Wednesday, 5 September 2012

:. Bunga itu .:

:. Bunga itu .:

Dalam keriangan burung berkicau..
Bunga  mewangi dengan harapan..
Kelopak bertatih mencari jawapan..
Kumbang yang hadir memburu..
Menabur segala harapan...
Suria yang mula menyinar dalam diam..
Tanpa izin hujan...

Kumbang tetap kumbang..
Terbang antara bunga..
Kuntum yang mengharap..
Setia menjaga haruman....
Madu yang dipelihara..
Duri yang menyakitkan..

Alam yang indah..
Kala gerimis yang membasahi bumi..
Melihat kumbang berlalu pergi..
Tanpa pesan untuk diri...
Gugurlah bunga di bahu duniawi...

Wednesday, 25 July 2012

Sanah Helwah!

Assalamualaikum anda!!!

Hari ini bersamaan 5 Ramadhan 1433H atau 25 Julai 2012 saya genap berusia 20 tahun. Semakin dekat langkah kaki ini dengan kematian.

     Hari ni saya banyak berfikir. Sepanjang 20 tahun saya hidup di bumi Allah ini apa yang telah saya lakukan sebagai hamba-Nya. Sudah cukupkah amalan saya? Adakah kalau ditakdirkan saya menemui ajal pada hari ini atau esok hari saya sudah bersedia menghadap Pencipta diri ini? Adakah segala amalan yang saya lakukan ikhlas semata-mata kerana Allah? Betul saya betul-betul dah tinggalkan segala perangai zaman jahiliah saya? Adakah saya yakin segala amalan yang saya lakukan sudah cukup sempurna dan diterima Allah? Tarik nafas dalam-dalam. Hembus perlahan.

    Sebenarnya saya pernah terjebak dalam zaman jahiliah. Zaman dimana saya tak kenal dosa pahala. Tak kenal apa itu aurat dan apa itu batasan dalam pergaulan. Zaman  saya mengeluarkan kata-kata tanpa berfikir atas kesannya terhadap orang lain. Zaman saya melawan ibu yang melahirkan saya tanpa secebis rasa bersalah. Zaman saya lebih agungkan kehidupan duniawi dari mencari keredhaan Illahi. Zaman saya rasakan hidup saya sudah cukup sempurna dibumi Allah. Ya saya pernah terjebak dalam zaman jahiliah tersebut. *senyum pahit*


    Tapi Alhamdulillah Allah buka pintu hati saya. Allah sinarkan cahaya hidayah dalam hati saya. Allah memilih saya untuk dilembutkan hati saya yang dah keras macam batu kerikil atas jalan raya tuh. Allah memberi peluang kepada hati saya untuk berubah. Allah memberi peluang untuk saya brtaubat dan hidup untuk memburu keredhaan-Nya. 


   Saya berharap sisa-sisa hidup saya kini dapat saya penuhkan dengan amal ibadah dan semata-mata untuk mendapat rahmat dan keredhaan-Nya. Saya harap saya akan ikhlas dalam segala perkara yang saya lakukan. Saya berharap saya kuat dan istiqamah dalam melawan diri saya sendiri untuk menjadi muslimah yang hebat. Saya harap pembaca blog saya mendoakan untuk saya juga. Saya juga doakan semua pembaca blog saya supaya dirahmati Allah dan mendapat keredhaan-Nya. Amin. =)


Oh ya..sempena hari lahir saya hari ini saya tujukan video dibawah untuk diri sendiri..hehehe..semoga saya tabah mengharungi dunia yang penuh dosa ini. 












p/s : Selamat Berpuasa dan melakukan ibadah! Mari berlumba melakukan ibadah dan mengumpul pahala di bulan yang penuh barakah ini.






Assalamualaikum anda!! =D

Friday, 20 July 2012

Sampaikan aku pada Ramadhan!!

Assalamualaiku anda!! =)

InsyaAllah menurut pengumuman dari Pak cik dibawah :



Sabtu ni bersamaan 21st July 2012 kita akan menyambut Ramadhan. Saya harap umur saya panjang untuk sampai pada bulan penuh barakah ini. Sekarang ( waktu entry ini ditulis) baru menginjak ke hari Jumaat (20  July 2012). Kurang dari 24 jam Ramadhan akan tiba dengan sejuta keberkatan. Dalam kurang 24 jam ini macam-macam perkara boleh berlaku. Jadi mari kita doa sama-sama supaya kita sempat sampai kepada Ramadhan.

'Ya Allah sampaikan kami ke bulan Ramadhan'



      Bercakap soal Ramadhan, ramai yg ternanti-nanti bulan rahmat ini bukan. Tapi persoalannya mengapa kita menantikan bulan ini? Adakah kerana fakta selepas Ramadhan, Aidifitri menjelma atau kerana bulan itu sendiri. Bulan itu sendiri bukan bermakna bazaar dan segala jualan murah yg akan berlangsung sepanjang bulan Ramadhan. Tapi keberkatan yg tidak terhingga yang boleh diperolehi dalam bulan ini. So mari pakat-pakat sukat atau catat amalan kita pada bulan Ramadhan. =)



Saya berharap kita semua dapat memanfaatkan bulan ini dengan sebaik-baiknya. Mari mengumpul bekalan unutk akhirat!! Saya bersyukur dan gembira kerana bulan Ramadhan hadir disaat pelajat IPT sedang bercuti. Maka bolehlah pulun beribadat dengan selesa dan tanpa gangguan. Lagi-lagi macam saya yang tak bekerja dan duduk aja dirumah ini. Hehehe..Semoga Ramadhan kita semua pada tahun ini lebih baik dari tahun sudah. InsyaAllah.

Oh sempena menyambut Ramadhan hari ni saya berpenat lelah mengemas bilik bagi cantik-cantik sikit. Bukan nak sambut raya je yg kena excited menghias bilik atau rumah tapi nak sambut Ramadhan pun kena excited jugak menghias bilik. Biar berseri-seri dan selesa melakukan ibadat. Ahah! =D

Sepanjang bulan Ramadhan ni entry novel saya akan stop sementara ye. Lepas raya baru sambung balik.Harap sesiapa yang follow cerita saya yang tak seberapa ni mengerti dan faham ye..=)

Akhir kata dari saya :





Assalamualaikum anda!! =D


Monday, 16 July 2012

Hati rasa gembira!!

Assalamualaikum anda!!!!!!!! =D

Hah nampak tak banyak exclamation mark  kat situ?? Hehehe..itu menunjukkan saya rasa gembira..
hari ni result exam keluar..Yeay!!


Sebenarnya rasa ironi sebab time saya exam, kawan-kawan saya di uitm masih seronok berjimba..bila saya dah habis exam dan bercuti dorang baru nak berhempas pulas jawab final..Now dorang baru habis exam saya dah tau result exam..
Hah nampak tak kat situ corak permainannya?? HeHe..
Since last sem hanya mampu dapat anugerah bestari je...=/
But this sem Alhamdulillah saya dapat tergolong dalam golongan di bawah..=D


YEAY!!! syukur Alhamdulillah sangat-sangat.. Rasa happy sebab penat lelah saya sepanjang sem 2 ni berbaloi..   



Assalamualaikuma anda!!





Saturday, 14 July 2012

Novel :: Chap 11 :: Takdir Yang Mengekori Diri..




Keesokan paginya selepas bersarapan dan membasuh baju kotor yang berlonggok di bilik Mia menelefon Mak Cik Isabella. Tubuhnya disandarkan selesa di kepala katil bujangnya. Sementara menunggu panggilan berjawab Mia menyelak langsir tingkap yang bersebelahan dengan kedudukan katil. Cahaya pagi berlumba-lumba menrobos masuk menyinari bilik sekangkang kera yang dihuni Mia di Kolej kediaman Wang Ulu ini. Bilik yang sepatutnya dihuni oleh dua orang pelajar ini dihuni oleh dirinya seorang apabila junior yang menghinap di katil atas pindah ke blok lain.  
Setelah beberapa saat menunggu akhirnya panggilan bersambut.

“Assalamualaikum Mia. “ suara garau memulakan perbualan.

Dahi Mia berkerut. Nombor dan nama pemanggil di skrin telefonnya dipandang. Betul nombor Makcik Isabella. Dah suara siapa ni? Pak cik Iskandar?? Macam lain je. Abang Am?

“Err..waalaikumsalam. Ini.. abang Am ye?” tanya Mia teragak-agak.

Selalunya kalau tidak Makcik Isabella, Sara sahaja yang pandai mengangkat panggilannya. Kadang-kadang ada juga Pak cik Iskandar. Abang Am memang tak pernah dan tidak terlintas langsung dalam kepala dia yang akan menjawab panggilannya. Nasib baik dia tidak terover excited seperti selalu tadi.

“ Eh..bukan. Ni Adrian. Mia nak cakap dengan Mak su ye? Kejap ye abang panggilkan. Mak Su tengah bancuhkan susu Sara dekat dapur. Mia tunggu sekejap ye.” Balas pemuda yang menggelarkan dirinya Adrian tersebut.

Mia di Perlis semakin berlapis dahinya berfikir siapa pulak Adrian ini. Macam tak pernah dengar je name Adrian dalam keluarga Pak cik Iskandar. Dalam menunggu Mia terdengar si penjawab panggilannya menegur seseorang dengan panggilan sayang. Sayup-sayup terdenga pebualan si penjawab panggilannya dengan seorang wanita yang dipanggil sayang tersebut. Suara wanita tersebut macam familiar.

“Assalamualaikum Miaaaaaaaaa.” Suara wanita tadi mengganti suara garau yang menjawab panggilannya sebentar tadi. Ceria. Mia tersenyum. Kak Mina!

“Waalaikumsalam kak Mina. Excited nya suara pagi-pagi ni.” Kak Mina dihujung talian tergelak.

“Yela mane tak excited ‘kakak kesayangan’ dalam keluarga ni telefon. Dah lame dah tak borak dengan Mia.” Usik Mina sambil menjeling ke arah Amir yang mendekatinya. Amir yang mendengar Mina menyebut kakak kesayangan tersenyum.

“Mia?” menggerakkan mulutnya tanpa suara. Memastikan telahannya. Melihat Mia mengangguk senyuman lebar diukirkan. Tidak tahu mengapa tapi hati tiba-tiba rasa bahagia walaupun dia tahu panggilan tersebut pastilah untuk Sara.

