismika Allaahumma ahyaa wa amuut. Amin.”

“Amin.” Sara mengaminkan doa.

“Selamat malam ayah. Sara sayang ayah.” Pipi Amir dikucup perlahan. Amir membalas dengan mengucup dahi Sara lama.

“Selamat malam sayang. Ayah pun sayang dekat Sara.” Pelukan terhadap Sara dieratkan. Mata dipejam. Tidak lama selepas itu si anak dan si ayah hanyut dalam mimpi masing-masing.


………………………………………


Jam loceng diatas meja dikerling sekilas. 2.05 minit pagi. Telekung yang masih bersarung semejak dari bilik Fatimah tadi dibuka dan dilipat kemas sebelum disangkutkan ke panyidai baju. Botol air mineral jenama Cactus yang elok terletak di tepi katil dicapai. Diteguknya perlahan menghilangkan dahaga yang mula terasa. Setibanya dia di kolej kediaman lewat petang tadi terus mengemas beg yang dibawa ke tasik banding. Baju kotor diasingkan ke dalam bakul manakala baju bersih yang masih tidak dipakai lagi disimpan kembali ke dalam locker baju.

 Usai solat magrib Fatimah pula datang menjenguk biliknya. Menjemput dirinya datang ke ‘party makan-makan’ yang dianjurkan oleh dia. Dari selepas magrib tadi dia ber-’party’ di bilik Fatimah. Sudah awal pagi baru reti nak balik ke bilik sendiri.

Teringat ’party makan-makan’ yang dihadirinya sebentar tadi Mia tersenyum. Semenjak membajak ilmu dibumi Perlis ini dia mula kenak  istilah ‘party makan-makan’. Mula-mula Mia ingat party makan-makan ni sungguh-sungguhlah party untuk makan sahaja. Sewaktu pertama kali dijemput oleh kakak senior memang dia teruja nak ikut serta. Siapa tak nak makan free. Sekali bila sudah join baru dia tahu apa sebenarnya agenda utama disebalik party makan-makan ni.

Tujuannya adalah untuk merapatkan ukhuwah dan berkongsi ilmu agama yang dimiliki. Sebelum solat Isyak tazkirah ringkas akan diberikan oleh si pengajur party atau sesiapa sahaja yang ingin berkongsi ilmu baru yang diperoleh. Kemudian solat isyak berjemaah. Selesai solat berjemaah acara makan-makan dimulakan. Makan secara santai sambil membincangkan isu-isu semasa dalam dunia Islam. Akhir sekali barulah mereka bertalaqi membaca Al-quran bersama dan bertaddabur ayat-ayat yang dibaca. Sebelum party tamat mereka akan bersolat sunat terlebih dahulu secara sendirian mahupun berjemaah. Dari kata lain party makan-makan ini boleh dikira sebagai majlis usrah atau bulatan gembira lah. Tapi saja ditukarkan istilah menjadi party makan-makan unutk menarik minat junior-junior baru atau kawan-kawan menyertainya. Sambil makan mengisi perut dapat juga mengisi minda dan hati dengan ilmu-ilmu agama. Party ini selalunya dianjurkan pada malam-malam minggu atau pada hari cuti am. Senang boleh tidur lambat. Kadang-kadang Mia juga menganjurkan party makan-makan ini. Selama dirinya mengikuti party ini banyak ilmu yag dipelajarinya.

Telefon bimbit nokia 3310 nya sengaja ditinggalkan di atas katil sewaktu hendak pergi ke bilik Fatimah diambil. Ada mesej dari nombor yang tidak dikenali. Mesej dibuka dan dibaca. Mia tersenyum. Dari abang Am rupanya. Waktu mesej tersebut dihantar diperiksa, 1.20 pagi. Teringat Sara. Ah dirinya pun sudah rindu hendak mendengar celoteh Sara. 

Jam di telefon bimbit menunjukkan 2.15 pagi. Hendak membalas mesej tersebut pun dirasakan tak berguna. Pasti Sara sudah tidur. Abang Am? Dia tidak pasti. Esok hari Ahad. Hari tidak bekerja. Ada kemungkinan besar abang Am masih berjaga. Tapi kalau dia membalas mesej tersebut pun apa gunanya kalau Sara sudah tidur. Tak kan dia hendak berbual dengan abang Am pulak. Tak manis dan tidak elok. Akhirnya Mia memutuskan untuk tidur sahaja. Esok sahaja dia akan menelefon Mak cik Isabella. Badan direbahkan di atas katil mencari posisi yang selesa. Doa dibaca sebelum bibir mengalunkan tasbih. Akhirnya Mia tertidur dikala bibir bertasbih memuji Allah yang satu. Terbuai ke dalam kehidupan mati yang sementara.

...................................................................................................................
bersambung...

p/s : yeay post entry baru lagi...=DDD  semuga terhibur... dah baca jangan lupa komen ya..komen mana2 yang patut..nak kritik2 pun boleh...baru saya tahu kat mana kelemahan saya sibudak-baru-belajar-mengarang ni..=)


Assalamualaikum anda!! =D

2 comments:

  1. zany...sambung lg ye.....adeh amir dlm hati ada taman bunga......

    ReplyDelete
  2. hehe..tq comment..ye amir mmg dlm hati ada taman tapi penakut sikit..asik nak gelabah je.. =)

    ReplyDelete

Kata-kata anda adalah ;;