Part ii ::
“Kakak
nak air.” Sara mencelah tiba-tiba. Mia menghulurkan straw ke mulut Sara.
“MasyaAllah!!
Sara…” suara si datuk kedengaran. Mia tersentak. Kenapa ni?? Sara tak boleh
minim Ice Tea Lemon ke?? Sara ada alergik ke?? Eh aku bersalah ke ni?? Mia
panik.
“Kenapa
pakcik?? Sara tak boleh minum Ice Tea Lemon ke?? Saya mintak maaf pakcik saya
tak tahu!!” cemas Sara menuturkan lebih-lebih lagi melihat muka si nenek dan si
datuk kelihatan terkejut benar. Matilah aku. Kalau Sara sakit macam mana???
Mata si nenek berkaca-kaca.
“Sa..Sara..Mi..Mia?”
kata si nenek tergagap-gagap. Air mata mengalir di pipi si nenek. Mia dah macam
cacing kepanasan. Cemas, cuak, takut, panik semua ada dalam dirinya sekarang
ni. Tetiba dia pulak yang rasa nak
nangis. Eh kenapa ni?? Kenapa nenek Sara tergagap ni. Teruk sangat ker?? Mia
memandang Sara dengan riak muka yang penuh persoalan. Sara pulak terkebil-kebil
memandang dirinya sambil dipeluk erat olah si nenek. Apa ni?? Aku confius!!!!!
...................................................
“Kenapa
ni makcik?? Pakcik?? Sara alergik dengan Teh Lemon ke?? Tak pun Sara tak boleh
minum ais ye?? Mia ada lelah ke makcik?? Pakcik?? Tak pun Sara…”
“Eh, Mia,
tak usah kalut nak! Sara tak alergik dan tak ada lelah. Makcik dan pakcik cuma
terkejut aja bila dengar Sara bercakap.” terang si datuk pabila melihat Mia dah
kalut meneka perangai isterinya yang tiba-tiba menangis sambil memeluk Sara.
“Terkejut??!”
Ntah-ntah memang betul Sara ni bisu sebelum ni kot duga Mia sambil memandang si
datuk dengan muka mintak penjelasan.
“Sebenarnya
Sara ni…”
Si
datuk mula membuka hikayat perihal Sara. Mia yang mendengar hanya terdiam dan
mengangguk sahaja. Tak sangka budak perempuan comel yang secara tak sengaja dia
jumpa ni ada sejarah hidup yang pahit. Kesian Sara!
……………………………………………….
Seusai
makan si datuk dan si nenek yang baru sahaja Mia tahu nama mereka sebagai
Iskandar dan Isabella meminta diri untuk pulang. Tak sangka nama nenek dan
datuk Sara ni komersial sungguh. Selalu kan nama makcik-makcik dan
pakcik-pakcik yang dah berumur kan kolot-kolot sikit. Tahar lah, Sameon lah.
Kalau yang golongan makcik-makcik pulak Kiah lah, Milah lah, sekali nama nenek
dan datuk Sara ni punya la moden. Iskandar dan Isabella. Terbaik!!
Mia
mengerling jam sepuluh ringgitnya di pergelangan tangan. Dah pukul 3.30 petang.
Mia pun harus pulang sekarang kalau tak memang berhimpit la dia dalam KTM kalau
balik lambat. Waktu puncak dimana waktu manusia-manusia pulang dari kerja
haruslah dielakkan walau apa cara sekalipun.
Tapi
Sara ni dari tadi mengendeng dekat Mia. Budak ni macam tak nak lepaskan Mia
aja. Puas si nenek memujuk pun dia buat bodoh je. Dah tu dengan Mia aja dia nak
bercakap. Kalau dengan si datuk dan si nenek dia main angguk-angguk
geleng-geleng aja.