Adrian yang memerhatikan gelagat sahabat baiknya senyum sinis bila pandangan Amir berlaga dengan pandangannya.  Kali pertama melihat Amir tersengih kambing semata-mata kerana seorang gadis. Dapat tahu si pujaan hati menelefon pun dah senyum sampai ke telinga. Itu pun bukan panggilan untuk dirinya. Agaknya kalau Mia menelefon sememangnya bertujuan untuk bercakap dengan Amir mahu naik sawan kawannya ini kerana terlalu gembira.

Adrian mangajak Amir beredar ke pangkin kayu yang terletak di sebelah kolam renang berbentuk lapan di bangle mewah itu. Amir mengikut tanpa kata. Mina sudah menghilang ke dapur. Mencari  mummy dan anak daranya yang baru bangun tido. Hari ini Sara bangun lewat dari biasa. Menginjak sepuluh pagi baru anak daranya itu terkebil-kebil terjaga di atas katilnya dan menegurnya yang khusyuk membuat kerja. Menyambung  kerja yang tergendala malam semalam. Dengan tidak mandi terkedek-kedek turun mencari neneknya meminta susu.

“ Kau ni Mir, macam dah parah betul aku tengok. Susah-susah pinang jelah Mia tu buat isteri. Sara dapat ibu baru nanti. Aku tengok Sara tu macam dah tak boleh hidup kalau tak ada Mia.” Amir tersenyum kelat mendengar usulan Adrian. Mummy pun dah banyak kali bertanyakan hal itu padanya. Perasaan dia yang memang menaruh hati kepada Mia bukan lagi satu rahsia.

Sehari selapas Mia meninggalkan rumah ini dia telah diserbu oleh mummy bertanyakan perasaan terhadap Mia. Puas dia dalih dan nafikan tapi mata seorang ibu manalah boleh dia sebagai anak nak sembunyikan. Akhirnya dia mangaku. Punyalah excited mummy sampai terus berbincang dengan daddy tarikh nak pergi manghantar rombongan meminang ke rumah Mia. Nasib baik dia menghalang. Kalau tak entah-entah Mia dah selamat jadi tunangan dia agaknya. Dia pun tak payah nak pening-pening lagi dah. Eh!

Amir tersenyum dengan apa yang difikirkan. Nafas ditarik dalam sebelum dilepas perlahan-lahan. Adrian yang duduk dihadapannya dipangkin kayu ini dipandangnya.

“Aku bukan tak nak pergi pinang dia. Aku nak sangat bro. Tapi aku sekarang macam sibuk dengan projek resort dekat Karambunai tu. Aku kalau boleh nak tunang sekejap je terus kahwin. Lagi bagus kalau tunang petang, malam nikah. Tak payah lama-lama. Lagi pun Mia tinggal 2 sem lagi nak habis belajar. Aku tak nak lah rushing. Nak plan betul-betul. Tapi mummy tu tahu lah kalau sehari tak bising pasal hal ni tak sah.” Amir melepaskan pandangan ke arah air kolam renang yang beralun mengikut arah angin yang agak kuat pada pagi ini.

“Kau macam yakin je kan. Buatnya dalam tempoh yang konon-konon kau nak bersedia ni ada orang lain masuk meminang Mia macam mana? Lepas tu parent Mia terima pulak. Melepaslah kau.”  Sengaja menduga Amir .Pandangan turut ditala kearah kolam.

“Eh, kau jangan lah nak takut-takutkan aku. Cuba berfikiran positif. Aku yakin Mia jodoh aku. Dah bermalam-malam aku buat solat istikharah. Dan bayang yang aku nampak dalam mimpi tu memang iras Mia. Tunggu projek ni selesai lagi 3 minggu aku suruhlah mummy pergi meminang Mia.”

“Kau ni yakin sangat pulak aku tengok. Ikut suka kaulah. Nanti terlepas Mia tu jangan nak meraung dengan aku.” Adrian mengalah.
 Amir ni sejak dulu yakin je dalam semua perkara. Positif sangat sampai dia tak boleh nak ikut dengan pemikiran Amir yang positif tu.

“Kau dengan conference kau hari tu apa cerita? Aku dah lama nak tanya kau. Tapi asal kita jumpa je bincang benda lain. Lama betul kau dekat sana sampai nak dekat sebulan kau dekat sana. ” Sengaja Amir menukar topik.

Malas berbalah perihal Mia. Dia sudah mempunyai rancangan tersendiri dan buat masa ini biarlah dia seorang sahaja yang tahu segala rancangannya secara perperinci. Sampai masa nanti dia akan ceritakan rancangannya kepada ahli keluarganya. Dan bila sebut ahli keluarga tentulah Mina dan Si Adrian ni termasuk sekali.  

 “ Hoi brader dah dekat 2 bulan lebih aku balik Malaysia baru nak tanya?! Saje nak tukar topic lah tuh!” Tempelak Adrian. Amir sengih tak bersalah.

“ Jawab jelah soalan yang aku tanya tuh.” Adrian menjulingkan mata. Hambar betul cara sahabatnya ni nak menukar topik. Malas berbalah Adrian menjawab juga pertanyaan Amir tadi.

“Biasa je. Yang lama tu sebab conference tu banyak gap. Selang 3 hari, selang 5 hari mana tak sampai dekat sebulan. Padahal conference tu sebenarnya 6 hari je. Aku malas nak ulang alik aku stay je dekat sana ingat boleh bercuti-cuti dengan Mina. Sekali aku sampai sana sepupu kesayangan kau tu balik Malaysia. Aku nak surprise kan dia aku pulak yang surprise bila call dia. Elok aku jejak je UK call dia, dia cakap dia dah dekat Dubai. Transit dekat sana. Bengang jugak aku.” 

Amir tergelak. Macam-macam pasangan sahabat baik dia ni. Pelik-pelik je hubungan dia orang. Adrian sejak sampai ke tanah air hari itu terus menghilangkan diri. Lepas dua tiga hari  baru nampak muka. Tanya kepada Mina dia sendiri tak tahu dimana tunang kesayangannya ini. Bila bertegur pula Adrian gigih gelarkan Mina sayang dan gelarkan dirinya Ian. Mina pulak main selumber je ber I-You dengan Adrian. Kalau orang luar tengok macam tak sebulu je pasangan tunang ni tapi dia tahu Adrian cintakan Mina dan Mina pun cintakan Adrian. Walaupun dia orang macam selumber je kalau lepak dengan dia tapi pandangan mata mereka berdua tergambar rasa kasih yang mereka kongsikan.

“ Hahaha..padan muka kau! Nak buat surprise konon.” Sinis.

“Oh by the way, lagi 2 minggu aku outstation pergi sabah. Nak finalize kan projek resort kat sana tu. Aku stay sana seminggu.” Amir mengeluarkan ayat penyata. Adrian mengangguk. 
Belum sempat dia mahu membuka mulut membalas bicara,suara riang seorang budak kedengaran.

“Ayahhhhhh…..” Sara berlari mendapatkannya sebelum melonjat ke riba Amir. 
Adrian dan Amir tergelak melihat perilaku Sara. Nampak gembira benar setelah berbual dengan Mia. Tidak macam semalam. Sayu je air muka anak daranya ini.

“Puas dah cakap dengan kakak?” Amir bertanya.  Kepala Sara diusap. Sara mengangguk teruja.

“ Dah, kakak kata sorry kakak tak perasaan mesej ayah semalam. Ayahhhh kakak kata tak lama lagi kakak cuti. Lagi…err.. 2 minggu.” Dua jari dinaikkan selepas teragak-agak.

             Muka Sara jelas teruja dan ceria. Amir senyum. Lagi 2 minggu kakak balik bercuti, lagi 2 minggu lah dia kan out station ke Sabah. Alahai. Lama ke tak Mia cuti?

“ Iye..patut anak ayah ni happy je. Kakak cakap tak kakak cuti berapa lama?” Pipi montel Sara dicubit mesra.
Amir cuba mengorek maklumat. Mungkin Mia ada memberitahu Sara. Sara terdiam memikir.

“Kakak kata lama. Boleh jalan-jalan dengan Sara, aunty Mina, Nenek,Atuk..” balas Sara polos.

         Wajah Amir berubah kelat.Terasa payau pulak air liurnya. Jalan-jalan dengan Sara, aunty Mina, Nenek dan Atuk?  Mananya nama dia? Rasanya telinga dia masih okay dan dia yakin nama dia macam tak kedengaran dalam bicara Sara sebentar tadi. Kenapa nama dia tak terselit dalam nama-nama yang tersenarai?  Amir tak puas hati. Sara kanapa tak ada nama ayah?? Hatinya menyoal geram.

Adrian tergelak melihat wajah kelat Amir. Bengang lah tu nama dia tak tersenarai. Mendengar ketawa Adrian Sara yang masih dipangku Amir memandang Adrian. Wajah anak kecil itu bertukar reaksi melihat Adrian. Mungkin pelik melihat Adrian. Sejak Sara mula bercakap kembali Adrian sudah terbang ke UK. Kemudian balik ke Malaysia tak pernah nak lawat atau datang melepak di rumah ini. Manalah Sara  hendak cam. Sudah mengjangkau tiga bulan lebih Sara tidak melihat Adrian. Melihat riak pelik yang terpapar di wajah Sara Adrin senyum dan menegur Sara.

“ Hai princess, lamanya uncle tak jumpa Sara. Kenal Uncle lagi tak?” Sara menggelengkan kepala.
 Memeluk Amir. Mungkin takut dengan kehadiran orang asing.

“Sedihnya uncle Sara tak kenal dah. Ingat tak Uncle pernah bagi hadiah Barbie Doll dengan rumah Barbie Doll yang besar dekat Sara?” Adrian memimikan wajah sedih sambil memancing ingatan Sara.
                   Dahi Sara berkerut cuba mengingat. Sejak akhir-akhir ini kalau Sara berfikir pasti dahinya kan berkerut. Saling tak tumpah seperti Amira, mamanya.

“ Tulah kau bro. Lama sangat tak datang sini. Anak aku pun dah ingat-ingat lupa dekat kau. “ Wajah Sara dipandang penuh kasih.

“Sara ingat tak uncle Ian? Uncle Ian kan selalu datang rumah kita bagi Sara hadiah. Ingat?” Amir cuba membantu Sara mengingat.

