enjoy =D
Hari Jumaat.
Akhirnya tiba juga hari ini. Hari terakhir Mia berkhidmat sebagai pengasuh
kepada Sara. Usai solat subuh dan mengaji Mia mengajak Sara turun ke bawah
sedikit awal dari kebiasaan. Sara yang sememangnya sudah terjaga sebelum Mia bangun berwajah kelat. Sedih mengenangkan
hari ini merupakan hari terakhir Mia bersamanya. Semalam ayah memberitahu
dirinya bahawa hari ini merupakan hari terakhir kakak akan duduk di rumah ini.
Selepas ini kakak akan belajar jauh. Jadi kakak tidak boleh selalu datang jumpa
dirinya. Sedih Sara mendengarrkan kata-kata ayahnya. Pada mulanya Sara tidak
mahu mempercayai kata-kata ayahnya kerana kakak pernah berjanji akan menjad
kawannya sampai bila-bila dan tidak akan meninggalkan dirinya. Lansung dia
mencari Mia dan bertanyakan kebenaran yang ayahnya beritahu kepadanya sebentar
tadi. Mendengar jawapan Mia terus Sara menagis tidak berhenti.
Akhirnya
sepanjang malam Mia memujuk Sara agar tidak bersedih. Macam-macam janji yang
ditaburkan Mia bagi memujuk hati anak kecil yang sedih itu. Dalam hati Mia agak
bengang jugak dengan Amir kerana memberitahu perihal pemberhentiannya sebagai
pengasuh Mia. Dia bukan tidak mahu berterus terang kepada Sara dan membiarkan
Sara tertanya-tanya tetapi dia mempunyai rancangan sendiri bagaimana mahu
meyampaikan berita itu kepada Mia. Berhari-hari dia memerah otak memikirkan
cara terbaik untuk memberitahu perihal pemberhentiannya ini agar sekeping hati
Sara yang rapuh itu tidak terlalu sedih. Namun punah segala rancangannya. Sara
yang berlari mendapatkannya selesai sahaja dia bersolat Isyak dengan wajam yang
suram bertubi-tubi menyoal kebenaran yang baru didengari dari ayahnya.
Sepanjang malam dia memujuk Sara sehinggalah Sara tertidur dalam pelukannya
dengan pipi yang masih baru dicemari air mata. Dan sebaik sahaja Mia membuka
mata pagi tadi terhampar wajah Sara yang masam terkebil-kebil memandangnya.
Tiada senyuman dan sapaan manja seperti hari-hari sebelumnya. Monyok sahaja
wajah anak kecil yang berkulit putih itu. Dan sekali lagi terjadi adegan
pujuk-memujuk antara Sara dan Mia. Selepas itu barulah ada senyuman yang
terukir di bibir Sara walaupun senyuman tersebut tidaklah semanja selalu. Dalam
hati Mia rasa sebal dengan Amir kerana
merosakkan rancangan yang dirancangan!
Mia menolong
bibik menghidangkan sarapan di meja walupun sudah banyak kali ditegah oleh
bibik. Mia hanya mendengar sahaja bebelan bibik dalam loghat indonnya.
Sesekali Mia ketawa mendengar riuh mulut
bibik membebelkan dirinya dengan bahasa yang tidak berapa difahaminya. Sara
yang dari tadi mengekorinya juga tersengih-sengih melihat bibik membebelkan
kakaknya. Mia lega kerana Sara sudah tersenyum dan tidak seperti keadaan
semalam yang menagis tidak berhenti menagih janjinya supaya tidak meninggalkan
dirinya. Mak cik Isabella yang sedari
awal juga menegah dirinya menolong akhirnya mengalah. Faham benar dengan
perangai Mia yang sememangnya rajin menolong itu. Hanya pembantu rumahnya sahaja yang tidak
henti mengomel kerana kerjanya berkurang kerana telah dibuat oleh Mia. Bibiknya
yang berasal dari Acheh itu memang pantang kalau ada orang megambil alih
tugasnya. Mulalah mulutnya riuh membebel dalam lohgat indonesianya.
Suara riuh
rendah di ruang makan mengamit Amir yang baru sahaja turun. Mulut yang menguap
ditutup dengan telapak tangan. Rasa mengantuk menguasai diri. Manakan tidak
rasa menegantuk kalau semalaman dia tidak langsung dapat melelapkan mata. Resah
dengan perasaan indah yang bertapak dihatinya. Kemudian boleh pulak dia
termenung teringat perihal arwah Amira. Letih rasa seluruh badannya. Lesu.