“Sara
sayang jom balik. Dah lewat ni. Hari ini ayah balik. Nanti ayah balik tengok
Sara tak ada. Sara tak rindu ayah?? Dah lama kan Sara tak jumpa ayah.” Si nenek
memujuk dengan lembut. Si Sara hanya memandang si nenek tanpa balasan. Tangan
kecilnya sibuk bermain dengan jari jemari Mia.
Si
datuk yang melihat menggelengkan kepala denga keletah satu-satunya cucunya.
Manja betul dengan Mia. Tak pernah dia melihat Sara begitu manja dan rapat
dengan orang luar. Dengan ayahnya pun tak semanja macam ni. Dengan dirinya dan
isterinya apatah lagi. Hanya gelengan dan anggukkan sahaja yang menjadi balasan
Sara pada setiap kata-kata mereka. Pak cik Iskandar memandang kagum kepada Mia.
Tak sangka Mia mampu membuat Sara berkata-kata semula selepas peristiwa hitam
tersebut. Dia menyangka Sara tidak akan bercakap semula selama-lamanya kerana
puas sudah dia membawa Sara berjumpa doctor-doktor pakar untuk mengubatinya.
Tetapi semua hasilnya sia-sia. Tanpa disangka Mia yang tanpa tahu apa-apa tu
yang berjaya mengembalikan suara cucunya itu. Di berasa sungguh berterima kasih
terhadap Mia. Jasa anak gadis yang simple dan manis ni tak akan dia lupakan
seumur hidupnya.
“Sara
sayang, kita balik dulu ya? Nanti kita jumpa kakak lagi ya. Dah lewat kakak
kene balik nanti ibu dengan ayah kakak marah. Sara sayang kakak kan?? Sara nak
kakak kena marah? Hrmmm..” si datuk bersuara memujuk Sara.
Mendengar
yang Mia kan dimarah kalau balik lambat, Sara menggelengkan kepala laju
menandakan dia tidak mahu Mia dimarah. Mia tersenyum melihat keletah Sara.
Terbit rasa bangga dalam dirinya kerana di sayangi oleh Sara yang comel. Mia
duduk mencangkung menyamakan kedudukannya dengan Sara.
“Sara
balik dulu ya. Dah petang. Tadi nenek cakap ayah Sara balik hari ini kan? Sara
taknak jumpa ayah?”
“Sara
nak ikut kakak balik. Sara nak dengan kakak.” Muka Sara mula berubah
seolah-olah ingin menangis kerana takut ditinggalkan Mia.
“Sara
balik dulu nanti kita jumpa lagi ya. Nanti malam nanti kakak telefon Sara. Kita
boleh cakap-cakap.” Pujuk Mia lagi.
“
Kakak janji? ”
“
Kakak janji. Nanti kita jumpa lagi. Sekarang Sara ikut atuk dengan nenek ya?”
Sara mengangguk dengan pemintaan Mia dengan muka yang sedih.
“
Sara sayang kakak. ” ucap Sara lirih sambil mencium pipi Mia.
“
Kakak pun sayang Sara. Tapi Sara kene dengar cakap atuk dengan nenek tau. Kalau
Sara degil kakak tak nak kawan dan sayang Sara lagi. Janji dengan kakak boleh?
“ kata Mia sambil membalas ciuman Sara di pipinya.
“Sara
janji. Kakak kene kawan Sara tau.”
Sara memandang wajah Mia dengan
penuh harapan. Seolah-olah berharap sangat Mia sentiasa berkawan dan menyayanginya.
Mia yang melihat wajah polos Sara tersentuh. Sara anak kecil yang masih mentah.
Tidak sewajarnya dirinya dicalit kenangan hitam tersebut!
“Kakak
janji sayang.” Mia mengusap kepala Sara sambil tersenyum. Sara membalas senyuman Mia. Mak
cik Isabella dan Pak cik Iskandar yang memerhatikan pelakuan Sara dan Mia
sebak. Anak gadis dihadapan mereka ini benar-benar anugerah Allah kepada
mereka. Mungkin dengan kehadiran Mia keceriaan keluarga mereka akan kembali
semula setelah ia diragut sejak peristiwa hitam tersebut.