 Sara ni sewaktu zaman bisu dia dahulu memang jarang nak berjumpa dengan orang yang dia tak kenal. Dengan Adrian yang selalu datang tiap hujung minggu pun dia buat acuh tak acuh. Tapi bila Adrian beri hadiah terima pula. Sara diam. Dahi masih berkerut. Kemudian kerutan didahi makin hilang. Wajah comelnya yang  serius tadi diganti dengan senyuman yang manja. Makin melebar.

“Sara rasa sara ingat lah. Uncle bagi banyak patung Barbie dekat Sara. Rumah besar Barbie pun uncle hadiahkan.” Petah Sara berbicara.

“Pandai pun anak sedara uncle ni. Harini pun uncle ada bawak hadiah untuk Sara. Tapi dekat dalam lah. Nanti uncle ambil bagi Sara ye.” Muka teruja Sara dipandang kasih.

“Buku ke uncle??” soal Sara teruja.

“Eh tak..Uncle beli Barbie yag baru untuk Sara. Lagi cantik dari yang dulu-dulu tu.” Muka Sara bertukar muram.

“ Alaa..kenapa bukan buku..Sara suka buku..Sara dah tak suka Barbie dah.” Omel Sara.

“Sayang kenapa cakap macam tu? Kalau orang bagi hadiah kita kena terima dengan ikhlas. Kita mana boleh pilih-pilih hadiah yang kita nak faham? Kita patut terima hadiah orang nak bagi tu dan ucapkan terima kasih.”  Amir menegur.
        Sara mendengar patuh. Kepalanya diangguk perlahan. Wajah Adrian didepannya dipandang. Senyuman diukirkan.

“ Terima kasih Uncle bagi Sara Barbie.”

Adrian terpaku melihat perubahan Sara. Sudah pandai membaca buku. Sungguhlah Mia dah mengubah anak sedaranya. Mengubah menjadi anak yang bijak. Adrian mengukirkan senyuman. Tangan didepa mengisyarat supaya Sara ke pangkuannya. Teragak-agak Sara turun. Memandang wajah ayahnya dan uncle Adrian bersilih ganti. Namun akhirnya kakinya melangkah juga ke arah Adrian. Larut dalam pelukan Adrian.

Amir senyum senang hati dengan tingkah Sara. Sara yang petah. Sara yang manja. Sara yang bijak dan mendengar kata. Semuanya hasil asuhan Mia yang . Tidak tergambar betapa bersyukurnya dirinya dengan kehadiran Mia. Eh teringat Mia perasaan tidak puas hati sebentar tadi kembali bertapak. Kenapa nama dia tak ada dalam senarai yang Sara sebutkan tadi??? Kenapa?!!

...............................................................
bersambung..

p/s : ok..another entry..sorry kalau hambar..=) 
        dah bace sudi-sudikan lah komen ye..

Assalamualaikum anda!! =D

Thursday, 12 July 2012

Novel :: Chap 10 :: Takdir Yang Mengekori Diri..




Tuk..tuk..ketukan di pintu biliknya membuatkan Amir yang sedang sibuk meneliti plan bangunan berkerut. Jam diatas meja dikerling. 1.00 pagi. Amir bingkas bangun untuk membuka pintu biliknya yang berkunci. Pintu dibuka. Susuk kecil yang memakai pakaian tidur bercorak kartun Dora terhidang di depan mata.

“Ayah..” si kecil bersuara dengan muka yang kelat.

“Sara kenapa tak tidur lagi ni?? Sara mimpi buruk ye?” anak kecil itu didukung dan pintu biliknya ditutup kembali. Kunci diselak. Amir membawa Sara ke katil.

“Ayah Sara tak boleh tidur.” Adu Sara manja lantas melentokkan kepala di bahu Amir. Amir tersenyum. Sejak akhir-akhir ini Sara begitu manja dengan dirinya.

“Tadikan Sara dah tidur. Macam mana boleh terbangun ni? Mimpi buruk ye?” mengulang soalan yang sama.

“Tak Sara terbangun. Lepas tu Sara tak boleh tidur.” Tangan kecil itu sibuk bermain dengan butang baju tidur Amir. 
Amir meletakkan Sara di atas tilam. Sara bersila sambil mendongak memandang Amir yang berdiri. Terkebil-kebil mata bulatnya memandang Amir.

Amir memandang Sara dengan pandangan kasih. Dia melabuhkan duduk disebelah Sara. Rambut Sara yang keperang-perangan yang mengikut rambut Akmal adik iparnya diusap perlahan. Sara bangun dan duduk diatas riba Amir. Kepalanya dilentokkan di dada Amir yang bidang.

“ Tak apa malam ni Sara tidur dengan ayah ye sayang? Dah lama anak ayah ni tak tidur dengan ayah.” Terasa Sara mengangguk.

 Senyuman kecil menghias wajah tampan Amir. Dia sudah tahu. Kalau moody semacam je anaknya ini tidak lain tidak bukan mesti rindukan kakak Mianya. Dia sudah faham benar dengan perangai Sara. Dalam sibuk Sara bergelak ketawa moodnya boleh bertukar menjadi moody bila teringat atau rindukan Mia.

“Ayah Sara rindukan kakak.” Kecil suara Sara menuturkan. Amir mengeratkan pelukan ke tubuh Sara.
‘Ayah pun rindukan kakak Sara.’ Bisik hati Amir perlahan. Benar. Dia rindukan gadis itu. Sudah 3 bulan dia tidak bertemu atau bersua muka dengan gadis itu.  Sara yang hampir setiap hari menelefon atau bervideo call dengan Mia pun rindu apatah lagi dirinya yang kali terakhir bersua muka dengan Mia sewaktu hari terakhir Mia di rumah ini. Setiap kali Sara bervideo call dengan Mia hati dia meronta-ronta ingin tumpang sekaki. Selalunya kalau Sara bervideo call menggunakan Ipadnya Amir pasti akan berlegar-legar di belakang Sara. Macam-macam yang dibuatnya. Kadang-kadang sampai sepuluh kali dia ulang alik di belakang Sara supaya dia dapat mencuri-curi pandang wajah Mia yang rancak berborak dengan Sara. 

Pernah juga dia ingin beranikan diri dan bertegur sapa dengan Mia tapi saat dia dah nekad dan ingin manyapa Mia di talian jantungnya pula derhaka kepada tuannya. Berdetak pantas macam baru dipaksa menamatkan larian 5 kilometer je lagaknya. Akhirnya keberanian dia hilang dan hanya mampu melihat Sara ketawa riang dengan Mia. Tapi dia bersyukur jugak sekurang-kurangnya dia dapat mendengar suara Mia. Ah, parah dah dirinya ini sebenarnya!

“Ayah, kalau Mia nak call kakak pakai telefon ayah boleh?? nenek dah tidur, Sara tak boleh guna telefon nenek.” Soalan Sara menghalau lamuan Amir. 
Dahinya berkerut dengan pertanyaan Sara. Jam di atas meja dikilas. 1.15 pagi!

“Sara, sekarang dah pukul berapa ni. Dah tengah malam kan? Kakak mesti dah tidur. Esok ye Sara call kakak. Nanti kalau Sara call, kakak dah tidur kesian kakak.” Amir menerangkan. 

Wajah Sara berubah masam. Sedih apabila ayahnya tidak membenarkan. Wajah Sara yang kelat tadi semakin keruh.  Ada butir-butir air mata yang mulai bergenang.

“Tapi…Sara rindu kakak. Rindu sangat.” Lirih suara Sara. Amir terdiam. 

Melihat butir air mata yang ini mula jatuh membasahi pipi anak gadisnya dia mengeluh. Hati mula berbelah bahagi sama ada mahu telefon Mia atau tidak. Sungguhlah dia kalah dengan air mata anaknya itu. Baru 3 hari tidak berhubung dengan Mia sudah sampai begini terjejas anaknya. Sememangnya dia tahu sudah 3 hari Sara tidak menghubungi Mia kerana Mia ada lawatan luar di Tasik Banding. Kawasan yang terpencil begiu jangan katakan 3G line telefon biasa pun susah nak dapat. Bebelan mummy sewaktu dia pulang dari kerja  tadi terngiang kembali.

“ Baru balik Am? ” sapa makcik Isabella kala melihat anak bujangnya itu melangkah masuk ke rumah. 
Jam sudah mengjangkau 9 malam baru ingat nak balik anak rumah anak bujangnya ini. Sibuk memanjang. Macam mana lah dia nak jaga anak dara orang bila dah kahwin nanti. Silap-silap isteri pun ditinggalkan di rumah .

“Ya mummy. Banyak kerja dipejabat. Sara mana mummy? Dah tidur?”

“Sudah, monyok aja anak dara kamu tu hari ini. Sudah 3 hari tidak bercakap dengan Mia. Tadi pun sibuk nak menunggu sehingga ke tengah malam bila tau Mia balik dari Tasik Banding tu hari ni. Pandai pulak dia mengingat bila Mia bali dari lawatan dia.” Bebel Makcik Isabella.

Amir hanya tersenyum. Sara kalau perihal Mia pasti dia akan ingat. Kadang-kadang kalau Sara degil tidak mahu makan sebut sahaja akan adu perangai degilnya itu kepada Mia terus berlari ke ruang makan . Besar pengaruh Mia dalam diri Sara.

“Yang kamu tersenyum-senyum tuh kenapa? Dah pergi naik mandi. Mandi lewat-lewat tak elok.Lepas tu turun makan. Mummy nak pergi panaskan lauk ni.”

“Baik mummy ku sayang. Makin cantik Am tengok mummy ni bila mummy membebel ni.” Usik Amir. 
Makcik Isabella menjegilkan matanya mendengar usikan Amir itu. Amir tergelak dan membalas dengan  kenyitan mata sebelum berlalu ke biliknya.

“Ayah..” badan Amir digoyang-goyangkan bila terasa Amir ayahnya tidak memberi respon terhadap dirinya. 
Amir tersedar sekali lagi dari lamunannya. Wajah Sara yang memandangnya sayu dipandang. Cair hatinya.