Kalau diikutkan hati memang lepas subuh tadi dia ingin tidur tapi bila
memikirkan hari ini merupakan hari terakhir Mia disini digagahkan juga dirinya
menapak ke bawah. Wajah polos itu ingin ditatapnya. Ada rasa rindu membelit
hati pabila semalam dia tidak melihat wajah. Selepas sahaja pulang dari
Midvlley dia tidak langsung menatap wajah gadis berkaca mata itu. Amir
tersenyum. Ah hatinya sudah pandai merindu.
Amir melangkah
perlahan menghampiri meja makan. Sara kelihatan terkinja-kinja mengekori Mia ke
dapur. Mummy yang baru sahaja duduk disapanya.
“Assalamualikum
mummy. Morning. Daddy mana?”
“Waalaikumsalam
Am. Daddy kamu ada dekat atas. Lepas Subuh tadi Daddy sambung baca buku Sirah
yang dipinjam dari kamu kelmarin.”
Amir hanya mengganguk mendengar jawapan
Makcik Isabella. Dia melabuhkan duduk. Matanya memandang juadah sarapan yang
terhidang. Terasa sedikit lain dari kebiasaan. Selalu juadah yang dihidangkan
hanya juadah yang ringkas tetapi hari macam-macam juadah yang terhidang. Nasi
Lemak, Bihun Goreng, Nasi Goreng, Sosej dan pelbagai jenis kuih muih. Dah macam
nak buat kenduri je gamaknya.
“Mummy banyaknya
makanan. Ni nak sarapan ke brunch terus ni mummy?? Ke mummy nak buat kenduri? Baru
pukul 8 pagi ni mummy.” Soal Amir.
“Ni semua si Mia
lah punya kerja. Dia kata last day dia dekat rumah ini dia mahu menjamu
penghuni rumah ni dengan masakannya. Mummy nak menolong pun dia tak bagi.
Bising mulut Bibik kat dapur tuh bila Mia melarang bibik menolongnya.” Balas
Makcik Isabella sambil tertawa kecil.
Lucu mengenang karenah Mia pagi tadi.
Sungguh-sungguh benar dia memasak pagi tadi. Dirinya dan bibik yang mahu
menolong keras ditegahnya. Kata Mia dia sudah ada assistant. Bila ditanya siapa
adapula Sara yang dijawabnya mendapat mandat menjadi assistant dirinya. Sara di
dapur hanya membuntuti Mia kehulur kehilir. Sesekali Mia membiarkan Sara
membentuk kuih donut. Sudah berbagai bentuk dah kuih donut yang terhidang.
Banyak betul juadah yang dimasak oleh Mia. Nasib baik semua juadah yang dimasak
dalam kuantiti yang sedikit. Kalau banyak memang dia boleh buat kenduri seperti
kata Amir tadi. Dalam diam sebenarnya dia berasa kagum dengan Mia yang tidak
kekok di dapur. Lincah tangannya memotong bahan rencah dan menumisnya. Hanya
sesekali khidmat bibik diperlukan itukan untuk menujukkan dimana terletaknya
garam dan gula.
Mendengar
kata-kata mummy bahawa Mia yang memasak
semua juadh yang terhidang selera terbuka luas secara tiba-tiba. Tidak sabar
pula rasanya ingin merasa juadah dari air tangan gadis yang berjaya mencuri
hatinya itu. Pelbagai juadah yang terhidang dipandangnya satu persatu.
Tiba-tiba semua juadah tersebut dirasakan amat menyelerakan. Minda mula
merancang juadah yang mana satu yang ingin dijamahnya dahulu. Keliru pulak
rasanya. Terpandangkan kuih-muih yang cantik tersusun di atas piring nekad
untuk menjamah kuih-muih tersebut dahulu tetapi pabila menghidu aroma nasi
lemak yang begitu meyelerakan lidah terasa ingin merasa nasi lemak tersebut
dahulu. Pening Amir memikirkan.
“Wah, banyaknya
juadah untuk sarapan pagi ni Mak su. Nak buat kenduri ke ni?” suara Mina yang
tiba-tiba kedengaran mengalih tumpuan Amir yang masih keliru membuat keputusan.