Setelah
bertukar nombor telefon dengan Mak cik Isabella. Mia meminta diri untuk pulang.
Biarpun Pakcik Iskandar ada menawarkan untuk menghantar dia pulang Mia menolak
dengan baik. Dia tidak mahu menyusahkan mereka. Walaupun dia yakin terpaksa
berhimpit dengan orang ramai dalam KTM nanti Mia rela. Sebelum berpisah Mak cik
Isabella memeluk Mia erat sambil membisikkan kata-kata terima kasih. Jasa Mia
dalam keluarga mereka akan mereka kenang sampai bila-bila.
…………………………………………………………………….
Mia
terbaring lesu di atas katil. Badan yang melekit tidak dihiraukan. Seusai
memasak, membasuh baju, menyidai dan kemas rumah dia berlari di atas treadmil
yang terdapat di bilik belakang. Sedar tak sedar sudah 3 kilometer dia berlari
tanpa henti. Patutlah kaki ni rasa sakit semacam. Sudahnya dia memperlahankan
kelajuan treadmill dan hanya berjalan untuk menyejukkan badan.
Teringat
perbualannya dengan Sara semalam. Tepat pukul 9 malam handset Mia berbunyi.
Nama Mak cik Isabella terpapar di skrin handset kesayangan dia. Macam-macam
yang dibualkan dengan Sara. Sesekali dia mengusik gadis comel itu.
Terkekek-kekek Sara ketawa semalam. Entah kenapa hatinya senang dan tenang
berbual dengan Sara. Walaupun topik perbulan mereka tiada apa yang penting tapi
dia bahagia mendengar suara manja Sara. Mia akui dia sudah jatuh sayang dengan
Sara.
Sara
begitu petah berbicara dengannya. Macam-macam perkara yang ditanya oleh anak
gadis kecil itu. Mia suka warna apa. Makan apa. Minum apa. Semua ditanyanya.
Ayahnya yang tidak jadi balik dari outstation pun di adu kepadanya. Perbualan mereka semalam kebanyakkannya
di-conquered oleh Sara. Hanya sesakali dia dapat menyampuk dan mengusik Sara.
Mulut petah Sara tak habis-habis bertanya bila mereka dapat bertemu kembali.
Mia mengeluh.
Perbualan
Mia dengan Mak cik Isabella selepas dia berbual dengan Sara membuatkan hatinya
berbelah-bahagi. Bukan dia tidak sudi tapi mengenangkan ayahnya yang tegas
memustahilkan dirinya bersetuju dengan usulan Mak cik Isabella.
Aku
nak diupah menjadi pengasuh Sara? Alahai..kalau ikut kan hati memang nak. Tapi kesian
mak tinggal sorang-sorang dirumah nanti. Memang lah mak ada jaga anak orang.
Menjadi pengasuh kepada anak-anak jiran tetangga yang sibuk bekerja dan tidak
tinggal berseorangan tapi mak mesti sedih jugak nanti.
Mia
termenung memikirkan perkara tersebut.
…………………………………..
“Sara bangun!
Dah pukul 8 pagi dah ni. Sara sayang kata nak ikut kakak dengan nenek pergi
pasar. Sara..bangun! “ Sara yang sedang lena hanya bergerak-gerak kecil. Penat
agaknya keluar berjalan-jalan dengan si ayah semalam. Mengenang si ayah hatinya
rasa malu dan sebal! Pertemuan dirinya dengan si ayah memang meyakitkan hati.
Kenangan 3 minggu lepas kembali terimbau di minda.
…………………………………..