“ Okay tapi ayah mesej kakak dulu tanya kakak dah tidur atau belum. Kalau kakak balas ayah call kalau kakak tak balas esok aja ayah call kakak ye?” memohon pengertian Sara. 
Sara mengangguk. Riak teruja mula menghiasi wajahnya. Air mata yang meleleh lesu dipipinya tadi dikesat dengan tangannya yang comel. Namun bekas-bekas air mata jelas masih kelihatan dipipi montel Sara.

Amir menurunkan Sara dari riba dan berjalan ke meja kerjanya untuk mengambil telefon pintarnya. Telefon dicapai dan kaki melangkah kembali ke arah katil. Sara setia menanti dengan mata yang terkebil-kebil memandangnya. Jari mula menaip.

‘Salam, Mia ni abg Am, Mia dh tido ke? abg Am call Mia skrg bole?’

Amir berfikir sejenak. Eh rasa macam pelik pulak isi kandungan mesej dia. Nanti Mia fikir bukan-bukan pulak. Dah kenapa dirinya nak telefon Mia malam-malam buta. Selama ni pun tak pernah Mia nak bercakap dengan dirinya kalau Sara berbual dengan Mia. Mummy dan Mina pernahlah. Daddy? Tak pernah jugak kot. Dirinya? Lagi lah jangan harap.

Mesej yang ditaip dipadam semula. Jari lincah menaip kembali isi mesej yang ingin dihantar. Dari duduk bersila Amir sudah berbaring meniarap. Sara juga mengikut rentaknya. Mata Sara bersungguh fokus didada telefon Amir. Cuba membaca apa yang ditaip oleh Amir barangkali. Berkerut dahi anak kecil tersebut. Mana hendak difaham apa yang ditaipkan oleh ayahnya kalau Amir menggunakan short form untuk menaip mesej. Tergelit lidah Sara yang merangkak-rangkak unutk mengeja!

‘Salam, Mia ni abg Am, sory kalau gnggu Mia mlm2 ni. Mia dh tido ke? Sara ni tak boleh tido merengek nak kol Mia..rindu sngt kat Mia katanya.. abg Am call Mia skrg bole?’

Mesej yang ditaip lebih panjang. Menyatakan segala sebab mengapa dia ingin menelefon Mia dikala malam-malam buta begini. Setelah berpuas hati butang send disentuh. Pesanan dihantar. 

Sepuluh  minit telah berlalu namun tiada tanda yang Mia membalas mesejnya sebntar tadi. Keluhan kecil dilepaskan. Pandangan ditala kepada Sara yang sedari tadi bergolek-golek di atas katilnya yang bersize king  itu. Sambil bergolek bola mata Sara setia memandang telefon pintar Amir. Sabar menunggu.

“Sayang, kakak tak balas pun mesej ayah. Kakak dah tidur agaknya. Esok ye Sara call kakak?” memujuk hati puterinya. Riak teruja yang tadi menghiasi raut wajahnya anaknya tadi menghilang.

Sara menggangguk kecil mendengar pujukan si ayah. Mengerti apa yang dikatakan si ayah. Dari bergolek-golek tak tentu arah Sara bangun dan membetulkan posisi dirinya. Meletakkan kepalanya di atas bantal dengan selesa.

Amir memandang perilaku Sara dengan redup. Dia bangun untuk mengemas fail-fail dan sketching  banggunan yang berselerak di atas meja kerjanya. Esok sahaja dia akan menyambung kerja-kerja yang belum selesai. Selepas menutup lampu bilik dia mendapatkan Sara yang kini sudah hilang dibawah comforter tebal berwarna putih yang lembut. Hanya kepalanya sahaja yang kelihatan disebalik suasana malap hasil dari lampu kecil dimeja kerjanya yang dibiarkan terbuka. Comforter diselak dan tubuhnya dibaringkan rapat disebelah Sara. Tubuh kecil itu ditarik ke dalam pelukannya. Tangan Sara yang comel membalas pelukan Amir.

“Selamat malam sayang. Sara dah baca doa tidur?” Amir bertanya perlahan. Sara menggeleng.

“Okay Sara tadah tangan ayah baca ya. Bismillahirrahmanirrahim. Bismika Allaahumma ahyaa wa amuut. Amin.”

“Amin.” Sara mengaminkan doa.

“Selamat malam ayah. Sara sayang ayah.” Pipi Amir dikucup perlahan. Amir membalas dengan mengucup dahi Sara lama.

“Selamat malam sayang. Ayah pun sayang dekat Sara.” Pelukan terhadap Sara dieratkan. Mata dipejam. Tidak lama selepas itu si anak dan si ayah hanyut dalam mimpi masing-masing.


………………………………………


Jam loceng diatas meja dikerling sekilas. 2.05 minit pagi. Telekung yang masih bersarung semejak dari bilik Fatimah tadi dibuka dan dilipat kemas sebelum disangkutkan ke panyidai baju. Botol air mineral jenama Cactus yang elok terletak di tepi katil dicapai. Diteguknya perlahan menghilangkan dahaga yang mula terasa. Setibanya dia di kolej kediaman lewat petang tadi terus mengemas beg yang dibawa ke tasik banding. Baju kotor diasingkan ke dalam bakul manakala baju bersih yang masih tidak dipakai lagi disimpan kembali ke dalam locker baju.

 Usai solat magrib Fatimah pula datang menjenguk biliknya. Menjemput dirinya datang ke ‘party makan-makan’ yang dianjurkan oleh dia. Dari selepas magrib tadi dia ber-’party’ di bilik Fatimah. Sudah awal pagi baru reti nak balik ke bilik sendiri.

Teringat ’party makan-makan’ yang dihadirinya sebentar tadi Mia tersenyum. Semenjak membajak ilmu dibumi Perlis ini dia mula kenak  istilah ‘party makan-makan’. Mula-mula Mia ingat party makan-makan ni sungguh-sungguhlah party untuk makan sahaja. Sewaktu pertama kali dijemput oleh kakak senior memang dia teruja nak ikut serta. Siapa tak nak makan free. Sekali bila sudah join baru dia tahu apa sebenarnya agenda utama disebalik party makan-makan ni.

Tujuannya adalah untuk merapatkan ukhuwah dan berkongsi ilmu agama yang dimiliki. Sebelum solat Isyak tazkirah ringkas akan diberikan oleh si pengajur party atau sesiapa sahaja yang ingin berkongsi ilmu baru yang diperoleh. Kemudian solat isyak berjemaah. Selesai solat berjemaah acara makan-makan dimulakan. Makan secara santai sambil membincangkan isu-isu semasa dalam dunia Islam. Akhir sekali barulah mereka bertalaqi membaca Al-quran bersama dan bertaddabur ayat-ayat yang dibaca. Sebelum party tamat mereka akan bersolat sunat terlebih dahulu secara sendirian mahupun berjemaah. Dari kata lain party makan-makan ini boleh dikira sebagai majlis usrah atau bulatan gembira lah. Tapi saja ditukarkan istilah menjadi party makan-makan unutk menarik minat junior-junior baru atau kawan-kawan menyertainya. Sambil makan mengisi perut dapat juga mengisi minda dan hati dengan ilmu-ilmu agama. Party ini selalunya dianjurkan pada malam-malam minggu atau pada hari cuti am. Senang boleh tidur lambat. Kadang-kadang Mia juga menganjurkan party makan-makan ini. Selama dirinya mengikuti party ini banyak ilmu yag dipelajarinya.

Telefon bimbit nokia 3310 nya sengaja ditinggalkan di atas katil sewaktu hendak pergi ke bilik Fatimah diambil. Ada mesej dari nombor yang tidak dikenali. Mesej dibuka dan dibaca. Mia tersenyum. Dari abang Am rupanya. Waktu mesej tersebut dihantar diperiksa, 1.20 pagi. Teringat Sara. Ah dirinya pun sudah rindu hendak mendengar celoteh Sara. 

Jam di telefon bimbit menunjukkan 2.15 pagi. Hendak membalas mesej tersebut pun dirasakan tak berguna. Pasti Sara sudah tidur. Abang Am? Dia tidak pasti. Esok hari Ahad. Hari tidak bekerja. Ada kemungkinan besar abang Am masih berjaga. Tapi kalau dia membalas mesej tersebut pun apa gunanya kalau Sara sudah tidur. Tak kan dia hendak berbual dengan abang Am pulak. Tak manis dan tidak elok. Akhirnya Mia memutuskan untuk tidur sahaja. Esok sahaja dia akan menelefon Mak cik Isabella. Badan direbahkan di atas katil mencari posisi yang selesa. Doa dibaca sebelum bibir mengalunkan tasbih. Akhirnya Mia tertidur dikala bibir bertasbih memuji Allah yang satu. Terbuai ke dalam kehidupan mati yang sementara.

...................................................................................................................
bersambung...

p/s : yeay post entry baru lagi...=DDD  semuga terhibur... dah baca jangan lupa komen ya..komen mana2 yang patut..nak kritik2 pun boleh...baru saya tahu kat mana kelemahan saya sibudak-baru-belajar-mengarang ni..=)


Assalamualaikum anda!! =D

Tuesday, 10 July 2012

Novel :: Chap 9 :: Takdir Yang Mengekori Diri..




“Ka…ka..kakak jangan lupa Mia tau. Kakak kena ka..kawan Sara sampai bila-bila. Nan…nanti Mia suruh nenek call kakak.” Tesedu-sedan Mia .

 Air mata laju membasahi pipi montelnya itu. Sedih kerana selepas ini tidak akan ada kakak yang akan sabar mengikut kerenahnya.  Mia yang sedari tadi cuba menahan tangisan yang menelan air liur. Terasa berat hati mahu mengucapkan selamat tinggal kepada Sara. Selama 12 minggu dia mengasuh Sara banyak kenangan yang telah dicipta bersama. Mia sehabis boleh tidak mahu menitiskan air mata. Dia tidak mahu membuatkan suasana yang sedih ini bertambah hiba. Air mata di tubir mata dikesat sebelum sempat mencemar pipinya. Mia senyum dalam  kepahitan. Merendahkan dirinya separas dengan Sara yang memeluk kakinya.

“Sara sayang, tak mahulah nangis macam ni. Dah tak comel dah adik kakak ni. Sara jagan risau nanti kakak call Sara ya? Hari-hari kakak call Sara. Okay?”

“Kakak  janji?” Sara menghulurkan jari kelingkingnya. Kononnya ingin membuat pinky promise.