Wajah Mina dikerling sekilas. Terasa malu pula bila Mina sudah mengetahui
rahsia dihatinya ini.
“Tak adalah
Mina, ni Mia yang masak semua ni. Katanya nak menjamu kita semua sempena hari
terakhir dia bekerja disini.” Mina yang mendengar jawapan Mak cik Isabella
mengangkat kening.
Kagum dengan kemahiran memasak Mia. Tidak macam dirinya.
Benda yang paling tidak disukainya adalah memasak. Bukan tidak suka sebenarnya
tetapi setiap kali dia mencuba memasak pasti tidak jadi. Hangitlah, mentahlah,
terlebih masak lah akhirnya dia sudah malas mahu mencuba.
“Untung bakal
suami Mia nantikan Mak su. Sudahlah pandai menjaga budak-budak, penyayang,
pandai memasak pulak tu.” Mia memuji sambil matanya memandang tepat kea rah
Amir. Tersengih-sengih dia. Sengaja mahu mengusik Amir.
“Betul tu. Kan
Amir?” Balas Makcik Isabella.
Sengaja dia bertanya kepada anak bujangnya itu.
Bukan dia tidak Nampak betapa bercahayanya mata Amir bila dia memberitahu semua
juadah yang terhidang adalah air tangan Mia. Perilaku Amir yang sedari tadi
sekejap-kejap menjeling ke arah dapur juga diperhatikanya. Di tambah lagi bila
Mina tersengih-sengih mengusik pabila memuji Mia sebentar tadi. Hati tuanya
tidak bodoh untuk menangkap semua makna itu. Nampaknya memang senang lah
rancanganya untuk menjodohkan Amir dengan Mia.
Amir yang
mendengar pertanyaan mummynya tersentak. Kelu lidahnya untuk membalas. Dia hanya
mampu tersenyum dan mengangguk sahaja mengiyakan kata-kata mummuy sebenatar
tadi. Muka sengaja diriakkan tenang
padahal detak hati sudah lari sedikit temponya. Alangkah bertuah bakal suami Mia?
Memang bertuah kalau dia dapat Mia. Senyuman kecil tersungil dibibirnya namun
cepat dia mematikan senyuman itu. Takut Mina dan mummynya perasaan. Kalau baleh
biarlah Mina seorang yang tahu rahsia hatinya ini. Kalau mummy dapat tahu
memang akan kecoh jadinya.
Suara Sara yang
riuh berckap lepada Mia membuatkan semua yang ada dimeja makan itu berpaling
kepada Mia yang sedang melangkah ke arah meja makan. Sara yang masih sibuk
berceloteh mengekori Mia dari belakang. Mia melemparkan senyuman manis kepada
Mina dan mak cik Isabella. Namun senyuman menjadi tawar bila melihat kelibat
Amir. Rasa bengang kerana Amir telah merosakkan rancangan untuk memberitahu
pemberhentiannya kepada Sara masih bersisa. Senyuman ala kadar sahaja yang
dilemparkan kepada satu-satunya kaum adam yang terdapat di ruang meja makan
itu. Melihat ketiadaan Pak cik Iskandar Mia bertanya kepada Makcik Isabella.
“Pakcik tak
turun lagi makcik?? Dah pukul berapa ni?”
“Tulah Pakcik
kamu tu. Kejap mak cik panggilkan sekejap.” Mak cik Isabella berlalu
meninggalkan ruang makan tersebut. Kakinya laju menapak menaiki tangga.
Walaupun umurnya hampir mencecah 50 tahun
pada tahun ini namun dirinya masih cergas kerana rajin bercucuk tanam
dan berkebun di Taman Orkid kesayangannya itu.
Mia melabuhkan
duduk disebelah Mina. Sara dihadapannya yang masih terkial-kial untuk memanjat
kerusi di meja makan itu dipandangnya. Memandang Sara yang kini telah dibantu
oleh Amir yang duduk dikerusi berhadapan dengan Mina.
“Terima kasih
ayah.” Ucap Sara manja.
“Sama-sama sayang.
Pandai anak ayah sekarang ucap terima kasih ye?? Siapa ajar ni?” soal Amir
walaupun dia memang tahu pasti Mia yang mengajar Sara mengucapkan perkataan
terima kasih itu.
“Kakak ajar.
Kakak kata kita kena cakap terima kasih dekat orang yang dah tolong kita. Nanti
orang yang tolong kita rasa dihargai.”petah mulut kecil itu berbicara.