“Sara ayah balik
sayang. Sara!!!” kuat Amir melaung nama si anak. Rindu benar dirinya kepada
anaknya itu. Sudah hampir 3 minggu dia tidak berjumpa dengan Sara. Menurut
mummy Sara sudah bercakap semula. Ada seorang pengasuh yang mummy upah yang
berjaya membuat Sara kembali ceria selapas peristiwa hitam itu. Teringat
peristiwa hitam tersebut. Hatinya sayu. Entah bila baru hatinya dapat menerima
kenyataan itu. Tanpa diduga insan yang paling dia rapat dan sayang di dunia
pergi meniggalkan dirinya dengan anaknya, Sara sebagai pengubat rindu. Hampir sebulan
dia menjeruk rasa. Sama teruk kesannya dengan Sara.
Akhirnya dia
sedar yang apa yang berlaku ada hikmahnya dan dia perlu kuat demi Sara.
Walaubagaimana pun hidupnya kini bertukar 180 darjah. Daripada seoarang yang periang
dan banyak cakap dia berubah menjadi pendiam dan hanya bercakap dengan ahli
keluarganya sahaja. Hanya office dan rumah sahaja dunianya. Amira, abang
rindukan Amira. Desis hati kecilnya.
Tersedar dirinya
telah hanyut dalam peristiwa lama Amir kembali melajukan langkah ke bilik Sara.
Pintu bilik Sara diketuk perlahan sebelum dia memulas tombol pintu perlahan.
Sara yang sedang asyik bermain games di Ipad miliknya dipeluk sayang. Terkejut
Sara dibuatnya. Menyedari orang yang memeluknya adalah ayahnya. Sara berorak
riang!!
“Ayah!!!!! Sara
rindu ayah!!” dikucup muka Amir bertalu-talu. Amir pula bagaikan terpaku
melihat Sara tersenyum gembira dan bersorak riang menyambut kepulangannya.
“Ya Allah!!
Anakku sudah kembali. Terima kasih Ya Allah” doa Amir perlahan. Tak disangka
yang perubahan Sara begitu drastik. Walaupun mummy nya berkali bercerita dan
menegaskan Sara sudah berubah tetapi dia tidak meletak harapan yang terlalu
tinggi. Dia sedar apa yang di lalui Sara terlalu pahit. Dia yang sudah besar
panjang ini pun terjejas teruk apatah lagi Sara yang baru mengenal dunia dan
dihidangkan dengan peristiwa sebegitu rupa.
Amir mengucup dahi Sara. Hatinya
lapang dan senang melihat anaknya itu berceloteh tentang kehidupannya sepanjang
ketiadaannya. Tidak lupa juga Sara sibuk bercerita perihal kakaknya. Macam-macam
yang diceritakan.amir hanya mendengar dan melayan kerenah Sara. Sudah lama dia
tidak mendengar Sara berceloteh sebegini rupa. Hampir 2 tahun anaknya ini
berdiam diri. Dengan hanya kehadiran seorang gadis yang dia masih tidak tahu
siapa gerangannya anaknya berubah menjadi Sara Qaulah Alia yang dia kenal
dahulu. Sara anaknya. Amira, Sara dah kembali!
Mia yang batu
selesai mandi tersentak apabila mendengar jeritan Sara. Dia mendekatkan telinga
ke pintu bilik air. Kedengaran Sara berbual dengan seorang lelaki. Suara itu
tidak dikenalinya. Tak mungkin Pak cik Iskandar. Pak cik Iskandar tidak pernah
masuk ke bilik Sara sekiranya dia ada di rumah agam ini. Puas Mia memikirkan
siapa gerangan lelaki yang rancak berbual dengan Sara. Mia tersentak apabila tersedar.
Ya Allah!! AYAH MIA???!!
Mia
mundar-mandir didalam bilik air. Hampir 15 minit dia berkurung didalam bilik
air tersebut. Hadoi..aku tak Maghrib lagi ni. Ayah si Sara ni tak reti nak
keluar ke?? Aku dah la tak bawa seluar pulak tadi. Kalau dah tuala pakai tutup
kaki habis kepala aku nak ditutup dengan apa?? Si Sara pun dah jumpa ayah dah
tak ingat lagi ya kakak dia ni. Riuh ja aku dengar anak-beranak tu
berbual. Tak nak berhenti ke?? Patut ke aku.... Malu lah pulak. Tapi karang
terbabas Maghrib aku macam mana?? Qadho je tak boleh ke ek? Hishh mana boleh la
Mia. Bukan darurat pun. Eh ni bukan kira darurat ke?!