Mia yang melihat huluran jari Sara tersenyum. Mana lah Sara belajar berjanji menggunakan pinky promise ini. Namun melihat Sara kelihatan serius menantikan dia mengikat janji dengan pinky promise Mia mengikutkan sahaja karenah Sara. Jari kelingkingnya ditautkan dengan jari kelingking Sara yang comel.

“ Kakak janji. Tapi Sara pun kena janji dengan kakak. Sara kena jadi budak baik, dengar cakap ayah,cakap nenek, cakap atuk. Okay?”

“Sara janji.”

“Sara pun kena janji dengan kakak yang Sara akan rajin belajar. Tak mahu malas-malas. Kalau Sara malas nanti kakak tak mahu kawan Sara dah. Boleh?”

Sara menganggukkan kepala. Tanda berjanji. Tautan jari kelingking dileraikan. Mia membawa Sara dalam pelukannya. Dia pasti akan merindui Sara!

Makcik Isabella yang melihat adegan antara Mia dan Sara mengesat air mata. Sebak hatinya melihat air muka Sara yng ketara menunjukkan rasa sedihnya yang terpaksa berpisah dengan Mia. Dalam hati dia semakin nekad untuk menjodohkan Mia dengan Amir. Dia pasti dengan kehadiran Mia dalam keluarga ini pasti suasana keluarga mereka akan bertambah meriah. Sara juga pasti berasa gembira. Segala rancangannya untuk menyatukan anak bujangnya itu dengan Mia harus dilaksanakan segera. Dia tidak mahu Mia terlepas dari menjadi menantu di rumah ini. Esok dia akan bertanya kepada Amir benar atau tidak anak bujangnya itu menyimpan perasaan terhadap Mia. Kalau benar senanglah kerjanya untuk menyatukan Mia dan Amir. Tapi sebenarnya dia pasti yang Amir memang menaruh perasaan terhadap Mia. Mata tuanya tidak bodoh unutk melihat bagaimana Amir selalu mencuri-curi pandang Mia. Sinar di mata anak bujangnya apabila melihat Mia ketara lain dari melihat orang lain. Dia hanya mahu memastikan sahaja.

Di satu sudut Amir mengesat air mata yang terbit. Tidak mahu orang lain mengesannya. Lebih-lebih lagi Mina yang berdiri disebelahnya. Kalau si sepupu seorang ini ampak air mata lelakinya jatuh pasti tujuh keturunan dia disakat oleh Mina. Mahu kepada semua kawan-kawan dia dicanang nanti. Buat jatuh air muka sahaja. Lagi-lagi kalau si kawan baik, Adrian bergabung tenaga dengan Mina. Memang haru hidupnya nanti.

Mata dikelip-kelipkan. Menghalang air mata daripada terbit. Melihat Sedih tangisan Sara hatinya sedih. Sedih tengok tangisan Sara atau sedih sebab lepas ni kau dah tak berpeluang jumpa Mia? Hati kecilnya menyoal. Amir menggelengkan kepala. Menghalau bisikan nakal yang berlegar di mindanya. Dia sedih sebab melihat Sara sungguh-sungguh menangis bukan sebab lain. Matanya dilarikan daripada Sara kepada Mia yang kini memeluk Sara. Satu perasaan kelat muncul dalam hatinya. Okay dia mengaku. Dia pun sedih sebab selepas ni dia tidak boleh berjumpa Mia lagi. Baru rasa hatinya terhadap Mia berputik Mia pula berhenti kerja. Kemana nak disalurkan rasa indah yang membuak-buak dihatinya ini? Gusar bila memikirkan mungkin sahaja di universiti nanti Mia akan berjumpa dengan lelaki lain dan akhirnya jatuh cinta. Tapi rasanya tidak logik pula Mia akan bercinta dengan lelaki lain melihatkan penampilan Mia yang menjaga batas-batas aurat itu. Tapi mana tau ada lelaki yang terpikat dengan Mia dan menghantar rombongan meminang untuk Mia. Haa..kala itu memang makan hati lah Amir dibuatnya.

Ibu bapa Mia yang berdiri sebelah ayahnya dipandang. Dia tidak begitu mengenali dan rapat ayah Mia. Hanya pernah beberapa kali bertegur sapa. Tidak seperti daddy yang kelihatan rapat benar dengan ayah Mia. Manakan tidak daddy sudah bertemu dengan orang yang sekepala denganya. Kaki pancing. Pernah juga mummy beritahunya yang daddy mengikut ayah Mia memancing tetapi dia hanya memandang ringan perihal itu. Tetapi demi menawan hati Mia dia haruslah menawan hati ibu bapa Mia terlebih dahulu. Ibu Mia dipandang. Masih cantik Mak cik Salmah dalam pandangannya. Makcik Salmah 9 tahun lebih muda dari mummy. Wajah Makcik Salmah yang tulus itu diwarisi oleh Mia. Sedang ralit dia membandingkan wajah Mak cik Salmah dengan Mia tiba-tiba terasa dirinya disiku.

“You ni pandang Makcik Salmah tu lama-lama kenapa? I taulah makcik Salmah tu masih muda cantik tapi isteri orang tu. Mia you nak campak mana?” bisik Mina perlahan.

“Huish..you ingat I gila ke Mina, I taulah. I cuma bandingkan muka Mia dengan mak dia lah.” sangkal Amir  juga berbisik.

“Mana lah tahu.” Mina senyum sinis.

“Diamlah. Bising je mulut you ni.”

“ You kata I bising?? Okay I nak jadi bising. I report you suka anak dara dorang dekat Makcik Salmah baru you tau.” Ugut Mina seraya melangkah konon-kononya hendak pergi kearah Makcik Salmah.

“Eh..eh..you jangan lah, I main-main je tadi..i’m sorry okay. You mana ada bising. You lah sepupu yang paling I sayang.” Kalut Amir Amir menahan Mina. 
Mina tergelak kecil. Tahu takut si Amir ini. Tak sabar pulak nak tahu macam mana Amir nak memikat hati Mia. Amir ni dah lah kayu je kalau dengan perempuan.

“Okay lah makcik pakcik, saya balik dulu. Nanti apa-apa saya call makcik dan pakcik. Terima kasih kerana bagi saya tinggal kat rumah pak cik dan makcik. Halalkan makan minum saya sepanjang saya jadi pengasuh Sara.” Mia menyalam Makcik Isabella. Kemudian kedua pipi wanita itu dikucup. Selepas itu dia pergi kearah Mina dan menyalami Mina.

“Ada rezeki panjang umur kita jumpa lagi kak Mina.” Mina tersenyum dan mengangguk.
Mata Mia beralih daripada Mina kepada Amir. Kepala ditundukkan sedikit tanda hormat.

“ Terima kasih Abang Am. Halalkan gaji saya yang abang Am bagi ye.” Kata Mia perlahan.
Amir seperti Mina hanya menganggukkan kepala.

“Nanti kalau senang-senang datang melawat kami semua. Mesti Sara nak jumpa lagi kakak kessayangan dia ni.” Amir mendukung Sara yang tersedu sedan.

“InsyaAllah saya akan datang. “ balas Mia.

“Oh ya terima kasih  hadiahkan Sara tudung dan telekung. Sepatutnya abang Am sebagai ayah yang beli semua tu ini Mia pulak yang susah-susah beli.”

“Eh takde lah susah abang Am. Saja nak bagi hadiah dekat Sara ni. Oh hadiah untuk abang Am pun ada, Mia pass dekat Makcik Isabella tadi.” Balas Mia.

Amir kaget bila mengetahui Mia juga menyediakan hadiah unyuk dirinya. Sebenarnya dia agak terkilan dan kecil hari bila tahu yang Sara,mummy,daddy dan Mina mendapat hadiah dari Mia. Penat  dia makan hati tadi bila Mina dengan riaknya menayang selendang yang dihadiahi oleh Mia tadi. Senyum lebar menghiasi bibir Amir. Tiba-tiba rasa teruja ingin mengetahui apa yang dihadiahkan kepadanya.

Kereta ayah Mia menyusur meninggalkan perkarangan bangle milik Tan Sri Iskandar. Semua penghuni bangle mewah tersebut melambai Mia sehingga kereta Honda Vios milik ayah Mia hilang dari pandangan mata. Amir merenung kepekatan malam sambil memujuk Sara yang masih teresak mengagis dalam pelukannya. Keluhan berat dilepaskan sebelum dia menyusul Mina dan Tan Sri Iskandar masuk ke dalam rumah.Mak cik Isabella yang mendengar keluhan Amir tersenyum. Jangan risau Amir, Mia pasti akan kembali ke rumah ini. Bukan sebagai pengasuh Sara tetapi sebangai menantu.
……………………………………………………………………………………………………………………………
p/s: sory kalau boring dan hambar..huhu

Assalamualaikum anda!

Monday, 25 June 2012

Mainstream?? aku tetap pilih siHitam..

Assalamualaikum anda!!!

     Alkisahnya semalam aku telah dipaksa oleh puan ibu untuk mengikut beliau ke Jalan Tar untuk membeli tudung..dengan rengekan tidak mahu ikut akhirnya secara misteri sampai juga ke jalan Tar...ini misteri kerana seingat aku naik sahaja kereta aku merehatkan diri dengan bersandar selesa..tiba-tiba  sudah sampai di jalan Tar..Apa ini?? kenapa tiada memori perjalanan dari rumah ke jalan Tar dalam benak minda aku??? misteri..kehkeh..

     Dan setelah sejam ke hulu ke hilir akhirnya tiada apa yang dibeli..huuuu... mengapa situasi ini berlaku???? mengikut hipotesis dan pemerhatian yang dibuat..ini adalah kerana TUDUNG SARUNG DAN BAWAL BERTONA SANGAT MAINSTREAM.. sehingga 98% peratus kedai tudung yang dilawati pasti jual tudung-tudung mainstream ini.. dimanakah harus aku cari tudung feveret Akel ??( mohon tudung Rozelle tidak kecik hati..kamu masih disukai) dimana?? dimana?? puas mata meliar ke kiri, ke kanan menjeling manja setiap kedai...siapa tahu tudung feveret yang dicari tertanam atau terselit dicelah-celah tudung mainstream tersebut...