Mia
tersenyum mendengar penjelasan Sara. Sara masih ingat apa yang diucapkannya
minggu lepas. Senang hatinya. Tangannya
mula bergerak menyusun atur cawan berserta piring untuk menuang air. Sara pasti
mahu Milo. Makcik Isabella dan Pakcik Iskandar pula memang hanya minum air teh
O sahaja. Abang Am suka minum Milo macam Sara. Dan dirinya memang air apa pun
boleh ditelannya. Air kosong pun dia telan aja pagi-pagi ni. Tak ada masalah.
Asalkan air yang dihulurkan kepadanya adalah air yang boleh diminum. Kak Mina??
Perbuatan Mia terhenti. Tak tahu air apa yang digemari kak Mina.
Mina hanya
mendiamkan diri dan memerhatikan perbualan Amir dan Sara. Sesekali matanya
dapat menangkap perilaku Amir yang mencuri pandang wajah Mia pabila Mia sibuk
menyusun atur cawan untuk dituangkan air. Melihat Mia yang dengan penuh tertib
menuang air hinggakan tidak ada setitik air pun yang tertumpah diatas piring
yang mengalas cawan kaca brewarna kelabu itu. Kalaulah dirinya jagan kata tertumpah
ke piring cawan , sampai ke alas meja pun ada kadang-kadang. Dia memang agak
kelam kabut sikit. Asalkan ada air didalam cawan untuk diminum sudahlah. Tumpah
tak tumpah belakang cerita.
“Kak Mina nak
minum air apa?” pertanyaan Mia menyentakkan Mina dari khayalannya. Nasib baik
dia sempat jugak telinganya mendengar pertanyaan Mia sebantar tadi.
“ Akak tak
kisah. Mia bagi akak minum air kosong pagi-pagi ni pun akak ok je.”balas Mina
bergurau.
Mia tergelak
mendengat jawapan Mina. Bukan kerana lawak atau apa tetapi memikirkan kebetulan
apa yang difikirkan sebentar tadi dengan jawapan yang diberikan Kak Mina. Kak Mina
memang sempoi seperti dirinya. Mia menuang air Milo didalam cawan Kak Mina. Sesudah sahaja dia meletakkan
teko kelihatan Pakcik Isabella dan
Makcik Isabella menghampiri ruang meja makan itu. Seusai doa dibaca dan
diaminkan mereka mula makan. Sesekali terdengar suara Amir mengusik Sara. Berselang-seli
dengan suara Mina yang sememangnya banyak mulut itu. Sara pun tidak mahu kalah.
Petah mulutnya membalas usikkan dari Amir dan Mina. Jelas keceriaan terpancar
diwajahnya. Hilang sudah riak-riak sendu semalam. Mia hanya berdiam diri. Memerhatikan
gelagat penghuni-penghuni rumah ini dimeja makan. Sarapan terakhirnya sebagai pengasuh Sara. Mungkin selepas ini
dia akan kembali megunjungi rumah ini tetapi hanyalah sebagai bekas pekerja
yang mengunjungi majikannya.
Terasa seperti
diperhatikan Mia menoleh dari memandang Sara yang rancak melayan Mina berbual.
Amir sedang memandangnya dengan riak yang tak dapat dia mengertikan. Mia
menunduk menyuap bihun goreng ke mulutnya. Cuba mengendahkan pandangan Amir
namun tidak lama. Matanya menjeling. Kelihatan Amir sudah kembali menyertai
Sara dan Mina. Aktiviti sarapan pada pagi itu berlansung agak lama. Mungkin kerana
banyak masakan yang dimasak oleh Mia. Mereka yang berada di meja itu tidak
sudah-sudak memuji masakannya. Sara pula bertambah-tambah makan kuih tepung
pelita yang dibuatnya. Rasa kembang hati apabila seisi keluarga itu menyukai
makanan yang dimasaknya.
…………………………………………..
Pada waktu
tengahari, Mia membantu Makcik Isabella memasak. Sekali lagi bibik membebel
apabila tugasnya sebagai pembantu Mak Isabella ketika memasak telah di ambil
alih oleh dirinya. Mia hanya mampu tersenyum mendengar mulut bibik membebel. Tak
apalah bibik hari ini ajapun Mia menolong, lepas ni Mia dah tak ada.