Mia
menimbang-nimbang jalan terbaik yang harus diambilnya. Akhirnya dia cekalkan
hati. Lantak lah. Malu pun malu lah. Mia berdehem membetulkan suara.
“Sara!!! Sara!!!
Mari sini kejap sayang!!” laung Mia dari dalam bilik air.
Sara dan Amir
yang sedang rancak berbual terkejut dengan laungan yang datang dari bilik air
yang terdapat dalam bilik Sara. Amir pelik. Suara siapa pulak ni?? Maghrib-maghrib
pulak tu. Sara yang menyedari si kakak-yang-dilupakan memanggil dirinya berlari
turun dari katil dan berdiri di hadapan pintu bilik air.
“Kakak!! Sara
dekat depan pintu ni. Bukak la kakak. Jom jumpa ayah. Ayah Sara dah balik” Sara
yang mendengar kata-kata Sara dari muka pintu rasa hendak hantukkan kepala di
pintu. Hadoi Sara sayang.. Tak kan kakak nak keluar macam ni?? Terjojol mata
ayah Sara karang. Dia membuka sedikit pintu bilik air dan menyuruh Sara masuk.
Amir yang memerhati berasa pelik. Dah kenapa ni??
Sebaik sahaja
Sara masuk ke bilik air Mia cepat-cepat menutup pintu dan mendapatkan Sara.
Sara kelihatan terpinga-pinga dengan kelakuan Mia.
“Sara, ayah Sara
dekat luar lagi ker??”soal Mia sambil berbisik. Sara yang pelik dengan kakaknya
itu pun membalas pertanyaan Mia dengan berbisik.
“ Ada kenapa
kakak??”
“Sara boleh
suruh ayah Sara keluar tak?? Kakak tak pakai tudung macam mana nak keluar??
Nanti ayah Sara nampak rambut kakak.”
“ Kenapa ayah
tak bolah nampak rambut kakak??”
“Sebab rambut
kakak ni aurat la Sara.”
“Aurat?? Apa tu
kakak?? Kenapa ayah tak bolah nampak aurat??”
“Errrr…nanti
Kakak cerita kat Sara ya aurat tu apa. Kakak janji. Sekarang Sara suruh ayah
sarah keluar...eh tak sara ajak ayah Sara keluar dari bilik ni. Kakak tak solat
lagi ni. Kalau ayah Sara ada macam mana kakak nak keluar. Nak solat. Faham??”
Sara terkebil-kebil memandang Mia. Tak paham sebenarnya. Mia yang memandang
riak muka Sara yang blur mengeluh.
“Tak apa lah Sara keluar lepas tu kata kat
ayah kakak suruh keluar bilik. Kakak nak
solat. Boleh??? Sara mengangguk faham.
“Cuba Sara ulang
balik apa kakak suruh cakap kat ayah tadi??”
“Kakak suruh
ayah keluar bilik. Kakak nak solat.” Ulang Sara lurus. Mia menganggukkan
kepala. Pintu bilik air dibuka. Mia menyuruh Sara keluar. Amir yang masih
menanti di luar tertanya-tanya. Apa yang Sara buat dengan kakak nya dalam bilik
air tu. Senyap aja. Sara yang baru keluar mendapatkannya.
“Ayah kakak
suruh ayah keluar. Kakak nak solat.” Arah Sara kepada Amir.