Tudung Mainstream : Tudung Sarung


Tudung Mainstream : Tudung Bawak Bertona


    Akhirnya setelah jerih menjeling, mata meliar ke kiri kekanan tudung dikehendaki berjaya ditemui..ada satu kedai ni menjual perlbagai jenis tudung akel.. perasaan ketika ini boleh diumpamakan terjumpa gula dalam celah-celah pasir disaat kopi yang diminum pahit teramat..eheh.. kala ini aku bersama encik ayah..puan ibu dan cik adik perempuan tidak diketahui kedudukannya...setelah setengah jam berfikir, bertanya pandangan encik ayah..berfikir kembali..membayangkan rupa sendiri memakai tudung yang dipilih..bertanya lagi pandangan encik ayah..mengenal pasti jenis warna dan corak di setiap tudung yang berkenan..mengingati setiap baju yang ada dalam almari bagi memastikan tudung yang bakal dipilih matching dengan baju yang dimiliki..mengingat kembali helaian tudung yang dimiliki kerna tidak mahu membeli tudung yang sam ton warnanya..dannn..akhirnya..saat yang ditunggu oleh encik ayah yang sudah mula tunjuk muka bosan tiba..keputusan telah dibuat..muktamad..harga dirunding..duit bertukar tangan..baki dipulangkan..

     Akhirnya aku telah membeli tudung akel bidang 60 berwarna HITAM...hahahaha....encik ayah ketara menunjukkan muka tidak puas hati kerana setelah pelbagai proses yang dilalui untuk memilih tudung yang dikehendai akhirnya aku memilih tudung tudung akel yang plain dan bewarna hitam,..namun apa kan daya encik ayah kerna aku sudah terlanjur jatuh hati dengan tudung hitam tersebut...hahaha..kata encik ayah..

" kakak ni dah ada berapa tudung hitam ni?? pilih lah kaler lain..biru ke..cekelat ker..ni kelabu ni cantik.."

hehe..maafkan kakak encik ayah..setelah berfikir secara mendalam..kakak rasa tudung hitam paling cantik dan matching dengan sume baju kakak..hehehe..

Tudung Feveret : Akel 60

Jadi apa yang cuba aku ketengahkan dalam entry ini?? walaupun tudung sarung dan tudung bawal tiga tona sangat mainstream sekarang ni..aku masih setia dengan Akel Hitam..hahahaha..diharap Rozello tidak kecik hati dengan kenyataan ini..bukan aku menidakkan kehadiran mu tetapi..datanglah jenama apa sekali pung..Akel pilihan hati..kehekeh.

Assalamualaikum anda!! =D

Monday, 18 June 2012

Hoorayy..Ini Masa Kebangkitan!!!


Assalamualikum anda!!


Saya dengan ini rasa gembira kerana Ikhwan Muslimin telah menang pilihanraya Mesir..wehuuu..Tahniah Dr.Mohamad Morsi..




 Beliau ialah presiden Mesir pertama yang dipilih berdasarkan sistem demokratik..dan paling best nye beliau merupakan seorang Al.Hafiz yang menghafal Al-Quran..semoga Mesir lepas ni akan menjadi sebuah negara yang lebih hebat dari sekarang dan tidak lagi menjadi tali barut pihak Israel..dan semoga beliau memimpin Mesir berlandasan Al-Quran dan Sunnah sepenuhnya..Bangkitlah MESIR dan pertahankanlah negara yang ditindas Israel!!!!  \\(^-^)//


Assalamualaikum anda!! =D

Wednesday, 13 June 2012

OH FINAL! YEAY CUTI!

Assalamualaikum anda! =)

Dah bersawang nye blog ni..berkurun dah tak update sampai aku pun dah terlupa aku ada blog sebenarnya..hehehe..sesape yg terbaca cerita kanak-kanak yang aku kekonon nak try menulis tuh dan ter-follow pulak cerita tu nanti dah abis final insyaAllah akan ada entry berterusan..buat masa ni tak dapat lah ye..sekarang tengah final..sibukssssss..hope this sem aku temasuk lah dalam golongan-golangan dean list..amin..


11 June - [Maths]
13 June - [BM]
16 June - [Microb]
18 June - [Phy Chem]
20 June - [Material Balance]
22 June - Balik kampung!!!! =D

Kepada sesape yg tengah amik final exam jugak gud luck kepada anda semua..semoga kita tergolong dlmgolongan dean list bila kuar result nanti..




Tak sabar nak cuti..hehe..emosi tak stabil..cuak for exam and excited nak cuti..


Assalamualaikum anda!!

Wednesday, 18 April 2012

my generation =)

Assalamualaikum anda!!

 Ya saya tahu dah lame blog ni bersawang tader entry...sorry lah ye..saya betul-betul sibuk sem ni..semalam pun baru pukul 3 pagi baru dapat tidur..banyak kerja yang harus disettlekan..menjadi first batch untuk course baru memang meletihkan...tader senior and we have to handle everything by ourselves despite our hectic schedule. =(

Jadi dengan dengan berbekalkan keazaman yg tak seberape ni we all 27 manusia ( classmates) ni terpaksa involve dlm semua aktiviti universiti.. Belum pun siap assignment yang ada lecturer-lecturer lain dah berlumba-lumba bersaing nak bagi assignment jugak..wuwu.. T.T never end assignment.. Jadi tak sempatlah saya nak menaip entry utk novel..maaf lah kepada sesiapa yang tertunggu entry terbaru dari saya ( mcm lah ada orang tunggu dan bace cerita kau zany!!!) *syok sendiri*

Jadi entry ni sebenarnya say nak kongsikan satu video..seriously i have done all the things in this video..wuwu..mmg nostalgia betul tengok video ni..paling suka part main 'bukit kepong; dan pensel yang boleh tukar-tukar mata tuh..hahaha..mmg rock la sape yang lahir dlm tahun 90-an ni...Hahaha...

Jadi adakah korang jugak penah buat dan main sume game dalam video ni??? kalau ye korang mmg awesome!!!
Enjoy!



=D

Assalamualaikum anda!!

Friday, 23 March 2012

Novel :: Chap 8 :: Takdir Yang Mengekori Diri..



enjoy =D

       Hari Jumaat. Akhirnya tiba juga hari ini. Hari terakhir Mia berkhidmat sebagai pengasuh kepada Sara. Usai solat subuh dan mengaji Mia mengajak Sara turun ke bawah sedikit awal dari kebiasaan. Sara yang sememangnya sudah terjaga sebelum  Mia bangun berwajah kelat. Sedih mengenangkan hari ini merupakan hari terakhir Mia bersamanya. Semalam ayah memberitahu dirinya bahawa hari ini merupakan hari terakhir kakak akan duduk di rumah ini. Selepas ini kakak akan belajar jauh. Jadi kakak tidak boleh selalu datang jumpa dirinya. Sedih Sara mendengarrkan kata-kata ayahnya. Pada mulanya Sara tidak mahu mempercayai kata-kata ayahnya kerana kakak pernah berjanji akan menjad kawannya sampai bila-bila dan tidak akan meninggalkan dirinya. Lansung dia mencari Mia dan bertanyakan kebenaran yang ayahnya beritahu kepadanya sebentar tadi. Mendengar jawapan Mia terus Sara menagis tidak berhenti.

          Akhirnya sepanjang malam Mia memujuk Sara agar tidak bersedih. Macam-macam janji yang ditaburkan Mia bagi memujuk hati anak kecil yang sedih itu. Dalam hati Mia agak bengang jugak dengan Amir kerana memberitahu perihal pemberhentiannya sebagai pengasuh Mia. Dia bukan tidak mahu berterus terang kepada Sara dan membiarkan Sara tertanya-tanya tetapi dia mempunyai rancangan sendiri bagaimana mahu meyampaikan berita itu kepada Mia. Berhari-hari dia memerah otak memikirkan cara terbaik untuk memberitahu perihal pemberhentiannya ini agar sekeping hati Sara yang rapuh itu tidak terlalu sedih. Namun punah segala rancangannya. Sara yang berlari mendapatkannya selesai sahaja dia bersolat Isyak dengan wajam yang suram bertubi-tubi menyoal kebenaran yang baru didengari dari ayahnya.

        Sepanjang malam dia memujuk Sara sehinggalah Sara tertidur dalam pelukannya dengan pipi yang masih baru dicemari air mata. Dan sebaik sahaja Mia membuka mata pagi tadi terhampar wajah Sara yang masam terkebil-kebil memandangnya. Tiada senyuman dan sapaan manja seperti hari-hari sebelumnya. Monyok sahaja wajah anak kecil yang berkulit putih itu. Dan sekali lagi terjadi adegan pujuk-memujuk antara Sara dan Mia. Selepas itu barulah ada senyuman yang terukir di bibir Sara walaupun senyuman tersebut tidaklah semanja selalu. Dalam hati Mia rasa sebal dengan Amir kerana  merosakkan rancangan yang dirancangan!

         Mia menolong bibik menghidangkan sarapan di meja walupun sudah banyak kali ditegah oleh bibik. Mia hanya mendengar sahaja bebelan bibik dalam loghat indonnya. Sesekali  Mia ketawa mendengar riuh mulut bibik membebelkan dirinya dengan bahasa yang tidak berapa difahaminya. Sara yang dari tadi mengekorinya juga tersengih-sengih melihat bibik membebelkan kakaknya. Mia lega kerana Sara sudah tersenyum dan tidak seperti keadaan semalam yang menagis tidak berhenti menagih janjinya supaya tidak meninggalkan dirinya. Mak cik Isabella  yang sedari awal juga menegah dirinya menolong akhirnya mengalah. Faham benar dengan perangai Mia yang sememangnya rajin menolong itu.  Hanya pembantu rumahnya sahaja yang tidak henti mengomel kerana kerjanya berkurang kerana telah dibuat oleh Mia. Bibiknya yang berasal dari Acheh itu memang pantang kalau ada orang megambil alih tugasnya. Mulalah mulutnya riuh membebel dalam lohgat indonesianya.