Sementara itu
diruang rehat atas Mina, Amir dan Sara rancak bermin congkak. Sara yang
sebenarnya beria-ria mengajak ayahnya bermain congkak. Itu pun setelah
ajakkannya kepada Mia ditolak lembut oleh Mia. Mia mencadangkan Sara mengajak
ayahnya bermain tetapi Sara hanya memuncungkan mulut tanda tidak puas hati. Dia
mahu bermain congkak dengan kak Mina bukan dengan ayahnya. Mia yang melihat
muncung Sara yang panjang memujuk Sara lembut. Siap mengumpan Sara jika Sara
menang nanti dia akan memberi hadiah kepada Sara. Mendengar perkataan hadiah
hilang serta merta muncung Sara sebentar tadi. Terus dipanggil dan diajaknya Amir
bermain congkak. Amir hanya mengikut sahaja kemahuan puterinya itu. Mina juga
sibuk menempel. Orang perempuan lain sibuk memasak dia boleh selamba menyertai
Amir dan Sara yang rancak bermain congkak.
“Ayah main
tipu!! Mana bolah ayah ambil guli Sara. Ni tempat Sara.” Bantah Sara bila
dirasakan Amir bermain tipu.
“Mana ada ayah
main tipu sayang. Ayah kan dah ‘mati’ dekat sini. Jadi ayah boom lah lubang
Sara yang banyak guli ni. Jadi ayah punya lah guli ni bukan Sara punya.” Terang
Amir sabar.
“Alaaaa..nanti
Sara kalahlah macam ni. Nanti tak dapatlah hadiah. Ayah kalahlah jangan menang.”rengek
Sara manja. Memujuk ayahnya supaya kalah.
“Eh mana boleh
ayah kalah. Ayah kan lagi besar dari Sara mestilah ayah kena menang.” Bantah Amir
sengaja ingin mengusik Sara. Suka melihat wajah anak daranya itu yang sudak
berubah kelat. Comel.
“ Tapi kalau
Sara main dengan kakak Sara menang je. Kakak selalu kalah je boleh.” Sangkal Sara.
“ Kakak kalah
sebab kakak tak pandai main. Ayah pandai main jadi ayah menanglah.”
“Ayah janganlah
pandai main. Bagilah Sara menang.”
“Mana boleh tak
pandai main. Ayahkan memang pandai main.” Giat Amir lagi.
Wajah Sara yang makin
kelat itu dipandangnya. Lucu melihat kesungguhan Sara untuk menang permainan
congkak itu. Suka sangat nak mendapat hadiah dari Mia. Apa sajalah hadiah yang
dijanjikan Mia kepada Sara sehinggakan Sara betul-betul ingin menang. Kalau dia
menang agak-agak Mia nak bagi hadiah jugak tak? Duga hatinya nakal. Kalau lah
dia menang dan Mia menghadiahkan hatinya
kepada Amir memang by hook or by crook dia akan pastikan dia menang walau apa
jua yang berlaku. Datanglah juara congkak dunia sekalipun akan dia bertarung
habis-habisan supaya menang. Ketawa kecil meletus perlahan dari bibir Amir. Kepalanya
tergeleng-geleng. Rasa kelakar dengan apa yang baru sahaja difikirkan sebantar
tadi. Juara congkak dunia? Ada ke?
“You dah kenapa
gelak sorang-sorang ni Amir?? Dah sampai giliran you lah.” Pertanyaan Mina
mengembalikan Amir ke dunia realiti. Keluar dari fantasi kebudak-budakannya
tadi. Kalau Mina tahu memang siang malam dia akan digelak. Mata melurut ke
papan congkak. Terkejut melihat rumah Sara sudah banyak dipenuhi guli. Tidak seperti
sebentar tadi hanya bebrapa guli sahaja yang terdapat dalam lubang yang paling
besar itu.
“Oooo..Sara main
tipu ye? Cakap ayah main tipu Sara yang main tipu. Kenapa rumah Sara dah banyak
guli. Tadi sikit je.” Tuduh Amir.
“Mana ada!!!
Sara main betul-betullah. Tanya kakak Mina. Kan Kakak Mina?? Sara tak tipu kan.”
Cepat Sara menyangkal tuduhan ayahnya. Siap
minta Mina jadi saksi lagi.
“Entah you ni
Amir. Sara tak main tipu ok. I jadi saksi. You yang berangan tak sedar diri. Berangan
pasal si kakak lah tu.” Sokong Mina sambil mengenakan Amir.