Amir yang
mula-mulanya tak faham kerana tiba-tiba sahaja anaknya menghalau keluar dari
bilik tiba-tiba tersentak. Amir tersenyum. Lambat la kau ni Amir. Kau ada dekat
dalam bilik ni macam mana ‘kakak’ tu nak keluar. Tak kan ‘kakak’ tu nak selamba
badak je keluar dari bilik air bertuala depan kau?? Tulah excited dengar Sara
berceloteh sampai otak pun dah tak dapat nak berfikir dengan rasioanal. Amir
mengerling jam ditangan. Dah pukul 8 malam. Mesti lama ‘kakak’ tu melepak dalam
bilik air ni tunggu aku keluar. Sorry la ‘kakak’ ayah Sara ni dah solat
awal-awal so dia tak kisah lepak bilik si anak ni lama-lama. Lupa pulak ‘kakak’
pun duduk bilik Sara. Amir mengajak Sara keluar berjumpa mummy dan daddy. Tak
sabar pulak nak jumpa ‘kakak’ ni. Bisik hati Amir nakal.
Seusai solat dan
mengaji Mia memakai tudung dan sarung kaki untuk turun ke bawah. Kerja-kerja
jugak. Rapat-rapat jugak tapi keluarga Pak cik Iskandar a.k.a Tan Sri Iskandar
ni tetap ajnabi bagi dirinya. Aurat mesti mau jaga tau!
Baru-baru menjejak di
rumah banglo 4 tingkap ni rasa nak terjatuh rahang mulut. Kaya rupanya family
Sara ni!! Bila dah masuk baru tau yang datuk Sara ni Datuk Seri sebab semua
orang gaji kat dalam rumah ni memanggil pakcik Iskandar ni dengan panggilan
Tuan Sri. Mak cik Isabella pulak dorang panggil Puan Sri. Setelah aku
korek-korek rahsia panggilan mereka dari salah seorang orang gaji yang ada
dalam rumah ini time aku ke tandas baru aku tahu.Tan Sri rupanya
Pak cik Iskandar ni. Aku pulak boleh selamba ja panggil diaorang Pakcik dan
Makcik. Hadoi!! Lepas tuh terus aku bahasakan diri mereka Tuan Sri dan Puan Sri
jugak. Dan free-free je aku kene tegur dengan diaorang. Diaorang cakap kenapa
ubah panggilan tu. Panggil aja mereka Pakcik dan Makcik. Diaorang tak kisah
malah lebih selesa. Bagus betul!! Humble! Aku suka! Kiranya tak macam dalam
drama-drama melayu la kan. Bukan semua orang kaya especially Tan Sri dan Puan
Sri tu semua sombong-sombong ke kalau dalam drama melayu?? Kan?? Eh..betul ke?? Aku pun tak sure
memandai je aku ni.
Dalam aku dok
berangan tuh sampai jugak aku kat tingkat bawah. Bilik Sara tingkat 3. Punya lelah kalau nak menapak. Kenapa la tak
buat lift je dalam rumah ni.
Mia menapak ke
ruang makan. Seminggu duduk di rumah ini dia sudah faham dengan
peraturan-peraturan di dalam rumah agam yang serba mewah ini. Sarapan, makan
tengahari dan makan malam wajib bersama-sama kecuali ada hal yang tak dapat
dielakkan. Waktu makan hal yang boleh dibincangkan hanyalah hal kekeluargaan. Hal-hal
berkaitan kerja dan related to office memang Mak cik Isabella nak letak dan
tanamkan sign a big NO dalam jati diri
warga rumah ini. Mak cik Isabella cakap tima makan kalau cakap fasal kerja
memang akan membunuh selera dia makan. Makanya isu-isu kerja diharamkan sama
sekali!! Tiada kompromi!!
Meja makan yang
selama ini hanya dipenuhi oleh Mia, Sara, Pakcik Iskandar dan Mak cik Isabella
kini telah bertambah anggota. Ayah Sara! Amir duduk membelakangkan Mia. Mia
duduk berhadapan dengan Sara kerana tempat yang biasa diduduki nya telah diisi
oleh Amir. Mia masih menundukkan pandangan. Tiba-tiba terasa malu pulak sebab
menghalau Amir keluar dari bilik tadi. Tapi kalau dia tak menghalau memang
terbabas la Maghrib dia. Tadi pun sipi-sipi je nak terbabas.