               Suara riuh rendah di ruang makan mengamit Amir yang baru sahaja turun. Mulut yang menguap ditutup dengan telapak tangan. Rasa mengantuk menguasai diri. Manakan tidak rasa menegantuk kalau semalaman dia tidak langsung dapat melelapkan mata. Resah dengan perasaan indah yang bertapak dihatinya. Kemudian boleh pulak dia termenung teringat perihal arwah Amira. Letih rasa seluruh badannya. Lesu. Kalau diikutkan hati memang lepas subuh tadi dia ingin tidur tapi bila memikirkan hari ini merupakan hari terakhir Mia disini digagahkan juga dirinya menapak ke bawah. Wajah polos itu ingin ditatapnya. Ada rasa rindu membelit hati pabila semalam dia tidak melihat wajah. Selepas sahaja pulang dari Midvlley dia tidak langsung menatap wajah gadis berkaca mata itu. Amir tersenyum. Ah hatinya sudah pandai merindu.
Amir melangkah perlahan menghampiri meja makan. Sara kelihatan terkinja-kinja mengekori Mia ke dapur. Mummy yang baru sahaja duduk disapanya.

“Assalamualikum mummy. Morning. Daddy mana?”

“Waalaikumsalam Am. Daddy kamu ada dekat atas. Lepas Subuh tadi Daddy sambung baca buku Sirah yang dipinjam dari kamu kelmarin.”
    Amir hanya mengganguk mendengar jawapan Makcik Isabella. Dia melabuhkan duduk. Matanya memandang juadah sarapan yang terhidang. Terasa sedikit lain dari kebiasaan. Selalu juadah yang dihidangkan hanya juadah yang ringkas tetapi hari macam-macam juadah yang terhidang. Nasi Lemak, Bihun Goreng, Nasi Goreng, Sosej dan pelbagai jenis kuih muih. Dah macam nak buat kenduri je gamaknya.

“Mummy banyaknya makanan. Ni nak sarapan ke brunch terus ni mummy?? Ke mummy nak buat kenduri? Baru pukul 8  pagi ni mummy.” Soal Amir.

“Ni semua si Mia lah punya kerja. Dia kata last day dia dekat rumah ini dia mahu menjamu penghuni rumah ni dengan masakannya. Mummy nak menolong pun dia tak bagi. Bising mulut Bibik kat dapur tuh bila Mia melarang bibik menolongnya.” Balas Makcik Isabella sambil tertawa kecil. 
    Lucu mengenang karenah Mia pagi tadi. Sungguh-sungguh benar dia memasak pagi tadi. Dirinya dan bibik yang mahu menolong keras ditegahnya. Kata Mia dia sudah ada assistant. Bila ditanya siapa adapula Sara yang dijawabnya mendapat mandat menjadi assistant dirinya. Sara di dapur hanya membuntuti Mia kehulur kehilir. Sesekali Mia membiarkan Sara membentuk kuih donut. Sudah berbagai bentuk dah kuih donut yang terhidang. Banyak betul juadah yang dimasak oleh Mia. Nasib baik semua juadah yang dimasak dalam kuantiti yang sedikit. Kalau banyak memang dia boleh buat kenduri seperti kata Amir tadi. Dalam diam sebenarnya dia berasa kagum dengan Mia yang tidak kekok di dapur. Lincah tangannya memotong bahan rencah dan menumisnya. Hanya sesekali khidmat bibik diperlukan itukan untuk menujukkan dimana terletaknya garam dan gula.

        Mendengar kata-kata  mummy bahawa Mia yang memasak semua juadh yang terhidang selera terbuka luas secara tiba-tiba. Tidak sabar pula rasanya ingin merasa juadah dari air tangan gadis yang berjaya mencuri hatinya itu. Pelbagai juadah yang terhidang dipandangnya satu persatu. Tiba-tiba semua juadah tersebut dirasakan amat menyelerakan. Minda mula merancang juadah yang mana satu yang ingin dijamahnya dahulu. Keliru pulak rasanya. Terpandangkan kuih-muih yang cantik tersusun di atas piring nekad untuk menjamah kuih-muih tersebut dahulu tetapi pabila menghidu aroma nasi lemak yang begitu meyelerakan lidah terasa ingin merasa nasi lemak tersebut dahulu. Pening Amir memikirkan.

“Wah, banyaknya juadah untuk sarapan pagi ni Mak su. Nak buat kenduri ke ni?” suara Mina yang tiba-tiba kedengaran mengalih tumpuan Amir yang masih keliru membuat keputusan. Wajah Mina dikerling sekilas. Terasa malu pula bila Mina sudah mengetahui rahsia dihatinya ini.

“Tak adalah Mina, ni Mia yang masak semua ni. Katanya nak menjamu kita semua sempena hari terakhir dia bekerja disini.” Mina yang mendengar jawapan Mak cik Isabella mengangkat kening.
       Kagum dengan kemahiran memasak Mia. Tidak macam dirinya. Benda yang paling tidak disukainya adalah memasak. Bukan tidak suka sebenarnya tetapi setiap kali dia mencuba memasak pasti tidak jadi. Hangitlah, mentahlah, terlebih masak lah akhirnya dia sudah malas mahu mencuba.
“Untung bakal suami Mia nantikan Mak su. Sudahlah pandai menjaga budak-budak, penyayang, pandai memasak pulak tu.” Mia memuji sambil matanya memandang tepat kea rah Amir. Tersengih-sengih dia. Sengaja mahu mengusik Amir.

“Betul tu. Kan Amir?” Balas Makcik Isabella. 
      Sengaja dia bertanya kepada anak bujangnya itu. Bukan dia tidak Nampak betapa bercahayanya mata Amir bila dia memberitahu semua juadah yang terhidang adalah air tangan Mia. Perilaku Amir yang sedari tadi sekejap-kejap menjeling ke arah dapur juga diperhatikanya. Di tambah lagi bila Mina tersengih-sengih mengusik pabila memuji Mia sebentar tadi. Hati tuanya tidak bodoh untuk menangkap semua makna itu. Nampaknya memang senang lah rancanganya untuk menjodohkan Amir dengan Mia.

      Amir yang mendengar pertanyaan mummynya tersentak. Kelu lidahnya untuk membalas. Dia hanya mampu tersenyum dan mengangguk sahaja mengiyakan kata-kata mummuy sebenatar tadi.  Muka sengaja diriakkan tenang padahal detak hati sudah lari sedikit temponya. Alangkah bertuah bakal suami Mia? Memang bertuah kalau dia dapat Mia. Senyuman kecil tersungil dibibirnya namun cepat dia mematikan senyuman itu. Takut Mina dan mummynya perasaan. Kalau baleh biarlah Mina seorang yang tahu rahsia hatinya ini. Kalau mummy dapat tahu memang akan kecoh jadinya.

        Suara Sara yang riuh berckap lepada Mia membuatkan semua yang ada dimeja makan itu berpaling kepada Mia yang sedang melangkah ke arah meja makan. Sara yang masih sibuk berceloteh mengekori Mia dari belakang. Mia melemparkan senyuman manis kepada Mina dan mak cik Isabella. Namun senyuman menjadi tawar bila melihat kelibat Amir. Rasa bengang kerana Amir telah merosakkan rancangan untuk memberitahu pemberhentiannya kepada Sara masih bersisa. Senyuman ala kadar sahaja yang dilemparkan kepada satu-satunya kaum adam yang terdapat di ruang meja makan itu. Melihat ketiadaan Pak cik Iskandar Mia bertanya kepada Makcik Isabella.

“Pakcik tak turun lagi makcik?? Dah pukul berapa ni?”

“Tulah Pakcik kamu tu. Kejap mak cik panggilkan sekejap.” Mak cik Isabella berlalu meninggalkan ruang makan tersebut. Kakinya laju menapak menaiki tangga. Walaupun umurnya hampir mencecah 50 tahun  pada tahun ini namun dirinya masih cergas kerana rajin bercucuk tanam dan berkebun di Taman Orkid kesayangannya itu. 

                      Mia melabuhkan duduk disebelah Mina. Sara dihadapannya yang masih terkial-kial untuk memanjat kerusi di meja makan itu dipandangnya. Memandang Sara yang kini telah dibantu oleh Amir yang duduk dikerusi berhadapan dengan Mina.

“Terima kasih ayah.” Ucap Sara  manja.

“Sama-sama sayang. Pandai anak ayah sekarang ucap terima kasih ye?? Siapa ajar ni?” soal Amir walaupun dia memang tahu pasti Mia yang mengajar Sara mengucapkan perkataan terima kasih itu.

“Kakak ajar. Kakak kata kita kena cakap terima kasih dekat orang yang dah tolong kita. Nanti orang yang tolong kita rasa dihargai.”petah mulut kecil itu berbicara. 
      Mia tersenyum mendengar penjelasan Sara. Sara masih ingat apa yang diucapkannya minggu lepas. Senang  hatinya. Tangannya mula bergerak menyusun atur cawan berserta piring untuk menuang air. Sara pasti mahu Milo. Makcik Isabella dan Pakcik Iskandar pula memang hanya minum air teh O sahaja. Abang Am suka minum Milo macam Sara. Dan dirinya memang air apa pun boleh ditelannya. Air kosong pun dia telan aja pagi-pagi ni. Tak ada masalah. Asalkan air yang dihulurkan kepadanya adalah air yang boleh diminum. Kak Mina?? Perbuatan Mia terhenti. Tak tahu air apa yang digemari kak Mina.

      Mina hanya mendiamkan diri dan memerhatikan perbualan Amir dan Sara. Sesekali matanya dapat menangkap perilaku Amir yang mencuri pandang wajah Mia pabila Mia sibuk menyusun atur cawan untuk dituangkan air. Melihat Mia yang dengan penuh tertib menuang air hinggakan tidak ada setitik air pun yang tertumpah diatas piring yang mengalas cawan kaca brewarna kelabu itu. Kalaulah dirinya jagan kata tertumpah ke piring cawan , sampai ke alas meja pun ada kadang-kadang. Dia memang agak kelam kabut sikit. Asalkan ada air didalam cawan untuk diminum sudahlah. Tumpah tak tumpah belakang cerita.

“Kak Mina nak minum air apa?” pertanyaan Mia menyentakkan Mina dari khayalannya. Nasib baik dia sempat jugak telinganya mendengar pertanyaan Mia sebantar tadi.

“ Akak tak kisah. Mia bagi akak minum air kosong pagi-pagi ni pun akak ok je.”balas Mina bergurau.