Amir membeliakkan
biji matanya. Memberi amaran supaya jangan lebih-lebih membuka cerita. Pandangan
ditebarkan ke sekeliling ruang rehat itu. Nasib baik tak ada orang.
“Ayah berangan
pasal kakak??” polos Sara bertanya mendengar kata-kata Mina sebentar tadi.
“Eh mana ada!
Kak Mina ni saja main-main je. Hah kalau Sara tak tipu mesti kak Mina ajar Sara
main kan??” Amir cuba menukar topik. Sara yang mendengar tuduhan ayahnya
tersengih-sengih. Tidak menyangkal. Lupa terus soalan yang ditanya kepada
ayahnya sebantar tadi.
“Haaaa..tersengih-sengih
betul lah ni. Mana aci. Sara minta tolong kak Mina.” Balas Amir. Pandangan tajam
dilemparkan kepada Mina. Siap kau nanti Mina! Mina hanya tersenyum mengejek. Tak
gentar langsung dengan pandangan berbaur amaran itu.
“Alaa..Sara
kecik tak apa. Ayahkan dah besar mana boleh mintak tolong. Sara tak main tipu
Sara suruh kak Mina ajar je.” Tegas Sara sambil tersengih manja.
Amir mengalih
tumpuannya kepada Sara dan hanya menggeleng. Bukan nak dijadikan isu pun
sebenarnya. Sengaja dia mencari jalan menukar topik. Dari awal tadi dia sudah
berniat untuk membiarkan sahaja Sara menang. Tapi dia sengaja ingin mengusik Sara. Ingin memeriahkan permainan mereka. Manakan tidak
Sara begitu serius ketika bermain. Memang sungguh-sungguh hendak menang
lagaknya.
Akhirnya
permainan congkak dimenangi jugak oleh Sara. Usai habis mengira bilangan guli
di akhir permainan berdesup Sara berlari ke tingkat bawah. Mahu mengkhabarkan
kemenangannya kepada Mia. Kepala digeleng perlahan. Terhibur dengan karenah
Sara sejak sudah bercakap kembali ini. Semakin petah berlawan bicara sekarang.
Pandangan dialihkan
kepada Mina dihadapannya.
“You ni kan
mulut tak ada insuran ye? Nasib baik Sara aja yang dengar. Dan nasib baik jugak
I dapat tukar topik. Mulut murai lah you ni.” Seraya itu dilemparkan bantal
kecik bersegi empat kepada Mina. Melampiaskan rasa geram. Mina menyambut bantal
tersebut sambil tergelak-gelak.
“Rileks lah Am.
You ni gelabah tal memasal. Yang you pun boleh dok berangan depan Sara siapa
suruh? Betulkan you berangan kan si kakak tuh?”
“Ish mulut you
ni nanti I stapler baru tahu. Diam-diam lah sikit cakap tuh. Nanti orang lain
dengar lah. Sibuk je. Biarlah I nak berangan pun. Hah you ni kenapa melepak
dengan I dan Sara pulak. Orang lain sibuk memasak kat dpur you melangut dekat
atas ni kenapa. Macam manalah nak pandai masak. Kesian I dengan Adrian. Nanti kebulurlah
dia kalau kahwin dengan you nanti.” Balas Amir sengaja.
“Hish biarlah
sibuk!!” bantal kecil ditangannya dibaling ke rah Amir. Geram. Amir mengelak.
Tergelak-gelak
dia sambil bamgun meninggalkan Mina yang masih tidak puas hati. Kalau hendak
mengenakan Mina memang satu aja modalnya. Ungkitlah pasal memasak memang gadis
itu akan bengang.
Langkahnya dibawa menuju ke bawah. Tiba-tiba terasa rindu ingin
menatap wajah Mia. Aduh!! Parah dah rasanya augaunya ini. Baru
bebarapa jam sudah meluap-luap rasa rindu didadanya. Memang dah wajib kahwin rasanya
ini!!
p/s : sorry lambat..saya sibuksss tak hengat..enjoylah ye..kalau ada silap salah tegurlah..jgn lupe komen tau!
Assalmualaikum anda!! =D
makin best...x sabar nk tgk amir ngorat mia ni....lambat x pe asalkan ada n3.....thanks ye ....
ReplyDeletesaya sukaaaaa....
ReplyDeletexsbar nk tggu smbungannya...