Amir memandang
gadis yang duduk dihadapan Sara. Manis walaupun dengan cermin mata skema berbingkai tebal. Tudung bidang 60 yang dipakainya
menunjukkan gadis dihadapannya memegang teguh kepada agama Islam. Tambah lagi
sewaktu ‘kakak’ ni berjalan untuk ke meja makan dia seperti terperasan yang ‘kakak’
ni memakai sarung kaki. Bagus. Jarang dia melihat gadis remaja yang masih setia
memakai sarung kaki. Kebanyakan gadis yang ditemuinya memandang enteng
pemakaian sarung kaki kerana menganggap kaki bukan lah aurat bagi wanita. Padahal
jika hendak solat pandai pulak memakai telekung sampai menutup kaki!
Amir membaca doa
makan. Memang ini tugasnya sedari dia sudah pandai menghafal doa ini semenjak
kecil lagi. Usai berdoa, masing-masing mula mecedok lauk yang dingini ke dalam
pinggan yang sememangnya sudah terisi nasi. Sara disebelahnya riuh menunjuk
makan yang diingininya kepada ‘kakak’ nya. ‘Kakak’ pulak sabar melayan kerenah
Sara yang manja. Dia agak terkejut jugak sebenarnya apabila mummy mengatakan
Sara sudak pandai makan sendiri dan tidak mahu disuap lagi. Hanya sesekali
sahaja dia mahu disuapkan. Itu pun mahu ‘kakak’ yang meyuapkan. Setelah melayan
kerenah Sara baru ‘kakak mencedok makanan yang diingininya.
Eh, banyak betul
‘kakak’ ni ambil sambal belacan! Tak pedas ke nanti? Aku yang ambil setengah
sudu ni pun dah terasa bahangnya. ‘Kakak’ ambil hampir tiga sudu sambal belacan. Amir
mengerling ‘kakak’. Selamba aja dia makan, tak pedas ke??
“Errr..sape name
ni?? Errr..‘kakak’ tak pedas ke makan sambal belacan banyak-banyak tu???!” soal
Amir spontan. Riak risau terpamer diwajahnya. Budak ni biar betul. Mia yang
tersentak ditanya tiba-tiba tersedak. Kelam-kabut tangannya menggagau mencari
air. Mak cik Isabella yang dari tadi memerhati perilaku anak lelakinya yang
kejap-kejap mengerling ke arah Mia segera menghulurkan air.
Mia rakus minum
air yang dihulurkan. Merah padam mukanya. Sara yang melihat kakaknya sudah
merah padam mukanya turun dari kerusi dan berlari kearah Mia. Sara sibuk
bertanya sama ada Mia okay atau tidak. Melihat Mia tidak menjawab soalannya Sara
mula menuduh Amir jahat kerana sakitkan kakak. Muka Sara sudah cembeng mahu
menangis. Matanya sudah berkaca-kaca memandang Mia.
Mia yang sudah
berasa lebih baik dan okay segera memujuk Mia. Mengatakan dia okay. Mia juga
menegur perilaku Mia yang menuduh ayahnya jahat.
“Sara kenapa
cakap dekat ayah macam tu sayang?? Tak baik tau. Kan Sara dah janji nak jadi
budak baik. Kalau Sara nakal nanti kakak tak nak kawan Sara. Sekarang Sara
pergi salam ayah,minta maaf dekat ayah.” Mia menepuk perlahan punggung Sara
menyuruhnya meminta maaf.
Sara yang takut
Mia tak nak kawan dengannya segera menghampiri Amir. Sara ingin meminta maaf. Oleh
kerana tangan Amir disaluti nasi Sara memanjat kerusi yang didudukinya tadi dan
memeluk leher Amir.
“Ayah, Sara
minta maaf. Sara janji tak buat lagi.” Sara mencium kedua-dua belah pipi Amir.