       Mia tergelak mendengat jawapan Mina. Bukan kerana lawak atau apa tetapi memikirkan kebetulan apa yang difikirkan sebentar tadi dengan jawapan yang diberikan Kak Mina. Kak Mina memang sempoi seperti dirinya. Mia menuang air Milo didalam  cawan Kak Mina. Sesudah sahaja dia meletakkan teko kelihatan  Pakcik Isabella dan Makcik Isabella menghampiri ruang meja makan itu. Seusai doa dibaca dan diaminkan mereka mula makan. Sesekali terdengar suara Amir mengusik Sara. Berselang-seli dengan suara Mina yang sememangnya banyak mulut itu. Sara pun tidak mahu kalah. Petah mulutnya membalas usikkan dari Amir dan Mina. Jelas keceriaan terpancar diwajahnya. Hilang sudah riak-riak sendu semalam. Mia hanya berdiam diri. Memerhatikan gelagat penghuni-penghuni rumah ini dimeja makan. Sarapan terakhirnya  sebagai pengasuh Sara. Mungkin selepas ini dia akan kembali megunjungi rumah ini tetapi hanyalah sebagai bekas pekerja yang mengunjungi majikannya.  

      Terasa seperti diperhatikan Mia menoleh dari memandang Sara yang rancak melayan Mina berbual. Amir sedang memandangnya dengan riak yang tak dapat dia mengertikan. Mia menunduk menyuap bihun goreng ke mulutnya. Cuba mengendahkan pandangan Amir namun tidak lama. Matanya menjeling. Kelihatan Amir sudah kembali menyertai Sara dan Mina. Aktiviti sarapan pada pagi itu berlansung agak lama. Mungkin kerana banyak masakan yang dimasak oleh Mia. Mereka yang berada di meja itu tidak sudah-sudak memuji masakannya. Sara pula bertambah-tambah makan kuih tepung pelita yang dibuatnya. Rasa kembang hati apabila seisi keluarga itu menyukai makanan yang dimasaknya.

…………………………………………..

      Pada waktu tengahari, Mia membantu Makcik Isabella memasak. Sekali lagi bibik membebel apabila tugasnya sebagai pembantu Mak Isabella ketika memasak telah di ambil alih oleh dirinya. Mia hanya mampu tersenyum mendengar mulut bibik membebel. Tak apalah bibik hari ini ajapun Mia menolong, lepas ni Mia dah tak ada.

        Sementara itu diruang rehat atas Mina, Amir dan Sara rancak bermin congkak. Sara yang sebenarnya beria-ria mengajak ayahnya bermain congkak. Itu pun setelah ajakkannya kepada Mia ditolak lembut oleh Mia. Mia mencadangkan Sara mengajak ayahnya bermain tetapi Sara hanya memuncungkan mulut tanda tidak puas hati. Dia mahu bermain congkak dengan kak Mina bukan dengan ayahnya. Mia yang melihat muncung Sara yang panjang memujuk Sara lembut. Siap mengumpan Sara jika Sara menang nanti dia akan memberi hadiah kepada Sara. Mendengar perkataan hadiah hilang serta merta muncung Sara sebentar tadi. Terus dipanggil dan diajaknya Amir bermain congkak. Amir hanya mengikut sahaja kemahuan puterinya itu. Mina juga sibuk menempel. Orang perempuan lain sibuk memasak dia boleh selamba menyertai Amir dan Sara yang rancak bermain congkak.

“Ayah main tipu!! Mana bolah ayah ambil guli Sara. Ni tempat Sara.” Bantah Sara bila dirasakan Amir bermain tipu.

“Mana ada ayah main tipu sayang. Ayah kan dah ‘mati’ dekat sini. Jadi ayah boom lah lubang Sara yang banyak guli ni. Jadi ayah punya lah guli ni bukan Sara punya.” Terang Amir sabar.

“Alaaaa..nanti Sara kalahlah macam ni. Nanti tak dapatlah hadiah. Ayah kalahlah jangan menang.”rengek Sara manja. Memujuk ayahnya supaya kalah.

“Eh mana boleh ayah kalah. Ayah kan lagi besar dari Sara mestilah ayah kena menang.” Bantah Amir sengaja ingin mengusik Sara. Suka melihat wajah anak daranya itu yang sudak berubah kelat. Comel.

“ Tapi kalau Sara main dengan kakak Sara menang je. Kakak selalu kalah je boleh.” Sangkal Sara.

“ Kakak kalah sebab kakak tak pandai main. Ayah pandai main jadi ayah menanglah.”

“Ayah janganlah pandai main. Bagilah Sara menang.”

“Mana boleh tak pandai main. Ayahkan memang pandai main.” Giat Amir lagi. 
     Wajah Sara yang makin kelat itu dipandangnya. Lucu melihat kesungguhan Sara untuk menang permainan congkak itu. Suka sangat nak mendapat hadiah dari Mia. Apa sajalah hadiah yang dijanjikan Mia kepada Sara sehinggakan Sara betul-betul ingin menang. Kalau dia menang agak-agak Mia nak bagi hadiah jugak tak? Duga hatinya nakal. Kalau lah dia menang dan Mia menghadiahkan  hatinya kepada Amir memang by hook or by crook dia akan pastikan dia menang walau apa jua yang berlaku. Datanglah juara congkak dunia sekalipun akan dia bertarung habis-habisan supaya menang. Ketawa kecil meletus perlahan dari bibir Amir. Kepalanya tergeleng-geleng. Rasa kelakar dengan apa yang baru sahaja difikirkan sebantar tadi. Juara congkak dunia? Ada ke?

“You dah kenapa gelak sorang-sorang ni Amir?? Dah sampai giliran you lah.” Pertanyaan Mina mengembalikan Amir ke dunia realiti. Keluar dari fantasi kebudak-budakannya tadi. Kalau Mina tahu memang siang malam dia akan digelak. Mata melurut ke papan congkak. Terkejut melihat rumah Sara sudah banyak dipenuhi guli. Tidak seperti sebentar tadi hanya bebrapa guli sahaja yang terdapat dalam lubang yang paling besar itu.

“Oooo..Sara main tipu ye? Cakap ayah main tipu Sara yang main tipu. Kenapa rumah Sara dah banyak guli. Tadi sikit je.” Tuduh Amir.

“Mana ada!!! Sara main betul-betullah. Tanya kakak Mina. Kan Kakak Mina?? Sara tak tipu kan.” Cepat Sara menyangkal tuduhan ayahnya.  Siap minta Mina jadi saksi lagi.

“Entah you ni Amir. Sara tak main tipu ok. I jadi saksi. You yang berangan tak sedar diri. Berangan pasal si kakak lah tu.” Sokong Mina sambil mengenakan Amir.

Amir membeliakkan biji matanya. Memberi amaran supaya jangan lebih-lebih membuka cerita. Pandangan ditebarkan ke sekeliling ruang rehat itu. Nasib baik tak ada orang.

“Ayah berangan pasal kakak??” polos Sara bertanya mendengar kata-kata Mina sebentar tadi.

“Eh mana ada! Kak Mina ni saja main-main je. Hah kalau Sara tak tipu mesti kak Mina ajar Sara main kan??” Amir cuba menukar topik. Sara yang mendengar tuduhan ayahnya tersengih-sengih. Tidak menyangkal. Lupa terus soalan yang ditanya kepada ayahnya sebantar tadi.

“Haaaa..tersengih-sengih betul lah ni. Mana aci. Sara minta tolong kak Mina.” Balas Amir. Pandangan tajam dilemparkan kepada Mina. Siap kau nanti Mina! Mina hanya tersenyum mengejek. Tak gentar langsung dengan pandangan berbaur amaran itu.

“Alaa..Sara kecik tak apa. Ayahkan dah besar mana boleh mintak tolong. Sara tak main tipu Sara suruh kak Mina ajar je.” Tegas Sara sambil tersengih manja. 
    Amir mengalih tumpuannya kepada Sara dan hanya menggeleng. Bukan nak dijadikan isu pun sebenarnya. Sengaja dia mencari jalan menukar topik. Dari awal tadi dia sudah berniat untuk membiarkan sahaja Sara menang. Tapi dia sengaja ingin mengusik Sara.  Ingin memeriahkan permainan mereka. Manakan tidak Sara begitu serius ketika bermain. Memang sungguh-sungguh hendak menang lagaknya.

    Akhirnya permainan congkak dimenangi jugak oleh Sara. Usai habis mengira bilangan guli di akhir permainan berdesup Sara berlari ke tingkat bawah. Mahu mengkhabarkan kemenangannya kepada Mia. Kepala digeleng perlahan. Terhibur dengan karenah Sara sejak sudah bercakap kembali ini. Semakin petah berlawan bicara sekarang.

Pandangan dialihkan kepada Mina dihadapannya.

“You ni kan mulut tak ada insuran ye? Nasib baik Sara aja yang dengar. Dan nasib baik jugak I dapat tukar topik. Mulut murai lah you ni.” Seraya itu dilemparkan bantal kecik bersegi empat kepada Mina. Melampiaskan rasa geram. Mina menyambut bantal tersebut sambil tergelak-gelak.

“Rileks lah Am. You ni gelabah tal memasal. Yang you pun boleh dok berangan depan Sara siapa suruh? Betulkan you berangan kan si kakak tuh?”

“Ish mulut you ni nanti I stapler baru tahu. Diam-diam lah sikit cakap tuh. Nanti orang lain dengar lah. Sibuk je. Biarlah I nak berangan pun. Hah you ni kenapa melepak dengan I dan Sara pulak. Orang lain sibuk memasak kat dpur you melangut dekat atas ni kenapa. Macam manalah nak pandai masak. Kesian I dengan Adrian. Nanti kebulurlah dia kalau kahwin dengan you nanti.” Balas Amir sengaja.

“Hish biarlah sibuk!!” bantal kecil ditangannya dibaling ke  rah Amir. Geram. Amir mengelak. 
    Tergelak-gelak dia sambil bamgun meninggalkan Mina yang masih tidak puas hati. Kalau hendak mengenakan Mina memang satu aja modalnya. Ungkitlah pasal memasak memang gadis itu akan bengang. 

     Langkahnya dibawa menuju ke bawah. Tiba-tiba terasa rindu ingin menatap wajah Mia. Aduh!! Parah dah rasanya augaunya  ini.  Baru bebarapa jam sudah meluap-luap rasa rindu didadanya. Memang dah wajib kahwin rasanya ini!!


p/s : sorry lambat..saya sibuksss tak hengat..enjoylah ye..kalau ada silap salah tegurlah..jgn lupe komen tau!

Assalmualaikum anda!! =D