Amir terkesima. Tak
sangka begitu besar pengaruh ‘kakak’ dalam hidup Sara. Jauh disudut hatinya
tiba-tiba dia berasa tergugat dengan kehadiran ‘kakak’. Kehadiran 'kakak' seolah-olah telah merampas kedudukan istimewa dirinya dalam hati Sara!
“Am ni pun satu,
yang tiba-tiba disergah Mia yang tengah makan tu kenapa??” soal Mak cik
Isabella.
“ Mana ada
sergah mummy, Am tanya la tapi terkuat pulak intonasi Am. Err..siapa tadi
nama..hrmm Mia, abang,eh.. Am, eh.., errr mummy Mia ni umur berapa..muda ke
lagi tua dari Am??” terkial-kial Amir hendak menyusun ayat maaf.
“Mia 23 tahun
kan??” Mia hanya menganggukkan kepala menjawab pertanyaan Mak cik Isabella.
“ Am 27 tahun so
Am abang la Mia ni adik.” Sampuk Pak cik Iskandar yang sedari diam.
“Oh..err..Mia
abang Am minta maaf tegur Mia sampai Mia tersedak. Tak sengaja.” Pohon Amir
sambil tersenyum memandang Mia. Senyuman minta maaf.
“Eh tak apa abang
Am Mia pun tadi makan khusyuk sangat sampai tak peka keadaan sekeliling.
Err..Mia memang suka makan pedas.” Balas Mia malu-malu. Eh Mia yang kau nak
malu-malu ni kenapa?? Before ni kalau kau terpelecok depan senior lelaki pun
kau boleh buat derk je. Tayang muka tapai. Jalan. Bukan kau kisah pun kan?? So
sekarang dah kenapa tetiba nak malu-malu
ni? Perubahan hormone?? Okay close the case please! Makan!
……………………………………………………………………………
“Kakak..” suara
Sara mematikan lamunannya. jauh pulak dia mengelamun perihal ayah Sara.
“Sara dah
bangun. Jom mandi, kata nak ikut nenek pergi pasar.”
“Pasar??? Nak ikut!!!
Jom kakak cepat kita mandi!!” Sara menarik-narik tangan Mia ke bilik air dengan
tidak sabar. Mia hanya mengeleng kepala. Sara ni sebut pasar laju aja nak ikut.
Apa yang suka dekat pasar pun dia tak tahu.
Lagi 3 minggu
aja aku berkhidmat sebagai pengasuh Sara. Dia pasti akan merindui kehadiran Sara.Cuti semester sudah nak habis.
Nampaknya tak lama lagi memang aku
bergelumang la dengan buku-buku balik. Semester terakhir! Universiti Malaysia
Perlis. Tunggu ketibaanku.
bersambung............
p/s : again bersambung..huhu..saya mintak maaf la ye kepada sesape yang baca cerpen ni..actually saya nak buat cerpen pendek je tetiba dah berjela-jela pulak jadinya..InsyaAllah esok saya sambung lagi n saya akan cuba habiskan cerpen ni tapi saya xjanji tau.Mana la tau tetiba esok pun tak abis jugak..hadoi..mintak sorry sesangat...
Sila la komen ya..jgn memalu..kalau saya buat silap silalah tegur..saya main hentam je tulis ni..draf cerpen punya pendek sekali taip TERpnjang pulak jadinya..hehehe..
jangan marah tau!! nanti tak comel!!
Assalamualaikum anda! =D
lol... dari cerpen dah jadi macam novel plak.. hehehe...
ReplyDeletekali ni saya komen pendek skit..
Tak dpt bygkan mia ni jd pengasuh, hehehe...
tapi nama pakcik+makcik ni mmg ah. fanstastik~!!
panjang sbb dpt ilham...tp mmg best...comel je sara...
ReplyDeletejalan crita abit kelam kabut...berbalik-balik.....jaga timeline
ReplyDeleteoh time kasih komen ye..nanti saya try improvekan hasil karya saya ni..=)
Delete